Powered by Blogger.

Friday, April 29, 2011

KALA HUJAN

Dalam apa jua keadaan, perjuangan tetap diteruskan,
Walau hujan datang mencurahkan airnya
Kami tetap tega di sini
Kerana ia sudah menjadi darah daging kami
Demi sebuah perjalanan untuk sampai ke destinasi

Eh guru berpesan
Usah main hujan
Latihan berpada-pada
Sila jaga kesihatan
Yang dikejar tak dapat, dikendong pula keciciran

Sesekali sahaja pak
Melepas kan gian berbuku
Zaman remaja yang penuh liku
Hujan ini rahmat
InsyaAllah perjuangan kita berkat!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, April 15, 2011

SESEKALI KE ECOPARK DAPATKAN ANGIN BARU

Beberapa keping gambar yang diambil di Ecopark, Taman Botani Ipoh sebagai latihan kecergasan. Sesekali keluar dari pagar sekolah dan stadium juga membantu. Suasana yang tenang, pemandangan tasikm yang mendamaikan membuatkan badan yang lelah tidak terasa. Layan je.


Menari salsa!!

Kayuh pi mana?


Kapten nak naik moto kot!!


Kita tengok sapa lebih laju!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, April 10, 2011

HAPPY BIRTHDAY BRO!

Malam tadi berlangsung sambutan majlis hari lahir empat pemain hoki yang diadakan serentak . Mereka terdiri daripada Aiman Baharom, Khairul Khalis, Ameer Yusri dan Nafis Adzhar. Tahniah buat mereka berempat kerana telah menginjak ke usia 17 tahun. Semoga usia muda diunakan sebaik mungkin ya. Semoga tahun ini lebih bersemangat membawa pulang kejuaraan Hoki SBP kebangsaan nanti. Nice bro!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...