Powered by Blogger.

Sunday, February 26, 2012

7 PASUKAN SAHKAN PENYERTAAN HOKI SULTAN AZLAN SHAH


Great Britain yang menduduki ranking keempat dunia adalah antara tujuh pasukan yang akan berentap pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-21 di Stadium Azlan Shah di sini dari 24 Mei hingga 3 Jun ini.

Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Abdul Rahim Md Arif berkata selain Great Britain, pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan ialah Korea Selatan (ranking keenam dunia), New Zealand (7), Pakistan (8), Argentina (9), India (10) dan tuan rumah Malaysia.

Malaysia menduduki ranking ke-13 dunia. Sempenan dengan kejohanan berprestij itu, katanya, pihaknya akan menganjurkan Kejohanan Tertutup Kebangsaan dan Klinik Hoki secara serentak dengan tujuan memeriahkan lagi kejohanan tahunan itu.

"Acara sampingan itu adalah untuk menarik lebih ramai peminat menyaksikan kelibat pasukan handalan dunia di Ipoh," katanya kepasda pemberita di sini hari ini. Selain itu, katanya, hadiah untuk cabutan bertuah semasa kejohanan itu juga akan ditambah bagi menarik lebih ramai penonton datang menyaksikan perlawanan di stadium berkenaan.

Abdul Rahim berkata Kejohanan Tertutup Kebangsaan akan diadakan di Stadium Indera Mulia dari 1 hingga 3 Jun.

Manakala Klinik Hoki anjuran Persekutuan Hoki Asia (AHF) akan diadakan sepanjang kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Akademi Hoki Malaysia di Bangunan Majlis Sukan Negara (MSN) Perak.

SUMBER : ARENA.MY



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...