Powered by Blogger.

Thursday, April 19, 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN 4 PENJURU

Pada 19 April 2012, Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Hoki  Empat Penjuru di antara Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng(IGOP), Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), Politeknik Ungku Omar(PUO) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR). Kejohanan ini telah diadakan di Staduim Sultan Azlan Shah, Ipoh.

       Berikut keputusan perlawanan yang dijalankan secara liga:

1.STAR vs IGOP (2-1)
2.SEMESTI vs PUO (0-4)
3.STAR vs PUO (0-4)
4.SEMESTI vs IGOP (1-1)
5.PUO vs IGOP (6-0)
6.STAR vs SEMESTI (1-1)

Kedudukan pasukan selepas berlangsung smeua perlawanan 

1) Politeknik Ungku Omar
2) STAR
3) SEMESTI
4) SBPI Gopeng







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, April 18, 2012

FINAL MSSM 2012 : PERAK VS KUALA LUMPUR

Rakaman video perlawanan akhir Kejohanan Hoki MSSM 2012 Bawah 18 tahun antara Perak dan Kuala Lumpur.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, April 7, 2012

FRIENDLY STAR VS STAROBA HOCKEY

Tarikh : 1 April 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Stadium Hoki Sultan Azlan Shah
Keputusan : STAR (4) vs STAROBA (5)

Pada 1 April 2012, STAROBA Hockey telah melakukan kunjungan ke STAR Ipoh untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah. Program yang telahpun terhenti kira-kira empat tahun lamanya dihidupkan semua atas inisiatif Saudara Iskandar dan Nashrun. Alhamdulillah, STAROBA betrjaya mengumpulkan lebih dari lima belas pemain untuk menentang pasukan sekolah. Dalam perlawanan yang diadakan dalam empat quarter, STAROBA ternyata unggul kali ini apabila memenangi perlawanan dengan keputusan 5-4. Appaun tahniah untuk kedua-dua pasukan.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, April 4, 2012

MOTIVASI BERSAMA STAROBA HOCKEY

STAROBA HOCKEY kembali ke Alma Mater. Alhamdulillah, seramai tujuh belas bekas pemain hoki STAR telah berkampung selama dua hari di STAR bagi menjayakan Program Mentoring Hockey STAROBA kepada pemain-pemain hoki STAR. Seramai 30 pemain hoki STAR telah terlibat dalam program yang diadakan pada 31 Mac hingga 1 April 2002. Program berlangsung di Padang Hoki Sultan Azlan Shah dan juga di STAR sendiri.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah latihan asas pelajar junior, sesi motivasi serta perlawanan persahabatan. Dalam sesi motivasi yang diadakan, seramai tiga orang STAROBA telah mencurahkan pengalaman serta berkongsi pengalaman bersama para pemain. 



Iskandar Rasydan menekankan tentang pentingnya WINNING MENTALITY. Beliau menasihatkan para pemain supaya sentiasa memiliki keinginan untuk menang dan menang pada setiap kejohanan yang disertai. Mengambil cntoh pasukan CANADA yang berjaya muncul antara pasukan terbaik dunia kerana memiliki WINING MENTALITY yang tinggi.


Brother Nasrun pula dalam perkongsiannya menekankan perlunya GILA HOKI disemaisubur dalam setiap diri pemain hoki. Menyorot sedikit pengalaman yang dimiliki, kerana GILA HOKI beliau masih bermain hingga ke hari ini. Beliau sanggup meminjam kayu hoki kepunyaan guru hoki nya setiap hari semata-mata kerana gilakan hoki. 


Manakala Brother Amirul pula menekankan tentang soal disiplin latihan pemain amat penting untuk membentuk pasukan yang kuat. Begitu juga beliau turut mengulangi komitmen STAROBA HOKI untuk membantu sekolah dalam mengembalikan kegemilangan sukan ini. 

Terima kasih buat semua STAROBA HC yang turun kali ini. Moga program seumpama ini akan sentiasa diadakan bagi mengeratkan lagi perhubungan antara bekas pemain dengan pemain yang sedia ada.


Antara STAROBA Hockey generasi baru yang turut hadir.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...