Powered by Blogger.

Thursday, May 31, 2012

MALAYSIA TEWASKAN PAKISTAN 3-2


Malaysia mencatat kemenangan pertama pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah dengan menjadikan Pakistan sebagai mangsa kebangkitan apabila menang 3-2 di Stadium Hoki Azlan Shah, malam tadi.
Kemenangan pertama itu meletakkan Malaysia pada tangga kelima dengan lima mata selepas empat perlawanan.

Sebelum ini, skuad Tai Beng Hai hanya mampu mencatat dua keputusan seri dengan Korea (1-1) dan Britain (3-3) dan kalah 2-3 kepada India.

Mengulas kemenangan pertama pada kejohanan kali ini, Beng Hai berkata, kejayaan meraih tiga mata pertama semalam atas komitmen tinggi para pemain.

"Kita turun dengan misi mencari kemenangan yang mana setiap pemain bekerja keras menghalang asakan Pakistan dan perlu berusaha bagi mendapatkan gol.

"Walaupun kita tertinggal 0 - 2 tetapi semangat pemain yang inginkan memburu kemenangan membuatkan persembahan Malaysia sentiasa bertenaga,'' tegasnya.

Katanya, semua pemain telah melaksanakan tugas yang diberikan sehingga Malaysia berjaya bangkit mencatat kemenangan.

Kali terakhir Malaysia berjaya menumpaskan Pakistan 3-2 ialah dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah 2007.
Pada aksi semalam, Pakistan mudah mendahului iaitu pada minit keempat empat apabila penjaga gawang Malaysia, S. Kumar tewas akibat pukulan kencang Muhammad Umat Bhutta.

Pintu gol Malaysia bolos lagi melalui rembatan kencang Shafqat Rasool pada minit ke-12.
Malaysia bangkit pada penghujung babak pertama menerusi tolakan kencang Amir Farid Ahmad Fuzi untuk merapatkan kedudukan.

Skuad negara meneruskan kebangkitan selepas rehat dengan serangan bertali arus bagi mendapatkan gol penyamaan dan ia berjaya dijelmakan oleh penjaring terbanyak negara, Faizal Shaari pada minit ke-48.
Dibantu sorakan lebih 10,000 penyokong, Malaysia akhirnya melakar kemenangan yang dicari-cari menerusi jaringan dramatik Muhammad Razie Abdul Rahim pada saat-saat akhir perlawanan.

Malaysia akan menentang New Zealand hari ini. UTUSAN


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, May 26, 2012

AZLAN SHAH CUP : MALAYSIA SERI DENGAN BRITAIN


Malaysia were minutes away from defeat as they trailed Great Britain 1-3, but two fantastic goals by ace striker Faisal Saari allowed them to snatch a draw at the Sultan Azlan Shah Cup in Ipoh this evening.
It was the second succesive draw for Malaysia after having held Korea to a 1-1 draw the previous day while Britain were left wondering how they let the three points slip out from their grasp.

It was a bad start for Malaysia as Tengku Ahmad Tajuddin got injured in the second minute after clashing with Richard Smith and needed stitches.
The Kangar-born player received a cut just above his right eye after hitting into the shoulder of Richard Smith and he had to be stretched out.
And to make matter worse, four minutes later Britain broke through the Malaysian defence to take the lead through Glenn Kirkham.
Kirkham collect a pass from Matt Daly before pushing the ball past goalkeeper S. Kumar.
But the national team cheered by fans fought back and equalised off their first penalty corner in the ninth minute.
Mohd Amin Rahim push from the edge of the semi circle was swept into goal by Azlan Misron giving no chance to goalkeeper James Fair.
Tengku, however, was back in action 10 minutes later. But it was Britain, who regained the lead in the 20th minute.
Ashley Jackson collected a through pass from Nick Catlin before slamming the ball into goal.

Two minutes later Azlan had the ball in the semi-circle but muffed his chance to get the equalising goal.
Britain, who are ranked fourth in the world, punished Malaysian for poor defending by scoring the third goal in 25th minute through Rob Moore from the top of the D.
Britain earned their first penalty corner in the last seconds of the first-half but Barry Middleton low flick was saved by keeper Kumar.
Malaysia were awarded a penalty corner in the 39th minute but played the same variation, this time it was Marhan Jalil who was entrusted to sweep the ball, but was wrongly position to inflict any real damage.
Great Britain opted for high press to keep the Malaysian defenders busy. But once the ball broke away, the strikers led by Tajuddin, Faisal Saari and Marhan broke through with ease but were unable to create goal scoring chanches.
And then it was all Faisal as he reduced the deficit in the 67th minute with a stupendous reverse before levelling the match in the very next minute, also through a reverse hit.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, May 25, 2012

AZLAN SHAH CUP : MALAYSIA IKAT KOREA


Malaysia held Korea to a 1-1 draw in the final match in the opening day of the Sultan Azlan Shah Cup in Ipoh.
It was a spirited display from the Malaysians who fielded several youngsters, with three earning their first international caps.
Six of the seven juniors who featured in the victorious Junior Asia Cup in Malacca were fielded in the match against the Koreans.
Only Mohd Fitri Saari was not named for the match. Three juniors Mohd Rahmadan Rosli, Noor Faeez Ibrahim and Norhizzat Ibrahim earned their first international caps for the national team.

The other juniors in the team are Faizal Saari, Mohd Firhan Ashaari and Amir Farid Ahmad Fuzi.
The juniors proved in the match that they have the ability to play as good as the seniors in the match.
Both the teams started off cautiously but it was Malaysia, who earned their first penalty corner in the six minute.
Striker Faizal, who was joint top scorer in the Junior Asia Cup with six goals, flicked the ball over the post. A minute later Faizal had another chance to give Malaysia the lead but he muffed his chance from top of the semi circle.
However, the speedy Koreans capitalised from a counter attack and they took the lead through Seo Jong Ho in the seventh minute.
Jong-ho collected a through pass from Kang Moon-kweon before pushing the ball past goalkeeper Kumar.
Malaysia earned another penalty corner in the 20th minute and Mohd Razie Abdul Rahim’s flick was easily blocked a Korean defender.
The Koreans had a chance to increase the lead in the 34th minute but Jang Jong-hyun high flick was well saved by Kumar.
Faisal was put through by Tengku Ahmad Tajuddin in the 55th minute but he went straight into the Korean keeper thus wasting a golden opportunity.
But he made amends in 56th minute when a cross from Mohd Marhan Jalil went through a sea of legs and Faisal had the easy task of putting the ball into the empty goal, much to the delight of the 7,000 odd fans.
Korea nearly made Malaysia pay for prolonged celebrations as they were awarded a penalty corner in the very next minute but once again Kumar stood tall in between the posts.
Malaysia survived a final ten minutes onslaught to hold on for a well deserved draw.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, May 24, 2012

MALAYSIA BUKA TIRAI JUMPA KOREA SELATAN


IPOH - Peristiwa pahit kecundang pada kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Mac lalu mahu ditebus barisan skuad hoki negara apabila membuka tirai Piala Sultan Azlan Shah 2012 menentang Korea Selatan di sini, malam ini.
Jurulatih, Tai Beng Hai berkata, itu adalah azam anak-anak buahnya yang akan berusaha mendapatkan mata pertama pada perlawanan tersebut.

Sebelum ini, Korea Selatan meranapkan impian Malaysia untuk ke Sukan Olimpik London, 2012 apabila menundukkan skuad bimbingan Beng Hai 3-2 pada perlawanan kelayakan di Dublin.

"Walaupun Korea berada pada ranking yang lebih tinggi berbanding Malaysia tetapi prestasi kedua-dua pasukan seimbang," kata Beng Hai.

Berdasar catatan terbaru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Korea berada di ranking keenam dunia dan Malaysia berada di tangga 13.

Malah, Beng Hai percaya pemain yang ada mampu memberi cabaran sengit kepada pasukan lawan jika mereka beraksi dengan lebih berhati-hati dan bersemangat.

Beng Hai yang dibantu oleh Nor Saiful Zaini akan menggandingkan pemain remaja dan senior dalam usaha membentuk pasukan yang mantap.

Kejohanan edisi ke-21 itu akan disertai oleh tujuh negara iaitu New Zealand, Pakistan, Argentina, India, Korea, Great Britain dan Malaysia.

Selepas itu, enam buah negara tersebut kecuali Malaysia akan beraksi pada Sukan Olimpik 2012, 27 Julai ini.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, May 21, 2012

JADUAL PERLAWANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012


HURSDAY, MAY 24, 201224-05-2012 16:05Pakistan- : -Argentina
THURSDAY, MAY 24, 201224-05-2012 18:05New Zealand- : -India
THURSDAY, MAY 24, 201224-05-2012 20:05Korea- : -Malaysia

FRIDAY, MAY 25, 201225-05-2012 16:05New Zealand- : -Argentina
FRIDAY, MAY 25, 201225-05-2012 18:05Great Britain- : -Malaysia
FRIDAY, MAY 25, 201225-05-2012 20:05Korea- : -India

SUNDAY, MAY 27, 201227-05-2012 16:05New Zealand- : -Pakistan
SUNDAY, MAY 27, 201227-05-2012 18:05Korea- : -Argentina
SUNDAY, MAY 27, 201227-05-2012 20:05Great Britain- : -India

MONDAY, MAY 28, 201228-05-2012 16:05Korea- : -Pakistan
MONDAY, MAY 28, 201228-05-2012 18:05Great Britain- : -Argentina
MONDAY, MAY 28, 201228-05-2012 20:05India- : -Malaysia

WEDNESDAY, MAY 30, 201230-05-2012 16:05Argentina- : -India
WEDNESDAY, MAY 30, 201230-05-2012 18:05Great Britain- : -New Zealand
WEDNESDAY, MAY 30, 201230-05-2012 20:05Pakistan- : -Malaysia

THURSDAY, MAY 31, 201231-05-2012 16:05Great Britain- : -Korea
THURSDAY, MAY 31, 201231-05-2012 18:05Pakistan- : -India
THURSDAY, MAY 31, 201231-05-2012 20:05New Zealand- : -Malaysia

SATURDAY, JUNE 2, 201202-06-2012 16:05Korea- : -New Zealand
SATURDAY, JUNE 2, 201202-06-2012 18:05Great Britain- : -Pakistan
SATURDAY, JUNE 2, 201202-06-2012 20:05Argentina- : -Malaysia



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, May 14, 2012

MALAYSIA JUARA PIALA REMAJA ASIA 2012 TEWASKAN PAKISTAN 2-1



Malaysia berjaya melakar sejarah baru dalam sukan hoki negara apabila berjaya menewaskan pakistan 2-1 dalam aksi final Piala Remaja Asia 2012. Perlawanan yang begitu mendebarkan ini berlangsung dalam suasana tegang di Stadium MBMB, Bukit Serindit. 


Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya menebus kehampaan dalam aksi final 1992 yang menyaksikan Malaysia tewas 0-3 kepada pakistan di Ipoh, Perak. Kedua-dia gol Malaysia dijaringkan dalam separuh masa pertama, manakala gol Pakistan dijaringkan dalam separuh masa ke dua. Gol-gol  Malaysia telah dijaringkan oleh Mohd. Faizal Shaari dan Mohd Shamin Mohd Yusuf.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, May 13, 2012

SEMOGA BERJAYA MALAYSIA FINAL PIALA REMAJA ASIA



Malaysia tidak seharusnya mengulangi igauan buruk 20 tahun lalu ketika tunduk kepada Pakistan pada penentuan juara Piala Remaja Asia 1992 apabila kedua-duanya kembali membuat perhitungan di pentas akhir edisi 2012, hari ini.
Peristiwa hitam tewas 1-2 kepada Pakistan ketika itu seharusnya menjadi suntikan semangat buat skuad projek 2013 didikan jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah untuk dinobatkan selaku juara.

Ini kerana skuad negara belum pernah mendakap gelaran juara Piala Remaja Asia berbanding lawannya Pakistan yang akan ditemui pada babak akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit malam ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melaungkan keyakinan barisan pemain skuad projek 2013 mampu menunaikan janji menewaskan Pakistan.

''Saya tidak sangsi dengan keupayaan dan semangat kental pemain sejak dari pusingan awal. Melihat aksi mantap mereka saya mempunyai keyakinan mereka boleh menewaskan Pakistan.

''Igauan buruk 1992 harus pemain lenyapkan. Inilah masa terbaik untuk mereka membuktikan keupayaan sebenar. Bukan saya tetapi peminat hoki negara amat dahagakan kejayaan bergelar juara," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam meraikan pemain dan pegawai kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Ketujuh anjuran kerajaan negeri di Hotel Rennaisance di sini, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Sultan Azlan Shah, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Naib Presiden MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Md. Yunus Husin dan Setiausaha Agung AHF, Tan Sri P. Alagendra.

Pada majlis tersebut Sultan Azlan Shah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Alagendra menerima Anugerah Khas atas sumbangan membangunkan hoki negara yang telah disampaikan oleh Mohd. Khalil Yaakob.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah berkata, beliau tidak nampak sebarang kekurangan buat skuad projek 2013 kerana mereka telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

''Saya mahu Malaysia menjadi juara kerana kita sudah menunggu begitu lama dan kita akan melakar sejarah di bumi Melaka jika muncul juara," ujarnya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi yang merupakan ketua pasukan negara ketika tewas 1-2 kepada Pakistan 20 tahun lalu menyifatkan barisan pemain negara kali ini jauh lebih bertenaga berbanding dulu.

''Barisan yang mara ke akhir malam ini adalah yang terbaik. Mereka cukup mantap dan bersemangat kental kerana itu saya begitu optimis mereka mampu menyaingi kehebatan Pakistan.

''Saya harapkan mereka dapat memecahkan rekod saya untuk mencipta sejarah menjuarai Kejohanan Remaja Asia buat kali pertama," katanya.

SUMBER : UTUSAN







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, May 10, 2012

MALAYSIA DAN PAKISTAN LAYAK KE FINAL KEJOHANAN HOKI REMAJA ASIA 2012


Skuad hoki negara melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia Ketujuh selepas menewaskan penyandang juara India 2-0 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit di sini sebentar tadi.




Dua gol jaringan Faizal Saari di minit ke-40 dan Mohamad Syamim Mohd. Yusof di minit ke-65 membolehkan skuad projek 2013 layak ke perlawanan akhir buat kali kedua selepas 1992 di Ipoh, Perak.

Dalam perlawanan akhir Ahad ini, Malaysia akan berdepan Pakistan yang telah menewaskan Korea Selatan 6-1 dalam aksi separuh akhir.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN HOKI REMAJA BANDARAYA IPOH-ANTARABANGSA PERAK-MILO-MBI-MSN 2012


Kejohanan hoki Bandaraya Remaja Bandaraya Ipoh - Antarabangsa  Perak-MILO-MBI-MSN 2012 akan dilangsungkan pada 23 hingga 24 Jun 2012. Kejohanan dua hari ini dianjurkan oleh IPOH CITY HOCKEY ORGANIZATION (ICHA) dan akan dilangsungkan di Padang Ipoh dan Stadium Hoki Azlan Shah. Dibawah ini disertakan link untuk borang penyertaan dan peraturan pertandingan. Kepada yang berminat bolehlah 'download' borang penyertaan di bawah. Selamat bertanding.












TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, May 9, 2012

AZLAN SHAH CUP 2012



The Sultan Azlan Shah Cup in Ipoh from May 24-June 3 will be a seven-team affair led by world No. 4 ranked Britain.
The other five invited teams are also in the top 10 while hosts Malaysia are the lowest ranked at number 13.
Britain are followed by sixth-ranked South Korea, New Zealand (7th), Pakistan (8), Argentina, (9) and India (10).
The tournament will serve as a warm-up for the London Olympic Games starting on July 27.
The teams will also benefit from playing on the new blue turf, which is similar to the one at the Olympics.
Britain, New Zealand, Pakistan and Argentina have already booked their Olympic berths while India, South Korea and Malaysia will be playing in the qualifiers.
The Indians are favoured to advance from the New Delhi qualifier next month. The Koreans and Malaysians play in the Dublin qualifier in March and are seeded to meet in the final. Only the winner will make it to the Olympics.
Malaysian Hockey Confedera-tion (MHC) secretary Maninderjit Singh said they are glad that the teams for the Sultan Azlan Shah Cup have been finalised.
“The tournament will be the perfect preparation for the teams going to London. I am sure they will send their best players,” he said.
World champions Australia, who are regulars in the tournament, are unable to make it this time.
Holland, Germany and Spain, who make up the top 10, are also unavailable.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, May 7, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : SEMESTI, SSP MUNCUL JUARA

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP) muncul juara baru kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2012 yang berakhir hari ini, 6 Mei 2012. Tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, SEMESTI berjaya membuktikan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan hasul yang cemerlang. Dalam perlawanan akhir kategori lelaki , SEMESTI berjaya menewaskan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)  dengan jaringan 1-0 manakala Sekolah Seri Puteri berjaya menewaskan naib juara tahun 2011, Sekolah Menengah Sains Machang dengan jaringan 2-1.


Dalam aksi tempat ketiga dan keempat  lelaki SM Sains Machang muncul pemenang apabila menewaskan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra 1-0 manakala tuan rumah, Sekolah Tun Fatimah berjaya menewaskan SM Sains Raja Tun Azlan Shah dengan jaringan 2-0.

Tahniah kepada semua pemenang dan insyaAllah tahun hadapan akan menjanjikan cabaran yang lebih getir lagi. 

Keputusan Penuh :

LELAKI

Johan : SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)
Naib Johan : Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
Ketiga : SM Sains Machang (SMACH)
Keempat : SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra(SMSTMFP)

PEREMPUAN

Johan : Sekolah Seri Puteri (SSP)
Naib Johan : Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
Ketiga : Sekolah Tun Fatimah (STF)
Keempat : SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)

ANUGERAH KHAS


Hoki Lelaki:
Penjaring Terbanyak : W.Muhd. Afiq W.Zulkafli (SMACH)

Penjaga Gol Terbaik : Muhammad Fazreen Ismail (SDAR)
Pemain Terbaik : Muhd. Amirul Mukminin Khairul Azhar (SEMESTI)
Pasukan FAIR PLAY :SMS Lahad Datu 


Hoki Perempuan:
Penjaring Terbanyak : Norlyn Hidayu Othman (SMACH)

Penjaga Gol Terbaik : Nur Irdina Muhammad 'Abir (STF)
Pemain Terbaik :Nur Farizatul Syazrin Talaha (SSP)
Pasukan FAIR PLAY : SMS Raja Tun Azlan Shah Taiping







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, May 6, 2012

MALAYSIA TEWASKAN KOREA SELATAN 6-3 KEJOHANAN HOKI PIALA REMAJA ASIAOHANAN

Malaysia mnenewaskan Korea Selatan 6-3 dalam perlawanan ke dua Kejohanan Hoki Remaja Asia ke -7 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Melaka  Bersejarah (MBMB). Kemenagan ini membawa Malaysia semakin hampir melayakkan diri ke Kejohanan Remaja Dunia di New Delhi pada November 2013.

Faisal Shaari berjaya meletakkan Malaysia di hadapan pada minit keenam menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohammad Syammim Mohd Yusof menambah jaringan pada minit ke-13 menjadikan kedudukan 2-0. Pada minit ke -21 pasukan Korea yang bertindak agresif berjaya merapatkan jurang melalui jaringan sudut penalti oleh Yang Jihun.

Benteng Korea Selatan terus goyah pabila diasak oleh pemain-pemain muda Malaysia dan pada minit ke -40 Amir Farid Ahmad Fuzi berjaya menjaringkan gol. Kedudukan korea bertambah perit pada minit ke-45 apabila Faisal Saari berjaya menerjah gol ke gawang Korea untuk gol ke dua peribadi dan ke empat Malaysia. Kedudukan 4-1.


Korea Selatan yang cuba bangkit merapatkan jurang menjaringkan gol ke dua pada minit ke 48 menerusi jaringan Jeong Yeongseouk dan sekali lagi menambah jaringan melalui ketua pasukan Yang Jihun menerusi pukulan sudut penalti.

Namun begitu, sekali lagi Faisal Saari menamatkan sisa perjuangan Korea Selatan apabila meledak hatrik perlawanan pada minit ke 57 dan gol terakhir Malaysia dijaringkan oleh  oleh Muhammad Noor Fareez , dua minit sebelum perlawnan ditamatkan. Kedudukan akhir Malaysia menewaskan Korea Selatan 6-3.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, May 5, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : SDAR, SEMESTI BUAT PERHITUNGAN DI PENTAS FINAL

Hari ke lima Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan memperlihatkan kejutan berlaku apabila pasukan lelaki Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, mengejutkan kuasa besar hoki SBP iaitu SM Sains Machang de peringkat separuh akhir. SMACH dilihat sebagai pasukan pilihan di atas kertas memandangkan ke dua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat kumpulan dan kemengangan berpihak kepada SMACH dengan kemenagan ke atas SEMESTI 3-0. 


Dalam perlawnaan yang cukup mendebarkan, SEMESTI berjaya menewaskan SMACH , yang juga naib johan tahun edisi 2011 dengan keputusan 2-0. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Sekolah Dato' Abdul Razak menepati ramalan ke pentas final untuk bertemu SEMESTI apabila menewaskan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra 1-0. 

Dalam aksi perempuan, Sekolah Seri puteri berjaya melepasi halangan getir pasukan tuan rumah, Sekolah tun Fatimah apabila menang 4-3 menerusi pukulan penalti selepas ke dua-dua pasukan terikat 1-1. Manakala naib juara tahun 2011, SM Sains Machang tidak menghadapi masalah ke final apabila membelasah SERATAS 4-0. Perlawnana akhir bagi kedua-dua kategori akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Stadium Hoki Taman Daya, johor Bahru.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : SAINS MACHANG, SDAR TEPATI RAMALAN KE SEPARUH AKHIR

Dua pasukan pilihan, SM Sains Machang dan Sekolah Dato Abdul Razak berjaya menepati ramalan ke separuh akhir Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bharu. Dalam peringkat X, Y, SDAR beraya mengungguli kumpulan Y apabila menewaskan SM Sains Sultan Muhammad Jiwa 2-1 dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) 1-0. Manakala SM Saisn Machang (SMACH) berjaya menggungguli kumpulan X apabila seri 1-1 dengan Sekolah Sultan Alam Shah dan mengalahkan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra 1-0. 



Berikut merupakan keputusan perlawanan peringkat kumpulan X, Y


KUMPULAN X

SMACH LAWAN SAS 1 – 1 
SAS LAWAN SMSTMFP 0 – 1 
SMSTMFP LAWAN SMACH 0 – 1 

KUMPULAN Y

SMSSMJ LAWAN SDAR 1 – 2 
SDAR LAWAN SEMESTI 1 – 0 
SMSSMJ LAWAN SEMESTI 0 – 1

SEPARUH AKHIR (L)

SM SAINS MACHANG VS SM SAINS TELUK INTAN
SEKOLAH DATO ABDUL RAZAK VS SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

SEPARUH AKHIR (P)

SEKOLAH TUN FATIMAH VS SEKOLAH SERI PUTERI
SM SAINS MACHANG VS SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, May 3, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : KEPUTUSAN HARI KE DUA

Hari ke dua menyaksikan bebrapa lagi perlawanan telah dilangsungkan sempena Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2012. Perlawanan-perlawanan ini sangat penting kerana juara dan naib juara kumpulan akan melayakkan diri ke undian Kumpulan X dan Y. berikut merupakan keputusan perlawanan pada hari ke dua kejohanan.


LELAKI

SM SAINS TELUK INTAN VS SM SAINS HULU SELANGOR  ( 2-0 )
 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH VS  SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK  (0-1)
 SM SAINS TENGKU MUHD FARIS PETRA  VS SM SAINS JOHOR   (1-1)
 SM SAINS SULTAN MUHD JIWA  VS SM SAINS LAHAD DATU  ( 3-1 )
 SM SAINS HULU SELANGOR  VS SM SAINS MACHANG  ( 0-3 )
 SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK  VS SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH ( 0-0 )

  PEREMPUAN 

SM SAINS SELANGOR  VS KOLEJ TUNKU KURSHIAH  ( 2-1 )
SM SAINS KEPALA BATAS VS SM SAINS MACHANG ( 1-3 )
VS SM SAINS TENGKU MUHD FARIS PETRA  VS SM SAINS SULTAN ISKANDAR  ( 1-0 )
SEKOLAH TUN FATIMAH VS SEKOLAH SERI PUTERI ( 1-0 )
SM SAINS MIRI VS SM SAINS KUBANG PASU ( 0-0 )
  KOLEJ TUNKU KURSHIAH VS SM SAINS MACHANG  (1-2)
SM SAINS SELANGOR VS SM SAINS KEPALA BATAS ( 0-0 )
SM SAINS SULTAN ISKANDAR VS SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH ( 0-2) 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : KEPUTUSAN HARI PERTAMA

Berikut merupakan keputusan perlawanan hari pertama Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bharu.





LELAKI


  • SM Sains Johor         vs    SM Sains Sultan Muhammad Jiwa    ( 0-1)
  • SM Sains  Tengku Muhammad Faris Petra   vs    SM Sains Lahad Datu  ( 2-0 )
  • SM Sains Machang    vs   SM Sains Teluk Intan    (3-0)
  • SM Sains Raja Tun Azlan Shah   vs   Sekolah Sultan Alam Shah        ( 1-2 )
  •  SM Sains Sultan Muhammad Jiwa        vs    SM Sains  Tengku Muhammad Faris Petra   (1-1) SM Sains Lahad Datu  vs   SM Sains Johor  ( 1-3)

  • PEREMPUAN 



  • Sekolah Seri Puteri       vs  SM Sains Miri    ( 6-0 )
  • Sekolah Tun Fatimah        vs  SM Sains Kubang Pasu  (4-0)
  • SM Sains Machang    vs  SM Sains Selangor      (1-0)
  • Kolej Tunku Kursiah       vs  SM Sains Kepala Batas      (2-0)
  • SM Sains Raja Tun Azlan Shah vs   SM Sains  Tengku Muhammad Faris Petra    ( 1-2)
  • SM Sains Miri I  vs  Sekolah Tun Fatimah       (  0-5 )
  • SM Sains Kubang Pasu    vs  Sekolah Seri Puteri         ( 0-8 )



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, May 2, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : STF, MAT JIWA BERMULA CEMERLANG

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2012 membuka tirai hari ini (2 Mei 2012) dengan dua perlawanan telah pun berlangsung pada jam 7.30 pagi di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bharu. Dalam bahagian perempuan, pasukan tuan rumah, Sekolah Tun Fatimah telah bertemu pasukan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Dalam pertemuan yang agak belat seberah, STF berjaya menewaskan SM Sains Kubang Pasu dengan jaringan 5-0 setelah mendahului 3-0 di separuh masa pertama.


Dalam satu lagi aksi pembukaan bahagian lelaki, pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa telahpun melakarkan kejutan apabila menumpaskan Sekolah Menengah Sains Johor, pemenang tempat ke tiga pada edisi tahun 2011 di Kuala Terengganu. SMSMJ menang 1-0 mengatasi Sekolah Menengah Sains Johor. Tahniah diucapkan kepada Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 1, 2012

JADUAL PERLAWANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012

Jadual perlawanan boleh didapati di sini







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SENARAI PASUKAN YANG LAYAK KE KEJ HOKI SBP KEBANGSAAN 2012

Berikut merupakan sekolah-sekolah yang telah melayakkan diri ke Kejohanan Hoki SBP 2012 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sekolah Tun Fatimah, johor Bharu.

Kategori Lelaki 


01.SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA - Johan Lelaki (Zon Utara) 
02.SMS TELUK INTAN - Naib Johan Lelaki (Zon Utara) 
03.SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH - Johan Lelaki (Zon Tengah) 
04.SS HULU SELANGOR - Naib Johan Lelaki (Zon Tengah) 
05.SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK - Johan Lelaki (Zon Selatan) 
06.SM SAINS JOHOR - Naib Johan Lelaki (Zon Selatan) 
07.SMS MACHANG - Johan Lelaki (Zon Timur) 
08.SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA - Naib Johan Lelaki (Zon Timur) 
09.SMS LAHAD DATU - Johan Lelaki (Zon SQL) 
10. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH - Johan 2011 



Kategori Perempuan 

01.SMS KEPALA BATAS - Johan Perempuan (Zon Utara) 
02 SMS KUBANG PASU - Naib Johan Perempuan (Zon Utara) 
03.SEKOLAH SERI PUTERI - Johan Perempuan (Zon Tengah) 
04.SM SAINS SELANGOR - Naib Johan Perempuan (Zon Tengah) 
05.KOLEJ TUNKU KURSHIAH - Johan Perempuan (Zon Selatan) 
06.SM SAINS SULTAN ISKANDAR - Naib Johan Perempuan (Zon Selatan) 
07. SMS MACHANG - Johan Perempuan (Zon Timur) 
08.SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA - Naib Johan Perempuan (Zon Timur) 
09.SEKOLAH MENENGAH SAINS MIRI - Johan Perempuan (Zon SQL) 
10.SEKOLAH TUN FATIMAH - Perempuan (Tuan Rumah) 

11. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH - Johan 2011




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...