Powered by Blogger.

Sunday, June 30, 2013

LIGA HOKI DUNIA : MALAYSIA, PAKISTAN TERIKAT



Johor Bahru: Malaysia gagal meneruskan aksi cemerlang pada separuh masa kedua apabila seri 4-4 dengan Pakistan meskipun suatu ketika mendahului 3-0, pada kejohanan Liga Hoki Dunia di Stadium Taman Daya, malam tadi. 

Pasukan ranking pertama dunia, Jerman juga terikat 1-1 menentang Argentina, manakala Jepun turut seri 3-3 dengan Korea Selatan. 

Dua gol awal 

Razie Rahim menjaringkan dua gol awal Malaysia, kedua-dua menerusi pukulan sudut penalti pada minit ketiga dan ketujuh, sebelum Marhan Jalil menjaringkan gol ketiga pada minit ke-18 yang bermula daripada pukulan sudut penalti. 

Pakistan memperoleh gol pertama minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti Abdul Haseem Khan. 

Tiga minit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula, Tengku Ahmad Tajuddin menjaringkan gol padang cantik untuk Malaysia mendahului 4-1. 

Namun pemain negara agak leka selepas itu dan gol oleh Muhammad Tausiq (m-42), penalti Shakeel Abbasi (m-56), dan Muhammad Imran (m-61) mengikat keputusan, sekali gus menghampakan pemain negara.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, June 23, 2013

HOKI PIALA ASIA 2013 AKAN DIADAKAN DI IPOH, PERAK

Malaysia bakal menggalas tugas berat dan mencabar untuk memburu tiket ke Piala Dunia 2014 apabila disenaraikan dalam Kumpulan A pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 Sept ini. Undian lapan pasukan bertanding di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, itu menyaksikan Malaysia berada dalam kumpulan bersama naib juara Pakistan, Jepun dan Oman. Manakala juara bertahan Korea Selatan disenaraikan dalam Kumpulan B bersama India, China dan Bangladesh.
Setiausaha Agung Persekutuan Hoki Asia (AHF) Tan Sri P.Alagendra berkata pembahagian kumpulan Piala Asia 2013 adalah berdasarkan senarai ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

“Jadual perlawanan akan ditentukan pada akhir bulan depan selepas menerima pengesahan pasukan yang tersenarai,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis AHF ke-62, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, Hong Kong dan Taiwan diletakkan sebagai pasukan simpanan sekiranya mana-mana pasukan yang tersenarai menarik diri. Berdasarkan ranking dunia, Pakistan menduduki tangga kelima, Korea Selatan (8), India (11), Malaysia (13), Jepun (16), China (18), Oman (36) dan Bangladesh di tangga ke-40.

Sementara pasukan simpanan, Hong Kong di tangga ke-42 diikuti Taiwan di tangga ke 49. Juara Piala Asia 2013 di Ipoh nanti akan mewakili benua Asia pada Kejohanan Piala Dunia yang disertai 12 pasukan di The Hague, Belanda, dari 2 hingga 15 Jun 2014. Malaysia telah beraksi sebanyak enam kali pada Piala Dunia sejak 1973 dan kali terakhir menduduki tempat kelapan ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2002.

Malaysia gagal melayakkan diri ke Piala Dunia pada 2006 di Monchengladbach, Jerman dan 2010 di New Delhi, India. Pada Kejohanan Piala Asia lepas pada 2009 di Kuantan, Pahang, Malaysia menduduki tempat keempat selepas kalah 7-6 kepada China dalam pukulan penalti selepas terikat 3-3 pada perlawanan penentuan tempat ketiga. – BERNAMA




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN HOKI REMAJA PERAK - MBI - MILO 2013 : LANGKAH TERSEKAT DI SUKU AKHIR

STAR Hockey telah menghantar empat pasukan menyertai Kejohanan Hoki Remaja Perak - MBI - MILO - MSN 2013 sempena sambutan Jubki Perak Bandaraya Ipoh. Penyertaan pasukan STAR melibatkan satu pasukan bawah 18 tahun dan tiga pasukan bawah 15 tahun. Dalam kejohanan kali ini, STAR Hc telah berjaya menempatkan diri ke peringkat suku akhir bawah 18 tahun, manakala STAR Junior A juga sampai ke peringkat yang sama. Namun, perjuangan STAR Hockey berakhir di peringkat suku akhir sahaja. Berikut keputusan melibatkan STAR Hockey.

Bawah 18 Tahun lelaki

Peringkat kumpulan

STAR HC (1) vs ABC Warriors (0)
STAR HC (2) intersaber Scorpion (0)
STAR HC (1) Malacca High School B (0)

Pusingan ke-2

STAR HC (2) vs Shahriman Boys (0)

Peringkat Suku Akhir

STAR HC (0) vs Kuala Lumpur Sport School (2)


Bawah 15 Tahun Lelaki

Peringkat Kumpulan

STAR Junior A (4) vs PBP Juniors (0)
STAR Junior A (2) vs SNS (0)
STAR Junior A (4) vs SMK La Salle (0)

STAR Junior B (0) vs SMK Putera, Kelantan (4)
STAR Junior B (0) vs SMK Seksyen 11 (0)
STAR Junior B (0) vs Shumel HM (1)

STAR Junior C (0) vs Sekolah Sukan Johor RED (3)
STAR Junior C  (3) vs ACS Ipoh (1)

Pusingan ke dua

STAR Junior A (1) vs Shumel HM (0)
STAR Junior C (0) vs Sekolah Sukan Johor BLUE (1)

Pusingan Suku Akhir

STAR Junior A (0) vs Kuala lumpur Sport School (2)



Terima kasih kepada semua pemain terutamanya kepada pemain junior yang menyertai pertandingan buat kali pertama. Semoga pengalaman yang ditempa akan membantu semua dalam memajukan permainan anda. Jumpa lagi tahun 2014.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, June 16, 2013

PAUL REVINGTON LETAK JAWATAN JURULATIH HOKI MALAYSIA

Persiapan skuad hoki negara bagi menghadapi kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Bahru pada 29 Jun hingga 7 Julai ini menerima tamparan hebat apabila jurulatih, Paul Revington secara mengejut menghantar surat peletakan jawatan berkuat-kuasa serta merta.

Melalui satu emel yang dihantar Revington kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), dia berterus-terang sudah tidak mampu lagi bekerjasama dengan jurulatih hoki remaja, K. Dharmaraj dan Pengarah Program Pembangunan Hoki Satu Malaysia, Lim Chiow Chuan yang didakwa sering campur tangan semasa mengendalikan skuad kebangsaan.

Namun, Pengerusi Kejurulatihan MHC, Majid Manjit Abdullah berkata, seramai 16 orang ahli jawatankuasa kejurulatihan belum bersedia menerima peletakan jawatan Revington dan perkara itu akan dirujuk kepada Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum kata putus akan ditentukan dalam mesyuarat Eksekutif MHC pada 30 Jun ini di Johor Bahru.

"Kami mahu Paul untuk terus kekal kerana dia telah melakukan kerja yang sangat baik setakat ini kami tidak mendapat sebarang aduan mengenai corak latihannya.'

"Dia tidak gembira dan mengakui tidak boleh bekerja apabila terdapat campur tangan daripada jurulatih lain semasa mengendalikan skuad kebangsaan

"Kami akan berusaha untuk bersemuka dengan Revington dalam beberapa hari ini dan berharap dapat memberi keyakinan kepadanya kerana apa yang lebih penting adalah persiapan skuad negara untuk menghadapi separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru hujung bulan ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat kejurulatihan MHC di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jelasnya, mereka sudah dimaklumkan perkara ini lebih awal oleh Revington apabila sering mengadu terdapat gangguan daripada pihak lain dan berjaya diselesaikan, namun tidak menyangka masalah ini kembali berulang.

"Sebelum ini, saya menjangkakan perkara ini telah selesai apabila surat peguam sampai di tangan Lim, dia telah meminta maaf dan Paul juga menerima maaf daripada Lim.

"Namun. apabila Paul memberikan emel terbaharu ini yang menyatakan segalanya masih belum selesai, saya sendiri terkejut malahan dia telah menutup telefon sepanjang hari ini dan tidak dapat menghubunginya secara langsung," katanya.

Jika Revington masih berhasrat melepaskan jawatan, Majid mengakui mereka sudah ada perancangan melantik Sarjit Singh sebagai jurulatih sementara dalam menghadapi Liga Hoki Dunia tidak lama lagi.
"Kami mencadangkan Sarjit menjadi pengurus sementara biarpun buat masa ini Arul (Selvaraj) merupakan pembantu kepada Revington sekarang," katanya.

Malaysia yang memburu tiket ke Piala Dunia 2014 perlu memastikan berada di kalangan tiga terbaik daripada lapan pasukan bertanding.

Berada dalam Kumpulan B, skuad hoki negara diletakkan bersama Pakistan, England dan Afrika Selatan manakala Kumpulan A persaingan melibatkan Jerman, Korea Selatan, Argentina dan Jepun.

Sepanjang 10 bulan dilantik menjadi jurulatih menggantikan Tai Beng Hai, pencapaian skuad hoki boleh dianggap berada di tahap membanggakan apabila berjaya muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2013, meraih tempat ketiga trofi Juara-Juara Asia 2012 dan menduduki tangga keempat dalam kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina, tahun lalu.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, June 15, 2013

DEMI BUDAK STAR - PASUKAN SORAK ULTRAS RAHMAN

Kami kongsikan cheer dari pasukan cheer STAR Ultars Rahman  bertajuk DEMI BUDAK STAR yang hadir memberi sokongan sewaktu perlawanan akhir Kejohanan Hoki SBP 2013 di Padang Hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lela Pahlawan, Padang Serai, Kedah. Dalam perlawanan tersebut STAR muncul juara menewaskan SDAR 1-0.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, June 14, 2013

KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI KALI KE-8 TAHUN 2013


Kejohanan Hoki dewan UPSI kali ke-8 2013 akan berlangsung pada 24-27 Oktober 2013. Kejohanan yang telah memasuki edisi ke-8 penganjurannya ini akan dilangsungkan di Gimnasium dan Gelanggang Serba Guna UPSI, Tanjung Malim. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut dijemput untuk mendapatkan maklumat, borang penyertaan serta syarat penyertaan di FB kejohanan. Sila klik alamat di bawah : 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, June 13, 2013

PERAK MUNCUL JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN HOKI MSSM 2013

Berikut merupakan keputusan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSM 2013

1) Perak (125 mata)
2) Selangor (85 mata)
3) Kuala Lumpur (66 mata)

Kontijen Perak muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSM 2013


Anugerah-anugerah Kejohanan Hoki MSSM 2013

Perempuan Bawah 12 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Kersimah kauran (Sabah)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Nur Diyanah bt Nordin (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Nir Faezatul Elsya bt Amran (Terengganu)
4) Penjaring Gol Terbanyak - Nur Syaza Afiqah bt Safawi (Kuala Lumpur)

Lelaki  Bawah 12 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Mohammad Shamir bin Mohamad Amran (Perak)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Mohammad Faizul Ariff bin Abdul Azis (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Aidiel Adha bin Mohd Noor (Kelantan)
4) Penjaring Gol Terbanyak - Muhammad Syahmi Aiman bin Mat Jusoh (Kelantan)

Perempuan Bawah 18  Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Nur Aisyah bt Yaacob (Melaka)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Nurul Shafizan bt Amran  (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Sazaumira bt Mohamad Ismail (Selangor)
4) Penjaring Gol Terbanyak -Ellya Shairah bt Ellias (Selangor)

Lelaki Bawah 18 Tahun

1) Pemain Terbaik Kejohanan - Nor Syafiq bin Sumantri (Kuala Lumpur)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir -Nik Mohd Aiman bin Nik Rozemi (Terengganu)
3) Penjaga Gol Terbaik - Adrian Andy Albert (Sabah)
4) Penjaring Gol Terbanyak -Muhammad Hasikal bin Zamri (Selangor)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, June 9, 2013

KEJOHANAN HOKI REMAJA PERAK – MILO – MBI – MSN 2013


KEJOHANAN HOKI REMAJA PERAK – MILO – 
MBI – MSN 2013

TARIKH:22-23 JUN 2013 MASA: 7.00PG-6.30PTG


TARIKH TUTUP 12 JUN 2013

TEMPAT: STADIUM AZLAN SHAH & PADANG IPOH


Lelaki & Perempuan Bawah 12 Tahun 

Lelaki & Perempuan Bawah 15 Tahun 

Lelaki & Perempuan Bawah 18 Tahun 

Untuk Keteranan Lanjut

URUSETIA

En. Jaswant Singh 
H/P No: 012-5656647 
Email: jaswantgill@yahoo.com



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, June 8, 2013

KUALA LUMPUR, SELANGOR MUNCUL JUARA KEJOHANAN HOKI MSSM 2013


Sumber sepenuhnya : mssmmoehoki











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

JADUAL PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN HOKI MSSM 2013





Sumber sepenuhnya : mssmmoehoki













TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, June 7, 2013

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KEJOHANAN HOKI MSSM 2013





Sumber sepenuhnya : mssmmoehoki







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR HOKI MSSM 2013








Sumber sepenuhnya :  mssmmoehoki




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, June 6, 2013

MSSM HOKI 2013 : KEPUTUSAN SUKU AKHIR








Sumber sepenuhnya : mssmmoehoki

Keputusan P 12 dan L 12 akan dikemaskini selepas perlawanan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, June 5, 2013

UNDIAN SUKU AKHIR KEJOHANAN HOKI MSSM 2013












TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, June 4, 2013

KEJOHANAN HOKI MSSM 2013 : KEPUTUSAN HARI PERTAMA DAN KE-2













TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...