Powered by Blogger.

Tuesday, November 25, 2014

STAR JUARA DI SINGAPURA

Selaras dengan hasrat untuk mengangkasakan kegiatan kokurikulum di STAR, maka pasukan hoki STAR atau lebih dikenali sebagai Anaconda telah mengorak langkah untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Dan Singapura adalah destinasi yang dituju untuk satu kejohanan jemputan iaitu Interstraits Hockey Tournament MAS-Singapura 2014. Kejohanan jemputan ini merupakan kali ke-4 penganjurannya oleh Northland Secondary School. Yishun, Singapura. 
STAR turut serta bersama 5 sekolah dari Malaysia iaitu STAR, SMS Muzafar Shah(MOZAC), SMS Johor, Sekolah Menengah Tinggi Muar dan SMK Dato' Penggawa Barat. Semua perlawanan dilangsungkan di Northland Secondary School kerana sekolah tersebut merupakan sekolah projek hoki di Singapura dan memiliki stadium astroturf sendiri.
Alhamdulillah, penyertaan pertama STAR telah membawa kejayaan yang cemerlang apabila muncul JOHAN manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh SM Sains Johor. Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan jurulatih yang diketuai oleh Cikgu Shahnun Abdul Ghani. Moga program sebegini dapat diteruskan bagi mewujudkan hubungan baik anatara pelajar-pelajar di ke dua-dua sekolah. Jumpa lagi Singapura !

Bergambar bersama pasukan NSS, Singapura


Antara pasukan yang mengambil bahagian


Majlis Penutupan


Kemenangan milik kami.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HATRIK SAKBA OPEN

Saban tahun, STAR dan MCKK akan mengadakan Karnival Sukan antara ke dua-dua sekolah SBP Premier di Perak ini bagi peringkat umur bawah 14 tahun. Karnival ini berobjektifkan untuk mewujudkan hubungan baik antara ke dua-dua sekolah melalui penganjuran beberapa acara sukan. Sebanyak lima sukan telah dipertandingkan iaitu Ragbi, futsal, bola sepak, bola keranjang dan hoki.
Pada tahun ini STAR hanya memenangi 1 sukan sahaja iaitu hoki apabila menewaskan MCKK 3-0 manakala MCKK memenangi 4 sukan dalam ragbi, bola sepak, bola keranjang dan futsal. Alhamdulillah, sekali lagi pasukan hoki STAR berjaya menyelamatkan maruah STAR apabila menang dan tidak membiarkan STAR dimalukan 5-0. Untuk rekod, kejayaan pasukan hoki ini secara konsisten menyumbang mata untuk STAR apabila memenanginya sejak tahun 2012 dan 2013 dan kali ini 2014. Secara keseluruhannya MCKK 4-1 STAR.
Diharapkan karnival seumpama ini akan diteruskan pada masa yang akan datang sebagai satu platform untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pelajar STAR dan MCKK.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, November 8, 2014

KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI TERBUKA IPOH LADS 9 SEBELAH 2014


Keputuan Kejohanan Hoki Ipoh Lads 9 Sebelah


Bawah 12 Tahun 

Johan : Ipoh Lads
Naib Johan :1MAS KL
Ke-3 : Port Weld City

Bawah 14 Tahun 

Johan : SMK Abu Bakar AlBaqir
Naib Johan : La Salle Sentul
Ke-3 : Penang Free School 

Bawah 16 Tahun 

Johan : Nur Insafi
Naib Johan : Penang Free School
Ke-3 : SMSJ Knight


Semua peserta bergambar kenangan


Johan kategori Bawah 16 Tahun




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, November 4, 2014

KEJOHANAN HOKI TERBUKA IPOH LADS 2014 ; PULANG DENGAN TANGAN KOSONG

Kejohanan Hoki Terbuka Ipoh Lads 9 sebelah telah berlangsung pada 1 hingga 2 November 2014 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini menyaksikan penyertaan pasuka dari seluruh negara melalui 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Bawah 12 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun,

STAR telah menghantar sebanyak 2 pasukan Bawah 16 tahun dan 3 pasukan bawah 14 tahun. Walau bagaimanapun, STAR gagal memenangi apa-apa ketegori yang disertai. Berikut merupakan gambar pasukan yang sempat dirakam oleh lensa STAR Hockey.

STAR Junior A

STAR Junior B

STAR Junior C

STAR U16 B

STAR U16 A
 

 
 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...