Powered by Blogger.

Monday, November 16, 2015

STAR HOCKEY JOHAN KEJOHANAN HOKI TERBUKA IPOH LADS 2015

Pada 14-15 November 2015, STAR Hockey telah menghantar 4 pasukan menyertai Kejohanan Hoki Terbuka Ipoh Lads Peringkat Kebangsaan bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini dianjurkan oleh Kelab Hoki Ipoh Lads disertai oleh 80 buah pasukan melibatkan 6 kategori. STAR telah menghantar 2 pasukan kategori Bawah 14 tahun lelaki dan 2 pasukan bagi kategori Bawah 16 tahun lelaki.
Alhamdulillah, STAR telah berjaya melayakkan diri ke final bagi kedua-dua kategori. Dalam aksi final Bawah 14 tahun lelaki, STAR telah bertemu pasukan Anderson. Namun, pengalaman membezakan antara ke dua-dua pasukan apabila STAR hanya mampu muncul NAIB JOHAN di belakang Anderson apabila tewas 3-0 di gelanggang final. Dalam aksi Kategori Bawah 16 tahun lelaki, STAR sekali lagi berjaya menjejak final dan kini pasukan yang menanti adalah SMK Penang Free, kuasa hoki utara.
Perlawanan sengit tersebut akhirnya dimenangi oleh STAR 2-0 hasil jaringan Haris Iskandar menerusi ke dua-dua gol. Kejayaan ini amat bermakna apabila STAR berjaya menewaskan sekolah projek hoki dalam satu pertandingan. Tahniah dan syabas buat semua pemain dan jurulatih

Johan U16


Naib Johan U14



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, November 8, 2015

STAR MUNCUL JOHAN KALI KE EMPAT KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN KEPALA BATAS

Pada 7 November 2015, bertempat di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah telah berlangsung Kejohanan Hoki Jemputan Piala Pengetua SMS Kepala Batas. STAR merupakan juara bertahan bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 telah turun untuk mempertahankan kejuaraan serta memburu kejuaraan kali ke-4. STAR telah ditempatkan dalam kumpulan A bersama SMS Tun Syed Shahabudin, SMS Pokok Sena dan SMS Sultan Mohamad Jiwa. 

Berikut merupakan keputusan yang melibatkan STAR di peringkat kumpulan :\

STAR vs SMSTSS (menang 5-0)
STAR vs SMS Pokok Sena (Menang 3-0)
STAR vs SMSSMJ (Seri 0-0)

STAR menjarai kumpulan A dan layak ke separuh akhir. Di peringkat separuh akhir STAR telah bertemu SMS Kubang Pasu, naib johan kumpulan B. keputusannya STAR menang 2-0. STAR layak ke final dan bertemu SMS Sultan Mohammad Jiwa yang telah menewaskan Malay College Kuala Kangsar penentuan penalti stroke 3-2. 

Dalam perlawanan akhir, STAR berjaya muncul pemenang apabila mudah mnewaskan SMS Sultan Mohammad Jiwa dengan jaringan 3-0. Dalam aksi wanita, SMS Sultan Mohammad Jiwa menebus kehampaan kategori lelaki apabila muncul Johan menewaskan MRSM Merbok, Kedah.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SABAH, KUALA LUMPUR RANGKUL KEJUARAAN KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN 2015



MELAKA: Sabah muncul juara Kejohanan Hoki Lelaki Bawah 14 Tahun Kebangsaan selepas menumpaskan Perak 7-6 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga wisel penamat. Pada perlawanan akhir kategori itu di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini hari ini, Sabah terlebih dulu membuka tirai jaringan pada minit ke-24 hasil gol padang oleh Nasrul Shahkhir Sadikul. Dalam saingan sengit dua pasukan itu, Perak kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-31 menerusi penalti yang disempurnakan Mohammad Afiq Iqbal Ahmad Faudzi. Sabah kemudian sekali lagi mendahului pada minit ke-63 dengan gol daripada Granson Noel Goden namun Perak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 oleh Afsraf Iqbal Alias. 

Tuan rumah kejohanan, Melaka pula sekadar berpuas hati dengan tempat keempat kategori itu selepas ditewaskan Johor dengan jaringan 1-4 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. 

Bagi hoki kategori wanita, Kuala Lumpur muncul juara selepas menumpaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir di stadium sama hari ini. Kuala Lumpur mendahului dua gol hasil jaringan padang pada minit ke-18 oleh Nur Syaza Aqifah Safawi dan Khaliesha Nabila Kamarulzaman seminit selepas itu. Selangor bangkit dengan jaringan pertama pasukan pada minit ke-52 oleh Nur Atira Mohamad Ismail, namun Kuala Lumpur berjaya menambah gol ketiga pasukan pada minit ke-53 oleh Hasya Syahida Saifuddin. Nur Aisyah Fadzinu Aulla kemudian merapatkan jurang buat Selangor pada minit ke-62. Sabah menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Singapura 4-2 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat kategori sama. -- BERNAMA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...