Powered by Blogger.

Friday, March 17, 2017

STAR SEKADAR RAIH NAIB JOHAN MSSD KINTA UTARA

Hasrat pasukan hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR Hockey) untuk merampas kejuaraan di peringkat Daerah Kinta Utara sekali lagi tidak kesampaian apabila hanya mampu muncul Naib Johan. Sekali lagi pasukan power house hoki Perak, SMK Anderson menjadi penghalang untuk STAR mencipta sejarah.  Dalam perlawanan peringkat kumpulan, STAR tidak menghadapi masalah menewaskan SMK Bercham 5-0 dan SMK Sungai Pari 7-0.
STAR layak ke perlawanan separuh akhir dan diundi bertemu SMK Methodist ACS . Dalam perlawanan tersebut, STAR mendapat tentangan yang sengit apabila menang dengan keputusan 2-0 . Kejayaan di peringkat separuh akhir membolehkan STAR layak ke perlawanan akhir. Alhamdulillah, STAR menentang SMK Anderson, Ipoh.
Dalam perlawanan akhir, STAR cuba memberi tentangan yang terbaik. Namun, pengalaman membezakan antara STAR dan SMK Anderson. STAR akur tewas 0-2 kepada Anderson. Tahniah dan syabas buat pasukan hoki STAR.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

TNB TAJA PERALATAN HOKI STAR IPOH

Dalam usaha meluaskan jaringan dengan  pihak swasta , STAR Hockey telah mengorak langkah dengan mengadakan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad. Tenaga Nasional Berhad telah bersetuju menyumbang peralatan hoki untuk pasukan hoki STAR Ipoh. Satu majlis penyerahan sumbangan peralatan telah diadakan pada 11 Mac 2017 bertempat di Mini Turf STAR Ipoh.
Pada hari yang sama juga, pihak TNB telah mengadakan Klinik Hoki kepada para pemain hoki STAR. Klinik hoki telah dilaksanakan oleh panel kejurulatihan TNB yang diketuai oleh bekas pemain negara Nor Saiful Zaini dan Mohamad Amin Rahim. Alhamdulilah para pemain hoki STAR telah mendapat manfaat daripada Klinik Hoki yang telah diadakan.
Terima kasih diucapkan kepada TNB atas sumbangan tersebut. diharapkan kerjasama ini akan dapat diadakan pada tahun-tahun yang mendatang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...