Selaku juara kumpulan D, STAR diundi bertemu naib juara kumpulan A, iaitu SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK) di peringkat suku akhir. Peringlat kalah mati sememangnya menjanjikan keputusan yang mendebarkan. Tahun 2012, STAR tewas di peringkat suku akhir di tangan musuh tradisi , MCKK. Dan kali ini, dengan keazaman dan iltizam yang tinggi, STAR berazam untuk melangkah ke separuh akhir.
Pasukan SOKSEK
Dijadualkan menentang SOKSEK pada jam 12 tengah hari merupakan satu cabaran besar buat STAR. Apatah lagi beraksi di bawah terik mentari dan masa yang singkat. Pasukan yang berupaya untuk melakukan jaringan awal, pasti akan beroleh kejayaan.
Menyedari betapa gol awal dan gol semangat sangat penting, STAR melancarkan beberapa siri serangan ke kubu lawan melalui ke dua-dua arah. Namun, penjaga gol SOKSEK begitu tenang mengawal gawang mereka dari dibolosi. Setiap percubaan dan PC pada separuh masa pertama seolah-oleh tidak menjadi. Mungkin kerana STAR dan SOKSEK bermain di bawah terik matahari.
Sesekali, SOKSEK melakukan serangan balas, namun, kekentalan barisan pertahanan yang diketuai oleh Afiq Azman berjaya mematahkan serangan mengejut SOKSEK. Memulakan aksi pada babak ke dua, jurulatih telah meminta pemain menukar corak serangan kerana menyedari permainan STAR telah berjaya dibaca oleh SOKSEK. Dengan menggunakan pukulan-pukulan terus apabila memasui kawasan 25 meter lawan, akhirnya Muhd Ridzwan Ramli muncul wira apabila bola pukulan beliau dari luar kotak penalti terkena penjaga gol SOKSEK. Lantas penjaga gol SOKSEK hanya mampu melihat bola masuk ke gawang sendiri tanpa sempat berbuat apa-apa.
Keputusan kekal STAR memenangi perlawanan dengan 1-0 sehingga wisel penamat dibunyikan. Alhamdulillah, STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan akan menentang SBPI Kubang Pasu. In sha Allah, jalan ke final terbentang luas.
1 comments:
Post a Comment