Powered by Blogger.

Friday, September 20, 2013

ANDERSON JUARAI KEJOHANAN HOKI SEKOLAH PREMIER NEGERI PERAK 2013

Pada 4, 5 dan 11 September 2013, STAR telah menyertai Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Premier Negeri Perak. STAR telah diundi bersama juara bertahan, SMK Anderson, SMK Clifford, Kuala Kangsar dan SMK Holi Methodist, Teluk Intan. Dalam penyertaan pada edisi 2011, STAR berjaya menduduki tempat ke-3. Dan pada tahun 2013, STAR meletakkan harapan untuk sekurang-kurangnya menjadi naib johan. Di peringkat kumpulan, STAR bermula agak perlahan apabila hanya mampu seri dengan SMK Clifford dengan keputusan 3-3. keputusan ini agak mencemaskan, andai tewas, sudah tentu STAR akan tersingkir.


STAR vs SMK Clifford, Kuala Kangsar.

Perlawanan ke dua, STAR jelas bukan tandingan SMK Anderson apabila pasukan pilhan tersebut menang bergaya mengatasi STAR 4-0. Dalam masa yang sama keputusan antara Clifford dan holli Methodist menyaksikan Clifford menewaskan Holi Methodist 6-0. Perlawanan terakhir STAR dijadualkan menentang SMK Holli Methodist yang juga meruapakn perlawanan penentuan. STAR memerlukan jaringan yang besar untuk melaykkan diri ke separuh akhir memandangkan Clifford memiliki kelebihan jaringan sebanyak 6-0.

Menentang Holi Methodist, STAR akhirnya berjaya menunjukkan Clifford jalan keluar apabila bergaya menewaskan Holi Methodist dengan keputusan 10-0 dan dalam masa yang sama SMK Clifford tewas 1-6 kepada SMK Anderson.


Semi Final STAR vs MCKK

Muncul naib johan kumpulan A, STAR membuat perhitungan menentang rival berpuluh tahun lamanya, MCKK. Alhamdulillah, walaupun hanya berbekalkan jaringan 1-0, STAR akhirnya berjaya menewaskan MCKK di peringkat separuh akhir. Kemenangan ini membawa STAR ke final dan akan bertemu SMK Anderson, iaitu juara bertahan negeri Perak dan kebangsaan. 


STAR dan ANDERSON diperkenalkan kepada tetamu kehormat sebelum perlawanan akhir.

Perlawanan akhir dijalankan di Padang Hoki KISDAR, Kuala Kangsar yang turut disaksikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Perak. Dalam aksi final, ternaya SMK Anderson membuktikan mereka berada pada kedudukan yang tersendiri apabila muncul juara menewaskan STAR dengan jaringan 3-0. Tahniah buat Anderson. Walaupun tewas di final, kejayaan ini berjaya membaiki kedudukan di tempat ke-3 pada tahun 2011. Alhamdulillah, kejayaan bersama untuk semua pemain, jurulatih dan penyokong. Semoga tahun-tahun mendatang STAR akan muncul juara. 


Naib Juara Kejohanan Hoki Sekolah Premier Negeri Perak 2013.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...