Powered by Blogger.

Friday, May 1, 2020

KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2020 DITANGGUHKAN TAHUN HADAPAN

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi 29 ditangguhkan ke tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Datuk Abd Rahim Md Ariff melalui satu kenyaatan mengesahkan perkara berkenaan.
"Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengelola mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Rdizuan untuk menangguhkan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-29 2020 ke 2021 berikutan penularan pandemik COVID-19 dan ekonomi yang merosot secara global," katanya.
Beliau berkata, pasukan yang dijemput juga mengalami situasi yang sama di negara masing-masing yang mengakibatkan latihan tidak dapat dijalankan untuk persiapan menyertai Kejohanan ini.
"Jawatankuasa Pengelola juga berpendapat bahawa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan akan ditamatkan, namun perhimpunan secara besar-besaran tidak dibenarkan untuk tempoh masa selama enam bulan," katanya.
Sebelum ini NSTP melaporkan, Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2020 yang sepatutnya berlangsung bulan hadapan (April) terpaksa ditunda kepada 24 September hingga 3 Oktober ekoran penularan wabak COVID-19.
Abd Rahim dilaporkan berkata, melihat penjadualan semula itu penting bagi memastikan keselamatan pemain, pegawai dan semua pihak terbabit terjamin.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...