Powered by Blogger.

Sunday, May 3, 2020

OBW 2018 STAR VS STAROBA

Program Old Boys Weekend merupakan program yang ditunggu-tunggu oleh semua bekas pelajar STAR Ipoh. Pada hujung minggu inilah semua bekas pelajar STAR atau STAROBA akan kembali ke bumi Ipoh untuk mengadakan reunion dan menjalankan pelbagai aktiviti di alma mater mereka. . Salah satu program yang telah dilaksanakan ialah perlawanan hoki antara STAROBA menentang STAR.

Perlawanan hoki sempena OBW 2018 telah diadakan di Padang Hoki Astroturf KTMB, Batu Gajah pada 27 Julai 2018. Sebanyak dua perlawanan diadakan iatu Master Cup mempertemukan pasukan STAROBA Veteren vs STAR U14, manakala Anaconda Cup pula mempertemukan STAR U17 menentang STAROBA. DAlam ke dua-dua perlawanan STAROBA Veteren menang menentang STAR U14, manakala pasukan STAROBA tewas kepada pasukan STAR U17. Alhamdulillah.

Pada hari yang sama, Wakil ANACONDA 90 iaitu pasukan perintis  yang menggunakan nama ANACONDA telah menyampaikan track suit ANACONDA 1990 kepada jurulatih STAR iaitu Encik Shahnun bin Abdul Ghani. Semoga semangat ANACONDA terus menyala dalam diri setiap pemain. Apapun good game STAROBA !!











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...