Powered by Blogger.

Monday, November 14, 2011

MALAYSIA JUARA KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN JOHOR


Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara sulung pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2011 malam tadi. Gol kemenangan Malaysia diperoleh menerusi jaringan emas kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim, sekali gus mengecewakan Australia 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. Muhammad Noor Faeez melakukan jaringan tersebut menerusi pukulan sudut penalti yang menerjah bahagian kiri gol lawan.
Sebelum itu, perlawanan tersebut terpaksa diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 selepas masa perlawanan sebenar tamat. Lebih manis, skuad projek 2013 negara yang sebelum ini tewas kepada Australia pada perlawanan pusingan awal iaitu 2-1 berjaya menebus kekalahan itu di hadapan kira-kira 5,000 penyokong.
Pada aksi tersebut, Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Dylan Wotherspoon tetapi anak didik Mohd. Dharma Abdullah berjaya menyamakan kedudukan pada minit kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan padang Mohd. Fitri Saari.
Jaringan padang Jack Wallace pada minit ke-59 membuatkan pasukan lawan kembali di hadapan tetapi Malaysia berjaya bangkit menerusi pukul sudut penalti Muhammad Noor Faeez seminit sebelum wisel penamat dibunyikan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan. 

SUMBER : KOSMO! ONLINE



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, November 9, 2011

PIALA SULTAN JOHOR : MALAYSIA TEWASKAN KOREA SELATAN 4-2


Malaysia mencerahkan laluan ke pentas akhir Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor 2011 apabila menewaskan Korea Selatan 4-2 di Stadium Hoki Taman Daya di sini, semalam.

Skuad kendalian Mohd. Dharma Raj Abdullah bermula dengan garang membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim yang menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Korea Selatan bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi You Seung Ju sebelum Shazrul Imran Nazli meletakkan Malaysia kembali di depan seminit kemudian dan kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Malaysia terus melebarkan jurang gol pada separuh masa kedua menerusi Muhamad Ramadan Rosli pada minit ke-40 tetapi pemain nombor 20 skuad korea Selatan, Seung Ju kembali merapatkan kedudukan empat minit kemudian sebelum Norhizzat Sumantri melengkapkan kemenangan Malaysia pada minit ke-67.

Jurulatih Malaysia, Mohd. Dharma menyifatkan kemenangan itu sebagai pembakar semangat untuk anak buahnya meneruskan perjuangan baki dua perlawanan menentang Pakistan dan India.

"Pada perlawanan kali ini kami memang mencari gol awal untuk menaikkan semangat pemain meskipun menerima tentangan sengit, saya gembira kerana kami berjaya meraih tiga mata selepas hanya memperoleh satu mata daripada dua perlawanan terdahulu.
"Selepas ini kami perlu mengalahkan Pakistan dan India bagi menempatkan diri di pentas akhir kejohanan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, November 7, 2011

PIALA SULTAN JOHOR : MALAYSIA, NEW ZEALAND TERIKAT 1-1



JOHOR BAHRU - Selepas tumpas dalam aksi pembukaan kelmarin, Malaysia mengutip mata pertama pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor 2011 selepas seri 1-1 dengan New Zealand di Stadium Hoki Taman Daya di sini semalam.

Pasukan negara mensia-siakan dua mata berharga walaupun secara keseluruhan mempamer permainan baik.
Ketinggalan seawal minit kesembilan menerusi jaringan Kane Russel, Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Amir Farid Ahmad Fuzi di minit ke-62.

Sementara dalam satu lagi perlawanan, Australia mengekalkan momentum kemenangan mereka apabila menewaskan India 3-2.Jaringan mereka diperoleh menerusi jaringan pemain, Daniel Beale pada minit ke-7, Josh Walters (minit ke-29) dan, Cameron Joyce (minit ke-50).

Selepas ketinggalan 0-1, India bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ramandeep Singh pada minit ke-24 sebelum Australia kembali mendahului dengan gol Walters dan mengukuhkan hasil jaringan Joyce. India berjaya merapatkan jurang menerusi gol kedua Ramandeep pada minit ke-66, tetapi gagal menambah jaringan sehingga wisel penamat.

Jurulatih Australia, Paul Gaudoin berkata, kedua-dua pasukan mempamer aksi menarik dan pasukannya bertuah kerana kebangkitan India pada minit terakhir gagal menghasilkan sebarang gol.

''Walaupun kami gembira dengan kemenangan ini, ada banyak ruang untuk pasukan memperbaiki beberapa kelemahan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Jurulatih India, Mukesh Kumar pula mengakui kekalahan itu disebabkan anak buahnya sering membuat hantaran yang tidak kemas sekali gus memberi pasukan Australia ruang menjaringkan gol.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, November 6, 2011

PIALA SULTAN JOHOR : MALAYSIA KALAH 1-2 KEPADA AUSTRALIA

JOHOR BAHARU 6 Nov. - Malaysia menunjukkan persembahan bertenaga sebelum kalah tipis 1-2 kepada Australia pada Kejohanan Hoki Bawah-21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Stadium Daya, di sini semalam.

Bagaimanapun, Australia menampilkan corak permainan pantas serta benteng pertahanan yang kebal untuk melakukan penyudah yang sempurna melalui jaringan William Shaw pada minit ke-21 dan Josh Walters pada minit ke-62.

Biarpun gagal memungut mata, Malaysia berjaya menandingi kehebatan pasukan pilihan itu dengan gerakan pantas dan aksi cemerlang penjaga gol Mohd Hafizzudin Othman.

Australia menerima pukul sudut penalti pada babak pertama dan pukulan tersebut menyebabkan bola terkena badan pemain pertahanan Malaysia, Zulhairi Hashim di depan pintu gol.

Pengadil tidak keberatan untuk memberi pukulan penalti kepada Australia yang disempurnakan oleh Shaw.
Bagaimanapun, gol awal itu kekal sehingga babak pertama berakhir dan Malaysia yang dibarisi skuad Projek 2013 begitu bersemangat dengan pendekatan memburu jaringan penyamaan sebaik bermula babak kedua.

Namun, gol kedua Australia oleh Walters telah menjejaskan tumpuan anak buah Mohd Dharma Abdullah sebelum ketua pasukan Mohammad Nor Faeez Ibrahim merapatkan jaringan pada saat-saat akhir perlawanan iaitu pada minit ke-70
.
Pada perlawanan pembukaan hari ini, Korea Selatan mengalahkan India 6-4 manakala New Zealand menang tipis 1-0 ke atas Pakistan.
Esok, Malaysia akan berdepan dengan New Zealand (8 malam), Korea Selatan menentang Pakistan (4 petang) dan Australia bertemu India pada pukul 6 petang.

Kejohanan enam negara itu menyaksikan penyertaan pasukan Australia, India, Pakistan, New Zealand, Korea Selatan dan Malaysia. - Bernama



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, November 4, 2011

AMIZAL, RIDZUAN FINALSIT OLAHARAWAN DAN OLAHRAGAWAN HARAPAN

Sempena Majlis Anugerah Kokurikulum 2011, dua pemain hoki kita iaitu Amizal Mansor dan Ridzuan Ramli telahpun terpilih sebagai calon akhir Anugerah Olahragawan dan Olahragawan Harapan STAR. Walaupun tidak memenangi anugerah Olahragawan dan Olahragawan Harapan, namun kemampuan kedua-dua pemain untuk berada dalam senarai akhir amatlah membanggakan. Tahniah diucapkan dan semoga suatu hari nanti akan ada pemain hoki kita yang akan dijulang sebagai olahragawan STAR. InsyaAllah.


Amizal bersama finalist Olahragawan STAR


Ridzuan Ramli bersama finalist Olahragawan Harapan 2011



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR JUARA ZON TIGA PROGRAM MENDULANG EMAS JPN PERAK

Jabatan Pelajaran Negri Perak melalui unit sukan telah menganjurkan program Mendulang Emas, iaitu perlawanan hoki enam sebelah melibatkan pelajar-pelajar yang terlibat dengan sukan hoki dari seluruh perak. Pemain-pemain dari daerah-daerah perak telah bertanding selama tiga minggu mengikut zon. STAR telah diberi penghormatan untuk membawa bendera Kinta Utara pada perlawanan zon tiga pada 30 Oktober 2011 yang lalu.

Dalam zon tiga, pasukan kinta Utara telah diletakkan bersama pasukan dari Daerah Manjung (SMK Pantai Remis), Kuala Kangsar (SMK Clifford) dan Perak Tengah (SMK Seri Iskandar). Berikut merupakan keputusan perlawanan.

STAR (Kinta Utara) vs SMK Sri Perak (Perak Tengah), STAR menang 2-0

STAR (Kinta Utara) vs SMK Clifford (Kuala Kangsar), STAR menang 3-0

STAR (Kinta Utara vs SMK Pantai Remis (Manjung), STAR menang 5-0

Alhamdulilllah, STAR akan memasuki perlawanan peringkat negeri pada 12 November 2011 nanti bersama satu lagi pasukan Kinta Utara , SMK Anderson.

Senarai pemain :

1) Faris Habeha (Kapten/f4)
2) Muhammad Firdaus (keeper/f3)
3) Izham Nisya (forward/f2)
4) Azam Azfar (defender/f2)
5) Rizuan (defender /f3)
6) Zahran (forward/f3)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HI-TEA 2011



Secara tradisinya, Kelab Hoki STAR akan mengadakan hi-tea bagi meraikan dan menghargai jasa para guru, jurulatih dan para pemain yang telah banyak memberi sumbangan kepada pasukan hoki sekolah. Kali ini, sekali lagi Hotel Excelcior dijadikan venue untuk jamuan petang kami. Turut hadir pada hari tersebut En Shahnun, En Iqbal, Puan Helmi Fazlin, CIk Hasliza, dan Cik Hafiza. Manakala tetamu istimewa kami, Cikgu Nizam dan isteri dari SMK Anderson. 

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua yang hadir dalam majlis tersebut. Kepada pelajar Tingkatan lima terima kasih atas sumbangan kalian dalam memberikan yang terbaik untuk pasukan hoki STAR.Semoga berjaya dalam SPM nanti.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...