Powered by Blogger.

Monday, September 3, 2012

HOKI INTERHOUSE 2012 STAR IPOH

Kejohanan Hoki Antara Rumah (interhouse) 2012 peringkat Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh   telah berlangsung dengan jayanya pada 2 September 2012 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan sehari itu telah dianjurkan oleh rumah merah dengan kerjasama Kelab Hoki STAR. Berikut merupakan keputusan perlawanan.

Peringkat Kumpulan A

RED VS GREEN ( 2-0)
GREEN VS YELLOW (0-0)
RED VS YELLOW (2-0)

* RED layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan, manakala GREEN selaku naib juara selepas penentuan penalti stroke 3-1 ke atas YELLOW.

Peringkat Kumpulan B

BLUE VS WHITE (0-1)
BLACK VS WHITE (0-0)
BLACK VS BLUE (0-0)

* WHITE dan BLACK layak ke separuh akhir selaku juara dan naib juara kumpulan B

Peringkat Separuh Akhir

RED VS BLACK (2-0)
GREEN VS WHITE (3-0)

Penentuan 5/6

YELLOW VS BLUE (1-0)

Penentuan 3/4

WHITE VS BLACK (1-0)

Penentuan 1/2

RED  VS GREEN (1-0)


GREEN


RED


BLACK


WHITE


BLUE

Sebelum final RED-GREEN











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, September 1, 2012

PAUL REVINGTON JURULATIH HOKI MALAYSIA YANG BARU



Jurulatih antarabangsa Paul Revington hari ini dinamakan sebagai ketua jurulatih dan dibantu oleh bekas pemain negara Arul Selvaraj bagi memulihkan imej dan maruah pasukan hoki negara.

Revington dan Arul, sebagai pembantunya, mula menjadi gandingan untuk melatih skuad Afrika Selatan pada 2006 sebelum membimbing skuad Ireland dari 2009 hingga bulan depan.


Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mengumumkan pemilihan jurulatih Afrika Selatan itu, bagaimanapun, berkata perjanjian bertulis antara Revington dan MHC masih belum dimeterai.


"Surat perjanjian akan kita sampaikan kepada dia (Revington) dalam tempoh terdekat ini dan tertakluk pada persetujuan dia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kamus Al-Quran di sini, hari ini.





Baginda berkata sekiranya segalanya berjalan lancar, jurulatih berkenaan dijangka mula melatih skuad hoki negara mulai Julai depan, selepas kontrak bersama pasukan Ireland tamat.




Tengku Abdullah berkata jurulatih berkenaan akan menggalas cabaran pertama di Kejohanan 'Cabaran Juara' di Argentina pada November depan sebelum menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia pada tahun depan.

"Kita berharap menerusi jurulatih baharu itu, akan dapat membangkitkan semula pasukan kebangsaan dan dapat mengilap gandingan pemain muda dengan pemain yang mempunyai pengalaman," kata Tengku Abdullah.

Ketika membimbing Afrika Selatan selama tiga tahun, Revington membantu pasukan itu memperbaiki ranking dunia dari 14 kepada tangga ke-10 dan kini pasukan itu layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Revington akan menggantikan Tai Beng Hai yang dilantik sebagai Pengarah Kejurulatih MHC dan diberi tugas menyelia program pembangunan remaja.

Revington juga turut memenangi anugerah 'Jurulatih Terbaik Dunia FIH' 2011. - BERNAMA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, August 28, 2012

JURULATIH HOKI SSBP MAUT DALAM KEMALANGAN



MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur.


Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan.


Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid.

SUMBER : METRO ONLINE






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KERTAS KERJA PERTANDINGAN HOKI ANTARA RUMAH



KERTAS KERJA
PERTANDINGAN HOKI ANTARA RUMAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

TARIKH: 01-09-2012

ANJURAN :
RUMAH MERAH,
 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN


1.0 Pengenalan
•          Setiap tahun Rumah Merah akan menganjurkan satu pertandingan hoki antara rumah yang melibatkan para pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar sekolah ini dan mendedahkan pelajar-pelajar tentang sukan hoki. Penganjuran pertandingan antara rumah merupakan tradisi sekolah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar. Justeru, dengan penganjuran ini diharapkan para pelajar dapat mempelajari  serta menyerlahkan bakat mereka dalam sukan hoki.

2.0 Objektif 
•       Memperkenalkan dan mempromosikan sukan hoki dalam kalangan pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman
•       Memajukan sukan hoki sebagai sukan teras di peringkat sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi
•       Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.
•       Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru.

3.0 Pengelola/penganjuran

•          Ahli-ahli Rumah Merah, Sekolah Tuanku Abdul Rahman

4.0 Tempat
•          Stadium Hoki Sultan Azlan Shah

5.0 Penglibatan & Penyertaan 
•          6  rumah sukan terdiri daripada 18 orang pemain tingkatan 1-5

6.0 Tarikh & Masa
•          1 September 2012
•          Bermula jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang

7.0 Struktur Organisasi
•          Rujuk Lampiran A
8.0 Tentatif Program
•          Rujuk Lampiran B

9.0 Belanjawan
•          Rujuk Lampiran C

10.0 Jadual Perlawanan
•          Rujuk Lampiran D


11.0 Penutup
•          Diharapkan pertandingan hoki antara ini akan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga dengan usaha yang berterusan daripada pihak sekolah, kecemerlangan STAR dalam sukan hoki terus berjaya hingga masa akan datang.


Disediakan oleh:                                                                     

___________________________                             
Muhammad Afiq bin Azman
Wakil Pelajar Rumah Merah
Sekolah Tuanku Abdul Rahman                                 


Disemak oleh :

_____________________________
Encik Shahnun bin Abdul Ghani
Guru Rumah Merah
Sekolah Tuanku Abdul Rahman



Disahkan oleh :

_____________________________
Encik Naharudeen bin Othman
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Tuanku Abdul Rahman




LAMPIRAN C


Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 200

Bil

Perkara
Harga Seunit
Jumlah

1.


2.




Tempahan turf


Minuman(air mineral)

RM25 per jam (RM 25 X 4 jam)

RM 10  sekotak (RM 10 x 10 kotak)

 RM 100


RM 100



JUMLAH

RM 200




































LAMPIRAN A


AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN HOKI ANTARA RUMAH

Penasihat         :  En Shahnun bin Abdul Ghani

Pengerusi         :  Muhammad Afiq bin Azman

Timb Pengerusi : Muhammad Fadhil bin Mohamad Bakri

Setiuasaha        : Muhammad Najmi bin Rashidi

Bendahari         : Ghazian Azim bin Mohd Perwira

Ahli Jawatankuasa:

1.    Penyelaras peralatan    : Khairul Azani bin Samsudin
2.    Penyelaras padang       : Mohd Adham bin Adnan
3.    Penyelaras Pengadil     : Hairuddin bin Hasnee                 :
4.    Penyelaras Scoreboard : Saiful Ikmal bin Abu Halipah
5.    Penyelaras Ball picker   : Hafiz bin Hasnol Hairani











LAMPIRAN B
TENTATIF  PROGRAM

Masa
Program

12.00-12.30 tengah hari


Pendaftaran peserta

12.30-1.00 petang


Taklimat

1.00-3.00 petang


Pertandingan bermula

3.00-3.30 petang


Rehat

3.30-6.00 petang


Pertandingan bersambung

6.00 petang


Bersurai















LAMPIRAN D
JADUAL PERLAWANAN


Menang
Seri
Kalah
Jumlah mata
Rumah Biru




Rumah Hitam




Rumah Merah






Menang
Seri
Kalah
Jumlah mata
Rumah Putih




Rumah Hijau




Rumah Kuning





*nota –  Menang = 3 mata
             Seri        = 1 mata
            Kalah      =  0 mata







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...