Powered by Blogger.

Thursday, July 21, 2011

LANGKAH TERSEKAT DI PUSINGAN KE DUA

Menghadapi Kejohanan Hoki Remaja Bandaraya Ipoh-Anatarabangsa Milo 2011 STAR telah diletakkan dalam kumpulan A bersama Bakat KL A, SM SAINS MACHANG, Mutiara Impian Juniors, Hutang Melintang Dragons GX JR. Dalam kategori Bawah 15 Tahun, sebayak 45 pasukan telahpun mengesahkan penyertaan mereka. Berikut merupakan keputusan peringkat kumpulan.

STAR vs BAKAT KUALA LUMPUR A = SERI 0-0
STAR vs MUTIARA IMPIAN JUNIORS = MENANG 2-1
STAR vs SM SAINS MACHANG = MENANG 2-0
STAR vs HUTAN MELINTANG DRAGON GX JR = MENANG 2-1

Dengan keputusan ini STAR muncul sebagai juara kumpulan A dengan mengumpul 10 mata. Dengan ini STAR melayakkan diri ke pusingan ke dua (pusingan kalah mati 16 pasukan). STAR telah dijadualkan menentang pasukan kuat dan terkenal iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar. Walaupun telah mencuba sedaya upaya, namun, nasib tidak menyebelahi STAR apabila tewas dengan keputusan 0-1 hasil pukulan penalti stroke setelah kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat permainan.. Syabas dan tahniah kepada pasukan yang terdiri daripada pelajar tingkatn 3 dan 2. Izaham Nisya muncul penjaring terbanyak STAR dengan empat gol, manakala Zahran Syahmi dengan dua gol. InsyaAllah STAR akan kembali lagi tahun hadapan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, July 9, 2011

KEJOHANAN HOKI REMAJA BANDARAYA IPOH-ANTARABANGSA 2011


Kejohanan Hoki Remaja Bandaraya Ipoh-Antarabangsa 2011 merupakan salah satu dari aktiviti dalam kalendar Kelab Hoki STAR. Pada tahun ini hanya satu pasukan sahaja yang dihantar iaitu pasukan B 15 memandangkan pasukan Bawah 18 tahun sedang sibuk memberi tumpuan kepada peperiksaan SPM. Antara pemain yang telah terpilih adalah :

1) Rizwan Ramli (kapten)
2) Fadhil Bakri
3) Afiq Azman
4) Firdaus Zaki
5) Zahran Syahmi Armain
6) Raja Zainudin
7) Iqbal Ramlan
8) Izham Nisha

Semoga berjaya ANACONDA!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, July 4, 2011

STAR VS STAROBA OBW 2011

Sempena OLD BOYS WEEKEND tahun 2011, sekali lagi satu perlawanan persahabatan antara pasukan sekolah dengan STAROBA diadakan. Seperti kebiasaan, perlawanan dilangsungkan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Untuk pengetahuan semua, STAR telah pun memulakan momentum kemenangan pada tahun lepas dengan  keputusan 2-1 setelah tewas dalam kesemua aksi persahabatan menentang OLD BOYS saban tahun. Dan Alhamdulillah, diharapkan momentum kemenangan akan diteruskan pada perlawanan hari ini.

Dalam perlawanan yang diadakan pada 3 Julai 2011 ini, perlawnanan diadakan dalam 3 quarter. STAR memulakan gerakan secara berterusan dan melakukan romabakan terhadap pasukan. Kali ini Faris Habeha telah diletakkan sebagai Half menggantikan MANTAM, manakala Mantam bergerak ke posisi RIGHT HALF menggantikan SYAPET yang diletakkan sebagai TOP FORWARD. Alhamdulillah strategi ini telah menjadi, dan dalam quarter pertama STAR mendahului 2-0 hasil jaringan AIMAN BAHAROM dan ALHAM. Dan keputusan kekal sehingga berakhir quarter pertama.

Dalam Quarter ke dua, pasukan sekolah telah menurunkan pasukan junior, dan alhamdulillah masih dapat mengekalkan keputusan walaupun serangan bertali arus telah dilakukan oleh pasukan OLD BOYS. Namun kelapaan di benteng pertahanan pada saat-saat akhir perlawanan menyebabkan pasukan OLD BOYS berjaya merapatkan jurang 2-1 hasil jaringan HAKIM.

Dalam quarter terakhir, perlawanan agak seimbang, dan berkesudahan 0-0. Dengan ini STAR sekali lagi telah berjaya menewaskan pasukan OLD BOYS 2-1 pada tahun ini mengulangi pencapaian pada tahun lepas. Namun, sayang seribu kali sayang kerana STAR sepatutnya boleh memenangi perlawanan dengan keputusan yang lebih baik apabila mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol. Apapun tahniah buat ke dua-dua pasukan dan diharapkan perlawanan pada tahun hadapan akan dapat diteruskan lagi.


Aksi perlawanan


Rouse Up


Majlis Penyampaian Hadiah


Pasukan OLDBOYS








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, June 18, 2011

PERAK MUNCUL JUARA KEJOHANAN HOKI MSSM 2011


Al-hamdulillah pasukan lelaki B18 Perak telah muncul johan dalam Kejohanan Hoki MSSM 2011 yang berlangsung di Johor Bharu. Untuk pengetahun semua, pasukan Perak kali ini telah dibimbing oleh Coach Mohd Nizam bin Hashim dan Encik Jamaluddin.  Berikut merupakan keputusan peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir melibatkan pasukan Perak.

Peringkat Kumpulan (B)

PERAK VS KEDAH (8-0)
PERAK VS NEGERI SEMBILAN (5-2)

SUKU AKHIR

PERAK VS SELANGOR (4-1)

SEPARUH AKHIR

PERAK VS KUALA LUMPUR (7-2)

AKHIR

PERAK VS TERENGGANU (3-1)

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih (Cg Nizam, Cg jamal) dan pengurus kerana membawa nama Perak menjulang piala kemenangan.

Keputusan Penuh Kejohanan HOKI MSSM 2011

LELAKI B 18

Johan : Perak
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Kuala Lumpur

LELAKI 12

Johan : Kuala Lumpur
Naib Johan : Kelantan
Ketiga : Pulau Pinang

PEREMPUAN B 18

Johan : Selangor
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Melaka

PEREMPUAN B 12

Johan : Kelantan
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Negeri Sembilan

Penjaring Terbanyak :

Lelaki B 18 : Mohamad Khairul Anuar bin Zakaria (Terengganu/10 gol)
Lelaki B 12 : Ahmad Firdaus bin Azmi (Kuala Lumpur/5 gol)
Perempuan B 18 : Hanis Nadiah binti Onn (Johor/8 gol)
Perempuan B 12 : Ellya Amanina bt Elias (Selangor/13 gol)






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN 1 MAS KEBANGSAAN

Alhamdulillah nampaknya program bakat 1 Mas yang diadakan memberikan sinar harapan buat pasukan STAR. Seramai 12 orang pemain STAR terpilih mewakili Perak dalam Kejohanan Hoki 1 Mas Kebangsan yang berlangsung dari 6-12 Jun 2011 di Seremban, Negeri Sembilan. Antara bakat-bakat muda yang terpilih adalah :

1) Muhammad Faris Habeha (Tingkatan 4)
2) Muhammad Nur Alham (Tingkatan 4)
3) Muhammad Rizuan Ramli (Tingkatan 3)
4) Muhammad Firdaus Muhd Zaki (Tingkatan 3)
5) Raja Zainudin (Tingkatan 2)
6) Muhd Iqbal  (Tingkatan 2)
7) Muhd Izham Nisha  (Tingkatan 2)
8) Amir Saifullah  (Tingkatan 2)
9) Amirul Hafiz  (Tingkatan 2)
10) Muhammad Zaim  (Tingkatan 2)
11) Muhaamad Ridhwan  (Tingkatan 2)
12) Azam Azfar  (Tingkatan 2)

Dalam pertandingan yang diadakan di Seremban ini pasukan Perak diletakkan dalam kumpulan B bersama Pahang, Terengganu dan Pualau Pinang. Mereka menang sekali, dan tewas dua kali. Seorang pelajar STAR, Izham Nisha telah mendapat tempat pertama dalam sklill test yang diadakan untuk kategori 14 tahun. Tahniah diucapkan. Semoga pendedahan sebegini akan mampu melahirkan para pemain yang lebih berkualiti pada masa akan datang, InsyaAllah.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 17, 2011

TAMAT SUDAH PERJUANGAN

Hari ini STAR akan meneruskan perjuangan hidup dan mati. Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan pada sebelah pagi. Perlawanan pertama menentang juara bertahan SM Sains Machang pada jam 7.30, manakala perlawanan ke dua menentang Sekolah Sultan Alam Shah pada jam 11.00 pagi. Berbekalkan semangat yang tinggi, kami turun menentang SMS Machang. Entah mengapa, langkah serba sumbang. Pukulan tak menjadi, hantaran tidak tepat, dan para pemain gagal mengawal kegugupan mereka di padang. Tidak seperti ketika di peringkat zon, strategi dan taktikal STAR langsung tidak menjadi. Hasilnya walau telah mencuba, kami TEWAS dengan 0-2. Gol pertama datangnya melalui pukulan sudut penalti yang berjaya dilaksanakan oleh SMS Machang dengan jayanya. Ridzwan hilang fokus, serba-serbi tidak kena di atas padang. Pertahanan STAR bagaikan luluh dan begitu longgar. Sementara itu, penyerang-penyerang STAR pula gagalmenahan bola dengan betul seterusnya menimbulkan lagi rasa kecewa dalam kalangan pemain. Tamat perlawanan. Sungguh jelas kekecewaan terpancar di wajah setiap pemain. Faktor utama kekalahan pada perlawanan ini adalah kekurangan tumpuan pemain STAR. Kami juga tewas kerana keputusan pengadil yang sangat tidak profesional (namun tidak perlulah dipertikaikan lagi, keputusan pengadil adalah muktamad). Namun, kami masih sempat bernyawa, perlawanan menentang SAS nanti, merupakan perlawanan hidup dan mati. Kalau tewas, kami tersingkir.



Menentang Sekolah Sultan Alam Shah, kami hadir dengan semangat yang baru setelah dibancuh oleh Coach Nizam, Nizam Rani dan Cikgu Shahnun. Bermain di bawah panas terik mentari, cubaan demi cubaan terus kami lakukan untuk memecahkan kebuntuan. Namun, nasib juga tidak menyebelahi kami. Peluang terbaik bagi STAR memecah kebuntuan   adalah apabila Ahmad Nur Alham berjaya memintas hantaran pemain pertahanan SAS lalu mewujudkan situasi 1 lawan 1 antara dirinya dengan penjaga gol SAS. Kekecewaan menyelubungi pasukan apabila Alham gagal memanfaatkan kelebihan tersebut. Walaupun telah menguasai hampir keseluruhan perlawanan, akhirnya gol juga yang menjadi pemisahnya. Walaupun banyak bertahan, SAS berjaya mencuri satu gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 18 perlawanan, sedangkan STAR yang mendapat tujuh pukulan sudut penalti, gagal memanfaatkan kelebihan itu. Akhirnya kami tewas dan tersingkir dari kejohanan.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 10, 2011

PERJALANAN KE KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah, perjalanan ke Kuala Terengganu walaupun sungguh memenatkan, namun kami tetap ceria dan bersemangat untuk bertanding. Entah bagaimana keputusannya nanti, samada berkubur di tengah jalan, mahupun terus mengukir gemilang. Anaconda abadikan beberapa keping gambar sepanjang perjalanan dan juga hari pertama memijak bumi Kuala Terengganu untuk menyahut cabaran Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2011.


Berhenti rehat seketika di Hentian Titiwangsa, Hulu Perak. Sejuk nya kawasan ni.


Kami singgah makan, solat dan membeli belah di Bukit Bunga, Jeli Kelantan. Haha, nampak monyet tu, macam OB dan Bun-J


Rizuan ketiduran. Penat agaknya menempuh perjalanan selama sepuluh jam.


Pemain bergambar kenangan di hadapan bas selepas tiba di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (SESMA)


Sedang bergerak menuju ke tempat taklimat pertandingan di dataran perhimpunan SESMA.

Semoga kejayaan mengiringi kami esok hari!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...