Powered by Blogger.

Friday, January 25, 2013

LIGA HOKI INDOOR IPOH 2013


Liga Hoki Indoor Ipoh 2013.

Anjuran Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh.
Dengan kerjasama Persatuan Hoki Perak , Majlis Sukan Negeri Perak dan Nestle Sdn. Berhad.

Tarikh               : 14 Februari 2013
Tarikh Tutup :   6 Februari 2013
Venue                : Majlis Sukan Negeri Perak.

Peraturan Permainan Liga Hoki Indoor Ipoh 2013.

1. PERATURAN AM

Selain dari peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang‘Rules of Indoor Hockey 2011’ yang ditetapkan oleh The International Hockey Federation”. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

Pertandingan ini dinamakan “ Liga Hoki Indoor Ipoh 2013 ”.

1.2  Kategori :

Divisyen 1 – Untuk ahli gabungan Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh dan jemputan ( Lelaki )
Divisyen 2 – Untuk ahli gabungan Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh dan jemputan ( Lelaki )
Divisyen 3 – Untuk pasukan Sekolah sekitar Bandaraya Ipoh ( Bawah 18 tahun Lelaki ).

1.3 Peralatan Pertandingan :

1.3.1  Kayu hoki dewan dan bola disediakan oleh penganjur kecuali peralatan penjaga gol (padding)
1.3.2 Hanya kayu hoki dewan dan bola yang disediakan oleh penganjur sahaja boleh
digunakan untuk pertandingan ini. (kecuali yang dipersetujui oleh pihak teknikal)
1.3.3 Pasukan yang bertanding hendaklah membawa peralatan penjaga gol (padding) sendiri.
1.3.4 Semua pemain dimestikan memakai pelapik keting (shin guard)
1.3.5 Pemain mesti gunakan nombor yang sama sepanjang pertandingan.

2. PENGURUSAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Persatuan Hoki Perak , Majlis Sukan Ngeri Perak dan Nestle Sdn. Bhd. Pengelolaan pertandingan adalah dibawah tanggungjawab Pengarah Pertandingan dan penolongnya yang meliputi tugas-tugas berikut:-

2.1 Menentukan peraturan-peraturan pertandingan dipatuhi
2.2 Menjaga masa
2.3 Pengurusan dan penyeliaan Juri Rayuan / Pengadil
2.4 Disiplin Pemain / Pegawai

3. YURAN PENYERTAAN
         
           Divisyen 1                            -              RM 100.00
           Divisyen 2                            -              RM 100.00
           Divisyen 3                            -              RM    50.00

3.1  Bayaran boleh dilakukan secra tunai, cek atau wang pos atas nama “ PERSATUAN HOKI BANDARAYA IPOH ”.

3.2 Sila bawa Kad Pengenalan/ Kad Pelajar / (ASAL) untuk urusan penyemakan status pemain. Kegagalan mengemukan dokumen asal akan menyebabkan penyertaan pemain terbabit dibatalkan.

4. PENDAFTARAN

4.1 Setiap pasukan mengandungi 10 orang berdaftar, 9  orang pemain berdaftar untuk setiap perlawanan ( 6 bermain dan 3 simpanan) dan 1 pegawai.

4.2 Pasukan yang menggunakan pemain yang tidak berdaftar akan digantung penyertaan untuk kejohanan ini dan diajukan ke lembaga tatatertib untuk tindakan selanjutnya.

4.3 Pemain tidak dibenarkan mendaftar melebihi 1 pasukan didalam pertandingan ini. Penambahan & pertukaran pemain mestilah dilakukan sebelum Mesyuarat Pengurus
Pasukan ( 6 Februari 2013, 6.00 petang). Tidak dibenarkan mendaftar pemain selepas mesyuarat pengurus pasukan selesai.

4.3 Pertukaran secara “rolling substitutions” akan digunakan didalam pertandingan ini dihadapan meja teknikal.

4.4 Setiap pemain hanya dibenarkan menggunakan nombor yang didaftarkan sahaja.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan secara LIGA satu pusingan di peringkat PUSINGAN
PERMULAAN .

5.2 Bagi perlawanan dalam kumpulan di peringkat permulaan yang dijalankan secara LIGA,
pasukan yang menang mendapat 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.

5.3 Pasukan yang memungut mata terbanyak menjadi Johan Kumpulan dan pasukan yang
mendapat jumlah mata kedua terbanyak menjadi Naib Johan Kumpulan.

5.4 Sekiranya kiraan mata diperolehi sama, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut:-

5.4.1 Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang lebih banyak akan dianggap sebagai
pemenang. (Goal difference)

5.4.2 Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang sama juga,
pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

5.4.3 Sekiranya jaringan gol juga sama, pasukan yang telah mengalahkan lawannya pada
peringkat kumpulan akan dikira menang.

5.4.4 Jika kedudukan masih seri, keputusan akan ditentukan dengan pertandingan
pukulan penalti seperti peraturan (6).

5.5 Pasukan Johan kumpulan akan bertemu Naib Johan kumpulan yang lain didalam peringkat Separuh Akhir ( cross over ). Pasukan yang menang didalam separuh akhir akan ke peringkat Akhir dan pasukan yang kalah didalam peringkat separuh akhir akan menentukan tempat ke 3 dan 4.

5.6 Untuk peringkat Separuh Akhir dan Akhir - Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya keputusan masih seri selepas permainan masa penuh ditamatkan:

5.5.1 Perlawanan tambahan selama 3 minit dijalankan tanpa rehat.

5.5.2 Jika selepas masa tambahan keputusan masih seri, pertandingan pukulan penalti
seperti Peraturan (6) akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

6. SISTEM PUKULAN PENALTI

6.1 Tiga (3) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan penalti berselang-seli
terhadap penjaga gol pasukan lawan.

6.2 Jika kedudukan masih seri, penalti akan dilanjutkan dengan cara ”sudden death”.

6.3 Pengadil-pengadil akan menentukan gol dimana pukulan penalti akan dijalankan.


6.4 Pengadil akan membuat undian. Pasukan yang menang akan membuat pilihan samada
membuat pukulan penalti atau bertahan dahulu.

6.5 Penjaga gol tidak boleh ditukar kecuali cedera.

7. JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

8. MASA PERMAINAN

8.1 Tempoh masa bermain ialah 10 – 5 – 10 minit bagi pusingan awal hingga akhir.

8.2 Pasukan yang gagal masuk ke padang diberi masa 5 minit dan selepas dari tempoh itu
pasukan yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah akan kira kalah ”walk-over”

8.3 Sekurang-kurangnya mesti ada EMPAT (4) orang pemain bagi setiap pasukan berada di
padang sebelum sesuatu perlawanan boleh dimulakan. Jika kurang, pasukan berkenaan
dikira menarik diri.

9. PENGADIL PENGADIL

Pengadil – Pengadil kejohanan ini adalah terdiri daripada Lembaga Pengadil Persatuan Hoki  Bandaraya Ipoh.

10. BANTAHAN

10.1 Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya mana-mana pasukan yang ingin membuat
bantahan maka bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pegawai Teknikal
Bertugas atau wakilnya. Pengurus Pasukan mesti menulis perkataan-perkataan yang
berbunyi “BANTAHAN” semasa menandatangani Laporan Perlawanan.

10.2 Bantahan bertulis serta wang tunai RM 300.00 hendaklah diserahkan kepada Pegawai
Teknikal dalam masa 10 minit selepas perlawanan tersebut tamat dan ditandatangani oleh
pengurus pasukan yang berdaftar dengan urusetia pertandingan.

10.3 Wang bantahan tidak akan dikembalikan semula sekiranya bantahan tersebut tidak diterima.


11. TATATERTIB

11.1 Pemain-pemain:-
11.1.1 Tiga (3) Kad Hijau disepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan.

11.1.2 Dua (2) Kad Hijau dan satu (1) Kad Kuning disepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan berikutnya.

11.1.3 Dua (2) Kad Kuning disepanjang pertandingan akan digantung satu perlawanan
berikutnya.

11.1.4 Satu (1) Kad Merah akan digantung satu perlawanan atau beberapa perlawanan dan
diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan, jika perlu pemain akan dirujukkan kepada Lembaga Tatatertib Liga Hoki Indoor Ipoh 2013.

11.2 Pegawai-pegawai
Pegawai-pegawai pasukan yang didapati melakukan kesalahan tatatertib akan diberi amaran dan sekiranya perlu dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh.


12. PAKAIAN

12.1 Setiap pemain perlu memakai jersi yang bernombor.

12.2  Jika terdapat pasukan yang memakai jersi yang berwarna sama , maka pasukan yang disebut dahulu didalam jadual perlawanan harus menukar jersi atau memakai bib yang disediakan.

13. PENGGANTUNGAN

13.1 Jika pemain mendapat kad :

13.1.1 Hijau     - Penggantungan 1 minit.

13.1.2 Kuning  - Penggantungan 3 minit.

13.1.3 Merah   - Keluar Padang ( rujuk 11.1.4 )

14. JADUAL

14.1 Pengelola (Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh ) adalah bertanggungjawab menyediakan jadual perlawanan.

14.2 Pengelola ( Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh ) berhak membuat perubahan jadual sekiranya perlu dan pasukan yang terlibat akan dimaklumkan.


15. HADIAH

Hadiah yang disediakan untuk setiap Divisyen adalah seperti berikut :

Divisyen 1

Johan                    -Piala Pusingan  +RM 500 +medal
Naib Johan          - RM 300 + medal
Ketiga                   - RM 200 +  medal

Divisyen 2

Johan                    -Piala Pusingan  +RM 300+ medal
Naib Johan          -RM 200+ medal
Ketiga                   -RM 100+medal

Divisyen 3

Johan                    - Piala Pusingan   + medal
Naib Johan           - Medal
Ketiga                   -  Medal



16. PERKARA – PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan – Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.



DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA TEKNIKAL
PERSATUAN HOKI BANDARAYA IPOH 2012-2014









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, January 22, 2013

MJHL 2013 : STAR JINAKKAN NURINSAFI DI SUNGAI PETANI

Saingan MJHL semakin rancak dengan perlawanan ke-empat melibatkan STAR telah berlangsung pada 20 Januari 2013. Bertempat di Stadium Hoki MPSP, Sungai Petani, STAR telah bertemu dengan pasukan kelab, Nurinsafi. Bertandang ke gelanggang lawan, STAR ingin menebus kembali maruah setelah diaibkan Kelantan 6-0 dalam perlawanan sebelumnya.



Sejak minit pertama lagi, STAR melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu lawan dan beberapa peluang keemasan gagal dimanfaatkan oleh baridan serangan STAR. Peluang terbaik untuk mendahului hadir pada minit ke18 permainan, apabila STAR dihadiahkan penalti stroke. Namun, Faris Habeha gagal menyempurnakan pukulan penalti stroke apabila bola tepat ke arah kiri penjaga gol Nurinsafi. Namun, STAR tidak berputus asa dan menggandakan asakan. Dan hasilnya, Zaim Arrifin muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-26 apabila bola pukulannya tepat menuju ke penjuru atas gol lawan.



Kedudukan 1-0 kekal untuk separuh masa pertama. Memulakan aksi separuh masa ke dua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. STAR memperoleh lima pukulan sudut penalti dalam separuh masa ke dua, namun gagal dimanfaatkan oleh para pemain. Dan akhirnya, kedua-dua pasukan buntu untuk melakukan jaringan. Keputusan penuh perlawanan, STAR menewaskan Nurinsafi 1-0.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, January 21, 2013

LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2013 : KEPUTUSAN 20 JANUARI 2013


2
No
Time
Div
Pitch
Match
Score
Report
20  January 2013 (Sunday)
1
17:00
1
Taman Daya
SSTMI Jr v BJSS
1-0
2
17:00
2(A)
SAS, Ipoh
SERATAS v PHK-MSSK
0-2
3
17:00
2(A)
Sg. Petani
Nur Insafi v STAR
0 - 1
4
17:00
2(A)Alor SetarKHA Jr v Anderson Jr2 - 2
517:00
2(B)
Taman Daya
MSSJ vs KLSS/PHKL
1-5
6
17:00
2(B)
NHS 1MSD Kuala Langat v Tunas Muda1-8
7
17:00
2(B)
NHS 2OLAK-KPT v SMKDMT1-0
8
17:00
2(B)
TampinSMK Tunku Besar v SMK Pdg Midin5-3






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, January 20, 2013

LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA : KEPUTUSAN 19 JANUARI 2013

19 January 2013 - (Saturday)
117:001NHS 1MBPJ v UniKL Young Guns
1 - 0

217:001MalaccaMHS/MSSNM/MSN v BJSS
3 - 2
317:002(A)SAS, IpohAnderson Jr v PHK-MSSK
2 - 3
417:002(B)KPMBJSS Jr v SMK Tunku Besar
0 - 5




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, January 19, 2013

MJHL 2013 : MSS KELANTAN BERPESTA GOL TEWASKAN STAR


Hari ini, STAR Ipoh menerima kunjungan daripada pasukan MSS Kelantan dalam perlawanan ke-3 Liga Hoki Remaja malaysia 2013. Sebagai pendatang baru dalam MJHL, pertemuan menentang Kelantan merupakan perlawanan paling digeruni dalam kumpulan kerana Kelantan adalah pasukan yang paling kuat dalam kumpulan 2A. 

Dalam perlawanan yang terpaksa ditangguhkan hampir 20 minit itu, Kelantan yang dibarisi rata-rata pemain berusia 19 dan 18 tahun menampilkan permainan yang menarik serta kemas. Kelebihan fizikal serta usia memberi kelebihan kepada Kelantan.

Acapkali Kelantan melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke gawang Kelantan dan hasilnya Kelantan mendahului seawal minit ke-4 perlawanan. Dalam perlawanan yang dilihat tidak seimbang tersebut, Kelantan berpesta gol menewaskan STAR 6-0. Dengan kemenangan ini, pasukan MSS Kelantan mendahului kumpulan 2A dengan sembilan mata.

Menurut pengendali pasukan STAR, Shahnun Abdul Ghani, STAR menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana menyedari pasukan lawan berada satu tahap yang lebih baik dari pasukan bimbingannya. Perlawanan menentang Kelantan merupakan perlawanan yang sukar bagi STAR dan beliau sudah menjangka akan kalah. Namun, beliau tetap berpuas hati kerana berjaya juga menembusi pertahanan Kelantan dan menerima 6 pukulan sudut penalti.

" Kami perlu fokus ke hadapan bagi menghadapi lima lagi perlawanan dan kekalahan ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat para pemain. Pertahanan banyak melakukan kesilapan dan jika tiada kesilapan mudah yang dilakukan oleh pertahanan , keputusan akan menjadi sebaliknya."

STAR akan menentang NURINSAFI dalam perlawanan seterusnya pada hari Ahad (20 januari 2013) manakala Kelantan akan menentang Anderson-PHA Jr pada 19 januari 2013 (Sabtu).






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2013 : KEPUTUSAN 18 JANUARI 2013

18 January 2013 - (Friday)
117:002(A)SAS, IpohSTAR v PHK-MSSK0 - 6
219:002(A)SAS, IpohSERATAS v KHA Jr0 - 2
317:002(B)NHS 1KLSS/PHKL v SMKDMT3 - 1
4
417:002(B)KPMBJSS Jr v SMK Pdg Midin2 - 0
517:002(B)Taman DayaMSSJ/PHJ/MSN v Tunas Muda1 - 2
617:002(B)NHS 2OLAK-KPT v MSD Kuala Langat6 - 0




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, January 18, 2013

MJHL 2013 : STAR IKAT KEDAH DI IPOH


Perlawanan ke dua STAR bertemu Kedah Hockey Association Jr bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Berbekalkan moral yang tinggi setelah menewaskan SERATAS dalam perlawanan pertama, STAR cuba untuk mengutip tiga mata penuh bertemu pasukan yang sememangnya kuat dan pemenang tempat ketiga Divisyen 2 A dalam aksi 2012.

STAR memulakan aksi kurang meyakinkan kerana kegagalan ke dua-dua sayap kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Sebaliknya Kedah yang lebih banyak mengancam ke kubu pertahanan STAR dan sering membuat hantaran-hantaran jauh yang hampir-hampir memecahkan kebuntuan. Kedudukan separuh masa pertama kekal 0-0.

Memulakan aksi pada babak ke dua, beberapa kelemahan telah diatasi. STAR mula menunjukkan permainan positif apabila banyak serangan dapat dilakukan dari kedua-dua arah. Hasilnya pada milit ke 50 STAR berjaya mendapatkan pukulan sudut penalti dan Zahran Syahmi tidak mensia-siakan peluang keemasan apabila berjaya melakukan  penyudah yang sempurna untuk kedudukan STAR 1, KEDAH 0.

Namun, berselang lima minit selepas itu, pasukan Kedah meningkatkan tekanan ke kubu STAR dan melakukan serangan bertubi-tubi menjadikan keadaan kelam kabut seketika dalam kawasan pertahanan STAR. Berbaki tiga minit perlawanan, Kedah yang tidak berputusa asa mencari gol penyamaan akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke 67 masa permainan dan kedudukan kekal 1-1, sehingga wisel penamat dibunyikan.

Hari ini, STAR akan berdepan dengan Persatuan Hoki Kelantan-MSSK pada jam 5.00 petang di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...