Powered by Blogger.

Friday, March 22, 2013

KEJOHANAN HOKI BAWAH 16 TAHUN KEBANGSAAN 2013 MHC-MILO-NHC

TARIKH : 23-30 MAC 2013
TEMPAT : STADIUM HOKI NASIONAL, BUKIT JALIL

LELAKI B16

KUMPULAN A
KUALA LUMPUR
TERENGGANU
NEGERI SEMBILAN
SELANGOR 
SABAH
PERLIS

KUMPULAN B
MELAKA
PERAK
PULAU PINANG
PAHANG
JOHOR
KELANTAN

PEREMPUAN  B16

KUMPULAN A
SELANGOR
KEDAH 
NEGERI SEMBILAN
PERAK
PAHANG

KUMPULAN B
JOHOR
PULAU PINANG
KELANTAN
TERENGGANU
KUALA LUMPUR



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

LIGA HOKI MALAYSIA 2013 : KEPUTUSAN 22 MAC 2013


KEPUTUSAN LIGA HOKI MALAYSIA 2013

TARIKH : 22 MAC 2013


MBI ( 2 ) VS UiTM ( 4 )

TNB ( 4  ) VS TERENGGANU  ( 4  )

SUNDAY 20/30 ( 1 ) VS UNITEN-KPT ( 3 )

NURINSAFI WARRIORS ( 1 ) VS SAPURA ( 1 )

SSTMI ( 0 ) VS TNB THUNDERBOLTS ( 6 )

KL HOCKEY CLUB (  5 )  VS UNIKL ( 0 )



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR-SERATAS BERKESUDAHAN SERI TANPA JARINGAN

Pada sebelah petang hari ke dua, STAR dijadualkan mennetang pasukan SERATAS untuk perlawanan terakhir kumpulan. Perlawanan STAR-SERATAS merupakan perlawanan tumpuan kerana pasukan yang menang akan bergelar juara kumpulan. SERATAS memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang mereka untuk muncul jura kumpulan, manakala STAR hanya memerlukan keputusan seri sahaja.

Pasukan SERATAS bergambar bersama jurulatih dan pengurus.

Untuk rekod pada tahun 2013, STAR dan SERATAS pernah bertemu dalam Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL) dan kemenangan berpihak kepada STAR apabila memenangi aksi dengan 2-0. Sudah tentu keadaan ini memberikan kelebihan moral kepada kem STAR untuk memenangi perlawanan.

Memakai jersey merah pula.

Dalam separuh masa pertama, ke dua-dua pasukan dilihat cukup berhati-hati kerana mana-mana pasukan yang melakukan kesilapan mudah pasti akan dihukum. Banyak hantaran-hantaran dari tengah kepada penyerang tersekat di bahagaian pertahanan lawan. Dan ke dudukan kekal 0-0 sehingga tamatnya separuh masa yang pertama.

memulakan aksi di babak ke dua, STAR menukar startegi dengan membuat hantaran-hantaran jauh, namun masih buntu untuk menjaringkan gol. Walaupun serangan dilakukan oleh barisan serangan dari setiap penjuru, namun pasukan SERATAS tetap ampuh bertahan dan tidak melepaskan gol. Dan sehingga wisel penamta dibunyikan, kedudukan kekal 0-0.

Keputusan seri sudah memadai untuk STAR berada pada ke dudukan teratas kumpulan D meninggalkan SERATAS sebagai naihb johan kumpulan, SAINA ke tiga dan SESTA ke empat. Dengan kejayaan ini, STAR telah diundi bertemu SOKSEK dalam pusingan suku akhir. Moga kejayaan milik kita !





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, March 20, 2013

MOMENTUM KEMENANGAN DITERUSKAN, SAINA MANGSA KE-2

Memasuki hari ke dua kejohanan STAR akan menentang sebuah pasukan dari utara tanah air iaitu SM Sains Pokok Sena (SAINA). Perlawanan dijadualkan pada jam 9.30 pagi. Sebelum perlawanan bermula, jurulatih mengingatkan para pemain untuk melakukan pressing tinggi bagi menghalang bola sampai ke kawasan 50 STAR dan juga bagi memastikan pasukan lawan melakukan beberapa kesilapan mudah.


Mendengar taklimat taktikal dari jurulatih.

Seawal bunyi wisel STAR telah melakukan beberapa asakan dan hasilnya STAR memperoleh gol pertama melalui gol padang apabila bola hantaran Zahran Syahmi berjaya disudahkan oleh Nadzrul Nadzmi pada minit ke-6 perlawanan. STAR terus menggandakan serangan dan hasilnya pada minit ke-11 perlawanan, STAR memperoleh oukulan sudut penalti, dan Ridzuan Ramli berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan "dragflick" kencang ke gawang gol pihak lawan.


Meraikan jaringan ke tas SAINA

Kedudukan separuh masa pertama STAR mendahului SAINA 2-0. Menyedari kedudukan STAR yang sudah selesa, STAR memasukkan para pemain simpanan untuk membolehkan beberapa pemain utama berehat untuk pertemuan menentang SERATAS. Bermula babak ke dua, para pemain STAR tidak menunggu lama dan hasilnya pada minit ke 16, Izham Nisya berjaya menambah gol peribadi menjadikan keduudkan 3-0 apabila berjaya menggelecek beberapa pertahanan lawan dan melepaskan pukulan deras ke gawang gol lawan.


Melakukan set pice "TAIGA" dalam perlawanan.

Akhirnya STAR berjaya memungut tiga mata penuh untuk mendahului kumpulan D. Sesuatu yang menarik apabila dalam perlawanan ini seorang pemian SAINA tercedera apabila bola pukulan Iqbal Ramlan telah terkena telinga salah seorang pemain SAINA. Sesuatu yang harus dipertingkatkan ialah pukulan sudut penalti apabila STAR mensia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti. 

Perlawanan ke tiga antara STAR menentang SERATAS akan berlangsung pada petang ini. Perlawanan tumpuan kerana akan menentaukan juara kumpulan D. Jumpa lagi.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR TEWASKAN SAINS TAPAH DALAM AKSI PEMBUKAAN KUMPULAN D

Kejohanan Hoki SBP Zon Utara yang memasuki edisi ke-8 penganjurannya, kali ini menjadi azimat yang sangat tinggi untuk pasukan hoki STAR untuk mencapai gelaran juara. kali ini STAR diundi dalam kumpilan D bersama SM Sains Tapah (SESTA), SM Sains Pokok Sena (SAINA) dan SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).

Bergambar kenangan sebelum perlawanan!

Hari pertama kejohanan, STAR dijadualkan bertemu SM Sains Tapah (SESTA). Ternyata permainan singkat perlu ditangani dengan berhati-hati kerana apa sahaja boleh berlaku. Dalam perlawanan yang diadakan pada jam 11.30 pagi dalam keadaan panas terik, STAR menguasai sebahagian besar aksi perlawanan. Namun, pasukan SESTA yang mengejutkan STAR dengan jaringan pertama pada minit ke -6 perlawanan apabila pukulan sudut penalti yang diambil berjaya digunakan sepenuh. Kesilapan komunikasi antara Ridzuan Ramli dan Raja Zainudin akhirnya membolehkan SESTA berada di hadapan dengan 1-0.

Meraikan jaringan pertama oleh Nami.

Tersentak dengan keadaan ini, STAR menggandakan serangan. Hasilnya pada minit ke 10, bola pukulan di luar kotak penalti oleh Iqbal Ramlan berjaya disambut oleh Nazrul Nazmi melaui "deflection" yang menarik dan akhirnya kedudukan menjadi 1-1.


Forward line tidak melepaskan peluang untuk melakukan "pressing" penuh.

Bermula separuh masa ke dua, STAR terus meningkatkan serangan bertubi-tubi dan akhirnya pada minit ke 18, Izham Nisha yang tidak dikawal berjaya melepaskan pukulan padu ke dalam gol SESTA dan penjaga gol SESTA hanya dapat melihat sahaja bola terus ke top net. Izham Nisha sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol ke-2 peribadi pada minit ke 21 melalui gerakan satu dua yang cantik dan berjaya menjaringkan gol ke-3 STAR untuk kemenangan 3-1.


Meraikan jaringan ke-2 oleh Izham Nisha.

Kemenangan pertama pada hari pertama bukan bermakna perlu berehat panjang apatah lagi lawan yang bakal ditemui esok ialah SAINA, yang sebelumnya berjaya mengikat SERATAS dengan 0-0. Moga-moga hari ke-dua lebih cemerlang. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, March 19, 2013

SENARAI PASUKAN KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN KALI KE-8, TAHUN 2013


Pada 14-17 Mac 2013 telah berlangsung serentak Kejohanan Hoki SBP bagi lima zon iaitu utara, tengah, selatan, timur dan zon SQL (Sabah dan Sarawak). Berikut merupakan pasukan yang telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SAKBA)
pada 2-5 Mei 2013.

LELAKI

1) SM Sains Kepala Batas (uan rumah)
2) SM Sains Teluk Intan (juara bertahan)
3) SM Sains Machang (Johan Zon Timur)
4) SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Naib Johan Zon Timur)
5) SM Sains Selangor (Johan Zon Tengah)
6) SBP Integrasi Sabak Bernam (Naib Johan Zon Tengah)
7) Sekolah Dato' Abdul Razak (Johan Zon Selatan)
8) SM Sains Johor (Naib Johan Zon Selatan)
9) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Johan Zon Utara)
10) The Malay College Kuala Kangsar (Naib Johan Zon Utara)
11) SM Sains Lahad Datu (Johan Zon SQL)

PEREMPUAN

1) SM Sains Kepala Batas (Tuan rumah)
2) Sekolah Seri Puteri (Juara bertahan)
3) SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra  (Johan Zon Timur)
4) SM Sains Machang (Naib Johan Zon Timur)
5) SBP Integrasi Sabak Bernam (Johan Zon Tengah)
6) SM Sains Selangor  (Naib Johan Zon Tengah)
7) SM Sains Johor (Johan Zon Selatan)
8) Kolej Tunku Kurshiah  (Naib Johan Zon Selatan)
9) SM Sains Raja Tun Azlan Shah  (Johan Zon Utara)
10) SBPI Gopeng (Naib Johan Zon Utara)
11) SM Sains Miri (Johan Zon SQL)






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, March 18, 2013

KEJOHANAN HOKI SBP ZON TIMUR : FARIS PETRA, SAINS MACHANG MUNCUL JUARA

Kejohanan Hoki SBP Zon Timur yang berlangsung di SBPI Temerloh telah menobatkan juara baharu dalam kategori perempuan apabila Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Sains Machang 3-0 dalam aksi ulangan final 2012. 

Dalam satu lagi perlawanan akhir, Faris Petra lelaki hanya berpuas hati sebagai naib johan   apabila tewas kepada musuh tradisi, Sekolah Menengah Sains Machang  0-1. 

KEPUTUSAN PENUH KATEGORI LELAKI:-

FINAL
SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA VS SM SAINS MACHANG  0 - 1


TEMPAT KE-3/4 : 
SM SAINS TENGKU MAHMUD (3)  VS SBPI BATU RAKIT (0)


KEPUTUSAN PENUH KATEGORI PEREMPUAN:-


FINAL
SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (3) VS SM SAINS MACHANG  (0 )


TEMPAT KE-3/4:
SHAH PEKAN (1) VS SM SAINS DUNGUN (0)



Pasukan Faris Petra (P) sumber : http://faris-petra.blogspot.com/




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...