Powered by Blogger.
Showing posts with label FRIENDLY. Show all posts
Showing posts with label FRIENDLY. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

STAR TEWASKAN MCKK 4-0 DALAM AKSI PERSAHABATAN

STAR Hockey dalam persiapan menghadapi Kejohanan Hoki SBP Zon Utara telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada 1 Mac 2013 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Dalam perlawanan yang berdurasi 25 minit setiap separuh masa tersebut STAR berjaya menewaskan musuh tradisi, MCKK dengan jaringan 4-0.


Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perlawanan tersebut. Gol-gol STAR telah dijaringkan oleh Zahran Syahmi, Nadzrul Nadzmi, Izham Nisya dan Amirul Hafiz. Tahniah buat para penjaring. Dalam perlawanan sebelum ini, STAR berjaya menewaskan SM Sains Tapah dan SM Sains Teluk Intan, masing-masing dengan jaringan  2-0. Doakan pasukan STAR dapat muncul juara Kejohanan Hoki SBP Zon Utara yang akan berlangsung pada 15-18 Mac nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, October 7, 2012

STAR VS STAROBA (OBW 2012)

OBW datang lagi. Tahun 2012, OBW agak lewat diadakan tidak seperti kebiasaan pada bulan Julai. Kali ini bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, STAR dan STAROBA berentap sekali lagi dalam "annual friendly match" pada 16 September 2012. Buat pertama kali juga perlawanan yang menghimpunkan pemain-pemain hoki STAR dari beberapa zaman dan era di Stadium yang sama, namun menggunakan turf yang berbeza. Kali ini buat pertama kali, turf biru digunakan.

Walaupun tanpa kehadiran Cikgu Shahnun yang terpaksa membawa pelajar menyertai Pertandingan Bahas, namun STAR tetap tenang menghalang setiap asakan oleh seniors mereka. STAROBA sememangnya ketandusan kemenangan kerana perlawanan dua tahun kebelakang ini, mereka tewas buat dua tahun berturut-turut. Tahun 2010 dan 2011 masing-masing dengan 1-2.

Keadaan cuaca yang agak tidak menentu dengan hujan lebat turun pada pagi Ahad mengakibatkan momentum perlawanan agak terganggu. Walaupun begitu STAR tetap memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan banyak gol dengan melancarkan serangan yang bertali arus ke kubu lawan. Namun, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya gol yang dinanti-nanti muncul apabila Zahran Syahmi berjaya menolak masuk hantaran lintang oleh Alham. Tahniah dan keduudkan kekal 1-0. 

Alhamdulillah, STAR buat tahun ke tiga berturut-turut menang 1-0. Tahniah buat semua. kepada STAROBA , terima kasih atas perlawanan persahabatan yang hebat dengan pasukan sekolah. Jumpa lagi OBW 2013.


Cg nizam membantu kerana ketiadaan Cg Shahnun.


Zaim @ Temon cuba menghalang kemaraan Saudara Azwan (batch 2005)


Rusydi, Alham dan Faris memberikan sumbangan terakhir kepada STAR sebagai pemain.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

FRIENDLY STAR VS ANDERSON JUNIOR

Berikut merupakan sebahagian rakaman perlawana persahabatan STAR menentang ANDERSON JUNIOR pada 28 September 2012 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Perlawnana selama sejam ini berkesudahan STAR menang 2-0 hasil jaringan hasil dua gol yang disumbangkan oleh AIMAN NAZMI. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, September 21, 2012

KARNIVAL SUKAN STAR-MCKK : U14 TUNJUK BELANG TEWASKAN MCKK

Buat julung kalinya, STAR mengadakan Karnival Sukan STAR-MCKK Bawah 14 Tahun.  Dua sukan, iatu ragbi dna hoki menjadikan STAR sebagai veneu, manakala bola baling, bola sepak, bola keranjang dan catur berlangsung di MCKK, Kuala Kangsar.

Bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh STAR bertemu dengan MCKK pada 13 September 2012. Dalam aksi selama empat puluh minit ini, STAR diwakili oleh para pelajar tingkatan 2 yang diketuai oleh Kapten Aiman Nazmi. 

Dalam separuh masa pertama, STAR bermain agak kelam kabut kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang termasuklah beberapa pukulan sudut penalti yang diberikan. Begitu juga para pemain gagal mengikut arahan yang diberikan oleh jurulatih. Keputusan separuh masa ke pertama 0-0.

Dalam separuh masa ke dua, STAR menukar sedikit taktik permainan dengan mengarahkan para pemain tengah untuk banyak membuat hantaran jauh dna terus ke dalam kotak penalti. Hasilnya STAR berjaya menjaringkan TIGA gol  pada separuh masa ke dua. Gol pertama adalah dari gerakan Darwish yang disudahkan oleh Syafiqie, manakala gol ke dua juga melaui Syafiqie yang berjaya merampas bola daripada pertahanan MCKK. Dan Ariff Aiman berjaya meletakkan nama sebagai penjaring pada minit terakhir perlawanan setelah berjaya memperdayakan beberapa orang pertahanan MCKK dan menjaringkan gol melalui tolakan yang padu. Keputusan kekal STAR menewaskan MCKK 3-0.

Alhamdulillah, kejayaan pertama kepada pasukan Bawah 14 tahun STAR. Semoga terus berusaha dengan bersungguh-sungguh agar kejayaan lain pula akan menyusul selepas ini.


Pasukan B14 STAR


Bersalam-salaman sebelum memulakan perlawanan.


Pertahanan MCKK cuba menyelamatkan keadaan di luar kawasan D.


Beberapa aksi perlawanan.


STAR menguasai bahagian tengah. Kredit kepada Aman.


Meraikan kemenangan dengan ROUSE UP









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 1, 2012

FRIENDLY MATCH 1 MEI, STAR VS PDRM

Cuti umum 1 Mei 2012 digunakan sepenuhnya oleh ANACONDAS untuk mengadakan sesi latihan di Stadium Hoki SUltan Azlan Shah, Ipoh bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Dalam sesi latihan selama empat jam tersebut, STAR berjaya mengadakan sesi perlawanan persahabatan menentang pasukan dewasa, iaitu Polis Di Raja Malaysia. 

Dalam perlawanan yang memakan masa 40 minit, pasukana muda STAR berjaya memberikan tentangan kepada pasukan PDRM yang akan mewakili Perak ke Kejohanan Hoki Piala Ketua Polis Negara. Keputusan perlawanan STAR tewas 2-3.

Walaupun tewas, perlawanan persahabatan bersama pasukan dewasa merupakan satu perlawanan pendedahan dalam menghadapi "persediaan mental' para pemain menghadaapi pasukan yang lebih kuat dan berpengalaman. Gol-gol STAR dijaringkan oleh Iqbal dan Faris Habeha. 

Dan insyaAllah pada 4 Mei ini akan berlangsung sekali lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan ini. InsyaAllah kami akan memberikan tentangan yang sengit nanti.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, April 19, 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN 4 PENJURU

Pada 19 April 2012, Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Hoki  Empat Penjuru di antara Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng(IGOP), Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), Politeknik Ungku Omar(PUO) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR). Kejohanan ini telah diadakan di Staduim Sultan Azlan Shah, Ipoh.

       Berikut keputusan perlawanan yang dijalankan secara liga:

1.STAR vs IGOP (2-1)
2.SEMESTI vs PUO (0-4)
3.STAR vs PUO (0-4)
4.SEMESTI vs IGOP (1-1)
5.PUO vs IGOP (6-0)
6.STAR vs SEMESTI (1-1)

Kedudukan pasukan selepas berlangsung smeua perlawanan 

1) Politeknik Ungku Omar
2) STAR
3) SEMESTI
4) SBPI Gopeng







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, April 7, 2012

FRIENDLY STAR VS STAROBA HOCKEY

Tarikh : 1 April 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Stadium Hoki Sultan Azlan Shah
Keputusan : STAR (4) vs STAROBA (5)

Pada 1 April 2012, STAROBA Hockey telah melakukan kunjungan ke STAR Ipoh untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah. Program yang telahpun terhenti kira-kira empat tahun lamanya dihidupkan semua atas inisiatif Saudara Iskandar dan Nashrun. Alhamdulillah, STAROBA betrjaya mengumpulkan lebih dari lima belas pemain untuk menentang pasukan sekolah. Dalam perlawanan yang diadakan dalam empat quarter, STAROBA ternyata unggul kali ini apabila memenangi perlawanan dengan keputusan 5-4. Appaun tahniah untuk kedua-dua pasukan.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, November 16, 2011

FRIENDLY STAR VS SBPI GOPENG

Penutup kepada segala aktiviti Kelab Hoki STAR Ipoh ialah perlawanan persahabatan menentang pasukan Bawah 16 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng. Perlawanan ini bertempat di padang KTMB, Batu Gajah, Perak.


Dalam perlawanan yang berlangsung dalam tiga quarter ini kedua-dua pasukan telahpun mneunjukkan permainan seimbang dan saling berbalas serangan. Walaubagaimanapun, hanya jaringan yang memisahkan kedua-dua pasukan. Walaupun mendapat banyak peluang, STAR hanya mampu mencipta satu jaringan sahaja melalui jaringan padang oleh Faris Habeha. Ternyata banyak peluang yang terhidang di depan mata gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penyerang. Keputusannya STAR menewaskan SBPI Gopeng 1-0.

Apapun sesi 'team talk' bersama pasukan telahpun diadakan, dan banyak kelemahan yang telahpun dibincangkan bersama. Diharapkan pasukan akan mampu meneruskan legasi kecemerlangan pada tahun hadapan, insyaAllah.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, November 14, 2011

PERSAHABATAN EMPAT PENJURU : RIVAL STAR-MCKK

Perlawanan terakhir adalah perlawanan menentukan maruah. Dua perlawanan awal cukup pahit untuk ditelan apabila tewas 0-1 dan 1-2 masing-masing kepada SERATAS dan Clifford. Dan perlawanan tiga selalunya merupakan perlawanan rival antara STAR dan MCKK. untuk rekod dalam pertemuan antara ke dua-dua pasukan tahun ini STAR menewaskan MCKK dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Hoki SBP Zon Utara 1-0 manakala MCKK pula menebus kehampaan tersebut dengan menewaskan STAR 1-0 dalam pertemuan terakhir di Kejohanan Hoki Piala Primier 2011. Maka, perlawanan ini seharusnya perlawanan yang paling dinanti-nantilkan untuk melihat pasukan mana yang harus berada di hadapan.


Berbekalkan semangat yang ditiupkan oleh Mr Shahnun, STAR turun dengan keazaman yang tinggi. Dari awal permainan lagi STAR telah mendominasi perlawanan dengan melakukan serangan dari setiap arah manakala MCKK banyak bertahan di kawasan sendiri. Hasilnya pada minit ke 8, STAR berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan padang oleh Zahran Syahmi. Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamatnya perlawanan separuh masa pertama.


Dalam separuh masa ke dua, STAR meningkatkan semangat untuk melawan dan serangan telah dilakukan bertali arus sejak wisel pertama dimulakan lagi. Gerakan cantik oleh gandingan Faris, Zahran dan Izham Nisya, akhirnya membuahkan hasil apabila STAR berupaya menambahkan jaringan menjadi 2-0. Kedudukan kekal sehingga tamat masa sebenar permainan dan STAR menang 2-0. STAR sebenarnya berpeluang untuk menambahkan jaringan namun banyak peluang yang terhidang disia-siakan oleh para pemain terutamanya peluang yang dimiliki oleh Zahran akibat dari kegahairahan untuk menjaringkan gol. Apapun tahniah kerana akhirnya menang juga akhirnya dan yang lebih manis apabila menewaskan MCKK di halaman sendiri.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERSAHABATAN EMPAT PENJURU : STAR TEWAS 1-2 KEPADA SMK CLIFFORD

Perlawanan ke dua dalam Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru diteruskan dengan menentang SMK Clifford. Turun dengan semangat berkobar-kobar setelah mencatat kemenangan dalam Kejohanan Piala Primier dahulu, STAR berhasrat meneruskan kemangan ke atas Clifford. Dan segala-galanya seperti dalam perancangan apabila STAR mendahului 1-0 hasil jaringan Izham Nisya daripada gerakan cantik dari kanan yang dimulakan oleh Faris. Dan sepanjang tempoh separuh masa pertama STAR mendominasi perlawanan dengan sesekali Clifford membuat 'counter attack'. 



Dalam separuh masa ke dua, pemain tengah STAR telah tercedera dan dikeluarkan. Bermula detik itulah, Clifford mengambil kesempatan sepenuhnya atas kekurangan STAR apabila melakukan 'counter attack' dan hasilnya dalam tempoh lima minit, STAR telah dibolosi sebanyak dua gol. Dan kedudukan ini kekal sehingga tamat masa permainan dan akhirnya SMK Clifford menang 2-0.


Secara keseluruhannya, perlawanan seimbang antara ke dua-dua pasukan. Namun beberapa kelemahan telah dikenalpasti teruatamanya kegagalan sekali lagi barisan pertahanan dalam memberi fokus terhadap perlawanan. Pertahanan yang naik membantu serangan gagal untuk kembali ke posisi asal kerana kurang cergas menyebabkan pasukan lawan dengan mudah membuat 'counter attack'. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERSAHABATAN EMPAT PENJURU : STAR TEWAS 1-0 KEPADA SERATAS

The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perlawanan persahabatan empat penjuru sebagai persiapan membentuk pasukan mantap pada tahun hadapan. Sebanyak empat buah sekolah telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan sehari ini iaitu MCKK, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), SMK Clifford, dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).


STAR telah menghantar para pemain yang majoritinya merupakan pemain tingkatan dua dan tiga. Dalam perlawanan pertama, STAR dijadualkan bertemu dengan SERATAS. Namun, seperti kebiasaannya, STAR lambat panas dan akhirnya tewas dengan keputusan 0-1.  Secara keseluruhannya, memperlihatkan sedikit kelemahan di bahagian pertahanan di mana kegagalan barisan pertahanan untuk mengekang kemaraan SERATAS. Begitu juga 'half kiri' yang masih belum mantap sepenuhnya dan gagal memberi bantuan kepada penyerang. Diharapkan permainan STAR dapat di tingkatkan dalam perlwanan berikutnya. 


Di pihak SERATAS juga memperlihatkan kelemahan mereka terutamanya kegagalan barisan penyerang untuk mencari gol tambahan. Begitu juga dengat set piece short corner yang tidak menjadi. Apapun perlawanan ke dua-dua pasukan agak seimbang dan yang membezakan mereka hanyalah pengalaman SERATAS yang rata-rata masih dikuasai oleh pemain-pemain yang menjuarai Kejohanan SBP kebangsaan 2011.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, October 31, 2011

RIVAL STAR-MCKK DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN

Pasukan Hoki Tingkatan Tiga STAR telah mengadakan perlawanan persahabatan enam sebelah bersama pasukan MCKK pada 27 Oktober 2011. Perlawanan telah diadakan di gelanggang simen The Malay College Kuala Kangsar. Perlawanan ini merupakan program persahabatan pelajar lepas PMR. Dan dalam perlawanan tersebut, STAR telah berjaya menewaskan MCKK dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Zahran Syahmi pada minit ke-9 perlawanan. Tahniah kepada para pemain hoki tingkatan tiga yang telah berjaya sekurang-kurangnya menebus kehampaan STAR dalam Piala Primier lalu


Senarai pemain

1) Fadhil
2) Zahran
3) Afiq
4) Ridzuan
5) Nadzrul Nadzmi
6) Mohammad
7) Hafiz
8) Firdaus
9) Amjad
10) Qayyum



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, September 24, 2011

FRIENDLY STAR VS ANDERSON JUNIOR

Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Primier Zon Perak 2011 akan berlangsung pasa 26-28 September 2011 nanti. Pasukan hoki STAR pada tahun ini meletakkan harapan yang tinggi walaupun rata-rata pemain dalam ini ramai dibarisi pemain tingkatan dua kerana pelajar-pelajar senior sibuk menghadapi peperiksaan SPM dan PMR. Apapun, semalam telah berlangsung perlawanan persahabatan dengan Sekolah Anderson Junior.

Dalam perlawanan yang diadakan dalam hujan renyai itu STAR menang tipis 3-2. Apapun kemenangan ini mmeberikan suntikan semangat kepada pasukan kita untuk menghadapi perlawanan pertama pada 26 September ini menentang SMK St Michel (SMI). Semoga berjaya hendaknya. Gol-gol STAR telah dijaringkan oleh Alham, Faris dan Nazri Syamil.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, July 11, 2010

FRIENDLY : ANDERSON J, HUTAN MELINTANG



Dalam usaha untuk memantapkan pasukan dan sebagai persediaan menghadapi kejohanan Hoki SBP kebangsaan 2010, dua perlawanan persahabatan telah diatur. Objektifnya adalah untuk menilai tahap kecergasan serta kemampuan pasukan mempamerkan semanagat satu pasukan dan mempraktikkan segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh jurulatih. Kami tidak lah sangat mengharapkan kemenagan, sebaliknya sebagai latihan pemanas badan sebelum sepak mula kejohanan.

Dalam perlawanan persahabatan yang pertama bertemu Anderson Junior, STAR tewas 1-4. Manakala keesokan harinya sedikit peningkatan berlaku apabila bertemu SMK Hutang Melintang. Walaupun tewas 3-5, namun STAR telah menunjukkan sedikit perubahan dalam perlawanan kedua ini. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah kekurangan latihan kecergasan serta kelemahan kemahiran asas. Secara taktikal, pasukan ini telah berjaya menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, namun kelihatan mereka kurang memiliki sifat garang di padang. Apapun perlawanan persahabtan seterusnya adalah menentang STAROBA pada 18 Julai nanti.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, June 28, 2010

FRIENDLY STAR-NONGKA HIGH SCHOOL, PITTAYA , BANGKOK, THAILAND



Salam buat semua. Al-hamdulillah pasukan hoki STAR semakin mengorak langkah sederap ke hadapan. Sebagaimana yang telah saya nyatakan, tahun 2010 merupakan tahun untuk memulakan apa yang saya lihat hampir terkubur. Walaupun tiada kejuaraan besar yang diraih, namun sebagaimana bayi yang baru belajar bertatih saya cuba untuk membawa pasukan ini sebaik mungkin.

Baru-baru ini, saya telah mengatur satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang pertama buat pasukan ini. Pada 30 April lepas perlawanan persahabatan telah diatur dengan Nongka High School, Pittaya, Bangkok yang dalam rangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah di Malaysia. Perlawanan telah diadakan di Padang Hoki KISDAR, Kuala Kangsar, Perak, melibatkan pasukan bawah 16 tahun, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan.

Alhamdulillah, walau agak kurang bernasib baik apabila kami tewas 3-4, namun semangat juang yang dipamerkan oleh para pemain amat mengagumkan walau satu ketika mendahului 3-1. Apapun tahniah buat semua pemain. Saya berharap untuk mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan buat pasukan yang baru bertatih ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 11, 2010

STAR : SMK TANJUNG RAMBUTAN


Kemenangan pertama untuk tahun 2010. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan momentum yang baik untuk pasukan ini. Dalam perlawanan persahabatan kedua selepas dikecewakan oleh SMK Clifford, STAR berjaya menewaskan SMK Tanjung Rambutan dalam perlawanan persahabatan yang diatur. Perlawanan berlangsung pada 26 Februari 2010.

Perlawanan ini merupakan perlawanan yang signifikan sebagai suntikan moral untuk menghadapi Kejohanan MSSD Kinta Utara yang dijadualkan berlangsung pada 1-4 Mac 2010. Perlawanan berkesudahan 4-1 kemenangan kepada STAR. Gol-gol hasil jaringan Muhammad Nasruddin yang mencatatkan hatrik,manakala satu gol lagi disumbangkan oleh Muhammad Al Muazzin, ketua pasukan. Sekalung tahniah buat pasukan, semoga berjaya dengan cemerlang dalam Kejohanan MSSD Kinta Utara nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, May 9, 2010

HIKAYAT MEMILUKAN DI KUALA KANGSAR





Perlawanan pertama sebagai pemanas badan sememangnya sangat ditungu-tunggu. Lalu satu perlawanan persahabatan untuk pasukan bawah 18 tahun telah diatur dengan SMK Clifford, pasukan yang sangat digeruni lawan mahupun kawan. berbekalkan dengan kemampuan pasukan yang tidak seberapa, kami bergerak ke Kuala Kangsar. SMK Clifford di bawah bimbingan Cikgu Nizam iaitu jurulatih negeri amat cemerlang dalam sukan hoki.

Perlawanan diadakan di Padang kolej Islam Darul Ridzuan dalam keadaan hujan lebat. Natijahnya dalam tempoh sejam, gawang kami bolos dua belas kali. Sesuatu yang sungguh menyedihkan. Perlawanan pertama sebagai pengurus berakhir dengan hikayat memilukan. Namun kami akur dengan reputasi pihak lawan yang memiliki seribu banyak kelebihan berbanding kami. kami mendapat satu gol sagu hati melalui jaringan Aiman Syahir.

Kami pulang ke Ipoh dengan perasaan berbaur..malu dan sedih.Apapun itulah pengajaran terbaik kepada para pemain agar terus berusaha gigih menjaga maruah pasukan. Sesuatu harus dilakukan.

Tiga tahun lagi segalanya pasti berubah, INSYAALLAH.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...