Powered by Blogger.
Showing posts with label JUARA-JUARA ASIA. Show all posts
Showing posts with label JUARA-JUARA ASIA. Show all posts

Friday, December 28, 2012

TROFI JUARA-JUARA ASIA : MALAYSIA TEWASKAN CHINA UNTUK KEDUDUKAN KE-3

Malaysia berjaya memenangi pingat gangsa ataupun tempat ke- tiga dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia apabila menewaskan China 3-1 sebentar tadi. Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya menebus kehampaan sebelum ini apabila tewas kepada China dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Walaubagaimanapun China terlebih dahulu di hadapan apabila mendahului Malaysia 1-0 melalui jaringan Liu Yi Xian pada minit ke-21 dan keputusan separuh masa pertama kekal 1-0. Malaysia bangkit dalam aksi babak ke-dua apabila menjaringkan gol pada minit ke-41 melalui Mohd Marhan Jalil. Berselang 19 minit kemudian,  Mohd Razir Rahim meetakkan Malaysia di hadapan apabila menjadikan kedudukan 2-1 hasil jaringan pada minit ke-60 melalui pukulan sudut penalti.

Selepas itu giliran Azlan Misron meletakkan malaysia d hadapan 3-1 apabila bola  beliau ditolak masuk oleh pemain China ke gawang sendiri. Dengan keputusan ini, Malaysia mengulangi pencapaian tahun lepas dengan mengutip gangsa.

Dalam aksi sebelumnya Oman berjaya meraih kedudukan ke-5 apabila menewaskan Jepun 2-1.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, December 25, 2012

TROFI JUARA-JUARA ASIA : MALAYSIA TEWAS MENGEJUT KEPADA CHINA

Malaysia TEWAS mengejut dalam perlawanan ke-empat menentang China dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia, sebentar tadi. Dalam aksi yang berlangsung di Qatar, Doha ini, Malaysia tewas 2-1. Kekalahan ini menyebabkan peluang Malaysia untuk melangkah ke final bergantung kepada perlawanan terakhir. 

Cina menjaringkan gol pantas melalui jaringan sudut penalti oleh  Hong Yun dan  Yong Li. Manakala gol Malaysia dijaringkan oleh Faizal Saari pada separuh masa ke dua.

Malaysia akan mennetang India dalama perlawanan terakhir liga.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, December 24, 2012

TROFI JUARA-JUARA ASIA 2012 : MALAYSIA IKAT PAKISTAN 3-3

Malaysia berjaya menunjukkan aksi yang membenggakan dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia 2012 di Doha apabila berjaya mencatat keputusan seri 3-3 mennetang Pakistan, semalam. Dalam aksi terdahulu , Malaysia berjaya menewaskan Jepun 4-1 dan Oman juga dengan 4-1. 

Dalam aksi semalam, kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa ke dua, sebelum ke dua-dua pasukan menambah dua lagi gol menjadikan kedudukan 3-3. 

Keputusan Trofi Juara-juara Asia (Hari ke-3)


Malaysia (3) vs Pakistan (3)

India (11) vs Oman (0)

China (4) vs Japan (2)








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, December 23, 2012

JADUAL KEJOHANAN HOKI TROFI JUARA-JUARA ASIA 2012 DI DOHA, QATAR

sumber gambar/jadual : portalsukan


Jadual ini berdasarkan waktu Doha, Qatar. Untuk waktu Malaysia, tambah 5 jam. Astro tidak menayangkan secara live sepanjang kejohanan.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, December 22, 2012

TROFI JUARA-JUARA ASIA : MALAYSIA CATAT KEMENANGAN KE-2 KALAHKAN OMAN 4-1

Malaysia mencatatkan kemenangan ke-2 dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia. Selepas cemerlang menewaskan Jepun 4-1 semalam, anak-anak buah Paul Revington bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menewaskan Oman 4-1. 


Oman terlebih dahulu mencemaskan kem Malaysia apabila menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti melalui Bait Jandal pada minit ke-16 perlawanan.

Faizal Saari menyamakan kedudukan 1-1 melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-23 sebelum Mohd razie rahim menjadikan kedudukan 2-1 lia minit kemuadian (minit ke-28). Gol ke tiga Malaysia hadir pada separuh masa kedua juga melalui Razie pada minit ke-62 dan Tengku Ahmad Tajuddin  menjadikan kedudukan 4-1 apabila menjaringkan gol pada minit ke-66.

Keputusan hari ke-2 :

India 3 Japan 1


Pakistan 5 China 2

Malaysia 4 Oman 1




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, December 17, 2012

TROFI JUARA-JUARA ASIA

SELEPAS eksperimen pertamanya melakukan rombakan besar ke atas skuad negara menjadi pada kempen Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina baru-baru ini, Paul Revington (gambar) meneruskan perjudiannya pada saingan Trofi Juara-Juara Asia yang berlangsung di Doha, Qatar bermula 20 Disember ini.

Kali ini, beliau dilihat tidak terlalu mengharap tenaga senior untuk menggalas tugas di Doha, sebaliknya pengendali dari Afrika Selatan itu yang berlepas ke Doha bersama anak buahnya hari ini, sekali lagi melakukan eksperimen dengan memanggil muka-muka baru untuk tugasan di sana.

Ia adalah perjudian yang sebenarnya cukup berisiko tinggi, namun Revington tidak pernah berasa gusar sebaliknya pengendali berusia 39 tahun itu sebelum ini menyatakan, beliau meletakkan kepercayaan tinggi terhadap barisan muka baru yang dipanggil untuk tugasan kali ini.

Antara mereka yang mendapat tempat beraksi di Doha termasuk dua pemain skuad remaja negara, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin dan Mohd Syamim Mohd Yusof yang bakal membuat penampilan pertama untuk skuad negara.

Mohd Syamim berkata, dia begitu terkejut apabila dipanggil Revington kerana tidak pernah menyangka akan mendapat peluang beraksi bersama skuad senior dengan begitu cepat.

“Selama ini saya memang harap dapat beraksi dengan skuad senior tapi tidaklah terlalu mengharap sangat sebab banyak lagi pemain yang lebih bagus berbanding saya.

“Tetapi apabila diberi peluang kali ini, saya tidak akan sia-siakannya begitu saja. Saya akan cuba yang terbaik membantu skuad negara dan terus cuba untuk memastikan jurulatih memilih saya pada saingan akan datang,” katanya.

Di sebalik nama-nama seangkatan dengannya seperti Faizal dan Fitri Saari yang sudah mencipta nama pada pentas antarabangsa, Mohd Syamim juga adalah antara pemain berkualiti yang ada dalam barisan skuad remaja negara.

Dia membantu skuad kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah menjulang Piala Sultan Johor pada edisi pertama tahun lalu selain muncul juara pada saingan Hoki Piala Remaja Asia di Melaka, Mei lalu.

Selain skuad negara yang menduduki tempat ketiga tahun lalu, lima lagi pasukan yang bertanding di Doha termasuk Oman, Pakistan, India, China dan Jepun.

SUMBER : METRO





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...