Powered by Blogger.
Showing posts with label Liga Hoki Dunia. Show all posts
Showing posts with label Liga Hoki Dunia. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

MALAYSIA REBUT TEMPAT KE-5 TEWASKAN JEPUN


Skuad hoki Malaysia menumpaskan Jepun 4-3 menerusi penentuan penalti bagi merebut tempat kelima dalam saingan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, sebentar tadi. 

Penentuan penalti diambil selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa penuh permainan. 

Kemenangan itu memastikan skuad bimbingan Paul Revington memperbaiki kedudukan ranking dunia serta juga memberi keyakinan mempersiapkan diri menjelang saingan Piala Asia di Ipoh, hujung Ogos ini yang menjadi penentu untuk layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda. 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HARIMAU TERLUKA : MALAYSIA TEWASKAN PAKISTAN 3-1


Aksi Malaysia pada penentuan tempat kelima hingga kelapan kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, semalam ibarat 'harimau terluka' apabila membenam Pakistan 3-1.

Kemenangan itu sekurang-kurangnya dapat meredakan kekecewaan gagal memburu slot ke Piala Dunia 2014 menerusi kejohanan di sini selepas tewas 0-6 kepada Jerman pada aksi suku akhir Khamis lalu.
Lebih manis ia adalah kemenangan pertama skuad Paul Revington ke atas pasukan terbaik Asia, Pakistan sejak mengendalikan skuad kebangsaan Ogos tahun lalu.

Revington berkata, perlawanan menentang Pakistan sentiasa sengit tetapi semalam pemain berjaya mengatasi lawan dengan baik.

"Menentang pasukan seperti Pakistan memerlukan pemain menjadi lebih bijak ketika melakukan serangan dan kami berjaya melakukannya hari ini (semalam)," katanya.

Malaysia meraih gol pada minit ke-14 hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim namun Pakistan kedudukan dan berjaya melakukannya pada minit ke-16 menerusi gol padang Shafqat Rasool.

Pakistan tertekan apabila Imran Butt menjadikan gol sendiri pada minit ke-19 untuk Malaysia mendahului 2-1 dan Malaysia menambah gol ketiga pada minit ke-38 hasil jaringan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, July 3, 2013

MALAYSIA JUMPA JERMAN SUKU AKHIR

Malaysia memilih laluan sukar pada saingan suku akhir pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia selepas tewas 1-2 kepada England di Stadium Taman Daya di sini, semalam.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia hanya mampu menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga dan akan menentang naib juara Kumpulan A, Jerman yang juga menduduki ranking No. 1 dunia dalam aksi suku akhir esok.

Malah, peluang Malaysia untuk melepasi saingan suku akhir juga bukan mudah kerana misi Jerman pada kejohanan tersebut adalah untuk memburu gelaran.

Ketua jurulatih kebangsaan, Paul Revington berkata, dia amat kecewa dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya pada perlawanan menentang England.

"Terlalu banyak bermain dalam corak permainan serangan dan bertahan ketika menentang Afrika Selatan pada Ahad lepas sedikit menjejaskan kualiti permainan kami hari ini (semalam). Ini juga bukan standard permainan yang kami mahukan.

"Menentang Jerman pada suku akhir nanti kami perlu buang perasaan takut meskipun kami amat menghormati pasukan lawan," kata Revington kepada pemberita pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan di sini, semalam.

Pada perlawanan tersebut, England terlebih dahulu meraih jaringan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti pemain Richard Smith.

Malaysia hanya mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi pukulan sudut penalti penyerang Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil. Bermula babak kedua menyaksikan lebih banyak serangan dalam kawasan D dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, jaringan hanya mampu diterjemahkan pada minit ke-57 yang menyaksikan England kembali mendahului jaringan menerusi gol padang Barry Middleton.
Malaysia terus berusaha memburu gol penyamaan menerusi serangan dari setiap sudut, namun gagal memperoleh jaringan sebelum terpaksa akur dengan kekalahan ke atas pasukan ranking keempat dunia England.

Sementara itu, keputusan lain dalam saingan Kumpulan B menyaksikan Pakistan meraih kemenangan 6-2 ke atas Afrika Selatan. Kemenangan Pakistan itu membolehkan mereka menamatkan saingan peringkat Kumpulan B sebagai pendahulu.

Pada perlawanan suku akhir esok Pakistan dijadual menentang pasukan di kedudukan keempat Kumpulan A, Korea Selatan manakala Afrika Selatan akan bertemu juara Kumpulan A, Argentina.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, June 30, 2013

LIGA HOKI DUNIA : MALAYSIA, PAKISTAN TERIKAT



Johor Bahru: Malaysia gagal meneruskan aksi cemerlang pada separuh masa kedua apabila seri 4-4 dengan Pakistan meskipun suatu ketika mendahului 3-0, pada kejohanan Liga Hoki Dunia di Stadium Taman Daya, malam tadi. 

Pasukan ranking pertama dunia, Jerman juga terikat 1-1 menentang Argentina, manakala Jepun turut seri 3-3 dengan Korea Selatan. 

Dua gol awal 

Razie Rahim menjaringkan dua gol awal Malaysia, kedua-dua menerusi pukulan sudut penalti pada minit ketiga dan ketujuh, sebelum Marhan Jalil menjaringkan gol ketiga pada minit ke-18 yang bermula daripada pukulan sudut penalti. 

Pakistan memperoleh gol pertama minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti Abdul Haseem Khan. 

Tiga minit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula, Tengku Ahmad Tajuddin menjaringkan gol padang cantik untuk Malaysia mendahului 4-1. 

Namun pemain negara agak leka selepas itu dan gol oleh Muhammad Tausiq (m-42), penalti Shakeel Abbasi (m-56), dan Muhammad Imran (m-61) mengikat keputusan, sekali gus menghampakan pemain negara.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...