Powered by Blogger.
Showing posts with label MSSD KINTA UTARA. Show all posts
Showing posts with label MSSD KINTA UTARA. Show all posts

Friday, March 17, 2017

STAR SEKADAR RAIH NAIB JOHAN MSSD KINTA UTARA

Hasrat pasukan hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR Hockey) untuk merampas kejuaraan di peringkat Daerah Kinta Utara sekali lagi tidak kesampaian apabila hanya mampu muncul Naib Johan. Sekali lagi pasukan power house hoki Perak, SMK Anderson menjadi penghalang untuk STAR mencipta sejarah.  Dalam perlawanan peringkat kumpulan, STAR tidak menghadapi masalah menewaskan SMK Bercham 5-0 dan SMK Sungai Pari 7-0.
STAR layak ke perlawanan separuh akhir dan diundi bertemu SMK Methodist ACS . Dalam perlawanan tersebut, STAR mendapat tentangan yang sengit apabila menang dengan keputusan 2-0 . Kejayaan di peringkat separuh akhir membolehkan STAR layak ke perlawanan akhir. Alhamdulillah, STAR menentang SMK Anderson, Ipoh.
Dalam perlawanan akhir, STAR cuba memberi tentangan yang terbaik. Namun, pengalaman membezakan antara STAR dan SMK Anderson. STAR akur tewas 0-2 kepada Anderson. Tahniah dan syabas buat pasukan hoki STAR.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, June 10, 2015

TEMPAT KE-3 MSSD KINTA UTARA

Pada 20-23 April 2015 STAR telah menyertai Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2015 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Dalam kejohanan peringkat MSSD, STAR hanya mampu menduduki tempat ke-3 setelah tewas kepada jaguh sekolah-sekolah Malaysia, SMK Anderson di semi final. Berikut merupakan keputusan perlawanan :

Peringkat Kumpulan ;
STAR vs SMK Aminudin Baki (Menang 6-0)
STAR vs SMK Buntong (Menang 8-0)
STAR vs SMK Tasik Damai (seri 1-1)
Suku Akhir
STAR vs SMK  Tambun (Menang 4-0)
Separuh Akhir
STAR vs SMK Anderson (tewas 0-3)
Tempat Ke-3/4
STAR vs SMK ACS Methodist (menang 8-0)







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, April 7, 2013

ANDERSON JUARA MSSD KINTA UTARA TEWASKAN STAR, IPOH

Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2013 telah berlangsung pada 3-6 April 2013. STAR kali ini hadir dengan persediaan yang agak baik dari tahun-tahun sebelumnya untuk memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain, khususnya SMK Anderson, juara berpuluh-puluh tahun tanpa cabaran. Pada edisi 2013, STAR hanya berjaya muncul naib johan buat kali pertama setelah Kinta 1 dan Kinta 2 digabungkan. 

STAR telah diletakkan bersama SMK Tasik Damai dan SMK Seri Putra dalam kumpulan D. Alhamdulillah halangan awal dapat diatasi di peringkat awal. Dalam aksi pembukaan, STAR menewaskan SMK Tasik Damai dengan keputusan 9-0, hasil jaringan Zahran Syahmi (4 gol), Nazrul Nazmi (4  gol) dan Mohd Iqbal (1 gol). Manakala dalam aksi berikutnya STAR menewaskan SMK Seri Putra dengan 4-0. Gol-gol dijaringkan oleh Zahran Syahmi (2 gol) dan Nazrul Nazmi (2 gol)

Dua kemenangan ini berjaya meletakkan STAR sebagai johan kumpulan B dan bertemu Kolej Vokasional Lebuh Cator di peringkat suku akhir. Dalam aksi di padang 2, STAR menang 3-0 dan akan bertemu SMK Tambun di peringkat separuh akhir. Gol-gol STAR dijaringkan oleh Izham Nisya (2 gol) dan Zahran Syahmi (1 gol)

Bertemu SMK Tambun, bukan bermakna cabaran yang diterima mudah kerana SMK Tambun juga memiliki beberapa orang pemain yang berpotensi. Perlawanan yang dilangsungkan pada jam 9.00 pagi ini berkesudahan STAR memenangi perlawanan dengan  3-0 hasil jaringan Aiman Nazmi (2 gol) dan Muhammad Afiq (1 gol).

Separuh Akhir bertemu SMK Tambun

Melangkah ke final bermakna ulangan final edisi 2012 apabila STAR muncul naib johan ditewaskan Anderson 6-0. Moral pemain berada pada tahap tertinggi apatah lagi persiapan tahun ini agak matap dengan menyertai pelbagai kejohanan. Sebelum perlawanan bermula, jurulatih menekankan aspek taktikal kepada para pemain dan Alhamdulillah, serangan demi serangan Anderson berjaya dipatahkan sehinggalah Anderson berjaya memperoleh penalti stroke pada minit ke 18 apabila Ridzuan tidak sengaja melepaskan kayu. Dan Ruben berjaya meletakkan Anderson di hadapan dengan 1-0 apabila berjaya menyemprunakan penalti stroke. Satu-satunya peluang terbaik STAR hadir pada minit ke-5 perlawanan namun, Zahran Syahmi gagal menyempurnakan jaringan hasil hantaran lintang Nazrul Nazmi.

Perlawanan akhir ANDERSON-STAR

Kedudukan separuh masa pertama berkesudahan 1-1. Bermula separuh masa ke dua, STAR dilihat bertahan dengan serangan bertali arus oleh pemain-pemain Anderson, namun sesekali berjaya melakukan serangan balas mengejut yang hampir-hampir mengejutkan Anderson namun pertahanan Anderson  begitu tenang mengawal keadaan. Pada minit ke 38, Anderson berjaya mendapat pukulan sudut penalti, namun penjaga gol Firdaus Zaki berjaya menampan bola pakar pukulan sudut penalti Anderson iaitu Rauf.

Anderson berjaya memperoleh gol ke dua pada minit ke -34 perlawanan menjadikan kedudukan 2-0. Ketika perlawanan berbaki lima minit dan keputusan seolah-olah 2-0, Anderson berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke -5 menjadikan kedudukan 3-0. Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat masa perlawanan dan Anderson muncul juara meninggalkan STAR di tempat ke dua. Dalam aksi final perempuan, menepati status sebagai sekolah projek hoki negeri, RPS berjaya menewaskan SMK bercham 11-0. Tahniah buat RPS !


Apapun tahniah buat semua pemain yang begitu bersemangat memberikan sepenuh kudrat dan tenaga dalam MSSD tahun ini. In sha Allah kita kembali lagi untuk memberikan cabaran yang lebih hebat pada masa akan datang.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2013

KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2013 (L DAN P BAWAH 18 TAHUN)
TARIKH : 3-6 APRIL 2013
TEMPAT : STADIUM HOKI AZLAN SHAH, IPOH

KATEGORI LELAKI :

JOHAN : SMK ANDERSON
NAIB JOHAN : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
TEMPAT KE TIGA : SMK TAMBUN
TEMPAT KE EMPAT : SMK METHODIST ACS

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN : SMK RAJA PEREMPUAN
NAIB JOHAN : SMK BERCHAM
TEMPAT KE TIGA : SMK JELAPANG JAYA
TEMPAT KE EMPAT : SMK CONVENT





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, March 6, 2013

UNDIAN KUMPULAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2013


TARIKH : 4, 5, 6 dan 7 APRIL 2013

TEMPAT : STADIUM HOKI AZLAN SHAH, IPOH

TUAN RUMAH : SMK TAMBUN


LELAKI

KUMPULAN A

A1 SMK Anderson
A2 SMK Dato' Ahmad Said
A3  SM Vokasional Lebuh Cator


KUMPULAN B

B1 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
B2 SMK Tasik Damai
B3 SMK Seri Putera


KUMPULAN C

C1 SMK ACS Methodist 
C2 SMK Buntong
C3 SMK Bercham
 C4 SMK St Michel


KUMPULAN D 

D1  SMK Sungai Pari
D2 SMK Tanjung Rambutan
D3 SMK Tambun
D4 SMK Ulu Kinta


 PEREMPUAN

KUMPULAN A

A1  SMK Raja Perempuan (RPS)
A2 SMK Tambun
A3 SMK Perempuan Methodist (MGS)


KUMPULAN B

B1 SMK Convent
B2 SMK Tarcician Convent
B3 SMK Jelapang Jaya


KUMPULAN C

C1 SMK Dato' Ahmad Said
C2 SMK Kampung Pasir Putih
C3 SMJK Ave Maria Convent


KUMPULAN D

D1  SMK Seri Puteri
D2 SMK Bercham
D3 SMJK Perempuan Perak







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, February 2, 2012

STAR NAIB JOHAN MSSD KINTA UTARA

Kejohanan Hoki Kinta Utara ditutup hari ini. Sedih dalam gembira. Begitulah rumusan terhadap Kejohanan kali ini terutamanya melibatkan STAR. Apapun target untuk berada di final akhirnya tercapai setelah hampir sepuluh tahun kemarau untuk melangkah ke pentas final. pada sebelah pagi STAR berjaya menewaskan rival uatama dalam daerah iaitu SMK Methodist Ipoh (ACS) . Dalam perlawanan tersebut STAR dan ACS terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar, namun dengan kekentalan mental dan sedikit kelebihan, akhirnya kami menang penalti 4-3. Gol STAR dijaringkan oleh Zahran Syahmi, manakala penalti stroke dijaringkan oleh Faris Habeha, Amirul Hafiz, Afiq Azman dan Ridzuan Ramli. Tahniah juga buat Firdaus kerana berjaya menyelamatkan dua penalti.


SEMI FINAl STAR vs ACS IPOH

Akhirnya pentas final yang didam-idamkan berjaya dijejaki. Namun menyedari betapa SMK Anderson bukan lah lawan mudah, STAR meletakkan harapan yang tidak terlalu tinggi. layak ke final pun satu rahmat, menang pula anugerah. Anderson, juara Sekolah-sekolah Malaysia terlalu gagah jika dibandingkan dengan kami yang baru hendak bermula. Dan kami akur dengan kekalahan 6-0. Satu angka yang besar, namun tetap optimis kerana sebelum itu pasukan ANDERSON membelasah banyak sekolah dengan keputusan 15-0. 

Appaun tahniah buat semua, jurulatih, pengurus, dan yang paling penting smeua pemain kerana tahun ini kita bermula dengan baik. InsyaAllah ini baru permulaan dan banyak lagi kejayaan yang akan kita kecapi selepas ini.


Nayanyian lagu sekolah menaikkan semangat

Aksi Final STAR vs ANDERSON


Menerima hadiah Naib Johan


Bergambar kenangan selepas perlawanan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, February 1, 2012

STAR LOLOSKAN DIRI KE SEMI FINAL

Hari ke tiga Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara telah dilangsungkan pada peringkat suku akhir. Dalam peringkat ini STAR diundi bertemu SMK St Michel, ACS Ipoh menentang SM Teknik Lebuh Cator, SMK Sungai Pari bertemu SMK Tanjung Rambutan dan Anderson melayan kunjungan SMK Tambun.


Bertemu St Michel, iaitu satu kuasa hoki di Kinta suatu waktu dahulu, STAR telah mengatur strategi menyerang sejak awal. Para pemain STAR ingin membunuh semangat ST Michel dengan gol awal. Dan hasilnya STAR mendahului melalui jaringan Iqbal seawal minit ke 2. Selepas itu STAR terus menguasai perlawanan namun masih gagal menambah jaringan kerana St.Michel telah berkubu di laman sendiri. Dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.


Separuh masa ke dua, STAR menggandakan asakan dan akhirnya kebuntuan yang dicari berjaya diatasi dan STAR berjaya menambah dua lagi gol hasil jaringan Faris Habeha dan Zahran Syahmi menjadikan keputusan 3-0 dan keputusan ini kekal sehingga tamat perlawanan. Kesudahannya STAR 3, St Michel 0.

Esok merupakan perlawanan yang getir menanti pasukan anak muda ini kerana menanti di separuh akhir adalah ACS ipoh yang ternyata memiliki gaya permainan berbeza dengan pasukan-pasukan yang lain. Apatah  lagi mereka merupakan naib juara tahun 2011. Doakan STAR berjaya meloloskan diri ke final nanti.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR BERPESTA GOL

Alhamdulillah, hari ke dua yang sungguh bermakna. Dengan tekad dan azam yang tinggi, pasukan hoki lelai B18 tahun STAR turun buat kali ke dua dalam Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara dengan semangat yang tinggi setelah membelasah SMK Bercham 5-0. Kali ini STAR dipertemukan dengan SMK Tambun, pemenang tempat ke tiga tahun lepas.


Permainan selama 40 minit sekali lagi berjaya dikuasai dengan cemerlang oleh kesebelasan anak muda Sekolah Bintang ini apabila dengan mudah menguasai bahagian tengah, serangan dan pertahanan. Ternyata, STAR bukan tandingan Tambun apabila keputusan akhir STAR berpesta gol 7-0. Alhamdulillah.

Dalam perlawanan hari ini, Zahran Syahmi berjaya membuktikan kehebatan apabila mnjaringkan lima gol, manakala satu gol lagi masing-masing disumbangkan oleh Faris Habeha dan Amirul Hafiz. Dengan kemenangan ini, STAR telah menjuarai kumpulan C, dengan dua kemenangan, enam mata dan dua belas jaringan.


Tahniah buat semua pemain, InsyaAllah pada hari ini, STAR akan menentang St' Michel Instituition dalam peringkat suku akhir. Tahniah buat semua pemain, kekalkan momentem dan teruskan memburu kemenangan.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, January 30, 2012

STAR VS SMK BERCHAM : LANGKAH KANAN


Hari pertama Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara menyaksikan pertemuan kumpulan C anatara STAR menentang SMK Bercham. Dalam perlawanan yang diadakan pada jam 4.20 tadi, STAR seperti diduga menang mudah apabila menewaskan Bercham 5-0. 



Gol-gol STAR dijaringkan oleh Faris Habeha (2 gol), manakala masing-masing 1 gol oleh Nur Alham, Iqbal Ramlan dan Zahran Syahmi. Secara keseluruhannya, STAR berjaya menguasai sepenuhnya perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan. Manakala sesekali Bercham melakukan serangan, namun benteng yang diketuai oleh Rusydi berjaya dikawal dan dipatahkan dengan mudah.

Namun, sesuatu yang patut diberi perhatian yang serius apabila STAR berjaya memperoleh sebanyak SEPULUH pukulan sudut penalti, namun hanya dua sahaja gol berjaya dijaringkana melalui PC. Begitu juga penyudah yang tidak berkesan oleh para penyerang apabila hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol.

Esok, STAR akan bertemu dengan SMK Tambun pada jam 3.30 petang. Semoga STAR berjaya menyerap tekanan dan menjuarai kumpulan C.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, January 14, 2012

UNDIAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2012

Kejohanan Hoki Majlis Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara 2012 akan dilangsungkan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2012. Dalam kategori Lelaki B18 tahun, sebanyak 18 buah sekolah telah mengesahkan penyertaan. Undian yang telah dilakukan pada 12 Januari 2012 menyaksikan juara bertahan, SMK Anderson diletakkan dalam kumpulan A bersama SM Teknik Ipoh dan SM Vokasional Lebuh Cator. Berikut merupakan undian peringkat kumpulan.

Kumpulan A
A1 SMK Anderson
A2 SM Teknik Ipoh
A3 SM Vokasional Lebuh Cator

Kumpulan B 
B1  SMK ACS Ipoh
B2 SMK Tanjung Rambutan
B3 SMK Aminuddin Baki, Chemor

Kumpulan C
C1 SMK tambun
C2 SMK Bercham
C3 Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Kumpulan D
D1 SMK Sungai Pari
D2 SMK Buntung
D3 SMK St. Michel



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 11, 2010

KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2010




Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tanggal 1-4 Mac 2010 telah berlangsung Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Sebanyak 9 buah sekolah telah mengesahkan untuk mengambil bahagian. Dalam kumpulan A menemukan SMK Anderson, SMK Tanjung Rambutan dan SMK St Michael. Dalam kumpulan B pula menemukan SMK Sungai Pari, SMK ACS Ipoh dan SMK Tambun, manakala STAR diletakkan dalam kumpulan C bersama SMK Bercham dan SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh.

Perlawanan pertama, STAR telah bertemu dengan SM Teknik Lebuh Cator. Dan keputusannya STAR berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0. Gol-gol hasil jaringan Aiman Shahir pada minit ke- 12, Nasruddin pada minit ke- 21 dan Alimin pada minit ke-40. Kemenangan ini berjaya menyuntik moral yang tinggi terhadap pasukan untuk bertemu SMK Bercham keesokan harinya.

Hari ke dua kejohanan menemukan STAR dengan SMK Bercham. Momentum kemenangan diteruskan oleh para pemain. Kali ini STAR berjaya merakamkan kemenangan bergaya ke atas SMK Bercham dengan keputusan 7-0. Sekali lagi Muhammad Nasruddin berjaya mencatatkan hatrik dengan tiga gol pada minit ke- 7, 14 dan 19. Al-Muazzin turut mencatatkan nama sebagai penjaring dengan satu gol pada minit ke-20 melengkapkan kedudukan 4-0 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua STAR semakin galak menambahkan gol apabila menambah tiga lagi gol pada minit ke-36 dan 44. Kedua-dua gol hasil jaringan Khalis. Manakala Faris Habeha berjaya melengkapkan kedudukan 7-0 pada minit-minit akhir perlawanan.

STAR berjaya mengungguli Kumpulan C dan melayakkan diri ke peringkat kalah mati iaitu X dan Y. Anderson, Tambun dan Teknik leboh Cator diletakkan dalam kumpulan X, manakala STAR bersama ACS Ipoh dan Tanjung Rambutan. Namun begitu, walaupun undian dilihat sedikit memihak kepada STAR, namun jadual perlawanan agak meresahkan.

STAR dijadualkan bermain dalam dua perlawanan dalam tempoh 3 jam. Dalam perlawanan pertama Alhamdulillah, STAR berjaya menewaskan pasukan yang agak kuat ACS Ipoh hasil jaringan Muhammad Alimin. Namun, seperti yang dijangka, STAR gagal mengekang kemaraan SMK Tanjung Rambutan, walaupun menang dalam perlawnan persahabatan sebelum ini. STAR tewas 0-1. STAR buntu untuk menjaringkan gol walaupun telah berjaya menguasai hampir 90 peratus permainan. Akhirnya, kami terkeluar daripada perebutan ke final apabila ACS muncul juara kumpulan Y setelah mengalahkan Tanjung Rambutan di sebelah petang 2-0.

Apapun, tahniah kepada semua pemain yang bertungkus lumus. Kami tetap berbangga apabila mencatat kemenangan bergaya di peringkat kumpulan. Mungkin nasib tidak menyebelahi STAR kali ini..Jumpa lagi tahun hadapan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...