Powered by Blogger.
Showing posts with label OLYMPIC. Show all posts
Showing posts with label OLYMPIC. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

MALAYSIA GAGAL KE OLIMPIK LONDON 2012


Pasukan Hoki Lelaki negara terlepas peluang ke Olympik selepas terikat 1-1 dengan Ireland dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland.

Ireland mengumpul 13 mata, berbanding Malaysia 12 mata dan akan bertemu Korea Selatan dalam perlawanan akhir esok. Hanya satu slot diperuntukkan kepada juara untuk bertanding di Olimpik London 2012.

Anak-anak buah Tai Beng Hai bermula baik dan meskipun diancam pukulan sudut penalti Ireland pada minit ke-7, namun berjaya diselamatkan oleh S.Kumar.

Kedudukan terikat 0-0 sehingga separuh masa pertama sehingga Nabil Fiqri Mohd Noor menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-40.

Walau bagaimanapun pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan sepuluh minit masa berbaki melalui pukulan sudut penalti oleh John Jerymn dan gol tersebut telah memusnahkan harapan Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik London, Julai ini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, March 17, 2012

MALAYSIA GALAS MISI HIDUP MATI



PERTEMUAN menentang tuan rumah, Ireland lewat malam ini menjadi misi hidup dan mati skuad hoki lelaki negara menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 London selepas penampilan terakhir pada Olimpik Sydney 2000. Korea Selatan yang kini mengumpul 10 mata, dijangka tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Russia bagi mendapat tempat ke final sementara lawannya, akan ditentukan menerusi perlawanan Malaysia-Ireland. 

Skuad negara yang berada di tangga ketiga liga dengan sembilan mata, perlu mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan itu sementara Ireland yang kini mendahului kedudukan dengan 10 mata, hanya memerlukan seri untuk menempah tempat ke final. 
Namun anak buah Tai Beng Hai juga dilihat tidak memiliki kelebihan psikologi kerana tunduk kepada Ireland 1-2 pada separuh akhir Cabaran Juara-Juara 2009 yang diadakan di Ireland pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan. 

Namun bersandarkan ranking dunia, Malaysia yang terlepas penyertaan dua edisi Sukan Olimpik pada Athens 2004 dan Beijing 2008, harus mendapat sedikit kelebihan untuk meraih kemenangan kerana berada di ranking ke-13 berbanding Ireland (16). 

“Ireland adalah sebuah pasukan yang kuat dan mereka mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri. Bagaimanapun kami akan bermain untuk menang dan akan melakukan yang terbaik,” kata Beng Hai. 
Lawan yang dibantu penolong jurulatih, Arul Selvaraj, begitupun dijangka mempunyai kelebihan apabila bekas penolong jurulatih Malaysia itu sudah biasa dengan sistem dan taktik permainan skuad kebangsaan. 

“Ini adalah pertemuan kedua dalam perlawanan besar antara Ireland-Malaysia dan saya rasa lebih sukar daripada segi emosi berbanding 2009 dulu kerana saya membimbing majoriti pemain Malaysia ketika itu. 

“Selepas lima tahun berada di Ireland, ada lima pemain saja yang pernah saya bimbing dan masih berada dalam skuad Malaysia,” kata Arul.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, March 16, 2012

KOREA SELATAN TEWASKAN MALAYSIA 3-2

Malaysia memilih laluan berliku apabila tewas tipis 2-3 dalam Kejohanan Hoki kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin (UCD). - UTUSAN 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, March 14, 2012

MALAYSIA RAIH KEMENANGAN KE TIGA KALAHKAN UKRAINE 5-1


MALAYSIA merakamkan kemenangan ketiga berturut-turut pada kempen kelayakan Olimpik di Dublin dengan menumpaskan pasukan bukan pilihan Ukraine 5-1, malam semalam. 


Namun, keputusan itu tidak seperti dijangkakan tatkala peminat mengharapkan jaringan lebih besar dilakukan apa lagi pasukan di ranking ke-29 dunia itu pernah diratah 8-2 oleh Korea Selatan dan 12-0 oleh Ireland pada pertemuan sebelum ini. Dan kemenangan itu pasti bekalan sukar kepada skuad negara tatkala bakal bertemu pasukan pilihan utama Korea Selatan, esok sebelum bertemu Ireland selaku tuan rumah buat mengakhiri cabaran peringkat kumpulan.


Anak didik Tai Beng Hai tampak kurang menyerlah seawal wisel dibunyikan dengan melakukan kesilapan ketika di depan gawang lawan sebelum jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-26. 

Skuad negara mula menemui semula rentak penyudah tiga minit sebelum tamat babak pertama apabila Hafifihafiz Hanafi melunaskan gol ketiga peribadinya sepanjang di Dublin buat menjarakkan defisit jaringan gol dengan pasukan di ranking ke-29 dunia itu. 

Bersambung di babak kedua, Malaysia terus memburu jaringan dan Muhamad Razie Abd Rahim selaku kapten melunaskan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-48 sebelum dihukum anak buah Pavlo Mazur pada minit ke-57 untuk jaringan tunggal mereka. 

Namun, pemain senior, Muhamad Amin Rahim terus menjarakkan kedudukan pada minit ke-60 untuk menghasilkan gol keempat sebelum Mohd Shukri Mutalib meledak pukulan penalti stroke pada minit ke-68 selepas Tengku Ahmad Tajuddin dijatuhkan lawan.

SUMBER : BHARIAN






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, March 12, 2012

MALAYSIA TEWASKAN RUSIA 6-2

Skuad hoki kebangsaan terus mempamer aksi cemerlang pada perlawanan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland semalam apabila meraih kemenangan 6-2 ke atas Rusia.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Tai Beng Hai memperoleh enam mata selepas menang dalam saingan pertama menentang Chile, kelmarin.

Malaysia bakal menentang Ukraine pada Selasa ini untuk perlawanan ketiga sebelum menghadapi pasukan pilihan Korea Selatan pada Khamis. – UTUSAN





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, March 10, 2012

MALAYSIA BENAM CHILE 5-1

DUBLIN 10 Mac - Skuad hoki negara memulakan kempen kelayakan Olimpik 2012 dengan langkah meyakinkan apabila membelasah Chile 5-1 dalam perlawanan sulung sebentar tadi.

Malaysia mendahului 1-0 melalui Mohd. Razie Rahim pada minit ke-18 sebelum Jan Richter menyamakan kedudukan buat Chile, dua minit kemudian.

Terikat 1-1 pada separuh masa pertama, Malaysia memperbaiki aksi pada babak kedua dengan meledak empat gol menerusi Faisal Saari pada minit ke-42 dan Hafifihafiz Hanafi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-49.

Dua minit kemudian, Razie yang bertindak selaku ketua pasukan menjaringkan gol sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohd. Amin Rahim melengkapkan kemenangan 5-1 Malaysia pada minit ke-58. - UTUSAN

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...