Powered by Blogger.
Showing posts with label PIALA REMAJA ASIA. Show all posts
Showing posts with label PIALA REMAJA ASIA. Show all posts

Monday, May 14, 2012

MALAYSIA JUARA PIALA REMAJA ASIA 2012 TEWASKAN PAKISTAN 2-1



Malaysia berjaya melakar sejarah baru dalam sukan hoki negara apabila berjaya menewaskan pakistan 2-1 dalam aksi final Piala Remaja Asia 2012. Perlawanan yang begitu mendebarkan ini berlangsung dalam suasana tegang di Stadium MBMB, Bukit Serindit. 


Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya menebus kehampaan dalam aksi final 1992 yang menyaksikan Malaysia tewas 0-3 kepada pakistan di Ipoh, Perak. Kedua-dia gol Malaysia dijaringkan dalam separuh masa pertama, manakala gol Pakistan dijaringkan dalam separuh masa ke dua. Gol-gol  Malaysia telah dijaringkan oleh Mohd. Faizal Shaari dan Mohd Shamin Mohd Yusuf.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, May 13, 2012

SEMOGA BERJAYA MALAYSIA FINAL PIALA REMAJA ASIA



Malaysia tidak seharusnya mengulangi igauan buruk 20 tahun lalu ketika tunduk kepada Pakistan pada penentuan juara Piala Remaja Asia 1992 apabila kedua-duanya kembali membuat perhitungan di pentas akhir edisi 2012, hari ini.
Peristiwa hitam tewas 1-2 kepada Pakistan ketika itu seharusnya menjadi suntikan semangat buat skuad projek 2013 didikan jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah untuk dinobatkan selaku juara.

Ini kerana skuad negara belum pernah mendakap gelaran juara Piala Remaja Asia berbanding lawannya Pakistan yang akan ditemui pada babak akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit malam ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melaungkan keyakinan barisan pemain skuad projek 2013 mampu menunaikan janji menewaskan Pakistan.

''Saya tidak sangsi dengan keupayaan dan semangat kental pemain sejak dari pusingan awal. Melihat aksi mantap mereka saya mempunyai keyakinan mereka boleh menewaskan Pakistan.

''Igauan buruk 1992 harus pemain lenyapkan. Inilah masa terbaik untuk mereka membuktikan keupayaan sebenar. Bukan saya tetapi peminat hoki negara amat dahagakan kejayaan bergelar juara," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam meraikan pemain dan pegawai kejohanan Hoki Piala Remaja Asia Ketujuh anjuran kerajaan negeri di Hotel Rennaisance di sini, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Sultan Azlan Shah, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Naib Presiden MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Md. Yunus Husin dan Setiausaha Agung AHF, Tan Sri P. Alagendra.

Pada majlis tersebut Sultan Azlan Shah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Alagendra menerima Anugerah Khas atas sumbangan membangunkan hoki negara yang telah disampaikan oleh Mohd. Khalil Yaakob.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah berkata, beliau tidak nampak sebarang kekurangan buat skuad projek 2013 kerana mereka telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

''Saya mahu Malaysia menjadi juara kerana kita sudah menunggu begitu lama dan kita akan melakar sejarah di bumi Melaka jika muncul juara," ujarnya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi yang merupakan ketua pasukan negara ketika tewas 1-2 kepada Pakistan 20 tahun lalu menyifatkan barisan pemain negara kali ini jauh lebih bertenaga berbanding dulu.

''Barisan yang mara ke akhir malam ini adalah yang terbaik. Mereka cukup mantap dan bersemangat kental kerana itu saya begitu optimis mereka mampu menyaingi kehebatan Pakistan.

''Saya harapkan mereka dapat memecahkan rekod saya untuk mencipta sejarah menjuarai Kejohanan Remaja Asia buat kali pertama," katanya.

SUMBER : UTUSAN







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, May 10, 2012

MALAYSIA DAN PAKISTAN LAYAK KE FINAL KEJOHANAN HOKI REMAJA ASIA 2012


Skuad hoki negara melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia Ketujuh selepas menewaskan penyandang juara India 2-0 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit di sini sebentar tadi.




Dua gol jaringan Faizal Saari di minit ke-40 dan Mohamad Syamim Mohd. Yusof di minit ke-65 membolehkan skuad projek 2013 layak ke perlawanan akhir buat kali kedua selepas 1992 di Ipoh, Perak.

Dalam perlawanan akhir Ahad ini, Malaysia akan berdepan Pakistan yang telah menewaskan Korea Selatan 6-1 dalam aksi separuh akhir.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, May 6, 2012

MALAYSIA TEWASKAN KOREA SELATAN 6-3 KEJOHANAN HOKI PIALA REMAJA ASIAOHANAN

Malaysia mnenewaskan Korea Selatan 6-3 dalam perlawanan ke dua Kejohanan Hoki Remaja Asia ke -7 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Melaka  Bersejarah (MBMB). Kemenagan ini membawa Malaysia semakin hampir melayakkan diri ke Kejohanan Remaja Dunia di New Delhi pada November 2013.

Faisal Shaari berjaya meletakkan Malaysia di hadapan pada minit keenam menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohammad Syammim Mohd Yusof menambah jaringan pada minit ke-13 menjadikan kedudukan 2-0. Pada minit ke -21 pasukan Korea yang bertindak agresif berjaya merapatkan jurang melalui jaringan sudut penalti oleh Yang Jihun.

Benteng Korea Selatan terus goyah pabila diasak oleh pemain-pemain muda Malaysia dan pada minit ke -40 Amir Farid Ahmad Fuzi berjaya menjaringkan gol. Kedudukan korea bertambah perit pada minit ke-45 apabila Faisal Saari berjaya menerjah gol ke gawang Korea untuk gol ke dua peribadi dan ke empat Malaysia. Kedudukan 4-1.


Korea Selatan yang cuba bangkit merapatkan jurang menjaringkan gol ke dua pada minit ke 48 menerusi jaringan Jeong Yeongseouk dan sekali lagi menambah jaringan melalui ketua pasukan Yang Jihun menerusi pukulan sudut penalti.

Namun begitu, sekali lagi Faisal Saari menamatkan sisa perjuangan Korea Selatan apabila meledak hatrik perlawanan pada minit ke 57 dan gol terakhir Malaysia dijaringkan oleh  oleh Muhammad Noor Fareez , dua minit sebelum perlawnan ditamatkan. Kedudukan akhir Malaysia menewaskan Korea Selatan 6-3.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...