Showing posts with label SBP KEBANGSAAN. Show all posts
Showing posts with label SBP KEBANGSAAN. Show all posts
Friday, May 1, 2020
STAR RAIH KEJUARAAN KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2018 DI LAMAN SENDIRI
Wednesday, April 6, 2016
STAR IPOH JUARA KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN KALI KE-4 BERTURUT-TURUT
Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2016 pastinya menjanjikan kenangan terbaik buat pasukan Hoki STAR ANACONDA apabila berjaya muncul Johan buat kali keempat berturut-turut. Berbekalkan reputasi selaku juara bertahan untuk tahun 2013, 2014 dan 2015, keazaman yang tinggi ditunjukkan oleh anak-anak buah Encik Shahnun Abdul Ghani untuk sekali lagi menakluki Kejohannan Hoki SBP Kebangsaan.
STAR Anaconda diletakkan dalam kumpulan D bersama pasukan SM Sains dungun, SM Sains batu Pahat dan Sekolah Sultan Alam Shah. di peringkat kumpulan STAR menewaskan SMS Dungun (2-0), SM Sains Batu Pahat (3-0) dan Sekolah Sultan Alam Shah (2-0). Kejayaan ini meletakkan STAR sebagai johan kumpulan dan layak ke suku akhir. Di peringkat suku akhir, STAR menewaskan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah dengan jaringan 2-0.
STAR layak ke separuh akhir bertemu The Malay College Kuala kangsar. Dalam aksi yang cukup mendebarkan, jaringan tunggal Ariff Fikri berjaya membawa STAR ke final dan menentang SM Sains Selangor. dalam aksi final, STAR akhirnya muncul pemenang menewaskan SMSS 1-0.
Keputusan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2016 :
Lelaki
Johan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Naib Johan : SM Saisn Selangor
ketiga bersama : MCKK dan SBPI Sabak Bernam
Perempuan:
Johan : SBPI Sabak Bernam
naib Johan : Sekolah Tun Fatimah
Sunday, February 22, 2015
PEMBAHAGIAN KUMPULAN KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN PIALA UNITEN 2015
KATEGORI LELAKI
KUMPULAN A
A1 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
A2 Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS)
A3 SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT)
KUMPULAN B
B1 SMS Sultan Muhammad Jiwa (SMSMJ)
B2 SM Sains Banting (BASIS)
B3 SMAP Labu
KUMPULAN C
C1 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
C2 SMS Tapah (SESTA)
C3 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
KUMPULAN D
D1 SMS Selangor (SMSS)
D2 The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
D3 SMS Muzhafar Shah (MOZAC)
KUMPULAN E
E1 SMS Rembau (SEMESRA)
E2 SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
E3 SMS Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)
KUMPULAN F
F1 SMS Johor (SMSJ)
F2 SMS Kubang Pasu (KUPSIS)
F3 SMS Sultan haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KATEGORI PEREMPUAN
KUMPULAN A
A1 Sekolah Seri Puteri (SSP)
A2 SMS Sultan Muhammad Jiwa (SMSMJ)
A3 SBPI Kuantan (INTEK)
KUMPULAN B
B1 Sekolah Tun Fatimah (STF)
B2 SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
B3 SBPI Gombak (INTEGOMB)
KUMPULAN C
C1 SMS Johor (SMSJ)
C2 SMS Hulu Selangor (SEMASHUR)
C3 SMS Jeli (JESS)
KUMPULAN D
D1 SMS Kepala batas (SMSKB)
D2 SMS Selangor (SMSS)
D3 SMS Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)
KUMPULAN E
E1 SMAP Kajang
E2 SMS Dungun (SEMERDU)
E3 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
KUMPULAN F
F1 SBPI Sabak Bernam (INTERSABER)
F2 SMS Batu Pahat (SEHEBAT)
F3 SMS Kubang Pasu (KUPSIS)
Saturday, February 21, 2015
UNITEN TAJA KEJOHANAN HOKI SBP 2015
Satu majlis penyerahan mock cheque bagi penyaluran sumbangan Kejohanan Hoki SBP Peringkat Kebangsaan Piala UNITEN 2015 telah diadakan di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor. Majlis ini turut membincangkan beberapa program pembangunan sukan hoki yang boleh dilakukan bersama antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Universiti Tenaga Nasional selaku Pusat Sukan Tumpuan Hoki yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2010 lagi. Sumbangan yang disalurkan kepada SBP adalah bertujuan untuk membantu dalam menganjurkan Kejohanan Hoki di peringkat SBP.
Pelajar-pelajar SBP dilihat mempunyai potensi dalam menyalurkan beberapa pemain pelapis kepada negara. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Seri Puteri dan banyak lagi sekolah yang mempunyai pemain-pemain berbakat yang boleh diketengahkan. PST Hoki UNITEN mengagap satu kerugian jika Kejohanan SBP tidak dianjurkan kerana kejohanan ini boleh digunakan sebagai medan pencarian pemain berbakat yang boleh diketengahkan dan membantu mereka untuk menyambung pengajian di peringkat IPT serta terus kekal aktif dalam sukan hoki.
Majlis penyerahan mock cheque telah disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar, Alumni & Pengurusan) Universiti Tenaga Nasional kepada Tuan Haji Omar Bin Salleh, Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah mewakili pihak SBP.
Credit : Pusat Sukan Tumpuan Hoki, UNITEN
Wednesday, May 7, 2014
KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2014
Lelaki
Johan
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (STAR)
Naib Johan
SMS JOHOR (SMSJ)
Tempat Ke- 3
SMS SELANGOR (SMSS)
Tempat Ke-4
SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK (SDAR)
Penjaring terbanyak : Muhd Izham Nisha bin Hussaini (STAR)
Penjaga gol terbaik : Ammar Syahmi bin Abdullah (STAR)
Pemain terbaik kejohanan : Mohd Iqbal bin Mohd Ramlan (STAR)
Perempuan
Johan
SEKOLAH SERI PUTERI (SSP)
Naib johan
SBPI SABAK BERNAM (INTERSABER)
Tempat Ke - 3
S MS KEPALA BATAS (SMSKB)
Tempat Ke -4
SMS JOHOR (SMSJ)
Penjaring terbanyak : Nur Farizatul Syazrin binti Talaha (SSP)
Penjaga gol terbaik : Nurul Husna Shafa (KISAS)
Pemain terbaik kejohanan : Izzatul Syafiqah (SSP)
Johan LELAKI dan PEREMPUAN
Pemain terbaik kejohanan : Mohd Iqbal bin Mohd Ramlan (STAR)
Penjaga gol terbaik : Ammar Syahmi bin Abdullah (STAR)
Penjaring terbanyak : Muhd Izham Nisha bin Hussaini (STAR)
Thursday, April 24, 2014
FINAL HOKI SBP KEBANGSAAN 2014 ; STAR PERTAHANKAN KEJUARAAN TEWASKAN SMS JOHOR
Sejarah 2013 di bumi Kedah berulang kembali. From Zero To Hero. Dari hanya sebuah pasukan yang tiada nama, kami mengorak langkah satu persatu dan kini dua tahun berturut-turut menjadi finalis Kejohanan hoki SBP Kebangsaan. Musim baru, pemain bari, semangat juga baru. Sejarah 2013 biarkan menjadi kenangan terindah, dan 2014 diharapkan satu lagi memoribilia gemilang dapat dicipta. Kali ini Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menajdi pentasnya.
Kedua-dua pasukan bersalam-salaman sebelum perlawanan akhir bermula.
Turun beraksi di final menantang SMS Johor, setiap pemain disemai dengan keazaman yang membara oleh Cikgu Shahnun untuk memastikan Piala Pusingan terus berada di Ipoh sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi. Pada Raja, Amir, Ridhuan, Zaim, Iqbal, Amirul dan Izham disandarkan harapan untuk mengetuai pemain-pemain junior mencipta sejarah tahun 2014. Dan STAR sememangnya tidak memandang rendah keupayaan SMS Johor, satu pasukan yang begitu hebat dalam hoki SBP sejak dahulu lagi bersama sekolah-sekolah yang terlebih dahulu mencipta nama seperti SERATAS dan SMS Machang. Apatah lagi SMS Johor memiliki kelebihan kerana telah berjaya mengikat STAR dalam aksi di peringkat kumpulan. STAR turun dengan sedikit tekanan untuk mempertahankan kejuaraan.
Nyanyian lagu sekolah.
Sejak wisel permulaan dibunyikan, STAR terus mengasak SMSJ di setiap penjuru. Misi untuk memburu gol awal menjadikan STAR bersemangat untuk mendahului. Apatah lagi pertahanan SMSJ dilihat agak hilang tumpuan pada awal-awal perlawanan. Berkat usaha yang tak pernah kenal penat untuk cuba menjaringkan gol akhirnya membuahkan hasil apabila Aiman Nazmi Idris berjaya menyudahkan hantaran Zaim Ariffin untuk gol pertama STAR dan kedudukan semasa 1-0. Walaupun SMSJ sesekali menyerang balas, namun pertahanan STAR berjaya mengekang serangan SMSJ dengan cemerlang. Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.
Aksi final sewaktu Pc oleh SMSJ
Waktu rehat digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kesilapan separuh masa pertama serta menukarkan taktikal perlawanan. STAR berupaya menambah beberapa jaringan apabila mendapat 3 pukulan sudut penalti, tetapi pertahanan SMSJ cekap membaca set piece yang dilakukan. Akhirnya kedudukan menjadi 2-0 apabila Izham Nisha dalam keadaan terbaik berjaya menjaringkan satu lagi gol padang hasil gerakan satu dua bersama Aiman Nazmi.
Jurulatih membuat teguran dan perubahan taktikal.
Pertahanan SMSJ dilihat semakin tertekan, manakala para penyerang STAR juga semakin bernafsu untuk meambah jaringan. Minit ke-27 giliran Haris Iskandar memahat nama selaku penjaring apabila mudah menolak masuk ke dalam gawang SMSJ untuk jaringan ke-3 menjadikan kedudukan 3-0. Dan berselang 6 minit kemudian, Aiman Nazmi melengkapkan hari cemerlang STAR dengan gol ke-4. Kedudukan semasa STAR 4 SMSJ 0. Ketika masa berbaki seminit, SMSJ berjaya mendapat pukulan sudut penalti, namun kecekapan Ammar mengawal gawang menafikan hasrat SMSJ untuk merapatkan jurang.
Para penyokong yang dibawa dari Ipoh. terima kasih semua.
Akhirnya, STAR sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan buat kali kedua berturut-turut. Yang lebih membanggakan STAR menyapu semua anugerah apabila Ammar Syahmi dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan. Izham Nisya juga seperti dijangka muncul Penjaring Terbanyak manakala Mohd Iqbal pula dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.
Pelukan kegembiraan untuk kemenangan yang bersejarah.
Sekalung apresiasi untuk jurulatih, pengurus dan pemain yang telah bermati-matian mempertahankan kejuaraan. Kepada semua penyokong yang sempat hadir ke stadium iaiatu pelajar-pelajar STAR, STAROBA dan ibu bapa yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anacondas. Insha Allah kita akan bertemu lagi dalam edisi ke-10 di Kuantan tahun 2015 nanti.
Victory Song "Rouse Up"
ANACONDAS 2014
Wednesday, April 23, 2014
STAR VS SMS SELANGOR ; IZHAM NISYA BAWA STAR KE FINAL
Alhamdulillah, hasrat melangkah ke separuh akhir telahpun tercapai dengan menjuarai Kumpulan A. STAR dijadualkan bertemu SM Sains Selangor (SMSS) di peringkat separuh akhir. Dalam temph lima tahun, STAR belum berkesempatan bertemu dengan SMSS sama ada di peringkat kumpulan mahupun kalah mati. Ini merupakan pertemuan pertama ke dua-dua pasukan selepas lima tahun.
Memulakan aksi bertemu SMSS, STAR menggunakan pendekatan bertahan terlebih dahulu bagi melihat corak permainan SMSS. Dengan meletakkan penyerang tunggal Izham Nisha bagi menghalang BOD lawan. Selepas 10 minit STAR mula menukar taktikal perlawanan dengan melakukan "pressing" tinggi dan hasilnya STAR beroleh peluang terbaik melalui pukulan penalti pada minit ke-12 perlawanan. Dan akhirnya iqbal ramlan berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti melalui set piece New Zealand dan ke dudukan STAR 1 SMSS 0.
Kali ini barisan pertahanan terpaksa bejerja keras mengekang serangan balas SMSS.
Berselang 4 minit kemudian, STAR berjaya menambah jaringan kali ini melalui Izham Nisha apabila bola hantaran Haris Iskandar berjaya disempurnakan dengan baik. Kedudukan menjadi 2-0. Ketika keduudkan separuh masa pertama dilihat seolah-olah berakhir dengan 2-0, penyerang SMSS menghukum kealpaan barisan pertahanan dan penjaga gol pada minit ke-18 permainan apabila bola pukulan dari sebelah kiri tidak beruapaya ditahan dengan kemas oleh penjaga gol STAR.
Pukulan sudut penalti oleh SMSS.
Kedudukan separuh masa pertama STAR 2 SMSS 1. Rehat selama 5 minit digunakan sepenuhnya oleh jurulatih untuk membetulkan kesilapan pemain dan disamping menukarkan taktikal. Bermula separuh masa ke dua, STAR dilihat semakin galak melancarkan serangan ke arah gol SMSS namun kecekapan penjaga gol SMSS menghalang STAR untuk terus menambah gol. Dan akhirnya pada minit ke 30, Izham Nisha sekali lagi muncul wira dengan menjaringkan gol ke tiga apabila hantaran Haris Iskandar berjaya disambut dengan mudah untuk menolak mudah gol k dalam gawang SMSS menjadikan keduudkan 3-1.
STAR memperoleh gol pertama melalui pukulan sudut penalti.
Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan keputusan 3-1, sekali lagi akibat salah faham di kawasan 50, SMSS berjaya mencuri bola dan melakukan serangan balas dan sekali lagi penjaga gol STAR melepaskan gol mudah untuk menjadikan kedudukan SMSS 2 STAR 3. Walau bagaimanapun, kedudukan ini kekal sehingga waktu penamat apabila ke dua-dua pasukan gagal menambah jaringan.
Gol kemenangan oleh Izham Nisha
Meraikan kejayaan layak ke final.
Alhamdulillah, akhirnya berkat kesungguhan dan usaha yang tak mengenal jemu membuahkan hasil. STAR sekali lagi melangkah ke final buat kali ke dua berturut-turut. Alhamdulillah terima kasih players, coach serta semua penyokong STAR yang turut hadir memberikan sokongan tak berbelah bahagi. Nantikan final STAR vs SMS Sains Johor esok.
STAR VS INTERSABER ; KEMENANGAN MENGESAHKAN TEMPAT KE SEPARUH AKHIR
STAR turun pada jam 2.30 petang bagi melengkapkan jadual perlawanan. Perlawanan keempat menemukan STAR dengan SBP Integrasi Sabak Bernam (INTERSABER). Turun tanpa tekanan, STAR berharap untuk memenangi perlawanan terakhir ini bagi mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas kumpulan A.
Ammar Syahmi masih belum dobolosi sehingga perlawanan ke-empat.
Keadaan cuaca yang agak penas tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pasukan. Sebaliknya perlawanan menjadi sedikit perlahan kerana cuaca panas terik. STAR merehatkan pemain pertahanan iaitu Amir Saifullah kerana mengalami masalah kecederaan lutut.
INTERSABER dilihat tertekan untuk mencari kemenangan pertama mereka setelah perlawanan sebelum ini berkesudahan mereka seri satu perlawanan dan tumpas dua perlawanan. Namun begitu, STAR memulakan aksi yang meyakinkan apabila membuka jaringan seawal minit ke-8 perlawanan melalui penjaring terbanyak STAR iaitu Izham Nisha. Dan kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.
Babak ke dua tidak banyak berubah apabila STAR dilihat semakin yakin dengan penguasaan bola serta melancarkan serangan dari pelbagai arah. Larian yang laju oleh Aiman Nazmi dan Izham Nisha berberapa kali memerangkap pertahanan lawan kerana dibantu oleh barisan tengah yang laju seperti Aiman Arif, Zaim Ariffin dan Iqbal Ramlan.Dan akhirnya Izham Nisha sekali lagi menjaringkan gol kedua dan ketiga peribadi pada minit ke -24 perlawanan melalui gol padang.
Anacondas meraikan kejayaan layak ke separuh akhir.
STAR memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0. Dan berjaya mengutip tiga mata penuh menjadikan jumlah mata keseluruhan yang berjaya dikutip ialah sebanyak 10 mata dengan tiga kemenangan dan satu keputusan seri. STAR mengesahkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan A dan layak ke separuh akhir.
Di peringkat separuh akhir STAR dijadualkan bertemu Sekolah Menengah Sains Selangor, iaitu naib johan Kumpulan B. Jumpa lagi esok dalam aksi separuh akhir.
STAR VS SERATAS ; MOMENTUM KEMENANGAN DITERUSKAN
Pada hari ke dua kejohanan, STAR dijaualkan menentang SERATAS, pasukan yang dikalahkan pada peringkat separuh Zon utara di Sungai petani. lawan kali ini juga memiliki nama besar dalam sukan Hoki SBP dan negeri Perak, di mana SERATAS pernah muncul johan Hoki SBP sebanyak tiga kai pada tahun 2007, 2009 dan 2011. Walaupun sama-sama datang dari negeri Perak, namun sentimen kenegerian terpaksa dibuang kerana matlamat kami turun menentang SERATAS adalah untuk mengutip tiga mata penuh, sekaligus meletakkan pasukan dalam keaadaan selesa untuk layak ke separuh akhir.
Pasukan SERATAS menyanyikan Lagu Sekolah mereka.
Sebaik sahaja wisel dibunyikan ke dua-dua pasukan cuba untuk menguasai perlawanan, dengan bahagian serangan SERATAS kali ini diketuai oleh pemain berjersey nombor 5, iaitu Muhammad Allif. namun SERATAS gagal untuk menembusi pertahanan STAR walaupun hujan mulai turun di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Sebaliknya STAR mengambil kesempatan dari kealpaan barisan pertahanan SERATAS dengan menjaringkan gol melaui "deflection" yang tepat oleh Aiman Nazmi hasil pukulan ke dalam oleh Arif Aiman pada minit ke-9.
Bola hantaran Izham Nisha kepada Haris Iskandar.
Ke dua-dua pasukan sama ada STAR mahupun SERATAS buntu untuk menjaringkan gol selepas itu dan kedudukan separuh masa pertama kekal 1-0. Bersambung babak ke dua, SERATAS dilihat tertekan untuk mencari gol penyamaan dan STAR semakin bersemangat untuk menambah gol bagi mendapatkan bekalan selesa. Dan akhirnya gol yang dinantikan tiba juga pada minit ke 24 apabila bola hantaran Izham Nisya mudah disempurnakan oleh Haris Iskandar bagi menjadikan kedudukan 2-0. Dan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Perancang utama STAR di bahagian tengah, Arif Aiman dicabar hebat pemain SERATAS.
Alhamdulillah, kemenangan yang ke dua memberikan kami tiga mata berharga untuk sekurang-kurangnya memberikan STAR sebelah kaki berada di separuh akhir. Andai menang dalam perlawanan terakhir petang nanti menentang INTERSABER, STAR akan memastikan kedudukan teratas kumpulan adalah milik STAR dan secara automatiknya STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Sama-sama kita nantikan.
STAR VS SM SAINS MACHANG; TIGA MATA BERHARGA DIKUTIP
Jadual yang tidak memihak. Selepas dua jam, STAR terpaksa menempuhi satu lagi halangan sukar apabila dijadualkan menentang SM Sains Machang, juara tiga kali SBP Kebangsaan. Apatah lagi Machang hanya turun dalam aksi pertama mereka. hanya satu persoalan, sama ada kami yang akan kepenatan atau Machang yang masih cuba tercari-cari rentak mereka.
"Cheer" sentiasa menjadikan kami lebih bersemangat seblum turun beraksi.
Menentang Machang bukan perlawanan yang mudah kerana kami turun dengan misi wajib menang untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir. Bermula minit pertama serangan bertali arus dan tekanan diberikan kepada barisan pertahanan Machang yang masih tercari-cari rentak. Gandingan Izham Nisha, Aiman Nazmi dan Haris Iskandar selaku penggempur utama berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Machang.
Akhirnya gol yang dicari muncul juga pada minit ke 14 perlawanan apabila Izham Nisha berjaya menyempurnakan pukulan susut penalti hasil set piece 1-2 yang mengelirukan. Kedudukan separuh masa pertama kekal 1-0.
Machang memberikan tentangan hebat.
Memasuki babak ke dua Machang mula melancarkan serangan meraka namun ketenangan barisan pertahanan STAR yang diketuai Raja Zainudin berjaya menafikan sesekali serangan balas Machang. Pada minit ke-24, Arif Aiman berjaya melakukan pukulan kilas dalam kotak penalti dan gagal ditepis oleh penjaga gol Machang. Gol Arif Aiman menjadikan kedudukan 2-0.
Set piece yang berjaya menghasilkan gol pertama.
Dengan bekalan 2-0, STAR memperlahankan rentak permainan kerana esok STAR memiliki dua lagi perlawanan penting di peringkat kumpulan. Kedudukan kekal 2-0 dan STAR berjaya memungut dua mata berharga dari perlawanan ke dua ini.
Esok, STAR akan bertemu SERATAS dan INTERSABER bagi melengkapkan jadual perlawanan. Hanya dua pasukan sahaja dari ke dua-dua kumpulan akan berpeluang untuk layak ke separuh akhir. Tirai perlawanan hari pertama dilabuhkan. Moga hari ke dua nanti sinar akan terus begemerlapan.
Tuesday, April 22, 2014
KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2014 : STAR DIIKAT SM SAINS JOHOR
Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan kali ke-9 2014 telah berlangsung pada 16-20 April 2014. Kejohanan lima hari ini telah diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan menghimpunkan 10 buah sekolah SBP bagi setiap kategori iaitu lelaki dan perempuan. STAR turun selaku juara bertahan telah diundi dalam kumpulan A bersama SMS Johor (Juara Zon Selatan), SMS Machang (Juara Zon timur), SMS Raja Tun Azlan Shah (Naib Juara Zon utara) dan SBPI Sabak Bernam (Naib Juara Zon Tengah).
Team talk oleh jurulatih sebelum perlawanan pertama.
Dalam perlawanan pertama STAR bertemu SM Sains Johor. Turun dalam perlawanan pertama kejohanan , barisan hadapan STAR dilihat sedikit kaku apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan. Apatah lagi SM Sains Johor juga telah membuat persiapan rapi dengan menyertai Malaysian Junior Hockey league (MJHL). Dalam separuh masa pertama, SMS Johor lebih menguasai permainan, walau bagaimanapun ke dua-dua pasukan gagal untuk memecahkan kebuntuan apabila hanya seri 0-0.
Aksi sengit oleh ke dua-dua pasukan.
Sedikit pertukaran taktikal dibuat pada separuh masa ke dua dan STAR telah menemui rentak perlawanan mereka. Beberapa percubaan berbahaya dari Izham Nisha hampir-hampir meletakkan STAR di hadapan, namun kecekapan penjaga gol SMS Johor berjaya menghampakan barisan hadapan STAR . STAR berpeluang untuk berada di hadapan apabila mendapat pukulan sudut penalti, namun percubaan flicker STAR iaitu Ridhuan Halim terkena palang gol. SMS Johor juga berpeluang untuk menjaringkan gol, namun dua pukulan sudut penalti dalam separuh masa ke dua gagal dimanfaatkan.
Barisan pertahanan SMSJ cuba mengekang Izham Nisha dari memasuki kawasan D.
Walau cuba menambah tekanan terhadap SMSJ, namun keputusan masih tidak berubah. STAR dan SMS Johor seri 0-0 dalam aksi pembukaan. STAR dan SMS Johor masing-masing mengutip satu mata. Satu tugas berat menanti dalam perlawanan berikutnya kerana STAR dijadual menentang SMS Machang, juara tiga kali. Semoga ada tiga mata berharga akan diperoleh nanti.
Wednesday, February 26, 2014
UNDIAN KUMPULAN KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2014
TARIKH : 16-20 APRIL 2014
TEMPAT : STADIUM HOKI NASIONAL, BUKIT JALIL
PENGELOLA : KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)
LELAKI
KUMPULAN A
A1 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
A2 SM SAINS JOHOR
A3 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
A4 SBPI SABAK BERNAM
A5 SM SAINS MACHANG
KUMPULAN B
B1 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
B2 SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
B3 SM SAINS SELANGOR
B4 SM SAINS KUBANG PASU
B5 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
PEREMPUAN
KUMPULAN A
A1 SEKOLAH SERI PUTERI
A2 SBPI SABAK BERNAM
A3 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
A4 SEKOLAH TUN FATIMAH
A5 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
KUMPULAN B
B1 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
B2 SM SAINS JOHOR
B3 SM SAINS KEPALA BATAS
B4 SM SAINS SELANGOR
B5 SM SAINS MACHANG
Thursday, May 16, 2013
KEMARAU KEMENANGAN TERNOKTAH DI KEDAH, STAR JOHAN SBP KEBANGSAAN
Tujuh tahun STAR mengimpikan kejayaan dalam Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan dan hari ini perancangan dan kerja keras selama ini berhasil apabila STAR berjaya meloloskan diri ke babak final. Terima kasih buat semua pemain dan jurulatih yang telah memastikan impian ke final menjadi kenyataan.
Lawan yang bakal ditemui ialah SDAR, lawan yang pernah ditemui dalam pusingan ke-2. Turun selaku bukan pasukan pilihan, tekanan pastinya terarah kepada SDAR. Apatah lagi SDAR memerlukan kemenangan ini kerana pada tahun 2012, mereka tewas di final kepada SEMESTI. Selain itu juga , mereka juga tewas kepada STAR di pusingan ke-2.
ANACONDAS seakan-akan mendapat tenaga tambahan apabila tiga buah bas membawa semua pelajar tingkatan 5 hadir tepat pada jam 3.30 petang. Terima kasih kepada para penyokong. Memulakan aksi di babak pertama, ke dua-dua pasukan dilihat cukup berhati-hati. STAR menghidangkan permainan pantas yang memerangkap pasukan lawan. Jurulatih mengarahkan para pemain untuk menguatkan dan memenuhkan kawasan tengah supaya SDAR menggunakan sayap kiri dan kanan untuk melakukan serangan. Ternyata taktik menjadi kerana SDAR merupakan pasukan yang tidak memiliki "patern play" menggunakan sayap kiri dan kanan. Selain itu juga SDAR dilihat banyak menggunakan kekuatan individu.
Para penyokong datang memberi sokongan.
Memasuki minit ke-10 permainan, Zaim Ariffin yang berjaya meloloskan kepungan pertahanan SDAR dan berjaya membuat hantaran tepat kepada Nazrul Nazmi yang melakuakan 'deflectioan'. Akhirnya pintu gol SDAR dibolosi dan keputusan STAR 1 SDAR 0 kekal sehingga tamat aksi babak pertama.
Memasuki babak ke dua tidak banyak yang berubah. STAR gagal mengambil kesempatan daripada kgugupan para pemain SDAR berhadapan dengan para penyokong STAR. Pukulan sudut penalti yang diterima gagal disempurnakan, begitu juga Zahran Syahmi mensia-siakan peluang terhidang di hadapan pintu gol sewaktu berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol SDAR. Dan keputusan kekal 1-0.
Selepas 7 tahun mencuba, akhirnya tahun 2013 kita berjaya.
Akhirnya penantian selama 7 tahun tanpa gelaran berjaya ditebus oleh para pemain. Jutaan terima kasih buat semua pemain dan jurulatih serta para penyokong yang hadir memberi sokongan. Tahun 2013 akhirnya menoktahkan kejayaan STAR dalam Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan. Jumpa lagi di KISAS 2014.
Rouse up selepas perlawanan