Alhamdulillah, akhirnya Stadium Sultan Azlan Shah telah bertukar wajah. Turf hijau telah digantikan dengan warna biru, ke dua seumpamanya di dunia selepas stadium hoki Olimpik. Sebagai rakyat Malaysia dan Perak khususnya, kami sangat berbangga memiliki stadium bertaraf dunia ini. InsyaAllah kejohanan MSSD Kinta Utara yang dijadualkan pada bulan Januari 2012 akan menjadi medan terbaik untuk bermain di stadium terbaik. Terima kasih buat Presiden Hoki Asia, Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana merealisasikan hasrat melihat stadium astroturf bewarna biru yang pertama di Malaysia. Daulat Tuanku !!
Turf Hijau dalam kenangan
Biru stadiumku
Bahagian luar turf bagi membezakan kawasan permainan pula bewarna ungu
Ayuh, semangatlah wahai Anaconda's..



