Powered by Blogger.
Showing posts with label TROFI ASIA. Show all posts
Showing posts with label TROFI ASIA. Show all posts

Friday, December 28, 2012

TROFI JUARA-JUARA ASIA : MALAYSIA GAGAL KE FINAL WALAUPUN MENANG BERGAYA KE ATAS INDIA

MALAYSIA gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Kejuaraan Hoki Trofi Asia walaupun berjaya menewaskan juara bertahan, India 5-3 dalam perlawanan yang mendebarkan di Stadium Hoki Al Rayyan di Doha, Qatar, semalam.
  
Sebaliknya, Pakistan melangkah ke peringkat akhir buat kali kedua dengan perbezaan gol berbanding Malaysia, selepas menewaskan Jepun 5-2 dalam perlawanan sebelum itu.
  
Pasukan kebangsaan perlu menang sekurang-kurangnya perbezaan enam gol terhadap India bagi menempah tiket ke peringkat akhir.
  
Anak buah Paul Revington mendominasi permainan awal dan ia berhasil apabila Mohd Fitri Saari meletakkan pasukan kebangsaan di hadapan pada minit ke-18 sebelum Mohd Azlan Misron menambah jaringan, dua minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti.
  
Mohd Fitri meraih gol keduanya pada minit ke-27 menjadikan kedudukan Malaysia selesa mendahului dengan 3-0.
 
Penyerang kebangsaan, Mohd Faisal Saari kemudian menjaringkan gol pada minit ke-38 menjadikan kedudukan 4-0.
  
Birendra Lakra bagaimanapun berjaya menjaringkan gol untuk India pada minit ke-47 dan disusuli oleh SV Sunil bagi mengurangkan jurang gol pada minit ke-62.
  
Pemain pertahanan India VR Ragunath menjaringkan gol pada pukulan sudut penalti minit berikutnya menjadikan kedudukan 4-3.
  
Gol kelima jaringan Azammi Abadi pada minit ke-68 tidak banyak memberi harapan buat pasukan kebangsaan memandangkan mereka tewas 1-2 kepada China dalam perlawanan keempat mereka pada Isnin.
  
Pada perlawanan awal, China mengalahkan Oman 7-1.
  
India dan Pakistan akan bertemu di peringkat akhir manakala Malaysia berpeluang membalas dendam kekalahan terhadap China dalam perlawanan penentuan merebut pingat gangsa yang berlangsung pada Khamis.
  
Malaysia muncul tempat ketiga tahun lepas pada edisi pertama kejohanan itu di Ordos, China selepas menewaskan Jepun 1-0 manakala juara milik India selepas menundukkan Pakistan 4-2 menerusi penentuan pukulan penalti. - Bernama

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, December 21, 2012

MALAYSIA GARANG TUNDUKKAN JEPUN


Skuad hoki kebangsaan memulakan saingan Kejuaraan Hoki Trofi Asia 2012 di Doha dengan langkah kanan apabila garang menundukkan Jepun 4-1 pada perlawanan pembuka tirai, semalam.

Pengurus pasukan kebangsaan, Mohamad Saberi Salleh berkata, kemenangan tersebut adalah permulaan baik buat Malaysia pada kejuaraan tersebut.

Malah, Mohamad Saberi turut memberitahu, skuad kebangsaan yang berada di bawah bimbingan jurulatih dari Afrika Selatan, Paul Revington menguasai hampir keseluruhan perlawanan itu.
"Saya dapat lihat pemain di setiap posisi beraksi pada tahap yang membanggakan dan melaksanakan tugas dengan baik.

"Saya harap pemain dapat meneruskan prestasi sebegini bagi setiap perlawanan yang bakal dihadapi selepas ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Pasukan kebangsaan yang beraksi dalam cuaca 18 darjah Celsius pada perlawanan semalam tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan apabila meledak gol pertama melalui Tengku Ahmad Tajuddin Abd. Jalil seawal minit ketiga sebelum jaringan kedua oleh penyerang berbisa negara Faizal Saari minit ke-17.

Malaysia terus menambah derita Jepun apabila meledak dua lagi gol pada minit ke-32 melalui Hafifihafiz Hanafi dan Muhammad Razie Abd. Rahim minit ke-58 untuk menguasai perlawanan.

Gol tunggal Jepun diperolehi hasil jaringan Tachibana minit ke-65.

Hari ini Malaysia yang berada pada ranking ke-13 dunia dijadual menentang pasukan ke-36 dunia, Oman untuk perlawanan kedua

Sumber : UTUSAN





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...