Powered by Blogger.
Showing posts with label UPSI INDOOR. Show all posts
Showing posts with label UPSI INDOOR. Show all posts

Wednesday, December 6, 2017

STAR RAIH NAIB JOHAN UPSI INTERNATIONAL INDOOR TOURNAMENT 2017

Hajat untuk muncul juara Kejohanan Hoki Dewan Antarabangsa Terbuka UPSI terbantut apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada SMK Penang Free, Pulau Pinang.  STAR tewas 0-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Sport Arena, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Sesungguhnya penyertaan di peringkat antarabangsa memberikan kenanagan dan pengalaman yang berguna kepada para pemain dan jurulatih. Semoga tahun 2018 STAR Anaconda akan muncul juara. 

Keputusan UPSI International Indoor Hockey
 Championship U16
Boys
Johan : Penang Free School 
Naib Johan : STAR Ipoh

Ketiga : Putera & Friends 
Keempat : SSN Johor


Girls
Johan : Bangsar Girls 
Naib Johan : RPS Bravo 
Ketiga : KLSS 
Keempat : SSN Perak









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, November 13, 2016

STAR ANACONDA CEMERLANG DI UPSI

Kejohanan Hoki Dewan UPSI Kali ke-10 telah diadakan pada 11-12 November 2016 bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Tanjung Malim. Seperti biasa STAR Hockey telah menghantar sebuah pasukan untuk memeriahkan kejohanan. Pada edisi kali ini beberapa buah pasukan ternama seperti Sekolah Sukan Malaysia Sabah, penang Free School dan MBPJ turut menghantar penyeraan. 

STAR telah diletakkan dalam kumpulan A bersama Bukit Sentoasa Eagles, MVPJ Tigers dan Baracuda. Alhamdulillah STAR berjaya muncul Johan Kumpulan dan diperingkat suku akhir STAR bertemu pasukan Khir Johari. Alhamdulillah kemenangan 1-0 telah membawa STAR ke separuh akhir.

Beradu tenaga bersama SERATAS VENOM bukanlah mudah. Perlawanan terpaksa diputuskan melalui pukulan penalti strok. Akhirnya STAR menang 2-1. STAR layak ke final dan bertemu Penang Free School. Walaupun cuba memberi tentangan sebaik mungkin, namun STAR terpaksa akur apabila tewas 0-2. Apapun inilah kali pertama STAR layak ke final. Tahniah buat semua pemain dan jurulatih.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, October 30, 2014

KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI 2014 ; STAR PERTAMA KALI NAIKI PODIUM

Kejohanan Hoki Dewan UPSI Kali ke-9 telah diadakan pada 17-19 Oktober 2014. Pasukan Hoki STAR telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai kejohanan yang diadakan di Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kejohanan tiga hari ini mempertandingkan 7 kategori iaitu Bawah 12  tahun lelaki dan perempuan, bawah 16 tahun lelaki dan perempuan, IPT lelaki dan perempuan serta kategori Terbuka.
Sebanyak 33 pasukan telahpun mengesahkan penyertaan dalam kategori Bawah 16 tahun lelaki. keputusan akhir melibatkan STAR ialah dua pasukan terkandas dalam pusingan suku akhir. manakala STAR B berjaya melayakkan diri ke separuh akhir. Dalam aksi separuh akhir, STAR B tewas tipis kepada Saraburi Hockey Club, Thailand 1-0.
STAR B akhirnya muncul pemenang tempat ke-3 apabila menewaskan D’saidan Junior 2-0 dalam aksi penentuan tempat ke3/4. Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih.
hovc




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, October 25, 2014

KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI KLI KE-9 TANUN 2014


Keputusan Kejohanan Hoki Dewan UPSI Kali ke-9 Tahun 2014



Ketegori Bawah 12 Tahun Perempuan
Johan : Bukit Bandaraya Girls
Naib Johan : Bemban Tigers
Ke-3 : KLIA Orange
Ke-4 : MSSS Selangor B

Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki
Johan : Felda Wilayah Kuantan
Naib Johan : Putera SeJambu
Ke-3 : Bemban Tigers
Ke-4 : Wooden T.

Kategori Bawah 16 Tahun Perempuan
Johan : Mutiara Cybers
Naib Johan : SMK Puteri
Ke-3 : SSTMI Y
Ke-4 : SSTMI Z

Kategori Bawah 16 Tahun Lelaki
Johan : Saraburi HC, Thailand
Naib Johan : STAR Klang A
Ke-3 : STAR IPOH B
Ke-4 : D' Saidin HC

Kategori IPT Wanita
Johan : UNITEN Ivy
Naib Johan : Saburi HC, Thailand
Ke -3 : UPSI A
Ke-4 : Universiti National Jakarta

Kategori IPT Lelaki
Johan : UPSI A
Naib Johan : STIE Jakarta
Ke-3 : UM Tigers A
Ke-4 : Saraburi HC, Thailand

Kategori Terbuka
Johan : ATM D
Naib Johan : ATM A
Ke-3 : ATM F
Ke - 4 : TLDM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, July 10, 2013

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI 2013


Kejohanan Hoki Dewan UPSI Kali Ke-8 2013 akan berlangsung pada 24-27 Oktober 2013. Borang penyertaan kejohanan bolehlah ambil di sini.


Segala maklumat berkaitan yuran penyertaan dan hadiah kepada para pemenang ada di sni.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, June 14, 2013

KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI KALI KE-8 TAHUN 2013


Kejohanan Hoki dewan UPSI kali ke-8 2013 akan berlangsung pada 24-27 Oktober 2013. Kejohanan yang telah memasuki edisi ke-8 penganjurannya ini akan dilangsungkan di Gimnasium dan Gelanggang Serba Guna UPSI, Tanjung Malim. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut dijemput untuk mendapatkan maklumat, borang penyertaan serta syarat penyertaan di FB kejohanan. Sila klik alamat di bawah : 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, October 22, 2012

KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI KALI KE-7

Buat kali pertama, STAR menghantar penyertaan ke Kejohanan Hoki Dewan UPSI kali ke-7 2012 yang berlangsung pada 19-21 oktober 2012. Penyertaan pasukan STAR A dan STAR B adalah semata-mata untuk menimba pengalaman dan merasai permainan hoki dewan. STAR A diletakkan dalam kumpulan F bersama Kuala Lumpur Sport School dan SMSJ knight B. manakala STAR B diundi bersama SMK Indah pura dan MSS Selangor. Berikut keputusan perlawanan peringkat kumpulan.

Kumpulan F
STAR A (0) vs KLSS (1)
SMSJ KNIGHTS B (1) vs STAR A (0)

STAR A tersingkir daripada kejohanan.

KUMPULAN G
STAR B (1) vs MSS Selangor (0)
STAR B (0) vs SMK indah pura (1)

STAR B menjuarai kumpulan G dan layak ke pusingan ke tiga. Dalam pusingan ketiga STAR B telah bertemu SEMETRO dan Alhamdulillah STAR B menang 2-0 dan seterusnya melangkah ke suku akhir. 

Di peringkat suku akhir STAR B telah bertemu dengan KLSS B dan keputusan penuh perlwanan terikat 1-1. ini telah memaksa pemenang ditentukan melalui penalti stroke. nasib tidak menyebelahi STAR apabila tewas penentuan penalti 0-2. 

Apapun tahniah untuk semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan. moga semua pemain dan jurulatih dapat menimba pengalaman beharga dari kejohanan ini.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, October 14, 2012

“FAST FACT EVENT” KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA UPSI KALI KE-7, 2012 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK.


1) NAMA KEJOHANAN : 
 KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA UPSI KALI KE 7, 2012

2) Tarikh 
19, 20 & 21 Oktober 2012

3) Tempat
 Universiti Pendidikan Sultan Idris

4) Venue Pertandingan :
 Pusat Sukan, dan Gelanggang Serbaguna, Pusat Sukan, UPSI

5) Taklimat Pengurus
Tempat   : Dewan SITC
Tarikh       : 18 Oktober 2012 (Khamis)
Masa        : 8.00 Malam
Agenda   : Dilampirkan

6) “Bully Off” Kejohanan
Tarikh     : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa        : 3.00 Petang

7) Majlis Perasmian Pembukaan
Tarikh    : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa       : 8.00 Malam
Tempat  : Belakang Auditorium, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dirasmikan Oleh : Yg. Bhg. Dr. Sharudin bin Ismail
                                    Setiausaha Bahagian Sukan, KPT

8) Majlis Penyampaian Hadiah
Tarikh     : 21 Oktober 2012 (Ahad)
Masa  : 4.00 Petang
Tempat   : Gimnasium, Pusat Sukan.
Dirasmikan Oleh : Prof. Dr. Zakaria Bin Kasa
                      Naib Canselor UPSI
*Mohon kerjasama setiap pasukan hadir pada majlis tersebut
*Pakaian sukan rasmi pasukan dan berkasut

9) Ketua Seketariat 
En. Zainuddin Bin Haji Hashim (013-3791117)

10) Ketua  Pegawai Teknikal 
En.Kulasinggam (019-5732763)

11) Ketua Pegawai  Pertandingan
En. Kanaisan (012-4530961)

12) Perubatan
Klinik Kesihatan UPSI
No Tel   : 05-450 6672

13) Keselamatan
Pegawai Keselamatan UPSI
No Tel   : 05-450 6177

14) Jadual Pertandingan
Diedarkan semasa mesyuarat pengurus pasukan






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...