Powered by Blogger.
Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

PENCAPAIAN ANACONDA STAR 2012


Pencapaian Pasukan Hoki STAR 2012

1) Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara
Muncul naib Johan Daerah tewas kepada SMK Anderson.

2) Kejohanan Hoki SBP Zon Utara
Tewas di suku akhir kepada The Malays College Kuala Kangsar

3) Pertandingan Empat Penjuru
Naib Johan di belakang Politeknik Ungku Omar

4) Kejohanan MILO/Bandaraya Ipoh
Tewas di suku akhir kepada Tengku Besar Secondry Scholl (TBSS)

5) Kejohanan Hoki Terbuka Dewan UPSI
Tewas di suku akhir kepada Kuala Lumpur Sport School

6) Kejohanan Hoki Jemputan SAKBA
Johan tewaskan SMK Dato Lela Pahalawan, Bagan Serai

7) Kejohanan Hoki Kelab 30-50
STAR A dan STAR B tewas di separuh akhir

8) Annual STAR-MCKK (Bawah 14)
STAR 3 MCKK 0

9) Pesta Hoki USM-Penang International
Tewas pusingan ke-2 kepada Chinese Taipe

10) Arif Aiman dipipih mewakili Perak ke Kejohanan Hoki bawah 14 tahun kebangsaan di Seremban.

11) Arif Aiman dan Aiman Nazmi Idris mewakili Perak ke Kejohanan Hoki SPTS Kebangsaan di Johor bahru








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, March 14, 2011

FRIENDLY STAR VS KINTA SELATAN

Persiapan menghadapi Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 5-8 Mei 2011 di Kuala Terengganu diteruskan dengan satu lagi siri perlawanan persahabatan. Kali ini STAR berpeluang bermain di gelanggang lawan bertemu Pauskan Hoki Kinta Selatan, yang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Hoki MSSPk pada 11-14 Mac 2011. Perlawanan telah diadakan di Stadium Hoki Kompleks KTMB Batu Gajah, Perak.

Dalam perlawanan yang dibahagikan kepada tiga quarter tersebut, STAR telah menang dengan jaringan 5-2. Jaringan bagi pihak STAR telah dibuat oleh Aiman Zairudin melalui pukulan sudut penalti pada minit ke- 8 perlawanan. Jaringan kedua pula telah dijaringkan oleh Faris Habeha pada minit ke 18 melalui jaringan padang. Dua minit kemudian, Faris Habeha sekali lagi berjaya menyudahkan bola rebound yang dilakukan oleh Aiman Baharom menjadikan kedudukan di quarter pertama 3-0.

Di quarter kedua, perlawanan kelihatan seimbang dengan Kinta Selatan mula melancarkan siri serangan namun masih gagal menjaringkan gol. Namun, akhirnya kealpaan barisan pertahanan STAR telah menyebabkan Kinta Selatan berjaya menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke 30, hasil jaringan S. Kuleseran. Kedudukan ini bagaimanapun berjaya diimbangi oleh STAR apabila Zahran Syahmi turut menempa nama sebagai penjaring dengan jaringan ke empat STAR pada minit ke 36. Kedudukan di quarter ke dua 4-1.


Memulakan quarter ke-3, STAR telah memasukkan para pemain muda sebagai pendedahan. Namun begitu, Kinta Selatan terlebih dahulu menjaringkan gol pada quarter ke-3 ini pada minit ke -46 menerusi gerakan solo Muhmmad Adib. Ketika perlawanan berbaki sepuluh minit, Nafis Adzhar berjaya menjaringkan gol kelima untuk kedudukan muktamad 5-2. 

Secara keseluruhannya, para pemain STAR bermain pada tahap dan keupayaan sebenar. Banyak peluang untuk menjaringkan gol disia-siakan terutamanya pukulan sudut penalti. Begitu juga faktor padang baru yang agak tebal dan bola tidak dapat bergerak laju kerana tersekat pada karpet yang baru. Apapun diharapkan beberapa siri perlawanan persahabtan seterusnya akan dapat diadakan lagi, InsyaAllah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, March 9, 2011

STAR VS INTEGRASI KUBANG PASU : MENGESAHKAN JUARA KUMPULAN

Dengan kemenangan dua kali menewaskan SAINA dan Sains Kubang Pasu sebenarnya telah mengesahkan tempat STAR untuk bersaing di peringkat suku akhir nanti. Namun, terlebih dahulu STAR perlu melalui perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Ada dua misi yang menanti. Pertamanya kami ingin menang dengan bergaya, dan yang kedua, mahu menjadi juara kumpulan. Dan pasukan terakhir yang perlu dihadapi dalam misi menggungguli kumpulan D ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu.

Dalam perlawanan yang diadakan pada jam 5 petang ini, STAR memperkemaskan corak permainan menyerang. Pasukan diarahkan untu naik sehingga ke kawasan 50  pasukan lawan dan hampir menguasai sepenuhnya kawasan mereka. hanya sekali-sekala sahaja pasukan lawan berjaya meloloskan kepungan. Tahniah buat barisan pertahanan (Rusydi, Nazri Syamil, Ridzwan Ramli) yang diketuai oleh Kapten Amizal Mansor yang sehingga perlawanan ke  tiga masih ampuh mengekang asakan pihak lawan dan tidak lupa juga Ameer Yusri selaku penjaga gol masih belum diuji sepenuhnya.

Dalam perlawanan ini STAR berjaya menewaskan SBPI Kubang Pasu dengan jaringan yang lebih besar iaitu 4-0. Gol-gol telah dijaringkan oleh Aiman Syahir pada minit ke -5 dan 12 perlawanan, Amizal Mansor pada minit ke -26 dan Zahran Syahmi menyempurnakan kemenangan dengan gol ke -4 pada minit ke 34 perlawanan. Kesemua gol adalah gol yang menarik serta memasuki sudut sukar pintu gol SBPI Kubang Pasu.

Syabas diucapkan kepada seluruh ahli pasukan yang  telah mengungguli kumpulan D dengan 9 mata maksimum, 9 jaringan dan belum lagi dibolos. Kita nantikan perkembangan dan pertembungan STAR di suku akhir pula.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, March 8, 2011

STAR VS SM SAINS KUBANG PASU : MOMENTUM KEMENANGAN

Menyedari betapa kelemahan sewaktu berhadapan dengan SAINA harus dibaiki, kami memuhasabah diri. Akhirnya perlawanan kedua menyusul dan pendatang baru SBP, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu menanti. Kekuatan SMS KP yang misteri membuatkan kami berhati-hati. Alhamdulillah, keserasian antara ahli pasukan mula bertambah..  Kami memulakan perlawanan dengan garang dan gol pertama hadir pada minit ke-5 perlawanan, melalui Faris Habeha. Nampaknya Faris Habeha mula memahat nama sebagai penjaring terbanyak STAR. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-0.

Nampaknya SMSKP tidaklah sekuat yang dibayangkan dan kelemahan di bahagian pertahanan digunakan sepenuhnya oleh para pemain STAR untuk memburu jaringan yang lebih banyak di babak kedua. Dalam separuh masa kedua, STAR merancakkan serangan  ke kubu lawan dan hasilnya Zahran Syahmi turut memahatkan nama sebagai penjaring dalam perlawanan ini dengan gol ke dua STAR pada minit ke -24 perlawnan menjadikan kedudukan 2-0. Sewaktu perlawanan berbaki 5 minit, Faris Habeha sekali lagi menjadi wira apabila meledakkan jaringan ketiga STAR pada minit ke -35. Akhirnya STAR menang 3-0 ke atas SM Sains Kubang Pasu.

Secara keseluruhannya, berlaku sedikit peningkatan dalam perlawanan ke dua ini terutamanya penyudah yang agak tajam. Dengan kemenangan ini, STAR masih mendahului kumpulan D dengan 6 mata maksimum. Perlawanan ke tiga nanti, STAR akan bertemu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR VS SAINA : LANGKAH KANAN TAPI SUMBANG

Perlawanan pertama kumpulan D telah menemukan STAR dengan Sekolah Menengah Sains Pokok Saina (SAINA). Pasukan SAINA merupakan lawan yang telah ditentang oleh STAR dalam perlawanan suku akhir tahun lepas. Dan kami menang 1-0. Berbekalkan dengan sejarah lampau, sedikit keyakinan terbit di hati setiap pemain. Walau bagaimanapun kami tetap berhati-hati  kerana tidak mahu terlalu yakin.

Kami diingatkan oleh Mr Shahnun untuk mencari gol awal bagi merentapkan semangat SAINA. Walaupun bermula garang dan hampir menguasai keseluruhan perlawanan, namun  gol yang dicari masih belum kunjung tiba. Penyudah di barisan hadapan yang tumpul di samping PC yang tidak menjadi menggagalkan kami untuk memecahkan kebuntuan. Akhirnya serangan bertali arus membuahkan hasil pada minit ke -9 perlawanan apabila bola hantaran Aiman Baharom telah berjaya disudahkan oleh Faris Habeha dan penjaga gol SAINA hanya mampu melihat bola bergolek ke gawangnya.

Selesai separuh masa  pertama, kami ditegur oleh Cikgu Shahnun dan Muazzin kerana gagal bermain pada tahap yang sebenar dan terikut-ikut dengan corak permainan pasukan lawan. Untuk separuh masa ke dua, kebuntuan mencari gol terus berterusan. kami mensia-siakan banyak peluang di hadapan gol dan PC. Ketika perlawanan berbaki seminit, akhirnya Faris Habeha berjaya menolak laju ke gawang SAINA untuk gol kedua perlawanan dan kedua peribadinya.  Keputusannya, STAR berjaya menewaskan SAINA 2-0.
Kami berazam untuk meningkatkan corak permainan dalam pertemuan yang seterusnya menentang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Setiap pemain diingatkan untuk memberi fokus terhadap perlawanan. Insyaallah kami pasti akan melakukan nanti!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, March 4, 2011

MSSD KINTA UTARA: PERTEMPURAN STRATEGI

Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2011 membuaka tirai pada 21 Febuari 2011. Sebenarnya, STAR masih berbelah bahagi samada untuk menyertai kejohanan ini atau memberi tumpuan terhadap Kejohanan Hoki SBP Zon Utara yang berlangsung hampir serentak. Setelah perbincangan dibuat, akhirnya kami bersetuju untuk menyertai kejohanan ini sebagai aksi pemanas badan sebelum ke Sungai Petani. Kejohanan kali ini tidak menjadi target kerana kami merasakan misi besar yang harus dicapai adalah Hoki SBP.

STAR diletakkan  di dalam kumpulan D bersama SMK Aminudin Baki Chemor dan  SMK Bercham. Dalam aksi kumpulan STAR yang menyenaraikan rata-rata pemain muda mendapat keputusan seri 2-2 menentang ABC dan menang 2-0 menentang SMK Bercham. Keputusan ini melayakkan STAR muncul naib johan kumpulan D.

STAR layak ke suku akhir dan bertemu johan kumpulan B, SMK Methodis (ACS). Walaupun cuba memberikan tentangan yang hebat, namun STAR terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 kepada ACS. Walaupun tewas, STAR tetap berbangga kerana kebanyakan pemain adalah pemain junior yang diturunkan bagi memberi peluang kepada pemain-pemain utama memberikan fokus terhadap Kejohanan hoki SBP. InsyaAllah kami akan kembali pada tahun 2012 dengan skuad yang lebih mantap.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN LIGA HOKI PERAK

Kejohanan pertama untuk tahun 2011 yang disertai adalah Kejohanan Liga Hoki Perak B 18 tahun. Sebagai pendatang baru , STAR tidak meletakkan harapan yang tinggi. Apatah lagi berhadapan dengan gergasi hoki Perak seperti Kuala Kangsar, Anderson, SERATAS dan juga MBI. Apapun perlawanan ini merupakan pendedahan terbaik buat pasukan STAR. Tahun pertama merupakan tahun untuk menimba pengalaman. Apatah lagi target utama STAR pada tahun ini ialah untuk memenangi kejuaraan SBP Zon Utara di Sungai Petani dan seterusnya layak ke peringkat kebangsaan SBP. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan STAR. Kekalahan dianggap sebagai satu titik tolak untuk terus mara ke hadapan walaupun terpaksa menentang arus yang mangkor...

1. STAR vs SERATAS (0-4)

2. STAR vs KUALA KANGSAR (0-7)

3. STAR vs POLITEKNIK UNGKU OMAR (2-1)

4. STAR vs ANDERSON B (1-2)

5. STAR vs 1 MAS A (4-0)
 
6. STAR vs 1 MAS B (6-1)

7. STAR vs MAJLIS BANDARAYA IPOH (0-7)

8. STAR vs ANDERSON A (0-7)

Keputusan ini melayakkan STAR menduduki tempat ke-5 dalam kalangan 9 pasukan  yang mengambil bahagian. Apapun sekalung tahniah buat pasukan STAR atas kejayaan ini. Satu permulaan yang baik pada tahun 2011.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, March 3, 2011

KEJOHANAN SEPANJANG 2011

Untuk tahun 2011, pasukan hoki STAR merancang untuk menyertai beberapa kejohanan utama yang dianjurkan oleh MSSD, SBP dan juga Persatuan Hoki Perak. Antaranya termasuklah :

1) Liga Hoki Perak

2) Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara

3) Kejohanan Hoki SBP Zon Utara

4) Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan

5) Kejohanan Hoki Bandaraya Ipoh

6) Kejohanan Hoki Milo-6 Sebelah

7) Kejohanan Hoki Bawah 14 Perak

8) Kejohanan Hoki UPSI

Diharapkan pasukan hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman akan mencatat kejayaan yang cemerlang dalam setiap perlawanan yang disertai.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

FRIENDLY JUNIOR : STAR VS SABDA

Meneruskan kesinambungan perjuangan kami, satu siri perlawanan  persahabatan telah diadakan melibatkan pasukan junior 14 tahun. Kali ini lawan kami jauh datang dari Bagan Datoh, iaitu Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA). Perlawanan telah diadakan di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh pada 3 November 2010. Sesuatu yang menarik buat kedua-dua pasukan kerana buat pertama kalinya para pemain tingkatan satu berpeluang menunjukkan kehebatan masing-masing.

Dalam perlawanan selama 30 minit tersebut, pasukan STAR telah menyerang sejak awal permainan lagi. Dan hasilnya, Zahran secara solo berjaya mencipta jaringan padang seawal minit ke-3. Dan STAR terus pantas menyerang tanpa sempat untuk pasukan SABDA menmbuat counter attack. Dan hasilnya pada minit ke 13, Saudara Amirul  berjaya menjaringkan gol yang ke dua. Keputusan separuh masa yang pertama STAR mendahului 2-0.

Di separuh masa ke dua, STAR terus menunjukkan penguasaannya. Kali ini Zahran telah berjaya mencipta hatrik apabila menjaringkan gol ke tiga dan ke empat permainan pada minit ke 20 dan 23. Keputusan perlawanan STAR berjaya menewaskan SABDA 4-0. Secara keseluruhannya, perlawanan ini memperlihatkan betapa STAR sudah bersedia untuk bangkit semula kerana memiliki ramai pemain pelapis yang berbakat. Selain itu juga dengan adanya perlawanan persahabatan ini, menamppakkan program pembangunan yang dijalankan mula menampakkan hasilnya. Syabas juniors!!


Para pemain STAR dan SABDA berjabat tangan sebelum memulakan perlawanan.


Antara aksi menarik perlawanan.


Kedua-dua pasukan bergambar kenangan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN HOKI PERAK B-14

Seramai 10 orang pelajar STAR telah dipilih untuk mewakili Projek Hoki 1Mas Kerajaan Malaysia. Projek ini adalah sebagai satu projek pembangunan hoki di Malaysia dan secara tidak langsung, projek pembangunan di STAR juga..Setelah menjalani beberapa siri latihan pada setiap hujung minggu yang bermula pada bulan Julai,  jurulatih yang dilantik oleh PHM  telah berjaya menyuntik beberapa teknik-teknik baru kepada pelajar STAR dalam pasukan 1Mas tersebut.
Pasukan 1Mas tersebut, majoritinya adalah STARian.. Justeru, pasukan 1Mas adalah sinonim dengan nama besar pasukan kita, STAR. Mereka telah mewakili 1Mas dalam Kejohanan Hoki Perak B-14.. Kejohanan adalah berbentuk kalah mati. Objektif utama kejohanan adalah untuk mencari wakil muda bagi menganggotai skuad hoki Negeri Perak. Kejohanan tersebut hanya disertai oleh 6 pasukan yang telah terpilih di sekitar Perak. Maka, berikut adalah keputusan kejohanan tersebut:

Peringkat Kumpulan:

1Mas VS Ipoh Hockey Club - (4-0)
Kuala Kangsar VS 1Mas - (0-0)

Separuh-Akhir:
1Mas VS Anderson Sports School - (1-0 - Penalty Stroke)
Kekalahan di separuh akhir boleh dikira sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.. Hal ini demikian kerana Anderson SS merupakan sebuah sekolah projek kerajaan, namun 1Mas berjaya bertahan dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan ambilan 'Penalty Stroke'. Walaupun keputusan tidak menyebelahi pasukan 1Mas, tetapi pengalaman yang ditimba sepanjang kejohanan ini banyak membantu pasukan STAR untuk menjadi lebih matang untuk menghadapi perlawanan yang bakal menjelang tiba kelak...



Pasukan sedang bergerak memasuki padang


Pemain sedang mengambil penalti stroke dalam perlawanan menentang Anderson


Rizuan sedang cuba membawa bola 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Separuh Akhir Hoki SBP Kebangsaan 2010 - STAR Hambar..!!

Perlawanan separuh akhir adalah berbentuk 'X and Y' iaitu secara 'grouping'..STAR yang menempah tiket sebagai Johan Kumpulan B telah diletakkan bersama pasukan SM Sains Machang berserta MCKK..

Perlawanan pertama STAR adalah menentang SMS Machang.. Perlawanan yang sungguh tidak dijangkakan.. Perlawanan berlangsung dengan pasukan STAR terpaksa bertahan dengan serangan bertalu-talu daripada Sains Machang.. STAR, walau bagaimanapun, melancarkan serangan yang hampir-hampir membolosi gawang Sains Machang.. Pada minit ke-28, berlakunya salah faham antara pemain pertahanan STAR.. Akibatnya, STAR dibolosi buat kali pertamanya.. Sains Manchang 1:0 STAR. Cubaan STAR untuk bangkit menyamakan kedudukan gagal kerana tidak lama kemudian, wisel penamat dibunyikan.. STAR gagal.

Kekalahan tersebut menandakan STAR tidak mungkin akan melayakkan diri ke final setelah melihat MCKK juga dikalahkan oleh Sains Machang 2:1.. STAR, kini hanya mampu bersaing dengan musuh tradisi, MCKK, untuk melayakkan diri ke perlawanan tempat ke-3 dan ke-4..

Perlawanan menentang MCKK bermula pada jam 4 petang. STAR bertekad mahu memenangi perlawanan tersebut. Permainan dilihat agak seimbang dengan beberapa siri serangan yang membahayakan daripada kedua-dua pasukan.  STAR mendapat sokongan padu daripada para guru serta STARian yang lain sementara MCKK mendapat sokongan daripada bekas pelajar mereka.Kebuntuan perlawan berjaya dipecahkan oleh pasukan......................MCKK. Setelah sekali lagi berlaku salah faham skuad pertahanan STAR, MCKK mendahului pada minit-minit terakhir separuh masa kedua.. STAR gagal sekali lagi..

Justeru, STAR gagal mencapai apa-apa yang boleh dibanggakan.. Kekecewaan sungguh dirasai oleh seluruh ahli pasukan dan guru-guru.. STAR gagal mencapai target.. Jutaan kemaafan dipohon kepada semua pihak atas kegagalan tersebut.. Namun, percayalah, KAMI TIDAK AKAN BERPUTUS ASA...!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, August 8, 2010

STAR vs SM SAINS SELANGOR



Perlawanan kedua amat penting kerana kami akan menentang pasukan pilihan , iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor. Perlawanan berlangsung pada jam 2.00 petang, ketika mentari masik terik di atas kepala. Sains Selangor dikatakan pasukan pilihan kerana sering menyertai Liga Hoki Kuala Lumpur dan merupakan pasukan projek bagi Kelab Tenaga Nasianal Berhad (TNB).


Perlawanan agak seimbang di mana kedua-dua pasukan cuba untuk memecah kebuntuan di kawasan gol lawan. Pada separuh masa pertama, STAR dilihat berjaya menguasai perlawanan dengan melancarkan ebberapa siri serangan ke kawasan gol Sains Selangor. Namun, kedudukan berakhir 0-0 pada separuh masa yang pertama.

Separuh masa kedua, Sains Selangor cuba mengubah rentak perlawanan dengan bermain laju. Dan mereka berjaya menguasai perlawanan. Ketika Sains Selangor ghairah melancarkan serangan, STAR berjaya mencuri peluang pada minit ke -25 apabila Faris Habeha berjaya menjaringkan gol melalui jaringan sudut penalti. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada STAR 1-0. Walau bagaimanapun, kesilapan Amizal Mansor yang telah mamasuki secara 'wrongside' telah mengundang padah apabila Sains Selangor dihadiahkan ambilan 'stroke' namun dengan jayanya diselamatkan oleh Ahmad Ameer (GK).

Dengan ini STAR berjaya menjuarai kumpulan B dengan enam mata. Tahniah buat STAR!! STAR mara ke pusingan kalah mati X, Y.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, July 31, 2010

STAR vs SM SAINS LABUAN

Perlawanan pertama melibatkan STAR adalah menentang SM Sains Labuan pada jam 10.00 pagi. Perlawanan ini sangat penting bagi menentukan hala tuju seterusnya untuk pasukan. Sememangnya di atas kertas STAR memiliki kelebihan, namun, kami tidak memandang rendah keupayaan Labuan walaupun kami merupakan pilihan.

Separuh masa pertama, STAR hanya mamapu mendahului 1-0 hasil jaringan padang Khairul Khalis pada minit ke- 10. Setelas berhenti rehat, kami diberi teguran oleh Coach Nizam mengenai corak permainan kami. Di separuh masa yang kedua, semangat para pemain semakin meningkat dengan sokongan padu penonton tuan rumah. Akhirnya STAR berjaya menambah jaringan pada minit ke- 20 oleh Faris Habeha, Nazrul Nadzmi pada minit ke-24 dan Nur Alham pada minit ke- 29. Alhamdulillah STAR menang 4-0.

Kami berjaya memungut 3 mata dan akan menentang Sekolah Menengah Sains Selangor pada perlawanan ke-2 nanti.
Antara aksi menarik perlawanan


Pasukan STAR bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, July 29, 2010

UNDIAN KUMPULAN


Berikut kedudukan undian kumpulan bagi Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2010.

Lelaki

Kumpulan A

A1 SMS Machang (SMACH)
A2 SMS Johor(SMSJ)
A3 SMS Sultan Muhammad Jiwa (SMSSMJ)

Kumpulan B

B1 SMS Selangor(SMS)
B2 SMS Labuan(SMSL)
B3 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

Kumpulan C

C1 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
C2 Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH PEKAN)
C3 Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
C4 Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)

Perempuan

Kumpulan A

A1 Sekolah Tun Fatimah (STF)
A2 SMS Machang (SMACH)
A3 Sekolah Seri Puteri (SSP)

Kumpulan B

B1 SMS Dungun (SMSD)
B2 SMS Teluk Intan (SEMESTI)
B3 SMS Labuan (SMSL)

Kumpulan C

C1 Kolej Tunku Kursiah (KTK)
C2 SMS Tun Raja Azlan Shh (SERATAS)
C3 SMAP Kajang (SMAP K))

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN HOKI SBP 2010




Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari ini 21 Julai 2010, Kontijen-kontijen dari seluruh negara mulai tiba untuk menyertai Kejohanan hoki SBP Kebangsaan Bawah 16 tahun. Alhamdulillah STAR telah diberi peranan dan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah untuk edisi 2010 mulai 21 Julai hingga 24 Julai 2010. pasukan yang pertama tiba adalah pasukan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Kejohanan selama 4 hari ini akan berlangsung di Stadium hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Selamat datang dan selamat berjuang buat semua pasukan yang bertanding!!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, July 24, 2010

BROTHERHOOD : STAR VS STAROBA




Old Boys Weekend 2010 tiba lagi. Saat yang ditunggu-tunggu, iaitu perlawanan dengan bekas pelajar (STAROBA) sememngnya dinantikan oleh semua pemain. STAR sememngnya memiliki sejarah permainan hoki yang hebat suatu ketika dahulu dan pernah melahirkan pemain di peringkat kebangsaan. Pada 18 Julai 2010 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, STAR telah bertemu STAROBA untuk melihat sejauh mana kemampuan present boys.

Pasukan STAROBA diketuai oleh bro Iskandar Rashdan semangnya memiliki reputasi yang hebat. Dalam perlawanan sebelumnya, STAR pernah tewas 10-1. Manakala perlawanan terakhir berkesudahan STAROBA menang 2-1 pada tahun 2008. Kali ini, kami berazam untuk menunjukkan sesuatu hasil buat senior kami.

Dengan semangat juang yang tinggi,STAR yang rata-rata dibarisi oleh pasukan bawah 16 tahun, begitu bersemangat untuk merobek gawang pihak lawan. Perlawanan diadakan selama 4 quarter iaitu 16 minit untuk 2 quater pertama, 10 minit untuk quarter ke-3 dan quarter terakhir selama 16 minit. STAROBA diwakili oleh bekas-bekas pemain yang masih memiliki sentuhan yang hebat.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi mencari gol awal. Akhirnya gol yang dinantikan tiba apabila Nafis Adzhar melakukan tindakan bijak dan menjaringkan gol. Manakala gol ke dua tiba apabila Aiman Shahir berjaya membuat reflek bola yang dihantar oleh Aiman Zairuddin, Perlawanan berkesudahan STAR menang 2-1. Alhamdulillah, kemenangan ini sangat bermakna selepas sekian lama STAROBA mengungguli kemenangan, kami berjaya juga mencipta sejarah kali ini.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR vs ACS



Persiapan menghadapi Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan diteruskan dengan perlawanan persahabatan yang seterusnya. Kali ini STAR telah bertemu pasukan ACS Ipoh pada 16 Julai 2010. Dalam perlawanan selama setengah jam itu, STAR telah berjaya mengalahkan ACS yang merupakan pasukan naib juara Kinta Utara 2010 dengan keputusan 1-0. Jaringan telah diblakukan oleh Nazrul Nadzmi pada minit ke 20. Diharapkan kemengan ini menaikkan moral para pemain.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, July 13, 2010

IRAN PERTAHAN KEJUARAN HOKI DALAM DEWAN AHF


Iran mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah kejohanan hoki Dalam Dewan AHF Ketiga di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam.

Iran muncul juara setelah mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas skuad Malaysia pada perlawanan akhir yang mendebarkan.

Walaupun skuad kebangsaan mempamerkan persembahan mantap, tetapi pengalaman ternyata memberi kelebihan kepada Iran untuk memenangi perlawanan.

Skuad negara mempamerkan permainan bertenaga sejak awal perlawanan dengan banyak mengasak ke kubu Iran.

Hasilnya, Malaysia mendapat gol pertama melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan S. Kuhan pada minit keempat.

Iran hampir menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit kesembilan, tetapi tolakan Reza Norouzzadeh, tersasar ke penjuru kiri pintu gol Malaysia.

Iran meraih gol penyamaan apabila pukulan sudut penalti Yaghoub Bahrami pada minit ke-12 yang gagal diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Affandy Kamaruzaman.

Sebelum separuh masa pertama tamat, Malaysia memperolehi tiga pukulan sudut penalti, tetapi gagal disempurnakan.

Pada babak kedua, Malaysia bekerja keras bagi mengatasi Iran, tetapi benteng pertahanan juara bertahan itu tetap kebal.

Sebaliknya, Iran menambah dua gol berturut-turut melalui Reza Norouzzadeh (m-30) dan Reza Abbasi (m-37).

Malaysia hanya mampu menambah satu gol lagi melalui pukulan sudut pendek Kuhan pada minit ke-39.

Pemain Iran, Reza Norouzzadeh diisytiharkan sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan dengan 17 gol.

Ketua pasukannya, Mohd. Mehdi Malek Ahmadi dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Pemain negara, S. Kuhan dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dan penjaga gol Uzbekistan, Marsel Askarov dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Sementara itu, Uzbekistan menduduki tempat ketiga setelah menumpaskan Pakistan 2 - 0 melalui jaringan Ruslan Satlikov (m-14) dan Azizbek Ergasher (m-35).

Thailand pula di tempat kelima setelah membelasah Kazakhstan 7 - 0. Sultan Perak, Raja Azlan Shah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, June 11, 2010

KEJOHANAN HOKI PIALA AZLAN SHAH 2010


JUARA bertahan, India dan Korea Selatan diisytiharkan selaku juara bersama edisi ke-19, Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas perlawanan akhir terpaksa dihentikan gara-gara cuaca buruk di Ipoh malam tadi.

Setiausaha Pengelola Kejohanan, Hashim Mohamad Yusoff berkata keputusan itu dibuat selepas menunggu 45 minit dengan harapan final dapat diteruskan selepas penonton hanya sempat menyaksikan 12 minit permainan sebelum hujan lebat. Kedudukan terikat 0-0 ketika itu. Selepas menunggu lebih 45 minit seperti ditetapkan peraturan pertandingan dan persetujuan kedua-dua pihak, India dan Korea Selatan diumumkan juara bersama, katanya di sidang media.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah penganjuran kejohanan itu menyaksikan perlawanan akhir terpaksa dihentikan serta dua pasukan diisytiharkan juara bersama.
Berikutan kejayaan malam tadi menyaksikan India muncul juara buat kali kelima selepas melakukannya pada 1985, 1991, 1995 dan tahun lalu manakala bagi Korea Selatan kali kedua selepas 1999.

Sementara itu, tuan rumah, Malaysia terus hampa apabila tewas kepada juara dunia, Australia 5-3 dalam perebutan tempat ketiga. "Mereka terlalu bagus untuk kita. Kita cuba memberi saingan kepada mereka tetapi menerima padah apabila mereka meningkatkan permainan terutama pada babak kedua. Benteng kita roboh pada tekanan lawan dan kesilapan demi kesilapan dilakukan membolehkan Australia menghukum kita, " kata jurulatih negara, Stephen Van Huizen.

Sementara itu, Pakistan mendapat tempat kelima selepas menumpaskan China 6-5 melalui pukulan penalti sudden death selepas kedudukan masa penuh dan tambahan terikat 1-1.

KEPUTUSAN

Final
India 0 Korea 0
(India dan Korea diumumkan juara bersama selepas perlawanan tidak dapat diteruskan kerana cuaca buruk)

Tempat ketiga
Australia 5 Malaysia 3

Tempat kelima
Pakistan 1 China 1 (Pakistan menang penalti 6-5)
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...