Powered by Blogger.

Tuesday, March 8, 2011

STAR VS SAINA : LANGKAH KANAN TAPI SUMBANG

Perlawanan pertama kumpulan D telah menemukan STAR dengan Sekolah Menengah Sains Pokok Saina (SAINA). Pasukan SAINA merupakan lawan yang telah ditentang oleh STAR dalam perlawanan suku akhir tahun lepas. Dan kami menang 1-0. Berbekalkan dengan sejarah lampau, sedikit keyakinan terbit di hati setiap pemain. Walau bagaimanapun kami tetap berhati-hati  kerana tidak mahu terlalu yakin.

Kami diingatkan oleh Mr Shahnun untuk mencari gol awal bagi merentapkan semangat SAINA. Walaupun bermula garang dan hampir menguasai keseluruhan perlawanan, namun  gol yang dicari masih belum kunjung tiba. Penyudah di barisan hadapan yang tumpul di samping PC yang tidak menjadi menggagalkan kami untuk memecahkan kebuntuan. Akhirnya serangan bertali arus membuahkan hasil pada minit ke -9 perlawanan apabila bola hantaran Aiman Baharom telah berjaya disudahkan oleh Faris Habeha dan penjaga gol SAINA hanya mampu melihat bola bergolek ke gawangnya.

Selesai separuh masa  pertama, kami ditegur oleh Cikgu Shahnun dan Muazzin kerana gagal bermain pada tahap yang sebenar dan terikut-ikut dengan corak permainan pasukan lawan. Untuk separuh masa ke dua, kebuntuan mencari gol terus berterusan. kami mensia-siakan banyak peluang di hadapan gol dan PC. Ketika perlawanan berbaki seminit, akhirnya Faris Habeha berjaya menolak laju ke gawang SAINA untuk gol kedua perlawanan dan kedua peribadinya.  Keputusannya, STAR berjaya menewaskan SAINA 2-0.
Kami berazam untuk meningkatkan corak permainan dalam pertemuan yang seterusnya menentang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Setiap pemain diingatkan untuk memberi fokus terhadap perlawanan. Insyaallah kami pasti akan melakukan nanti!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

UNDIAN KUMPULAN KEJOHANAN HOKI SBP ZON UTARA 2011

Kejohanan Hoki SBP Zon Utara 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang dari 23-27 Febuari 2011. Pada tahun ini sebanyak 15 pasukan lelaki dan 13 pasukan wanita telah mengesahkan penyertaan.  STAR tekad ingin menebus kekalahan di peringkat MSSD dengan mengungguli pertandingan di peringkat SBP Zon Utara. STAR yang telah layak ke separuh akhir tahun 2010, Diletakkan sebagai pilihan ke empat untuk mengetuai kumpulan D. Undian yang telah dibuat adalah seperti berikut :

KUMPULAN A
Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh

KUMPULAN B
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shabudin
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

KUMPULAN C
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
Sekolah Menengah Sains Tapah

KUMPULAN D
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, March 4, 2011

MUHASABAH DIRI

Kekalahan di MSSD walaupun perit untuk ditelan, namun harus diterima oleh semua. Walaupun jauh disudut hati ianya sebagai satu kejohanan pemanas badan sebelum ke Sungai Petani, namun sememangnya jauh disudut hati kami ingin mengisi slot ke final bertemu dengan gergasi hoki Perak, SMK Anderson. Namun, apakan daya, mungkin kekuarangan dari aspek persediaan mental menyebabkan kami gagal.

Usai perlawanan sesi muhasabah diri dilakukan oleh Cikgu Nizam dan Cikgu Shahnun. Sememangnya sesi ini sangat menyentuh jiwa kerana masing-masing meluahkan kekecewaan atas persembahan yang hambar ditunjukkan oleh pasukan. Guru-guru mencabar para pemain untuk membuktikan dan menebus kekecewaan ini dengan memenangi kejohanan Hoki SBP Zon Utara di Sungai Petani.

Nampaknya masing-masing terdiam, menginsafi dan ada yang menitiskan air mata kerana kecewa. Dan adi akhir sessi satu konsesus telah dicapai. Masih teringat kata-kata Saudara Amizal.

"Berilah kami peluang untuk membuktikan kejayaan di Sungai Petani nanti!"

Ayuh, buktikan. Pastikan kejayaan milik kita nanti!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MSSD KINTA UTARA: PERTEMPURAN STRATEGI

Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2011 membuaka tirai pada 21 Febuari 2011. Sebenarnya, STAR masih berbelah bahagi samada untuk menyertai kejohanan ini atau memberi tumpuan terhadap Kejohanan Hoki SBP Zon Utara yang berlangsung hampir serentak. Setelah perbincangan dibuat, akhirnya kami bersetuju untuk menyertai kejohanan ini sebagai aksi pemanas badan sebelum ke Sungai Petani. Kejohanan kali ini tidak menjadi target kerana kami merasakan misi besar yang harus dicapai adalah Hoki SBP.

STAR diletakkan  di dalam kumpulan D bersama SMK Aminudin Baki Chemor dan  SMK Bercham. Dalam aksi kumpulan STAR yang menyenaraikan rata-rata pemain muda mendapat keputusan seri 2-2 menentang ABC dan menang 2-0 menentang SMK Bercham. Keputusan ini melayakkan STAR muncul naib johan kumpulan D.

STAR layak ke suku akhir dan bertemu johan kumpulan B, SMK Methodis (ACS). Walaupun cuba memberikan tentangan yang hebat, namun STAR terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 kepada ACS. Walaupun tewas, STAR tetap berbangga kerana kebanyakan pemain adalah pemain junior yang diturunkan bagi memberi peluang kepada pemain-pemain utama memberikan fokus terhadap Kejohanan hoki SBP. InsyaAllah kami akan kembali pada tahun 2012 dengan skuad yang lebih mantap.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

T-SHIRT RASMI ANACONDA

Kelab Hoki STAR secara rasminya akan menggunakan official T-shirt kelab dalam apa jua aktiviti rasmi kelab. Untuk tahun ini, pasukan hoki memilih warna rasmi sekolah iaitu MERAH sebagai warna t-shirt rasmi. Untuk rekod, di bahagian hadapan t-shirt tertulis perkataan ANACONDA, iaitu nama rasmi pasukan hoki STAR. Manakala di bahagian belakang pula tertulis perkataan STAR HOCKEY TEAM. Dan t-shirt rasmi kelab ini akan digunakan secara rasminya dalam Kejohanan MSSD Kinta Utara dan Kejohanan Hoki SBP Zon Utara. Kredit buat saudara Aleef Jalil, selaku designer yang telah menyiapkan design t-shirt rasmi ini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN LIGA HOKI PERAK

Kejohanan pertama untuk tahun 2011 yang disertai adalah Kejohanan Liga Hoki Perak B 18 tahun. Sebagai pendatang baru , STAR tidak meletakkan harapan yang tinggi. Apatah lagi berhadapan dengan gergasi hoki Perak seperti Kuala Kangsar, Anderson, SERATAS dan juga MBI. Apapun perlawanan ini merupakan pendedahan terbaik buat pasukan STAR. Tahun pertama merupakan tahun untuk menimba pengalaman. Apatah lagi target utama STAR pada tahun ini ialah untuk memenangi kejuaraan SBP Zon Utara di Sungai Petani dan seterusnya layak ke peringkat kebangsaan SBP. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan STAR. Kekalahan dianggap sebagai satu titik tolak untuk terus mara ke hadapan walaupun terpaksa menentang arus yang mangkor...

1. STAR vs SERATAS (0-4)

2. STAR vs KUALA KANGSAR (0-7)

3. STAR vs POLITEKNIK UNGKU OMAR (2-1)

4. STAR vs ANDERSON B (1-2)

5. STAR vs 1 MAS A (4-0)
 
6. STAR vs 1 MAS B (6-1)

7. STAR vs MAJLIS BANDARAYA IPOH (0-7)

8. STAR vs ANDERSON A (0-7)

Keputusan ini melayakkan STAR menduduki tempat ke-5 dalam kalangan 9 pasukan  yang mengambil bahagian. Apapun sekalung tahniah buat pasukan STAR atas kejayaan ini. Satu permulaan yang baik pada tahun 2011.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, March 3, 2011

KEJOHANAN SEPANJANG 2011

Untuk tahun 2011, pasukan hoki STAR merancang untuk menyertai beberapa kejohanan utama yang dianjurkan oleh MSSD, SBP dan juga Persatuan Hoki Perak. Antaranya termasuklah :

1) Liga Hoki Perak

2) Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara

3) Kejohanan Hoki SBP Zon Utara

4) Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan

5) Kejohanan Hoki Bandaraya Ipoh

6) Kejohanan Hoki Milo-6 Sebelah

7) Kejohanan Hoki Bawah 14 Perak

8) Kejohanan Hoki UPSI

Diharapkan pasukan hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman akan mencatat kejayaan yang cemerlang dalam setiap perlawanan yang disertai.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...