Powered by Blogger.

Thursday, March 17, 2011

KINTA UTARA JUARA TIGA KATEGORI

KINTA Utara meraih tiga daripada empat gelaran pada Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perak (MSSPK) 2011 berakhir di Stadium Azlan Shah, Ipoh, baru-baru ini.
Malah keperkasaan Kinta Utara terserlah yang menyaksikan daerah itu mempunyai semua empat pasukannya di final.

Bagaimanapun impian menyapu bersih semua gelaran tidak kesampaian apabila pasukan lelaki bawah 12 tahun yang juga juara bertahan tumpas 3-1 kepada Daerah Batang Padang melalui pukulan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sebenar.
Begitupun kehampaan itu ditebus oleh pasukan perempuan kategori itu yang mengatasi juara tahun lalu, Kerian 3-1 melalui pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Namun seperti dijangka, Kinta Utara tidak menghadapi sebarang masalah mempertahankan gelaran kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun.

Diwakili oleh dua gergasi hoki sekolah-sekolah Perak, Anderson dan Sekolah Raja Perempuan, Ipoh (RPS) masing-masing membaham Batang Padang 4-0 dan 3-0 dalam final.


Hilir Perak pula menyekat impian Kuala Kangsar mengekalkan pencapaian menduduki tempat ketiga kategori lelaki bawah 18 tahun selepas menundukkan lawannya itu 3-1.

Kuala Kangsar pula menduduki tempat ketiga selepas mengatasi Larut Matang & Selama (LMS) 3-2 melalui pukulan penalti selepas perlawanan berkesudahan 0-0.

SUMBER : HARIAN METRO 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, March 16, 2011

PASUKAN HOKI LELAKI MUNCUL PEMENANG PASUKAN LELAKI TERBAIK KEBANGSAAN 2011

Pasukan hoki lelaki Malaysia yang telah menghadiahkan pingat perak dalam Sukan Asia Ghuangzhou tahun lepas telah dipilih menerima anugerah pasukan lelaki terbaik dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2010. Panel pemilih melihat kejayaan di luar dugaan ini sebagai isyarat kebangkitan skuad hoki negara. Tahniah dan syabas buat skuad bimbingan Stephen Van Huizen ini atas kejayaan memenangi anugerah pasukan lelaki terbaik kebangsaan 2010. Antara pemain yang telah mengharumkan nama negara ialah :

AZLAN MISRON
AZREEN RIZAL NASIR
BALJIT SINGH
FAISAL SHAARI
HAFIFIHAFIZ HANAFI
IZWAN FIRDAUS
AHMAD TAJUDIN
S.KUMAR
MOHAMAD SUKRI ABDUL MUTALIB
MOHAMAD MAZLI IKMAR MOHD NOR
MOHD SHARUN NABIL ABDULLAH
MUHAMMAD AMIN RAHIM
MUHAMMAD MARHAN MOHD JALIL
MUHAMMAD RAZIE ABDUL RAHIM
NABIL FIQRI MUHAMMAD NOR
ROSLAN JAMALUDDIN
TENGKU AHMAD TAJUDDIN ABDUL JALIL


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, March 14, 2011

KEJOHANAN HOKI SBP ZON TENGAH 2011: RMC,SSP MUNCUL JUARA

Kejohanan Hoki SBP Zon Tengah  yang telah berlangsung di Stadium Pandamaran, Klang Selangor telah menobatkan Maktab Tentera Di Raja (MTD) dan Sekolah Seri Puteri (SSP) sebagai juara untuk edsisi 2011. Dalam perlawanan akhir kategori lelaki, MTD berjaya mengalahkan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dengan jaringan penalti stroke 4-2, manakala Sekolah Seri Puteri (SSP) pula menewaskan Sekolah Menengah Sains Selangor 1-0. Keempat-empat sekolah akan mewakili Zon Tengah ke Kejohanan Hoki SBP Kebangsan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) Kuala Terengganu pada 5-8 Mei 2011 nanti. tahniah kepada semua pasukan yang telah berjaya.


Paukan MTD dan SSAS bergambar sebelum perlawanan akhir.


Pasukan SSP bergambar kenangan selepas muncul juara mengalahkan 
SM Sains Selangor.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN HOKI SBP ZON TIMUR 2011: KEJUTAN DARI FARIS PETRA


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN KATEGORI LELAKI:-

PUSINGAN AWAL
  • SMSTMFP VS SEMSAS: 4 – 0
  • SMSTMFP VS SMS HULU TERENGGANU(SAHUT): 7 – 0
SUKU AKHIR
  • SMSTMFP VS SESTER: 2 – 0
SEPARUH AKHIR
  • SMSTMFP VS SHAH PEKAN: 4 – 3 (Penalti)
PERLAWANAN AKHIR
  • SMSTMFP VS SMS MACHANG: 1 – 0
Pasukan Hoki Lelaki SMSTMFP

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN KATEGORI PEREMPUAN:-

PUSINGAN AWAL
  • SMSTMFP VS SBPI BATU RAKIT: 3 – 0
  • SMSTMFP VS INSTAR: 6 – 0
  • SMSTMFP VS SESMA: 4 – 0
SUKU AKHIR
  • SMSTMFP VS SEMSAS: 5 – 0
SEPARUH AKHIR
  • SMSTMFP VS SMS DUNGUN (SEMERDU): 5 – 0
PERLAWANAN AKHIR
  • SMSTMFP VS SMS MACHANG: 0 – 3
 Pasukan Hoki Perempuan SMSTMFP


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN HOKI SBP ZON SELATAN 2011: SAINS JOHOR KEKALKAN KEJUARAAN

Berikut keputusan Kejohanan Hoki SBP Zon Selatan 2011 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah, Melaka.

 KATEGORI LELAKI

JUARA             
SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR

NAIB JUARA  
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR

TEMPAT-3      
SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH

TEMPAT-4      :
SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN


KATEGORI PEREMPUAN

JUARA            
SEKOLAH TUN FATIMAH

NAIB JUARA 
KOLEJ TUNKU KURSIAH

TEMPAT-3     
SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU

TEMPAT-4     
SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR


PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN

LELAKI-MUHAMMAD ADIB AFHAM YAC'OB (SAINS JOHOR)

PEREMPUAN-  RADHWA AQILAH MOKHTAR (TKC)

PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN

LELAKI- MUHAMMAD ADIB AFHAM YAC'OB (SAINS JOHOR)

PEREMPUAN-IFFAH ADIBAH BINTI MUSA (STF)

Pasukan SM Sains Johor

Pasukan Sekolah tun Fatimah


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

FRIENDLY STAR VS KINTA SELATAN

Persiapan menghadapi Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 5-8 Mei 2011 di Kuala Terengganu diteruskan dengan satu lagi siri perlawanan persahabatan. Kali ini STAR berpeluang bermain di gelanggang lawan bertemu Pauskan Hoki Kinta Selatan, yang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Hoki MSSPk pada 11-14 Mac 2011. Perlawanan telah diadakan di Stadium Hoki Kompleks KTMB Batu Gajah, Perak.

Dalam perlawanan yang dibahagikan kepada tiga quarter tersebut, STAR telah menang dengan jaringan 5-2. Jaringan bagi pihak STAR telah dibuat oleh Aiman Zairudin melalui pukulan sudut penalti pada minit ke- 8 perlawanan. Jaringan kedua pula telah dijaringkan oleh Faris Habeha pada minit ke 18 melalui jaringan padang. Dua minit kemudian, Faris Habeha sekali lagi berjaya menyudahkan bola rebound yang dilakukan oleh Aiman Baharom menjadikan kedudukan di quarter pertama 3-0.

Di quarter kedua, perlawanan kelihatan seimbang dengan Kinta Selatan mula melancarkan siri serangan namun masih gagal menjaringkan gol. Namun, akhirnya kealpaan barisan pertahanan STAR telah menyebabkan Kinta Selatan berjaya menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke 30, hasil jaringan S. Kuleseran. Kedudukan ini bagaimanapun berjaya diimbangi oleh STAR apabila Zahran Syahmi turut menempa nama sebagai penjaring dengan jaringan ke empat STAR pada minit ke 36. Kedudukan di quarter ke dua 4-1.


Memulakan quarter ke-3, STAR telah memasukkan para pemain muda sebagai pendedahan. Namun begitu, Kinta Selatan terlebih dahulu menjaringkan gol pada quarter ke-3 ini pada minit ke -46 menerusi gerakan solo Muhmmad Adib. Ketika perlawanan berbaki sepuluh minit, Nafis Adzhar berjaya menjaringkan gol kelima untuk kedudukan muktamad 5-2. 

Secara keseluruhannya, para pemain STAR bermain pada tahap dan keupayaan sebenar. Banyak peluang untuk menjaringkan gol disia-siakan terutamanya pukulan sudut penalti. Begitu juga faktor padang baru yang agak tebal dan bola tidak dapat bergerak laju kerana tersekat pada karpet yang baru. Apapun diharapkan beberapa siri perlawanan persahabtan seterusnya akan dapat diadakan lagi, InsyaAllah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MHL 2011 : EMPAT KELAB BUAT PERHITUNGAN DI SEPARUH AKHIR



KEHANGATAN Liga Hoki TNB-MHL 2010-2011 semakin memuncak. Empat pasukan - Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sapura dan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) - bakal berentap dalam separuh akhir pusingan pertama merebut Piala TNB yang bermula esok di Stadium Hoki Tun Razak. 

Juara Liga Perdana musim ini, KLHC mensasarkan kemenangan besar pada pusingan pertama separuh akhir menentang YNS namun tetap berwaspada kerana lawan turut dibarisi pemain mantap. 

“Saya pasti perlawanan menentang YNS menarik. Saya percaya perlawanan separuh akhir dan liga adalah berbeza dan kami sepasukan akan cuba memberi persembahan terbaik menewaskan mereka sekali lagi,” kata Azlan Misron selaku kapten pasukan KLHC dalam sidang media, semalam.

Sementara itu, penjaga gol YNS, Mohd Harfizi Baharom berkata, mereka tidak akan mudah tunduk sebaliknya berazam membuat kejutan ke atas KLHC, esok.

“Kami akan bertemu pasukan yang mantap daripada setiap sudut termasuk pertahanan dan serangan. Tapi kami tetap akan memberi yang terbaik untuk perlawanan nanti,” katanya yang perlu bersedia menghadapi gempuran tonggak KLHC diketuai Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil.

Sapura yang bakal menentang TNB pasti akan mengatur strategi untuk tidak terlalu tertekan apabila menghadapi lawan yang jelas sentiasa berada di hadapan mereka.
“Kita tidak mahu melakukan kesilapan terutama dalam pusingan separuh akhir pertama kerana sebarang kesilapan boleh menghancurkan pasukan dan kita akan bagi tumpuan pada perlawanan pertama.

“Pada saya, halangan utama bertemu TNB adalah S Kumar yang saya sifatkan penjaga gol kelas dunia dan saya jangkakan akan membawa masalah kepada Sapura nanti,” kata bekas pemain kebangsaan, S Kuhan yang berteka-teki dengan tarikh persaraannya. 

Sumber : BERITA HARIAN ONLINE

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...