Powered by Blogger.

Wednesday, November 16, 2011

FRIENDLY STAR VS SBPI GOPENG

Penutup kepada segala aktiviti Kelab Hoki STAR Ipoh ialah perlawanan persahabatan menentang pasukan Bawah 16 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng. Perlawanan ini bertempat di padang KTMB, Batu Gajah, Perak.


Dalam perlawanan yang berlangsung dalam tiga quarter ini kedua-dua pasukan telahpun mneunjukkan permainan seimbang dan saling berbalas serangan. Walaubagaimanapun, hanya jaringan yang memisahkan kedua-dua pasukan. Walaupun mendapat banyak peluang, STAR hanya mampu mencipta satu jaringan sahaja melalui jaringan padang oleh Faris Habeha. Ternyata banyak peluang yang terhidang di depan mata gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penyerang. Keputusannya STAR menewaskan SBPI Gopeng 1-0.

Apapun sesi 'team talk' bersama pasukan telahpun diadakan, dan banyak kelemahan yang telahpun dibincangkan bersama. Diharapkan pasukan akan mampu meneruskan legasi kecemerlangan pada tahun hadapan, insyaAllah.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, November 15, 2011

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI


Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar.
Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.



1.Menggelecek

Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek ‘Indian’(Indian Dribble).




2. Memukul

Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.



kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.



Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.



3. Menolak

Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola. 






4. Menerima dan menahan bola

Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.




* Kesalahan yang kerap dilakukan



Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.



ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.



iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.



iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola.



v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.




Semoga pelajar atau pemain dapat mengenalpasti dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dalam mengusai kemahiran.

SUMBER : skkionsom


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

GOOD LUCK BOYS


Buat kalian :

Amizal Mansor (kapten/deffend)

Aiman Syahir (Half kanan/forward)

Ameer Yusri ( Gol keeper)

Aiman Zairudin (Centre Half)

Nazri Syamil (Last man)

Khairul Khalis (left half)

Nafis Adzhar (Forward)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, November 14, 2011

MENDULANG EMAS : PENGALAMAN BERHARGA

Dalam entri terdahulu, STAR pernah menjuarai Zon 3 Kejohanan Mendulang Emas JPN perak. Entrinya ada di SINI. Justeru STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pada 12 November 2011. Sebanyak lima pasukan telah melayakkan diri iaitu SMK Anderson, STAR, Hilir Perak, pasukan bawah 14 tahun Perak  dan Larut Matang Selama (LMS). 


Sebagai pasukan underdog dan diwakili oleh pemain yang majoritinya dalam lingkungan umur 14 tahun,  STAR tidaklah menharapkan keputusan yang cemerlang. Program Mendulang Emas diharapkan sebagai satu platform untuk memberi pendedahan kepada para pemain baru. Alhamdulillah walau dikelilingi oleh pasukan yang lebih hebat, namun STAR mampu memberikan sedikit cabaran terutamanya kejayaan mengekang pasukan Anderson apabila seri 0-0. Berikut keputusan yang melibatkan STAR.

STAR vs Larut Matang Selama (kalah 0-1)
STAR vs ANDERSON (seri 0-0)
STAR vs Bawah 14 tahun Perak (seri 0-0)
STAR vs Hilir Perak (seri 0-0)

Secara keseluruhannya, STAR berjaya mengutip tiga mata dalam kejohanan kali ini. Diharapkan keputusan ini akan memberi suntikan semangat kepada para pemain muda STAR utnuk lebih menyerlah pada tahun 2012 nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERSAHABATAN EMPAT PENJURU : RIVAL STAR-MCKK

Perlawanan terakhir adalah perlawanan menentukan maruah. Dua perlawanan awal cukup pahit untuk ditelan apabila tewas 0-1 dan 1-2 masing-masing kepada SERATAS dan Clifford. Dan perlawanan tiga selalunya merupakan perlawanan rival antara STAR dan MCKK. untuk rekod dalam pertemuan antara ke dua-dua pasukan tahun ini STAR menewaskan MCKK dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Hoki SBP Zon Utara 1-0 manakala MCKK pula menebus kehampaan tersebut dengan menewaskan STAR 1-0 dalam pertemuan terakhir di Kejohanan Hoki Piala Primier 2011. Maka, perlawanan ini seharusnya perlawanan yang paling dinanti-nantilkan untuk melihat pasukan mana yang harus berada di hadapan.


Berbekalkan semangat yang ditiupkan oleh Mr Shahnun, STAR turun dengan keazaman yang tinggi. Dari awal permainan lagi STAR telah mendominasi perlawanan dengan melakukan serangan dari setiap arah manakala MCKK banyak bertahan di kawasan sendiri. Hasilnya pada minit ke 8, STAR berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan padang oleh Zahran Syahmi. Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamatnya perlawanan separuh masa pertama.


Dalam separuh masa ke dua, STAR meningkatkan semangat untuk melawan dan serangan telah dilakukan bertali arus sejak wisel pertama dimulakan lagi. Gerakan cantik oleh gandingan Faris, Zahran dan Izham Nisya, akhirnya membuahkan hasil apabila STAR berupaya menambahkan jaringan menjadi 2-0. Kedudukan kekal sehingga tamat masa sebenar permainan dan STAR menang 2-0. STAR sebenarnya berpeluang untuk menambahkan jaringan namun banyak peluang yang terhidang disia-siakan oleh para pemain terutamanya peluang yang dimiliki oleh Zahran akibat dari kegahairahan untuk menjaringkan gol. Apapun tahniah kerana akhirnya menang juga akhirnya dan yang lebih manis apabila menewaskan MCKK di halaman sendiri.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERSAHABATAN EMPAT PENJURU : STAR TEWAS 1-2 KEPADA SMK CLIFFORD

Perlawanan ke dua dalam Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru diteruskan dengan menentang SMK Clifford. Turun dengan semangat berkobar-kobar setelah mencatat kemenangan dalam Kejohanan Piala Primier dahulu, STAR berhasrat meneruskan kemangan ke atas Clifford. Dan segala-galanya seperti dalam perancangan apabila STAR mendahului 1-0 hasil jaringan Izham Nisya daripada gerakan cantik dari kanan yang dimulakan oleh Faris. Dan sepanjang tempoh separuh masa pertama STAR mendominasi perlawanan dengan sesekali Clifford membuat 'counter attack'. 



Dalam separuh masa ke dua, pemain tengah STAR telah tercedera dan dikeluarkan. Bermula detik itulah, Clifford mengambil kesempatan sepenuhnya atas kekurangan STAR apabila melakukan 'counter attack' dan hasilnya dalam tempoh lima minit, STAR telah dibolosi sebanyak dua gol. Dan kedudukan ini kekal sehingga tamat masa permainan dan akhirnya SMK Clifford menang 2-0.


Secara keseluruhannya, perlawanan seimbang antara ke dua-dua pasukan. Namun beberapa kelemahan telah dikenalpasti teruatamanya kegagalan sekali lagi barisan pertahanan dalam memberi fokus terhadap perlawanan. Pertahanan yang naik membantu serangan gagal untuk kembali ke posisi asal kerana kurang cergas menyebabkan pasukan lawan dengan mudah membuat 'counter attack'. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PERSAHABATAN EMPAT PENJURU : STAR TEWAS 1-0 KEPADA SERATAS

The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perlawanan persahabatan empat penjuru sebagai persiapan membentuk pasukan mantap pada tahun hadapan. Sebanyak empat buah sekolah telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan sehari ini iaitu MCKK, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), SMK Clifford, dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).


STAR telah menghantar para pemain yang majoritinya merupakan pemain tingkatan dua dan tiga. Dalam perlawanan pertama, STAR dijadualkan bertemu dengan SERATAS. Namun, seperti kebiasaannya, STAR lambat panas dan akhirnya tewas dengan keputusan 0-1.  Secara keseluruhannya, memperlihatkan sedikit kelemahan di bahagian pertahanan di mana kegagalan barisan pertahanan untuk mengekang kemaraan SERATAS. Begitu juga 'half kiri' yang masih belum mantap sepenuhnya dan gagal memberi bantuan kepada penyerang. Diharapkan permainan STAR dapat di tingkatkan dalam perlwanan berikutnya. 


Di pihak SERATAS juga memperlihatkan kelemahan mereka terutamanya kegagalan barisan penyerang untuk mencari gol tambahan. Begitu juga dengat set piece short corner yang tidak menjadi. Apapun perlawanan ke dua-dua pasukan agak seimbang dan yang membezakan mereka hanyalah pengalaman SERATAS yang rata-rata masih dikuasai oleh pemain-pemain yang menjuarai Kejohanan SBP kebangsaan 2011.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...