Jadual perlawanan boleh didapati di sini
Tuesday, May 1, 2012
JADUAL PERLAWANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012
SENARAI PASUKAN YANG LAYAK KE KEJ HOKI SBP KEBANGSAAN 2012
Berikut merupakan sekolah-sekolah yang telah melayakkan diri ke Kejohanan Hoki SBP 2012 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sekolah Tun Fatimah, johor Bharu.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA
Kategori Lelaki
01.SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA - Johan Lelaki (Zon Utara)
02.SMS TELUK INTAN - Naib Johan Lelaki (Zon Utara)
03.SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH - Johan Lelaki (Zon Tengah)
04.SS HULU SELANGOR - Naib Johan Lelaki (Zon Tengah)
05.SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK - Johan Lelaki (Zon Selatan)
06.SM SAINS JOHOR - Naib Johan Lelaki (Zon Selatan)
07.SMS MACHANG - Johan Lelaki (Zon Timur)
08.SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA - Naib Johan Lelaki (Zon Timur)
09.SMS LAHAD DATU - Johan Lelaki (Zon SQL)
10. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH - Johan 2011
Kategori Perempuan
01.SMS KEPALA BATAS - Johan Perempuan (Zon Utara)
02 SMS KUBANG PASU - Naib Johan Perempuan (Zon Utara)
03.SEKOLAH SERI PUTERI - Johan Perempuan (Zon Tengah)
04.SM SAINS SELANGOR - Naib Johan Perempuan (Zon Tengah)
05.KOLEJ TUNKU KURSHIAH - Johan Perempuan (Zon Selatan)
06.SM SAINS SULTAN ISKANDAR - Naib Johan Perempuan (Zon Selatan)
07. SMS MACHANG - Johan Perempuan (Zon Timur)
08.SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA - Naib Johan Perempuan (Zon Timur)
09.SEKOLAH MENENGAH SAINS MIRI - Johan Perempuan (Zon SQL)
10.SEKOLAH TUN FATIMAH - Perempuan (Tuan Rumah)
11. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH - Johan 2011
FRIENDLY MATCH 1 MEI, STAR VS PDRM
Cuti umum 1 Mei 2012 digunakan sepenuhnya oleh ANACONDAS untuk mengadakan sesi latihan di Stadium Hoki SUltan Azlan Shah, Ipoh bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Dalam sesi latihan selama empat jam tersebut, STAR berjaya mengadakan sesi perlawanan persahabatan menentang pasukan dewasa, iaitu Polis Di Raja Malaysia.
Dalam perlawanan yang memakan masa 40 minit, pasukana muda STAR berjaya memberikan tentangan kepada pasukan PDRM yang akan mewakili Perak ke Kejohanan Hoki Piala Ketua Polis Negara. Keputusan perlawanan STAR tewas 2-3.
Walaupun tewas, perlawanan persahabatan bersama pasukan dewasa merupakan satu perlawanan pendedahan dalam menghadapi "persediaan mental' para pemain menghadaapi pasukan yang lebih kuat dan berpengalaman. Gol-gol STAR dijaringkan oleh Iqbal dan Faris Habeha.
Dan insyaAllah pada 4 Mei ini akan berlangsung sekali lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan ini. InsyaAllah kami akan memberikan tentangan yang sengit nanti.
Thursday, April 19, 2012
PERLAWANAN PERSAHABATAN 4 PENJURU
Pada 19 April 2012, Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Hoki Empat Penjuru di antara Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng(IGOP), Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), Politeknik Ungku Omar(PUO) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR). Kejohanan ini telah diadakan di Staduim Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Berikut keputusan perlawanan yang dijalankan secara liga:
1.STAR vs IGOP (2-1)
2.SEMESTI vs PUO (0-4)
3.STAR vs PUO (0-4)
4.SEMESTI vs IGOP (1-1)
5.PUO vs IGOP (6-0)
6.STAR vs SEMESTI (1-1)
Kedudukan pasukan selepas berlangsung smeua perlawanan
1) Politeknik Ungku Omar
2) STAR
3) SEMESTI
4) SBPI Gopeng
Kedudukan pasukan selepas berlangsung smeua perlawanan
1) Politeknik Ungku Omar
2) STAR
3) SEMESTI
4) SBPI Gopeng
Wednesday, April 18, 2012
FINAL MSSM 2012 : PERAK VS KUALA LUMPUR
Rakaman video perlawanan akhir Kejohanan Hoki MSSM 2012 Bawah 18 tahun antara Perak dan Kuala Lumpur.
Saturday, April 7, 2012
FRIENDLY STAR VS STAROBA HOCKEY
Tarikh : 1 April 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Stadium Hoki Sultan Azlan Shah
Keputusan : STAR (4) vs STAROBA (5)
Pada 1 April 2012, STAROBA Hockey telah melakukan kunjungan ke STAR Ipoh untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah. Program yang telahpun terhenti kira-kira empat tahun lamanya dihidupkan semua atas inisiatif Saudara Iskandar dan Nashrun. Alhamdulillah, STAROBA betrjaya mengumpulkan lebih dari lima belas pemain untuk menentang pasukan sekolah. Dalam perlawanan yang diadakan dalam empat quarter, STAROBA ternyata unggul kali ini apabila memenangi perlawanan dengan keputusan 5-4. Appaun tahniah untuk kedua-dua pasukan.
Wednesday, April 4, 2012
MOTIVASI BERSAMA STAROBA HOCKEY
STAROBA HOCKEY kembali ke Alma Mater. Alhamdulillah, seramai tujuh belas bekas pemain hoki STAR telah berkampung selama dua hari di STAR bagi menjayakan Program Mentoring Hockey STAROBA kepada pemain-pemain hoki STAR. Seramai 30 pemain hoki STAR telah terlibat dalam program yang diadakan pada 31 Mac hingga 1 April 2002. Program berlangsung di Padang Hoki Sultan Azlan Shah dan juga di STAR sendiri.
Antara program yang telah dilaksanakan adalah latihan asas pelajar junior, sesi motivasi serta perlawanan persahabatan. Dalam sesi motivasi yang diadakan, seramai tiga orang STAROBA telah mencurahkan pengalaman serta berkongsi pengalaman bersama para pemain.
Iskandar Rasydan menekankan tentang pentingnya WINNING MENTALITY. Beliau menasihatkan para pemain supaya sentiasa memiliki keinginan untuk menang dan menang pada setiap kejohanan yang disertai. Mengambil cntoh pasukan CANADA yang berjaya muncul antara pasukan terbaik dunia kerana memiliki WINING MENTALITY yang tinggi.
Brother Nasrun pula dalam perkongsiannya menekankan perlunya GILA HOKI disemaisubur dalam setiap diri pemain hoki. Menyorot sedikit pengalaman yang dimiliki, kerana GILA HOKI beliau masih bermain hingga ke hari ini. Beliau sanggup meminjam kayu hoki kepunyaan guru hoki nya setiap hari semata-mata kerana gilakan hoki.
Manakala Brother Amirul pula menekankan tentang soal disiplin latihan pemain amat penting untuk membentuk pasukan yang kuat. Begitu juga beliau turut mengulangi komitmen STAROBA HOKI untuk membantu sekolah dalam mengembalikan kegemilangan sukan ini.
Terima kasih buat semua STAROBA HC yang turun kali ini. Moga program seumpama ini akan sentiasa diadakan bagi mengeratkan lagi perhubungan antara bekas pemain dengan pemain yang sedia ada.
Antara STAROBA Hockey generasi baru yang turut hadir.



