Powered by Blogger.

Monday, March 4, 2013

SSTMI THUNDERBOLTS JUARAI PIALA MILO 2013



KUALA LUMPUR - Pasukan hoki Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolts) meraih kejuaraan hatrik Piala Milo apabila memenangi perlawanan akhir 1-0 menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL Young Guns) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

SSTMI Thunderbolts telah memenangi kejohanan sama pada 2012 dan 2011, dan kemenangan semalam membolehkan pasukan itu menjulang trofi serta membawa pulang RM25,000 manakala UniKL Young Guns meraih RM15,000 selaku naib juara.

Kegembiraan SSTMI Thunderbolts tidak berakhir dengan kemenangan itu sahaja, malah dua pemainnya iaitu Mohd. Shahril Saabah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir dan Mohd. Ridzwan Azmi meraih gelaran Penjaga Gol Terbaik.

Sementara anugerah Pemain Terbaik kejohanan dimenangi pemain UniKL Young Guns, Muhammad Haziq Samsul manakala rakan sepasukannya Muhd. Syafiq Zulzairin dinobat Penjaring Terbanyak dengan 14 gol.
SSTMI Thunderbolts tidak perlu menunggu lama apabila kapten pasukan Mohd. Shahril menjaringkan gol seawal minit kelima menerusi pukulan sudut penalti untuk terus mendahului sepanjang 35 minit pertama.
Babak kedua berlangsung sengit, namun bola lebih memihak SSTMI Thunderbolts sekali gus membolehkan pasukan itu mengekalkan kedudukan hingga tamat perlawanan.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan MBI-Anderson berjaya menumpaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Junior) dengan keputusan 3-2 manakala pasukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh memperoleh anugerah Fairplay.

Sumber : Utusan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, March 3, 2013

KEPUTUSAN PENUH MJHL 2013


Keputusan:

Tempat ke 3/4
MBI Anderson 3 SSTMI 2 (Golden Goal)

Final
SSTMI 1 UniKL Young Guns 0

Roll of Honour

Piala Milo
Juara: SSTMI (RM25,000)
Naib Juara: UniKL Young Guns (RM15,000)
Ke tiga: (MBI Anderson RM12,000)
Ke empat: SSTMI Juniors (RM10,000)

Division Satu
Juara: SSTMI ( RM15,000)
Naib Juara:Petaling Jaya City Council (RM10,000)
Ke tiga: UniKL Young Guns (RM8,000)
Ke empat: MBI Anderson (RM7,000)

Division Dua
Juara: KL Sports School (RM12,000)
Naib Juara: PHK-MSSK-MSN Kelantan (RM8,500)
Ke tiga: Politeknik KPT (RM7,000)
Ke empat: Anderson Juniors (RM6,000)

Special Awards
Fairplay: Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (RM4,000)
Pemain terbaik kejohanan:  Mohd Haziq Samsul - UniKL (RM1,500)
Penjaga Gol Terbaik: M. Ridzwan Azmi - SSTMI (RM1,500)
Penjaring terbanyak: Mohd Syafiq Zulzairin - UniKL - 14 goals (RM1,500)
Man of the Match (Final): Mohd Shahril Saabah - SSTMI  (1,500)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SENARAI PEMAIN MALAYSIA PIALA AZLAN SHAH 2013

1Azlan Misron29
2Chua Boon Huat32
3Faizal Saari20
4Faiz Helmi Jali20
5Jivan Mohan30
6Kumar Subramaniam33
7Mohamad Sukri Abdul Mutalib27
8Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin20
9Mohd Fitri Saari19
10Mohd Shahrun Nabil Abdullah (Captain)27
11Muhamad Azammi Adabi22
12Muhammad Marhan Mohd Jalil22
13Muhammad Razie Abdul Rahim (Vice Captain)25
14Nabil Fiqri Mohd Noor25
15Roslan Jamaluddin33
16Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (Captain)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KERTAS KERJA PEMBINAAN PADANG HOKI MINI ASTROTURF DI SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH




KERTAS CADANGAN PEMBINAAN PADANG HOKI MINI ASTROTURF
DI SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH



1.0       latar belakang

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat komited untuk membangunkan sukan hoki di Malaysia. Sebagai makluman, pasukan hoki Malaysia menduduki ranking ke-13 di dunia. Justeru , KBS sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah untuk mewakili negara pada suatu masa nanti. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah menjadikan sukan hoki sebagai sukan teras SBP di mana matlamat SBP sendiri untuk menjadi pusat kecemerlangan sukan. Di peringkat sekolah, pihak pengurusan menjadikan  sukan hoki sebagai sukan utama selain daripada sukan ragbi. Maka melalui kertas kerja ini diharapkan hasrat untuk memiliki padang mini astroturf  di Sekolah Tuanku Abdul Rahman akan menjadi kenyataan.



2.0       Matlamat projek

2.1      Projek ini merupakan projek untuk membina sebuah padang hoki  astroturf mini bersaiz 30m X 50m di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Oleh itu,  bagi merealisasikan matlamat ini, pihak sekolah bercadang untuk mencari dana yang secukupnya sebanyak RM 190, 000.

2.2      Melalui projek ini,  pihak-pihak berwajib seperti kementerian-kementerian, bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat korporat serta orang-orang perseorangan diharapkan dapat menyumbang dana bagi pembinaan mini turf yang dimaksudkan.

2.3      Selain itu juga, dengan berjayanya pembinaan padang hiki mini astroturf ini, perkembangan sukan hoki di STAR semakin rancak dan membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa yang panjang nanti.



3.0       KEKUATAN SUKAN HOKI DI STAR

3.1       STAR pernah melahirkan pemain-pemain yang pernah mewakili    negeri Perak seperti Tajul Arifin Muhammad, Saari Sungib dan Mad Shah.

3.2       Pada tahun 2013, STAR mencatatkan sejarah apabila buat pertama kali menyertai Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL). Liga ini merupakan liga yang paling berprestij di Malaysia untuk pemain-pemain di bawah umur 19 tahun. Ramai pemain-pemain Malaysia yang dicungkil bakat melalui liga ini. Dengan penglibatan liga ini, para pemain didedahkan dengan persaingan ”high level” kerana turut bersaing dengan pemain remaja negara.



3.3       STAR merupakan johan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara pada tahun 2010 dan 2011 dan mewakili zon utara di peringkat kebangsaan.

3.4       Di peringkat Daerah Kinta Utara, STAR berada di belakang SMK Anderson, iaitu sekolah projek hoki dalam Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2010-2013.


3.5       STAR memiliki pemain hoki yang ramai. Sehngga hari ini, STAR memiliki seramai 60 orang pemain dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pemain-pemain hoki STAR merupakan pemain yang berpotensi kerana pernah mewakili sekolah dan daerah sewaktu berada di sekolah rendah.

3.6       Para pemain hoki STAR turut cemerlang dari aspek akademik dan sering mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Setiap tahun, ramai pemain hoki STAR berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara mahupun di dalam negara dan menerima biasiswa dari kerajaan dan agensi-agensi tertentu. Ini menunjukkan selain  kecemerlangan pelajar STAR adalah seiring antara akademik dan kokurikulum.

3.7       Beberapa orang pemain hoki STAR berjaya mewakili universiti masing-masing selepas tamat persekolahan di STAR dan terlibat dengan Kejohanan Hoki Universiti-universiti Malaysia (MASUM).

3.8       STAR juga memiliki jurulatih dalam kalangan guru yang memiliki sijil kejurulatihan dari Malaysian Hockey Confederation (MHC). Ini menunjukkan STAR tidak memiliki masalah dari aspek kejurulatihan berdasarkan pengalaman dan pengiktirafan yang diberikan oleh MHC.



4.0       PERNYATAAN MASALAH

Walaupun STAR memiliki kekuatan tersendiri dalam sukan hoki, namun  didapati beberapa kekangan timbul dari aspek latihan. Antaranya STAR tidak memiliki tempat latihan yang sempurna kerana hanya berlatih di atas simen gelanggang bola tampar sejak tiga tahun yang lepas.  Keadaan ini menimbulkan kekangan dalam mendapatkan latihan yang berkualiti kerana:

4.1       Gelanggang bola tampar yang tidak sesuai untuk latihan kerana  berlubang dan mengalami rekahan. Selain masalah bola tersangkut timbul juga masalah keselamatan kerana simen yang berlubang.

4.2       Saiz gelanggang bola tampar yang agak sempit dan hanya berukuran 17 X 35 meter dan menyukarkan para pemain untuk berlatih kerana jumlah pemain  seramai  60 orang. Keadaan ini menyebabkan jurulatih hanya dapat menumpukan perhatian kepada aspek latihan asas sahaja kerana ”drill” dan taktikal tidak dapat dilakukakan disebabkan oleh saiz tempat latihan yang sempit.
.
4.3       Para pemain junior terpaksa menumpang di gelanggang bola   keranjang bersebelahan tempat latihan. Tempat latihan lama di atas rumput kini dijadikan sebagai padang bola sepak.

4.4       Masalah kewangan untuk menyewa Stadium Azlan Shah (astroturf) kerana kadar sewaan adalah sebanyak RM 40.00 sejam pada hari bekerja dan RM 50.00 sejam pada hari minggu. Selain itu juga hanya pitch 2 sahaja yang boleh disewa dan ini menyukarkan jurulatih kerana tempahan seringkali bertembung dengan tempahan dari sekolah dan institusi lain.


5.0       CADANGAN PEMBINAAN

5.1       Padang Hoki mini bersaiz  30m X 50m iaitu separuh saiz sebenar standard padang penuh.

5.2       Tempat yang dicadangkan ialah gelanggang bola tampar dan gelanggang tenis lama yang tidak digunakan dan digabungkan menjadi padang mini astroturf.

5.3       Cadangan hanya melibatkan pembinaan asas/tapak sahaja dan tidak melibatkan karpet/turf . Pihak sekolah bercadang untuk memohon mengambil karpet/turf di Stadium Hoki Azlan Shah yang tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan turf bewarna biru.


6.0       KEWANGAN

Bil
Perihal barag-barang/perkhidmatan dan
syarat-syarat khas
Harga (RM)
1
Kerja-kerja permulaan dengan membekal tenaga kerja, mesin dan peralatan untuk membaikpulih permukaan gelanggang hoki yang telah rosak serta tidak rata berkeluasan 17 meter X 35 meter.
10 000.00
2
Mengorek laluan saluran paip buang jenis spring  (subsoil) bawah permukaan gelanggang bagi membuang sisa air yang bertakung apabila hari hujan dan kerja-kerja pemasangan longkang dan sum.
35 000.00
3
Menambak pasir dan tanah bagi meratakan permukaan gelanggang serta kerja memadatkan permukaan tanah menggunakan jentera.
25 000.00
4
Pemasangan paip air serta sistem pam.
15 000.00
5
Kerja-kerja pendawaian eletrik menggunakan armor kabel, pemasangan tiang Galavinise steel sebanyak enam meter, pemasangan enam unit lampu limpah berkuasa 500W setiap satu beserta aksesori kelengkapannya termasuk kotak DB Eletrik.
30 000.00
6
Upah pemasangan karpet/turf yang disediakan.
 8 000.00
7
Kerja pemasangan intelock brick di bahagian tepi luar gelanggang hingga ke pagar.
40 000.00
8
Memasang pagar dawai di sekeliling gelangang.
25 000.00
9
Membuang sisa-sisa pembinaan dan membawa keluar, serta mengemas semula kawasan kerja.
 2 000.00


                                   JUMLAH BESAR


190 000.00



8.0       PENUTUP

Adalah menjadi hasrat pihak sekolah untuk melihat pembinaan padang hoki ini Astroturf ini menjadi kenyataan hasil daripada sokongan kewangan pihak-pihak yang terlibat. Sememangnya masalah kewangan merupakan cabaran terhebat dalam menjadikan matlamat projek ini dapat dicapai dan pihak sekolah percaya dengan keprihatinan pihak-pihak berwajib , syarikat koporat mahupun orang perseorangan hasrat untuk melihat pembangunan sukan hoki di STAR akan menjadi kenyataan.  Sumbangan boleh lah dibuat melalui cek atas nama PIBG SEK TUANKU ABD RAHMAN ataupun melalui akaun PIBG  08013010003411 (Bank Islam Malaysia Berhad).


Disediakan oleh :



(SHAHNUN BIN ABDUL GHANI)
Guru penyelaras/Jurulatih hoki
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, IPOH


Disahkan oleh :



(TUAN HAJI ABDUL HASHIM BIN ABDUL KARIM, AMP, PPG.)
Pengetua Cemerlang
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, IPOH







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

THUNDERBOLTS, UNIKL BUAT PERHITUNGAN MALAM INI



Selepas dua kali berturut-turut kecundang kepada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Thunderbolt (SSTMI Thunderbolt) di pentas final Piala Milo, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak mahu episod pahit itu berulang di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini. 

“Cukuplah dua kali dan kami tidak mahu lagi menanggung kekecewaan buat kali ketiga berturut-turut. Kami mahu menebus kekalahan pada 2011 dan 2012 sekali gus mengulangi episod gembira pada 2010 dengan merangkul kejuaraan. 

“Malah, ini adalah detik terbaik untuk kami menebus semula kekalahan tipis 3-4 kepada lawan pada perlawanan terakhir liga Divisyen Satu yang membolehkan wakil Johor itu merangkul kejuaraan. Kami tidak akan benarkan mereka merangkul kejuaraan berganda,” kata jurulatih UniKL, K Enbaraj. 


Kali keempat bertembung 

Dalam pertembungan final tahun lalu, UniKL tewas tipis 1-2 yang membolehkan SSTMI Thunderbolt merangkul kejuaraan kedua berturut-turut selepas tahun sebelum itu mereka menundukkan UniKL 3-2 menerusi penentuan penalti. 

Enbaraj berkata, pertembungan kali keempat kedua-dua pasukan di pentas final sememangnya dinanti, tetapi menjangkakan saingan pastinya sengit. 

“Saya puas hati dengan prestasi ditunjukkan pemain sebelum ini dan jika mereka terus memberi tekanan kepada lawan dalam perlawanan malam esok (malam ini), sudah tentu kami dapat meraih gelaran juara Piala Milo,” katanya.
 
Juara Piala Milo akan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi manakala naib juara (RM15,000), ketiga (RM12,000) dan keempat (RM10,000).



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, March 2, 2013

UNIKL, THUNDERBOLT MELANGKAH KE FINAL PIALA MILO MJHL 2013


Bekalan besar yang dibawa ke laman lawan nyata berbaloi apabila Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Thunderbolt (SSTMI Thunderbolt) berjaya melangkah ke final Piala Milo yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok. 


UniKL yang membawa bekalan selesa dengan membenam lawan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Junior (SSTMI Jr) 6-0 pada pusingan pertama tidak perlu mengeluarkan peluh apabila mencatat kemenangan 3-1 pada pusingan kedua, semalam. 


Mohammad Hafif Elkan Rerasa @ Nordin yang mencipta hatrik Rabu lalu membuka jaringan UniKL pada minit ke-9 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohd Syafiq Zulzairin meledak dua jaringan (m-14 dan m-69) - cukup untuk menghancurkan harapan SSTMI Jr untuk mengurangkan jarak sebelum ini. 




Sementara itu, di Stadium Hoki Azlan Shah Ipoh, SSTMI Thunderbolt selaku juara bertahan juga tidak mempunyai masalah mengejutkan tuan rumah MBI Anderson apabila Mohd Hafiz Selemen membuka jaringan seawal minit ke-6 sebelum Mohd Shahril Saabah menggandakan jaringan lima minit kemudian.

Namun, jaringan N Kartigan pada minit ke-43 nyata sudah terlewat untuk kembali bangkit mengurangkan defisit jaringan. 

Bagi jurulatihnya, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman, pasukan kini sedang memburu gelaran ketiga selepas berjaya merangkul kejuaraan pada musim 2011 dan 2012. 

“Hari ini (semalam) kami memang meletakkan sasaran untuk menang dan saya merehatkan beberapa pemain. Ini adalah kali keempat kami bertemu dengan UniKL di final Piala Milo sejak 2010. 

“Pastinya UniKL menyimpan hasrat besar mahu merampas gelaran yang kami raih tahun lalu dan memberi tentangan sengit kepada pasukan di final nanti,” katanya yang tidak mempunyai masalah kecederaan pemain ketika ini. 

Keputusan pusingan kedua separuh akhir 

UniKL 3 SSTMI Jr 0 
(UniKL mng agregat 9-0) 

SSTMI Thunderbolt 2 MBI Anderson 1 
(SSTMI Thunderbolt mng agregat 10-1) 

Jadual final esok 

Final 
SSTMI Thunderbolt mln UniKL  (8.00 malam) 

Penentuan tempat 3/4 

SSTMI Jr mln MBI Anderson  (6 petang) 


(Semua perlawanan di Std Hoki Nasional Bukit Jalil)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR TEWASKAN MCKK 4-0 DALAM AKSI PERSAHABATAN

STAR Hockey dalam persiapan menghadapi Kejohanan Hoki SBP Zon Utara telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada 1 Mac 2013 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Dalam perlawanan yang berdurasi 25 minit setiap separuh masa tersebut STAR berjaya menewaskan musuh tradisi, MCKK dengan jaringan 4-0.


Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perlawanan tersebut. Gol-gol STAR telah dijaringkan oleh Zahran Syahmi, Nadzrul Nadzmi, Izham Nisya dan Amirul Hafiz. Tahniah buat para penjaring. Dalam perlawanan sebelum ini, STAR berjaya menewaskan SM Sains Tapah dan SM Sains Teluk Intan, masing-masing dengan jaringan  2-0. Doakan pasukan STAR dapat muncul juara Kejohanan Hoki SBP Zon Utara yang akan berlangsung pada 15-18 Mac nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...