Powered by Blogger.

Friday, March 4, 2011

MSSD KINTA UTARA: PERTEMPURAN STRATEGI

Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2011 membuaka tirai pada 21 Febuari 2011. Sebenarnya, STAR masih berbelah bahagi samada untuk menyertai kejohanan ini atau memberi tumpuan terhadap Kejohanan Hoki SBP Zon Utara yang berlangsung hampir serentak. Setelah perbincangan dibuat, akhirnya kami bersetuju untuk menyertai kejohanan ini sebagai aksi pemanas badan sebelum ke Sungai Petani. Kejohanan kali ini tidak menjadi target kerana kami merasakan misi besar yang harus dicapai adalah Hoki SBP.

STAR diletakkan  di dalam kumpulan D bersama SMK Aminudin Baki Chemor dan  SMK Bercham. Dalam aksi kumpulan STAR yang menyenaraikan rata-rata pemain muda mendapat keputusan seri 2-2 menentang ABC dan menang 2-0 menentang SMK Bercham. Keputusan ini melayakkan STAR muncul naib johan kumpulan D.

STAR layak ke suku akhir dan bertemu johan kumpulan B, SMK Methodis (ACS). Walaupun cuba memberikan tentangan yang hebat, namun STAR terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 kepada ACS. Walaupun tewas, STAR tetap berbangga kerana kebanyakan pemain adalah pemain junior yang diturunkan bagi memberi peluang kepada pemain-pemain utama memberikan fokus terhadap Kejohanan hoki SBP. InsyaAllah kami akan kembali pada tahun 2012 dengan skuad yang lebih mantap.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

T-SHIRT RASMI ANACONDA

Kelab Hoki STAR secara rasminya akan menggunakan official T-shirt kelab dalam apa jua aktiviti rasmi kelab. Untuk tahun ini, pasukan hoki memilih warna rasmi sekolah iaitu MERAH sebagai warna t-shirt rasmi. Untuk rekod, di bahagian hadapan t-shirt tertulis perkataan ANACONDA, iaitu nama rasmi pasukan hoki STAR. Manakala di bahagian belakang pula tertulis perkataan STAR HOCKEY TEAM. Dan t-shirt rasmi kelab ini akan digunakan secara rasminya dalam Kejohanan MSSD Kinta Utara dan Kejohanan Hoki SBP Zon Utara. Kredit buat saudara Aleef Jalil, selaku designer yang telah menyiapkan design t-shirt rasmi ini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN LIGA HOKI PERAK

Kejohanan pertama untuk tahun 2011 yang disertai adalah Kejohanan Liga Hoki Perak B 18 tahun. Sebagai pendatang baru , STAR tidak meletakkan harapan yang tinggi. Apatah lagi berhadapan dengan gergasi hoki Perak seperti Kuala Kangsar, Anderson, SERATAS dan juga MBI. Apapun perlawanan ini merupakan pendedahan terbaik buat pasukan STAR. Tahun pertama merupakan tahun untuk menimba pengalaman. Apatah lagi target utama STAR pada tahun ini ialah untuk memenangi kejuaraan SBP Zon Utara di Sungai Petani dan seterusnya layak ke peringkat kebangsaan SBP. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan STAR. Kekalahan dianggap sebagai satu titik tolak untuk terus mara ke hadapan walaupun terpaksa menentang arus yang mangkor...

1. STAR vs SERATAS (0-4)

2. STAR vs KUALA KANGSAR (0-7)

3. STAR vs POLITEKNIK UNGKU OMAR (2-1)

4. STAR vs ANDERSON B (1-2)

5. STAR vs 1 MAS A (4-0)
 
6. STAR vs 1 MAS B (6-1)

7. STAR vs MAJLIS BANDARAYA IPOH (0-7)

8. STAR vs ANDERSON A (0-7)

Keputusan ini melayakkan STAR menduduki tempat ke-5 dalam kalangan 9 pasukan  yang mengambil bahagian. Apapun sekalung tahniah buat pasukan STAR atas kejayaan ini. Satu permulaan yang baik pada tahun 2011.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, March 3, 2011

KEJOHANAN SEPANJANG 2011

Untuk tahun 2011, pasukan hoki STAR merancang untuk menyertai beberapa kejohanan utama yang dianjurkan oleh MSSD, SBP dan juga Persatuan Hoki Perak. Antaranya termasuklah :

1) Liga Hoki Perak

2) Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara

3) Kejohanan Hoki SBP Zon Utara

4) Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan

5) Kejohanan Hoki Bandaraya Ipoh

6) Kejohanan Hoki Milo-6 Sebelah

7) Kejohanan Hoki Bawah 14 Perak

8) Kejohanan Hoki UPSI

Diharapkan pasukan hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman akan mencatat kejayaan yang cemerlang dalam setiap perlawanan yang disertai.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

ANUAL GENERAL MEETING 2011

AGM Kelab Hoki STAR telah berlangsung pada 10 Januari 2010. Dalam AGM tersebut, AJK tahun 2010 telah dibubarkan, dan pada tahun 2011 menyaksikan pemilihan baru AJK. Berikut merupakan senarai AJK Kelab Hoki STAR bagi sessi 2011.

Guru Penasihat:
Encik Shahnun bin Abdul Ghani
Encik Iqbal Firdaus bin Nordin

Presiden :
Nazri Syamil bin Abdul Latip

Kapten :
Muhammad Amizal bin Mansor

Timbalan Presiden :
Muhammad Khairul Khalis bin Ibrahim

Naib Presiden 1 :
Noor Aiman Syahir bin Baharom
Naib Presiden 2:
Muhammad Rusydi bin Shaharudin

Setiausaha 1 :
Muhammad Aiman bin Zairudin

Setiausaha 2 :
Muhammad Nafis bin Adzhar
Bendahari :
Ahmad Ameer bin Yusri

 Ahli Jawatan Kuasa :
1. Muhammad Faris  bin Mat Habeha
2.Ahmad Nur Alham bin Mahamand Ali
3.Muhammad bin Ismail
4.Raja Muhammad Zainuddin bin Raja Mamat
5.Qurratul Haikal bin Mohd Rozi

Perancangan Kelab Bagi Sesi 2011:

1. Menyertai beberapa kejohanan utama seperti MSSD, SBP, Liga Hoki Perak, Liga Remaja Ipoh, Kej Hoki 6 sebelah Milo dan 1 Mas.

2. Mengadakan jelajah SBP sebagai persediaan menyertai Kejohanan Hoki SBP.

3. Latihan pembangunan junior (Juniors Special Training).

4. Mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan.

5. Membuat baju official kelab.

6. Mengadakan koloborasi bersama bekas pelajar.

7. Mengadakan jualan sebagai usaha menambah dana kelab.
8. Latihan intensif bersama jurulatih luar.

9. Mengadakan latihan di padang astroturf.

10.Mengadakan 'STAR Hockey League' (SHL) sebagai persaingan antara pemain hoki di sekolah ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MUSIM KE DUA, TEKAD MEMBARA

Alhamdulillah, musim pertama bersama pasukan Hoki STAR telah menampakkan sedikit sinar harapan yang selama ini agak malap. Menelusuri sedikit coretan 2010, walaupun hadir tanpa kejayaan bermakna, namun sekurang-kurangnya pasukan ini mula menempa nama. Secara jujur, musim 2010 merupakan tahun permulaan, dan banyak lagi perancangan yang menanti untuk digapai bersama pada musim 2011.

Pabila mentari 2011 muncul, diharapkan sinar itu akan terus menerangi seluruh bumi STAR dan ANACONDA tidak akan berduka lagi. Ayuh pemain-pemainku, tekadkan azam untuk kita buktikan sesuatu!!

MR SHAHNUN, MR IQBAl, AMIZAL, BUN-J, NAFIS, KHALIS, MANTAM, SYAPET, RUSYDI, OB, ALHAM, AUTA, MUHAMMAD, KING, ZAHRAN, PIDOT, NAMI, MUSCLE, AFIQ, FADHIL, NISHA, RAJA, AMIRUL, RIDWAN, IQBAL, AZAM, TEMON DLL...


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SELAMAT BERJUANG DALAM SPM!

Kelab Hoki STAR ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia buat semua pemain-pemain hoki STAR . Diharapkan kalian mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. InsyaAllah, pemain hoki bukan sahaja hebat di padang, tapi gempak dalam pelajaran. ALL THE BEST. Do THE BEST!!

MUAZZIN (CAPT/HALF KANAN)
AIMAN SANUDIN (DEFFEND)
NASRUDDIN (FORWARD)
ALIMIN (HALF KIRI)
ADAM SAMSUDIN (DEFFEND)
AIZUDDIN AKMAL (DEFFEND)
ZAHRUL LAIL (LAST MAN)
SYAFIQUE (DEFFEND)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...