Powered by Blogger.

Friday, March 30, 2012

RAJA ASHMAN MANGKAT


It is with profound sadness that we report the demise of Raja Ashman Sultan Azlan Shah who passed away this morning.



Raja Ashman was a keen supporter for Malaysian hockey and knew the players by name.

It was during halftime in the match between Ireland and Malaysia at the Dublin Olympic Qualifiers ( 17th March ) that he left the VIP seats and sat amongst the Malaysian media so that he could shout encouragement to the Malaysian players.

He was a down to earth royalty and will be deeply missed by all.

May god bless his soul.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, March 23, 2012

KEJAYAAN SPM PEMAIN HOKI 2011

Alhamdulillah, keputusan SPM yang dikeluarkan Rabu lepas telah membuktikan betapa sukan tidak pernah menghalang pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Beberapa orang pemain hoki STAR tahun 2011 telah mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.


Amizal Mansor (captain) mendapat 9A+ 


 Ameer Yusri dan Aiman Syahir mendapat 8A


Aiman Zairudin (9A) dan Khairul Khalis (7A)


Nafis Adzhar (9A)


Nazri Syamil (8A)

'Semoga kejayaan para mereka menaikkan semangat juniors yang tinggal. Tahniah sekali lagi ANACONDA'S.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, March 18, 2012

KEJOHANAN HOKI MSSM 2012 : PERAK KUASAI DUA KATEGORI



KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA 2012 YANG DIADAKAN DI SELANGOR PADA 12-17 MAC 2012.

BAWAH 18 TAHUN LELAKI

JOHAN : PERAK
NAIB JOHAN : KUALA LUMPUR
KE TIGA : SELANGOR
KE EMPAT : MELAKA

BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN

JOHAN : PERAK
NAIB JOHAN : MELAKA
KE TIGA : SELANGOR
KE EMPAT : PULAU PINANG


 BAWAH 12  TAHUN LELAKI

JOHAN : KUALA LUMPUR
NAIB JOHAN : PULAU PINANG
KE TIGA : KELANTAN
KE EMPAT : PERAK

BAWAH 12 TAHUN PEREMPUAN

JOHAN : SELANGOR
NAIB JOHAN : PERAK
KE TIGA : KEDAH
KE EMPAT : TERENGGANU

Tahniah buat pasukan PERAK yang mencatatkan nama dalam semua kategori bawah umur yang dipertandingkan. 








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MALAYSIA GAGAL KE OLIMPIK LONDON 2012


Pasukan Hoki Lelaki negara terlepas peluang ke Olympik selepas terikat 1-1 dengan Ireland dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland.

Ireland mengumpul 13 mata, berbanding Malaysia 12 mata dan akan bertemu Korea Selatan dalam perlawanan akhir esok. Hanya satu slot diperuntukkan kepada juara untuk bertanding di Olimpik London 2012.

Anak-anak buah Tai Beng Hai bermula baik dan meskipun diancam pukulan sudut penalti Ireland pada minit ke-7, namun berjaya diselamatkan oleh S.Kumar.

Kedudukan terikat 0-0 sehingga separuh masa pertama sehingga Nabil Fiqri Mohd Noor menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-40.

Walau bagaimanapun pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan sepuluh minit masa berbaki melalui pukulan sudut penalti oleh John Jerymn dan gol tersebut telah memusnahkan harapan Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik London, Julai ini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, March 17, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP ZON UTARA 2012 : MAT JIWA DAN KEPALA BATAS MUNCUL JAGOAN BARU


Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa dan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas muncul jagoan baru Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara 2012. Dalam kejohanan selama empat hari yang diadakan di Malay College Kuala Kangsar, SEMUJI berjaya menewaskan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) 2-0 di final lelaki maknakala Kepala Batas berjaya mengalahkan SM Sains Kubang Pasu (3-0) dalam satu lagi aksi final perempuan.

Dengan ini pasukan SEMUJI, SEMESTI, akan mewakili zon utara ke peringkat kebangsaan bagi kategori Lelaki , manakala SM Sains Kepala Batas dan SM Sains Kubang Pasu bagi kategori perempuan. Peringkat kebangsaan 2012 akan berlangsung di Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bharu.

Apapun, edisi pada tahun ini memperlihatkan beberapa pasukan pilihan seperti Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tumbang di peringkat suku akhir.  Sekolah Tuanku Abdul Rahman, juara bertahan telah diundi menentang MCKK seawal peringkat suku akhir.

Tahniah buat semua pasukan yang telah layak ke peringkat kebangsaan nanti. Semoga wakil zon utara akan menempah kejayaan nanti.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MALAYSIA GALAS MISI HIDUP MATI



PERTEMUAN menentang tuan rumah, Ireland lewat malam ini menjadi misi hidup dan mati skuad hoki lelaki negara menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 London selepas penampilan terakhir pada Olimpik Sydney 2000. Korea Selatan yang kini mengumpul 10 mata, dijangka tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Russia bagi mendapat tempat ke final sementara lawannya, akan ditentukan menerusi perlawanan Malaysia-Ireland. 

Skuad negara yang berada di tangga ketiga liga dengan sembilan mata, perlu mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan itu sementara Ireland yang kini mendahului kedudukan dengan 10 mata, hanya memerlukan seri untuk menempah tempat ke final. 
Namun anak buah Tai Beng Hai juga dilihat tidak memiliki kelebihan psikologi kerana tunduk kepada Ireland 1-2 pada separuh akhir Cabaran Juara-Juara 2009 yang diadakan di Ireland pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan. 

Namun bersandarkan ranking dunia, Malaysia yang terlepas penyertaan dua edisi Sukan Olimpik pada Athens 2004 dan Beijing 2008, harus mendapat sedikit kelebihan untuk meraih kemenangan kerana berada di ranking ke-13 berbanding Ireland (16). 

“Ireland adalah sebuah pasukan yang kuat dan mereka mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri. Bagaimanapun kami akan bermain untuk menang dan akan melakukan yang terbaik,” kata Beng Hai. 
Lawan yang dibantu penolong jurulatih, Arul Selvaraj, begitupun dijangka mempunyai kelebihan apabila bekas penolong jurulatih Malaysia itu sudah biasa dengan sistem dan taktik permainan skuad kebangsaan. 

“Ini adalah pertemuan kedua dalam perlawanan besar antara Ireland-Malaysia dan saya rasa lebih sukar daripada segi emosi berbanding 2009 dulu kerana saya membimbing majoriti pemain Malaysia ketika itu. 

“Selepas lima tahun berada di Ireland, ada lima pemain saja yang pernah saya bimbing dan masih berada dalam skuad Malaysia,” kata Arul.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, March 16, 2012

KOREA SELATAN TEWASKAN MALAYSIA 3-2

Malaysia memilih laluan berliku apabila tewas tipis 2-3 dalam Kejohanan Hoki kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin (UCD). - UTUSAN 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...