Powered by Blogger.

Wednesday, April 6, 2016

STAR IPOH JUARA KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN KALI KE-4 BERTURUT-TURUT

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2016 pastinya menjanjikan kenangan terbaik buat pasukan Hoki STAR ANACONDA apabila berjaya muncul Johan buat kali keempat berturut-turut. Berbekalkan reputasi selaku juara bertahan untuk tahun 2013, 2014 dan 2015, keazaman yang tinggi ditunjukkan oleh anak-anak buah Encik Shahnun Abdul Ghani untuk sekali lagi menakluki Kejohannan Hoki SBP Kebangsaan.


STAR Anaconda diletakkan dalam kumpulan D bersama pasukan SM Sains dungun, SM Sains batu Pahat dan Sekolah Sultan Alam Shah. di peringkat kumpulan STAR menewaskan SMS Dungun (2-0), SM Sains Batu Pahat (3-0) dan Sekolah Sultan Alam Shah (2-0). Kejayaan ini meletakkan STAR sebagai johan kumpulan dan layak ke suku akhir. Di peringkat suku akhir, STAR menewaskan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah dengan jaringan 2-0.

STAR layak ke separuh akhir bertemu The Malay College Kuala kangsar. Dalam aksi yang cukup mendebarkan, jaringan tunggal Ariff Fikri berjaya membawa STAR ke final dan menentang SM Sains Selangor.  dalam aksi final, STAR akhirnya muncul pemenang menewaskan SMSS 1-0.

Keputusan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2016 : 
Lelaki
Johan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Naib Johan : SM Saisn Selangor
ketiga bersama : MCKK dan SBPI Sabak Bernam
Perempuan: 
Johan : SBPI Sabak Bernam
naib Johan : Sekolah Tun Fatimah
Ketiga bersama : SMS Selangor dan SMS Sultan Muhammad Jiwa





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...