Powered by Blogger.

Monday, September 24, 2012

PERAK GAH DI SEREMBAN


PERAK mendominasi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Peringkat Kebangsaan 2012 bagi acara ragbi lelaki dan hoki perempuan, apabila menjuarai kedua-dua acara itu pada kejohanan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kedua-dua wakil mereka, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) bagi acara ragbi dan Sekolah Menengah Raja Perempuan (SMRP) Ipoh bagi acara hoki, mempamerkan kehebatan untuk melakar kemenangan pada aksi final untuk pulang dengan trofi kejuaraan.

Acara ragbi berlangsung di padang Sekolah Menengah King George V (SMKGV) Seremban manakala hoki di Stadium Hoki Seremban 2.



STAR menewaskan Sekolah Menengah Sains Sultan Abd Halim (SAH) Alor Setar, Kedah manakala tempat ketiga SMKGV, yang menewaskan SMK Yahya Petra 1 (SYP) Kota Bharu Kelantan.


Sementara, SMRP menewaskan SMK Puteri Seremban untuk menduduki naib johan manakala di tempat ketiga dan keempat, masing-masing SYP dan SMK St George Pulau Pinang.



Keseluruhan setiap acara membabitkan saingan tujuh pasukan termasuk Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, Sekolah Menengah La Salle Sabah, Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru bagi acara ragbi manakala SMK Convent Bukit Nenas, Maktab Sabah dan SMK Sultan Ibrahim Johor Bahru, bagi acara hoki.




Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli di Klana Resort Seremban dan hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Khalsom Khalid.


Shamsulkahar berkata, sekolah premier menunjukkan prestasi membanggakan bukan saja berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang malah ahli sukan berbakat besar dan berprestasi tinggi.



Menurutnya, sekolah premier menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah yang sedang dibangunkan di kawasan bandar besar dan mereka sudah membuktikan dalam melahirkan ramai atlet muda berbakat besar.


“Melalui tradisi kecemerlangan itu, sekolah premier menjadi lambang kebanggaan negara yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan sukan. Saya berharap sekolah harian biasa dapat mencontohi sekolah ini,” katanya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

ENAM PASUKAN SAHKAN PENYERTAAN PIALA SULTAN JOHOR 2012



JOHOR BAHRU - Enam pasukan akan berentap pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2012 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini pada 11 hingga 18 November ini.

Selain skuad Bawah 21 negara, lima negara yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan buat kali kedua itu adalah Australia, New Zealand, Pakistan, India dan Jerman.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kejohanan tersebut merupakan sebahagian daripada persiapan bagi pasukan Bawah 21 sebelum mereka beraksi pada Piala Dunia Remaja di New Delhi, India, tahun depan.

"Ini merupakan antara persiapan kita bagi tentukan pasukan belia kita sentiasa berada di tahap kecergasan yang tertinggi. Ia bukan bermakna selepas kejohanan ini kita boleh bersenang lenang, banyak lagi perancangan lain akan menyusul," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kejohanan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, semalam.

Majlis pelancaran kejohanan disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor 2012, merupakan kejohanan bertaraf antarabangsa yang diiktiraf Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Selain Kementerian Belia dan Sukan, kejohanan tersebut juga mendapat tajaan kerajaan negeri, Genting Berhad, UEM Land, Johor Corporation, Tenaga Nasional Berhad, SAJ Holdings Sdn. Bhd., Iskandar Waterfront, Central Malaysian Properties dan F&N Baverages.

Tahun lalu, Malaysia berjaya menundukkan Australia dengan 3-2 pada masa tambahan sekali gus muncul juara sulung kejohanan tersebut.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, September 21, 2012

KARNIVAL SUKAN STAR-MCKK : U14 TUNJUK BELANG TEWASKAN MCKK

Buat julung kalinya, STAR mengadakan Karnival Sukan STAR-MCKK Bawah 14 Tahun.  Dua sukan, iatu ragbi dna hoki menjadikan STAR sebagai veneu, manakala bola baling, bola sepak, bola keranjang dan catur berlangsung di MCKK, Kuala Kangsar.

Bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh STAR bertemu dengan MCKK pada 13 September 2012. Dalam aksi selama empat puluh minit ini, STAR diwakili oleh para pelajar tingkatan 2 yang diketuai oleh Kapten Aiman Nazmi. 

Dalam separuh masa pertama, STAR bermain agak kelam kabut kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang termasuklah beberapa pukulan sudut penalti yang diberikan. Begitu juga para pemain gagal mengikut arahan yang diberikan oleh jurulatih. Keputusan separuh masa ke pertama 0-0.

Dalam separuh masa ke dua, STAR menukar sedikit taktik permainan dengan mengarahkan para pemain tengah untuk banyak membuat hantaran jauh dna terus ke dalam kotak penalti. Hasilnya STAR berjaya menjaringkan TIGA gol  pada separuh masa ke dua. Gol pertama adalah dari gerakan Darwish yang disudahkan oleh Syafiqie, manakala gol ke dua juga melaui Syafiqie yang berjaya merampas bola daripada pertahanan MCKK. Dan Ariff Aiman berjaya meletakkan nama sebagai penjaring pada minit terakhir perlawanan setelah berjaya memperdayakan beberapa orang pertahanan MCKK dan menjaringkan gol melalui tolakan yang padu. Keputusan kekal STAR menewaskan MCKK 3-0.

Alhamdulillah, kejayaan pertama kepada pasukan Bawah 14 tahun STAR. Semoga terus berusaha dengan bersungguh-sungguh agar kejayaan lain pula akan menyusul selepas ini.


Pasukan B14 STAR


Bersalam-salaman sebelum memulakan perlawanan.


Pertahanan MCKK cuba menyelamatkan keadaan di luar kawasan D.


Beberapa aksi perlawanan.


STAR menguasai bahagian tengah. Kredit kepada Aman.


Meraikan kemenangan dengan ROUSE UP









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, September 20, 2012

PIALA KELAB SUKAN 30-50

Kelab Sukan 30-50 akan menganjurkan Kejohanan Hoki Piala Kelab Sukan 30-50 sembilan sebelah pada 3 November 2012. Kejohanan sehari ini terbuka kepada pemain hoki berumur 16 tahun ke bawah dan tidak terlibat dengan sekolah projek hoki atau mewakili negeri dalam mana-mana kejohanan hoki. Berikut merupakan borang permohonan, surat jemputan dan peraturan pertandingan.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, September 3, 2012

HOKI INTERHOUSE 2012 STAR IPOH

Kejohanan Hoki Antara Rumah (interhouse) 2012 peringkat Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh   telah berlangsung dengan jayanya pada 2 September 2012 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan sehari itu telah dianjurkan oleh rumah merah dengan kerjasama Kelab Hoki STAR. Berikut merupakan keputusan perlawanan.

Peringkat Kumpulan A

RED VS GREEN ( 2-0)
GREEN VS YELLOW (0-0)
RED VS YELLOW (2-0)

* RED layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan, manakala GREEN selaku naib juara selepas penentuan penalti stroke 3-1 ke atas YELLOW.

Peringkat Kumpulan B

BLUE VS WHITE (0-1)
BLACK VS WHITE (0-0)
BLACK VS BLUE (0-0)

* WHITE dan BLACK layak ke separuh akhir selaku juara dan naib juara kumpulan B

Peringkat Separuh Akhir

RED VS BLACK (2-0)
GREEN VS WHITE (3-0)

Penentuan 5/6

YELLOW VS BLUE (1-0)

Penentuan 3/4

WHITE VS BLACK (1-0)

Penentuan 1/2

RED  VS GREEN (1-0)


GREEN


RED


BLACK


WHITE


BLUE

Sebelum final RED-GREEN











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, September 1, 2012

PAUL REVINGTON JURULATIH HOKI MALAYSIA YANG BARU



Jurulatih antarabangsa Paul Revington hari ini dinamakan sebagai ketua jurulatih dan dibantu oleh bekas pemain negara Arul Selvaraj bagi memulihkan imej dan maruah pasukan hoki negara.

Revington dan Arul, sebagai pembantunya, mula menjadi gandingan untuk melatih skuad Afrika Selatan pada 2006 sebelum membimbing skuad Ireland dari 2009 hingga bulan depan.


Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mengumumkan pemilihan jurulatih Afrika Selatan itu, bagaimanapun, berkata perjanjian bertulis antara Revington dan MHC masih belum dimeterai.


"Surat perjanjian akan kita sampaikan kepada dia (Revington) dalam tempoh terdekat ini dan tertakluk pada persetujuan dia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kamus Al-Quran di sini, hari ini.





Baginda berkata sekiranya segalanya berjalan lancar, jurulatih berkenaan dijangka mula melatih skuad hoki negara mulai Julai depan, selepas kontrak bersama pasukan Ireland tamat.




Tengku Abdullah berkata jurulatih berkenaan akan menggalas cabaran pertama di Kejohanan 'Cabaran Juara' di Argentina pada November depan sebelum menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia pada tahun depan.

"Kita berharap menerusi jurulatih baharu itu, akan dapat membangkitkan semula pasukan kebangsaan dan dapat mengilap gandingan pemain muda dengan pemain yang mempunyai pengalaman," kata Tengku Abdullah.

Ketika membimbing Afrika Selatan selama tiga tahun, Revington membantu pasukan itu memperbaiki ranking dunia dari 14 kepada tangga ke-10 dan kini pasukan itu layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Revington akan menggantikan Tai Beng Hai yang dilantik sebagai Pengarah Kejurulatih MHC dan diberi tugas menyelia program pembangunan remaja.

Revington juga turut memenangi anugerah 'Jurulatih Terbaik Dunia FIH' 2011. - BERNAMA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...