Powered by Blogger.

Wednesday, June 10, 2015

KELAB PENYOKONG INDIA SEMPENA SULTAN AZLAN SHAH CUP

Pasukan Hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman IPOH (STAR) telah dipilih untuk menjadi pasukan sorak bagi Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah 2015 yang berlangsung pada 5-12 April 2015.  Pada tahun 2015, STAR diminta untuk menjadi kelab penyokong jaguh hoki ASIA iaitu pasukan INDIA.  
INDIA 2
Sebagai kelab penyokong STAR telah turun sebanyak 6 kali untuk menyokong pasukan India melibatkan perlawanan India mennetang New Zealand, Malaysia, Korea Selatan, Australia, Kanada dan perlawanan penentuan tempat ke 3/4 antara India menentang Korea Selatan. 
INDIA
Sesungguhnya, pengalaman berjaya ditempa apabila menyaksikan perlawanan bertaraf dunia yang ditonjolkan oleh ke-enam-enam pasukan yang bertanding. Sememngnya pada setiap tahun STAR akan dipilih untuk menjadi kelab penyokong bagi salah satu dari pasukan yang bertanding. Semoga pemilihan ini memberi manfaat yang besar kepada program pembangunan pasukan hoki STAR. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

INTERNATIONAL FRIENDLY : STAR VS DAUNTSEYS SCHOOL, UNITED KINGDOM

Program Jaringan Antarabangsa pada tahun 2015 melibatkan pasukan hoki STAR Ipoh diteruskan dengan siri perlawanan persahabatan anatarabangsa pada tahun 2015. kali ini STAR Ipoh menerima kunjungan daripada pasukan Hoki Dauntseys School, United Kingdom. Perlawanan ini telah diadakan pada 27 Mac 2015, bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak. Dauntseys School, United Kingdom dalam rangka lawatan sukan ke Malaysia  dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa buah pasukan hoki terkenal seperti SMK Anderson, Kuala Lumpur Sport School dan SMK Penang Free, Pulau Pinang.  Alhamdulillah, STAR turut terpilih oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerima kunjungan Dauntseys School, United Kingdom.
7
Dalam aksi perlawanan persahabatan ini, ternyata kehebatan sekolah dari United Kingdom ini bukan tandingan STAR. dalam aksi selama 70 minit ini, STAR tewas 3-5 kepada dauntseys School, United Kingdom. Dauntseys yang dibarisi rata-rata pemain berusia 18 tahun memiliki kelebihan fizikal berjaya menguasai keseluruhan perlawanan. Namun, Alhamdulillah, pasukan STAR berjaya juga mendapat 3 gol yang yang dijaringkan oleh Arif Aiman, Aiman Nazmi dan Haris Iskandar.  tahuniah diucapkan kepada jrurlatih Encik Shahnun dan barisan pemain yang telah menunjukkan permainan yang bermaruah mempertahankan kubu STAR dari membiarkan gawang dibolosi jumlah jaringan yang besar.
6

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

TEMPAT KE-3 MSSD KINTA UTARA

Pada 20-23 April 2015 STAR telah menyertai Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2015 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Dalam kejohanan peringkat MSSD, STAR hanya mampu menduduki tempat ke-3 setelah tewas kepada jaguh sekolah-sekolah Malaysia, SMK Anderson di semi final. Berikut merupakan keputusan perlawanan :

Peringkat Kumpulan ;
STAR vs SMK Aminudin Baki (Menang 6-0)
STAR vs SMK Buntong (Menang 8-0)
STAR vs SMK Tasik Damai (seri 1-1)
Suku Akhir
STAR vs SMK  Tambun (Menang 4-0)
Separuh Akhir
STAR vs SMK Anderson (tewas 0-3)
Tempat Ke-3/4
STAR vs SMK ACS Methodist (menang 8-0)







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, June 8, 2015

KEPUTUSAN KARNIVAL HOKI UNITEN-KPM 2015

Keputusan Karnival Hoki UNITEN-KPM 2015 :

Bawah 17 Wanita : 
Johan : SSMTI (A)
Naib Johan : SSMTI (B)


Bawah 17 Lelaki :
Johan : STARK KKHC
Naib Johan : BEE BEE BOYS


Terbuka Jemputan :
Johan : MPSP (A)
Naib Johan : EX - ANDERSON


IPT WANITA :
Johan : UPM
Naib Johan : UITM LIONS


IPT LELAKI :
Johan : UITM LIONS C
Naib Johan : POLITEKNIK B



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KARNIVAL HOKI UNITEN 2015

Pasukan Hoki STAR Ipoh telah menyertai Karnival Hoki UNITEN Peringkat kebangsaan di Stadium Hoki Bukit jalil, Kuala Lumpur. kejohanan 3 hari ini telah menyaksikan 7 kategori dipertandingkan iaitu Bawah 12 tahun (L & W), Bawah 17 tahun (L & W) IPT (L & W) dan Kategori Terbuka (L). STAR muncul johan kumpulan apabila menewaskan Kepong Akademi (3-0), SMK Mengkarak (1-0) dan Damansara (5-0)
SAMSUNG CAMERA PICTURES
Layak ke pusingan ke-3 sebagai STAR A diundi bertemu STAR B. Dalam perlawanan tersebut STAR A menang 2-1. Seterusnya di peringkat suku akhir bertemu SMS Sultan Iskandar , Johor. Dalam aksi suku akhir STAR menang 3-0. Seterusnya di peringkat separuh akhir, STAr dipertemukan dengan Bey Bey Boys, namun STAR terpaksa akkur apabila tewas 1-2. maka berakhirlah perjuangan STAR dalam Karnival hoki UNITEN 2015 dengan mendapat tempat ke-3 bersama. Tahniah diucapkan kepada barisan pemain yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan.
SAMSUNG CAMERA PICTURES

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...