Pada 24 September 2016, pasukan hoki STAR telah menyertai Kejohanan Hoki Piala Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2016 bertempat di Stadium Hoki USAS, Bukit Chandan Kuala Kangsar. Kejohanan sehari ini  merupakan kejohanan yang telah memasuki edisi ke dua penganjuran. Dalam kejohanan ini, STAR berjaya muncul Naib Johan apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada PBHIC yang rata-rata diwakili oleh pemain dari Sekolah Sukan Pulau Pinang. Apapun, tahniah kepada semua pemain dan jurulatih. Sebuah lagi pasukan SBP. The Malay College Kuala Kangsar berada di tempat ke tiga.