Powered by Blogger.

Saturday, May 9, 2020

FINAL MSS PERAK BAWAH 16 TAHUN 2018 : STAR VS SEK SUKAN NEGERI PERAK

Pada 18-19 November 2018 STAR telah menghantar TIGA pasukan menyertai Kejohanan Hoki MSS Perak Bawah 16 Tahun bertempat di Sekolah Sukan Negeri Perak. Tiga pasukan tersebut ialah STAR BLUE (pasukan utama), STAR RED (Pasukan kedua) dan STAR BLACK (pasukan junior). Ketiga -tiga pasukan diletakkan dalam tiga kumpulan berbeza. Keputusan peringkat awal menyaksikan STAR BLUE dan STAR RED layak ke pusingan XY. Manakala STAR BLACK gagal meneruskan saingan.

Bermain dalam kumpulan X Y, STAR RED gagal meneruskan kemaraan, manakala STAR BLUE berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Dijadualkan menentang SSN Perak , STAR berazam untuk muncul juara di halaman lawan. Namun, STAR terpaksa akur apabila tewas 0-1 dalam perlawanan sengit menentang pasukan Sekolah Sukan Perak. STAR muncul NAIB JOHAN Kejohanan Hoki MSS Perak Bawah 16 Tahun 2018. Tahniah diucapkan. 















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, May 8, 2020

KUANTAN 7S' HOCKEY CHALLENGE 2018 ; STAR RAIH NAIB JOHAN

Pada 27 dan 28 Oktober 2018, STAR telah menyertai Kuantan 7s Hockey Challenge Peringkat Kebangsaan bertempat di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan Pahang. Penyertaan kali ke dua ini membawa misi yang lebih besar untuk sekali lagi berada di podium. Jika tahun 2017, STAR berjaya muncul Johan Kategori Plate, tahun 2018 STAR berjaya melangkah ke pusingan Gold. Alhamdulillah di peringkat separuh  akhir STAR berjaya menewaskan pasukan Mengkarak. Lalu, STAR dijadualkan menentang pasukan Malacca High School di peringkat akhir. Walaupun telah mencuba sebaik mungkin, STAR tewas kepada MHS dalam aksi final 1-0. Alhamdulillah, kejayaan manis di bumi Kuantan. Meningkatkan pencapaian pada tahun 2017. Tahniah kepada semua pemain. 











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, May 7, 2020

PROGRAM PEMBANGUNAN HOKI SBP PERAK BAWAH 14 TAHUN

Kelab Hoki STAR mengambil inisiatif mengadakan Program  Pembangunan Hoki  SBP Perak Bawah 14 Tahun pada 6 Oktober 2018. Perlawanan telah diadakan di Stadium Hoki KTMB Batu Gajah, Perak. Sebanyak lima pasukan telah mengambil bahagian iatu STAR, SERATAS, MCKK , SEMESTI dan SESTA. Perlawanan dijalakankan secara round robin. Pasukan yang mencatat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.Keputusan perlawanan melibatkan STAR :

STAR vs SEMESTI : 8.0

STAR vs SERATAS : 4-0

STAR vs SESTA : 10 -0

STAR vs MCKK : 2-0

Keputusan keselurahan

Johan : STAR

Naib  Johan : MCKK

Ketiga : SERATAS

Keempat : SEMESTI

Kelima : SESTA

Pemain terbaik : Mirza Hakim bin Mukhriz (STAR)


















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, May 3, 2020

OLAHRAGAWAN STAR 2018 MILIK KAPTEN HOKI ZULHILMI YUSRI

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Muhammad Zulhilmi bin Yusri (Kapten Hoki 2018) atas kejayaan dinobatkan sebagai Olahragawan STAR 2018 setelah saban tahun anugerah ini didominasi oleh pemain dari sukan lain. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada semua pemain hoki STAR dalam mengejar kecemerlangan.
2014
1) Johan Inter Straits Hockey Tournament Singapore
29 Johan Kejohanan Hoki Jemputan SMS Kepala Batas 2014

2015
1) Tempat Ketiga Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Persatuan Hoki Perak 2015
2) Johan Kejohanan Hoki Jemputan SMS Kepala Batas 2015
3) Mewakili Perak dalam Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan 2015 Dan muncul Naib Johan
4) Naib Johan Kejohanan Hoki Ipoh Lads 2015
5) Johan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2015
6)Tempat Ketiga Kejohanan MSSD Kinta Utara 2015
7) Johan Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Piala Datuk Shahrul Zaman Yahya

2016
1) Johan Kejohanan Hoki SBP Perak 2016
2) Johan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2016
3) Naib Johan Kejohanan Hoki Naib Canselor USAS 2016
4) Johan Kejohanan Hoki Anaconda Challenge Trophy SBP Bawah 15 Tahun 2016
5) Pemain Terbaik Kejohanan Hoki Anaconda Challenge Trophy SBP Bawah 15 Tahun 2016
6) Naib Johan Kejohanan Hoki Ipoh Lads Peringkat Kebangsaan 2016
7) Naib Johan Kejohanan Hoki Dewan Antarabangsa UPSI 2016
8)Johan Kejohanan Hoki Jemputan SMS Kepala Batas 2016
9) Anugerah Olahragawan Harapan STAR 2016

2017
1) Naib Johan Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2017
2) Mewakili Perak dalam Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun 2017 dan muncul Johan
3) Johan Kejohanan Hoki Dalam Dewan KISAS 2017
4) Johan Silver Pool Kejohanan Hoki Kuantan 7s Challenge 2017
5) Naib Johan Kejohanan Hoki Dewan Antarabangsa UPSI 2017
6) Naib Johan Liga Hoki TNB Perak 2017
7) Anugerah Olahragawan Harapan 2017
8)Mewakili Felda Juniors dalam Malaysian Junior Hockey League (MJHL) 2017

2018
1) Naib Johan Kejohanan Hoki SASER-SGS Trophy 2018
2) Johan Kejohanan Hoki InterSBP Perak 2018
3) Pemain Terbaik Kejohanan Hoki InterSBP Perak 2018
4) Johan Kejohanan Hoki Gelanggang 5s Terbuka SGGS Bawah 17 Tahun 2018
5) Johan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2018
6) Pemain Terbaik Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2018





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

GAGAL PERTAHANKAN KEJUARAAN KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA KISAS 2018

Kejohanan Hoki Dewan KISAS 2018 kembali lagi. Berbekalkan reputasi sebagai juara bertahan, STAR telah menghantar tiga pasukan iaitu STAR Black, STAR Blue dan STAR Red untuk bersaing dengan 29 lagi pasukan dari SBP dan sekolah harian. STAR Blue dan STAR Red diwakili oleh pemain Tingkatan 4 manakala STAR Red pula diwakili oleh para pemain Tingkatan 3, 2 dan 1. 

Keputusan pasukan STAR

STAR RED - Suku Akhir
STAR BLUE - Pusingan Kedua
STAR BLACK - Tempat ke-3 

Tahniah kepada pasukan STAR BLACK yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, tetapi tewas kepada SASER dalam penentuan penalti. Dalam penentuan tempat ke-3/4 STAR BLACK menewaskan SMS Johor juga menerusi penentuam penalti stroke. Semoga kita kembali merampas kejuaraan pada masa akan datang.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

OBW 2018 STAR VS STAROBA

Program Old Boys Weekend merupakan program yang ditunggu-tunggu oleh semua bekas pelajar STAR Ipoh. Pada hujung minggu inilah semua bekas pelajar STAR atau STAROBA akan kembali ke bumi Ipoh untuk mengadakan reunion dan menjalankan pelbagai aktiviti di alma mater mereka. . Salah satu program yang telah dilaksanakan ialah perlawanan hoki antara STAROBA menentang STAR.

Perlawanan hoki sempena OBW 2018 telah diadakan di Padang Hoki Astroturf KTMB, Batu Gajah pada 27 Julai 2018. Sebanyak dua perlawanan diadakan iatu Master Cup mempertemukan pasukan STAROBA Veteren vs STAR U14, manakala Anaconda Cup pula mempertemukan STAR U17 menentang STAROBA. DAlam ke dua-dua perlawanan STAROBA Veteren menang menentang STAR U14, manakala pasukan STAROBA tewas kepada pasukan STAR U17. Alhamdulillah.

Pada hari yang sama, Wakil ANACONDA 90 iaitu pasukan perintis  yang menggunakan nama ANACONDA telah menyampaikan track suit ANACONDA 1990 kepada jurulatih STAR iaitu Encik Shahnun bin Abdul Ghani. Semoga semangat ANACONDA terus menyala dalam diri setiap pemain. Apapun good game STAROBA !!











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PESTA HOKI PERLIS 2018

Usai pertandingan SBP Kebangsaan, STAR telah menyertai satu kejohanan 5s iaitu Pesta Hoki Perlis . Kejohanan ini telah berlangsung pada 12-15 Mei 2018 bertempat di Stadium Hoki Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar. Walaupun berhadapan dengan pasukan pilihan dari seluruh Malaysia, pasukan hoki STAR turut menjejaki podium apabila muncul Naib Johan Kategori plate. Alhamdulillah, kenangan manis apabila dapat bergambar bersama pemain hoki kebangsan, Tengku Ahmaf Tajuddin. STAR tewas dalam aksi final kepada pasukan Millenia 1-0 penentuan penalti. 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...