Powered by Blogger.

Monday, September 14, 2015

KEJOHANAN HOKI PHA CUP BAWAH 14 TAHUN 2015

Pada 12 dan 13 September 2015, STAR telah menyertai Kejohanan Hoki bawah 14 tahun Negeri Perak merebuat Piala Persatuan Hoki Perak (PHA Cup). Dalam kejohanan selama dua hari tersebut, sebanyak 16 buah pasukan yang telah bertanding mewakili 10 daerah di Perak. STAR telah bertanding menggunakan tiket Kampar. Dalam pertandingan tersebut, STAR berjaya meraih kedudukan ke-3 daripada 16 pasukan yang bertanding.  Berikut merupakan keputusan melibatkan STAR.


Pusingan Awal

STAR 1-0 Hilir Perak
STAR 3-0 Kerian A
STAR 5-0 Perak Tengah

Suku Akhir
STAR 2-0 Kerian B
Separuh Akhir
STAR 0-1 Majlis sukan Sekolah-sekolah Perak
Penentuan Tempat ke-3/4
STAR 2-0 KERIAN A


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR PERTAHANKAN ANACONDA CUP 2015

Anaconda Cup

Pada 5 Sepetember 2015, bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah Ipoh sekali lagi perlawanan tahunan STAR Hoki vs STAROBA Hoki telah diadakan. Acata tahunan ini merupakan acara yang sering dinantikan oleh para pemain hoki STAR serta bekas-bekas pemain STAR yang kini aktif bermain dengan STAROBA HC.

Pada tahun 2015, sedikit perubahan dilakukan apabila diwujudkan pertandingan pemanas badan antara ke dua-dua pasukan. STAR diwakili oleh pasukan bawah 14 tahun manakala STAROBA diwakili oleh pemain berusia 40 tahun ke atas. Dalam perlawanan tersebut keputusan seri 0-0. 

Aksi pemanas badan STAR u14 vs Otai STAROBA

Seterusnya untuk sesi ke-dua, perlawanan merebut Anaconda Cup yang menemukan pasukan STAR Bawah 17 tahun dan STAROBA Muda. STAR berazam mengekalkan kejayaan 2015, manakala STAROBA cuba merampas piala yang dimenangi pada tahun 2012. Dan setelah berjuang selama 60 minit akhirnya, STAR berjaya mengesahkan kejayaan apabila menewaskan STAROBA 3-1. Gol-gol STAR diharingkan oleh Haris Iskandar (2 gol) dan Amirul Nizam (satu gol). Manakala gol saguhati STAROBA dijaringkan oleh Saudara Shahir (batch 2005).

Aksi Anaconda Cup

Terima kasih diucapkan buat pengelola (anaconda 95) serta STAROBA Hockey yang banyak membantu dari aspek kewangan pasukan Hoki STAR Ipoh. Semoga perlawanan sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan. 

Mempertahankan Anaconda Cup

STAROBA Hockey yang banyak membantu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KERTAS KERJA PERTANDINGAN HOKI







KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN BAWAH 16 TAHUN SBP



TARIKH:
31 OKTOBER – 2 NOVEMBER   2015


VENUE :
STADIUM AZLAN SHAH, IPOH



KELOLAAN :
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN















KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN BAWAH 16 TAHUN JEMPUTAN SBP


1.0          PENDAHULUAN

1.1          Program ini dilaksanakan untuk menggalakkan penglibatan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadikan dasar 1murid 1sukan.
1.2          Program ini bertujuan untuk menyerlahkan potensi pelajar dalam bidang sukan dan pengurusan program disamping memberi peluang kepada pelajar-pelajar junior terlibat dengan pertandingan di peringkat kebangsaan.


2.0          OBJEKTIF

2.1          Memupuk semangat berdaya saing melalui aktiviti yang dijalankan.
2.2          Melatih pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab, dan menghargai peluang.
2.3          Memupuk semangat kerjasama dan mengikis sikap mementingkan diri sendiri dalam 
           membina pasukan.
2.4          Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi, mempamer bakat, dan merasai sendiri 
           pengalaman semasa menyertai pertandingan.
2.5          Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan tekanan, pengurusan masa dan penyelesaian konflik.


3.0          NAMA KEJOHANAN:


KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN BAWAH 16 TAHUN SEKOLAH BERASRAMA PENUH  

Sekolah Tuanku Abdul Rahman.


4.0          TARIKH KEJOHANAN

31 Oktober – 1 November 2015  (Sabtu dan Ahad)


5.0          TEMPAT KEJOHANAN

Stadium Azlan Shah, Ipoh



6.0          SUMBER KEWANGAN

Penajaan                                                                     RM 6,000


7.0          ANGGARAN KOS PERBELANJAAN – Sila lihat Lampiran A


8.0          KUMPULAN SASARAN (PENYERTAAN)

6.1  Kejohanan ini akan disertai oleh 8 buah Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia yang dijemput .

10.0     SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi                   :


Timbalan Pengerusi  :


Naib Pengerusi          :




               
Setiausaha                 :

Pen. Setiausaha        :
Bendahari                  :


Ahli Jawatankuasa    :
Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, AMN, AMP, PPG
(Pengetua STAR)

Puan Hajah Kamariah binti Sulaiman
(Menjalankan Tugas Penolong Kanan Kokurikulum)

Encik Moamad  Zakaria bin Mohamad Yusof
(Penolong Kanan Pentadbiran)

Encik Mohammad Rosli bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Shahnun bin Abdul Ghani

Encik Iqbal Firdaus b Nordin
Encik Saharudin bin Sukatiau

  1. Encik Azrul Hafiz bin Mazuki
  2. Encik Mohd Firdaus bin Ahmad
  3. Encik Mohd Syafarizwan bin Abdul Azis
  4. Encik Hafizul Marwan bin Hamizan



11.0    JADUAL/TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA (SABTU)
7.30 – 8.30 pagi                      Pendaftaran
8.30 – 9.00 pagi                      Taklimat Pengurus Pasukan
9.00 – 6.00 petang                  Perlawanan Peringkat Kumpulan


HARI KEDUA (AHAD)
8.00 – 12.00 tgah hari             Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir
2.00 – 4.00 petang                  Perlawanan Klasifikasi
4.00 – 5.00 petang                  Perlawanan Akhir
5.00 petang                             Majlis Penyampaian Hadiah
6.00 petang                             Majlis Bersurai

12.0  HADIAH
12.1   Johan  (Pingat + Sijil + Piala Pusingan)
12.2   Naib Johan (Pingat + Sijil)
12.3   Ketiga  (Pingat + Sijil)
12.4   Keempat  ( Pingat + Sijil) 



Disediakan oleh :-                                          


…………………………….............
(SHAHNUN BIN ABDUL GHANI)                                        
Setiausaha Kejohanan Hoki Jemputan
Bawah 14 Tahun SBP           

                                                           













Lampiran  A


BIL


PERKARA

JUMLAH

1

   Sewa Stadium (2 hari)


RM 2000

2

   Bayaran Pengadil


RM 2000

3

  Piala Pusingan


RM 300

  Pingat

 a) Johan : RM10 x 20
 b) Naib Johan : RM10 x 20
 c) Ke-3 : RM 10 x 20
 d) Ke-4 : RM 10 x 20



RM 200
RM 200
RM 200
RM 200


5

  Air Mineral (40 x 10)


RM 400

6

  Banner

RM 100


7

  Kontigensi


RM 400



  JUMLAH


RM 6,000







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...