Powered by Blogger.

Monday, September 23, 2013

INTERHOUSE HOCKEY 2013

Kejohanan Hoki Antara Rumah (interhouse) 2013 peringkat Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh   telah berlangsung dengan jayanya pada 16 September 2013 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan sehari itu telah dianjurkan oleh rumah merah dengan kerjasama Kelab Hoki STAR. Berikut merupakan keputusan perlawanan.

Peringkat Kumpulan A

BLUE v YELLOW ( 0-0)
BLUE v RED  (0-2)
RED v YELLOW (1-1)

* RED layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan, manakala Yellow juga layak selaku naib johan kumpulan.

Peringkat Kumpulan B

GREEN v BLACK  (3-1)
GREEN  v  WHITE  (3-0)
BLACK  v WHITE  (1-0)

* GREEN  dan BLACK layak ke separuh akhir selaku juara dan naib juara kumpulan B

Peringkat Separuh Akhir

RED v BLACK (2-0)
GREEN v YELLOW (4-3) penalti stroke


Penentuan 3/4

BLACK v YELLOW (1-0)

Penentuan 1/2

GREEN v RED (2-0)







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, September 22, 2013

ANACONDA CHALLENGE TROPHY 2013, GILIRAN STAROBA BENAM STAR

Acara tahunan iaitu perlawanan tahunan  STAR menentang bekas STAROBA telah diadakan pada 15 September 2013 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh bersempena Old Boys Weekend  pada 13-15 September 2013.  Pada tahun 2013, buat julung-julung kalinya pihak penganjur Old Boys Weekend telah memperkenakan piala pusingan dan pertandingan ini secara rasminya dikenali sebagai ANACONDA CHALLENGE TROPHY. Untuk rekod buat tiga tahun berturut-turut, iaitu 2010, 2011 dan 2012, STAR menewaskan STAROBA.

Namun, tahun 2013, menyaksikan STAROBA pula memenangi perlawanan apabila menewaskan STAR 3-1 menerusi penalti shoot out setelah ke dua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa perlawanan. Tahniah diucapkan kepada STAROBA. STAR Hockey kongsikan beberapa keping gambar sewaktu berlangsungnya perlawanan.


Aksi perlawanan STAR vs STAROBA


Bekas jurulatih STAR, Encik Zulkifli Din diberi penghormatan menyampaikan hadiah.


STAROBA Hockey menjulang piala pusingan 2013.


Ke dua-dua pasukan bergambar kenangan selepas perlawanan berlangsung.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

JADUAL KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN JOHOR KALI KE-3, 2013



Sunday 22 September 2013 

16:05 Korea v Pakistan

18:05 England v India
20:05 Malaysia v Argentina



Monday 23 September 2013 

16:05 England v Pakistan
18:05 Argentina v India
20:05 Malaysia v Korea

Tuesday 24 September 2013 Rest day

Wednesday 25 September 2013 

16:05 Argentina v Korea
18:05 Malaysia v England
20:05 India v Pakistan

Thursday 26 September 2013

16:05 England v Argentina
18:05 Korea v India
20:05 Malaysia v Pakistan

Friday 27 September 2013 Rest day

Saturday 28 September 2013 

16:05 Argentina v Pakistan
18:05 India v Malaysia
20:05 Korea v England

Sunday 29 September 2013 

15:35 5th v 6th
18:05 3rd v 4th
20:35 1st v 2nd




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, September 20, 2013

ANDERSON JUARAI KEJOHANAN HOKI SEKOLAH PREMIER NEGERI PERAK 2013

Pada 4, 5 dan 11 September 2013, STAR telah menyertai Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Premier Negeri Perak. STAR telah diundi bersama juara bertahan, SMK Anderson, SMK Clifford, Kuala Kangsar dan SMK Holi Methodist, Teluk Intan. Dalam penyertaan pada edisi 2011, STAR berjaya menduduki tempat ke-3. Dan pada tahun 2013, STAR meletakkan harapan untuk sekurang-kurangnya menjadi naib johan. Di peringkat kumpulan, STAR bermula agak perlahan apabila hanya mampu seri dengan SMK Clifford dengan keputusan 3-3. keputusan ini agak mencemaskan, andai tewas, sudah tentu STAR akan tersingkir.


STAR vs SMK Clifford, Kuala Kangsar.

Perlawanan ke dua, STAR jelas bukan tandingan SMK Anderson apabila pasukan pilhan tersebut menang bergaya mengatasi STAR 4-0. Dalam masa yang sama keputusan antara Clifford dan holli Methodist menyaksikan Clifford menewaskan Holi Methodist 6-0. Perlawanan terakhir STAR dijadualkan menentang SMK Holli Methodist yang juga meruapakn perlawanan penentuan. STAR memerlukan jaringan yang besar untuk melaykkan diri ke separuh akhir memandangkan Clifford memiliki kelebihan jaringan sebanyak 6-0.

Menentang Holi Methodist, STAR akhirnya berjaya menunjukkan Clifford jalan keluar apabila bergaya menewaskan Holi Methodist dengan keputusan 10-0 dan dalam masa yang sama SMK Clifford tewas 1-6 kepada SMK Anderson.


Semi Final STAR vs MCKK

Muncul naib johan kumpulan A, STAR membuat perhitungan menentang rival berpuluh tahun lamanya, MCKK. Alhamdulillah, walaupun hanya berbekalkan jaringan 1-0, STAR akhirnya berjaya menewaskan MCKK di peringkat separuh akhir. Kemenangan ini membawa STAR ke final dan akan bertemu SMK Anderson, iaitu juara bertahan negeri Perak dan kebangsaan. 


STAR dan ANDERSON diperkenalkan kepada tetamu kehormat sebelum perlawanan akhir.

Perlawanan akhir dijalankan di Padang Hoki KISDAR, Kuala Kangsar yang turut disaksikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Perak. Dalam aksi final, ternaya SMK Anderson membuktikan mereka berada pada kedudukan yang tersendiri apabila muncul juara menewaskan STAR dengan jaringan 3-0. Tahniah buat Anderson. Walaupun tewas di final, kejayaan ini berjaya membaiki kedudukan di tempat ke-3 pada tahun 2011. Alhamdulillah, kejayaan bersama untuk semua pemain, jurulatih dan penyokong. Semoga tahun-tahun mendatang STAR akan muncul juara. 


Naib Juara Kejohanan Hoki Sekolah Premier Negeri Perak 2013.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

BORANG PENYERTAAN PESTA HOKI USM - PENANG INTERNATIONAL 2013



40th Pesta Hoki USM-Penang 2013 is coming soon! Mark your calendar! 


Date: 5th-8th December 2013
Venue: Minden Field, USM
Motto: Our Passion • Our Game • Our Legacy 

Untuk dapatkan borang penyertaan bolehlah muat turun  di halaman ini.

 Link Borang Penyertaan : PESTA HOKI USM 2013

atau kunjungi FB Page Rasmi kejohanan  di alamat di bawah : 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, September 2, 2013

PIALA ASIA 2013 : KOREA TEWASKAN INDIA 4-3 MUNCUL JUARA


Malaysia gagal mengulangi pencapaian terbaik tempat ketiga pada edisi 2007 apabila kalah 3-1 kepada Pakistan dalam perlawanan merebut tempat ketiga pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 di sini hari ini.

Selain gagal menepati sasaran ke final, skuad bimbangan Paul Revington itu juga gagal menebus kekecewaan perit 4-1 kepada Pakistan pada perlawanan peringkat kumpulan A, Ahad lepas.

Sementara itu, Korea Selatan berjaya mempertahankan kejuaraan selepas mengalahkan India 4-3 pada perlawanan akhir malam ini. - UTUSAN ONLINE


ROLL OF HONOUR 


Man of the Match (final): Kang Moon Kweon (S Korea)

Best Goalkeeper: PR Sreejesh (India)

Top Scorer: Jang Jong Hyun (Korea, eight goals)

Most Outstanding Player: VR Raghunath (India) 

Fairplay: Japan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...