Powered by Blogger.

Friday, November 30, 2012

PERAK MUNCUL JOHAN KEJOHANAN SPTS KEBANGSAAN


Perak muncul sebagai Johan Kejohanan Hoki Sukan Berprestasi  Tinggi Sekolah (SPTS)  bawah 14 tahun 2012 yang berakhir di Johor Bharu semalam, Perak berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir dengan keputusan 2-0. Dalam aksi akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, johor Bahru, Syed Syakir Syed Cholan muncul wira apabila menjaringkan ke dua-dua gol Perak melalui pukulan sudut penalti.

Perak dilihat menguasai perlawanan untuk ke dua-dua separuh masa. Menurut jurulatih Perak, Mohd Nizam Hashim, kuinci kekuatan Perak adalah para pemain menurut perancangan yang telah dibuat serta bermain sebagai satu pasukan. Perak bermula garang apabila dilihat bertubi-tubi melancarkan serangan dari ke dua-dua arah kiri dan kanan. Namun sayang, Perak mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol khusunya melalui pukulan sudut penalti apabila berjaya memperoleh tujuh pukulan penalti. 

Dalam aksi akhir perempuan, pasukan Perak juga turut muncul juara apabila membenam cavaran sengit Kedah 1-0. Manakalan tempat ketiga kategori lelaki milik Johor yang menewaskan Saba menerusi penalti stroke 4-2. Kelantan pula muncul pemenang tempat ke tiga kategori perempuan apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-0.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, November 25, 2012

KUALA LUMPUR KEKALKAN KEJUARAAN BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Update ringkas dari Seremban.

Tempat ke-3/4 : Negeri Sembilan 3, Perak 2

Final Kuala Lumpur 3, Johor 2

Johan : Kuala Lumpur
Naib Johan : Johor
Ke-3 : Negeri Sembilan
Ke-4 : Perak






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, November 24, 2012

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN : JOHOR, KUALA LUMPUR BUAT PERHITUNGAN DI FINAL



KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Keputusan Separuh AKhir  24/11/2012 (SABTU)

 Kuala Lumpur (2) vs Negeri Sembilan (0)

 Perak (2) vs Johor(3)

Jadual Perlawanan Tempat Ke3/4 dan Perlawanan Akhir (25/11/2012- AHAD)

3.00 petang –Tempat ke  3/4 
Negeri Sembilan vs  Perak

5.00 petang - Perlawanan Akhir 
Kuala Lumpur vs  Johor


Semua perlawanan di Stadium Hoki Seremban 2



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, November 23, 2012

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN : KL, JOHOR, PERAK DAN NEGERI SEMBILAN LAYAK KE SEPARUH AKHIR



KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Keputusan 23/11/2012 (JUMAAT)

Kumpulan  A

Kuala Lumpur (2) Kelantan (1)
Johor  (5) Perlis (0)
Pahang (2) Selangor (3)

Kumpulan B

Kedah (1) Melaka (3)
Perak (0)  Penang (2)
Terengganu (0) Negeri Sembilan (1)

Jadual Perlawanan Separuh Akhir 
 24/11/2012 (Sabtu)


4.00 petang  – Kuala Lumpur vs Negeri Sembilan
6.00 petang – Perak vs Johor




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, November 21, 2012

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN : PULAU PINANG MENANG BESAR



KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Keputusan 21/11/2012

Kumpulan  A

Selangor (0) Kelantan (2)
Kuala Lumpur  (4) Pahang (1)

Kumpulan B

Negeri Sembilan (1) Sabah  (1)
Melaka (0)  Penang (7)
Terengganu (1) Kedah (1)

Jadual Perlawanan 22/11/2012 (Khamis)

Kumpulan  A

8.00 pagi – Johor vs Kelantan
4.00 petang – Perlis vs Selangor

Kumpulan  B

8.0o pagi – Kedah vs Sabah
4.30 petang – Perak vs Melaka
6.00 petang – Terengganu vs Penang


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, November 20, 2012

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN : PERAK TERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN



KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Keputusan 20/11/2012

Kumpulan  A

Perlis (2) Pahang (2)
Johor (1) Kuala Lumpur  (1)

Kumpulan B

Negeri Sembilan (5) Pulau Pinang (4)
Perak  (5)  Sabah (0)
Terengganu (2) Melaka (2)

Jadual Perlawanan 21/11/2012 (Rabu)

Kumpulan  A

8.00 pagi – Selangor vs Kelantan
4.30 petang – Kuala Lumpur vs Pahang

Kumpulan  B

8.00 pagi – Kedah vs Terengganu
4.00 petang – Sabah vs Terengganu
6.00 petang  – Melaka vs Pulau Pinang



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, November 19, 2012

SKUAD HOKI REMAJA MALAYSIA PERLU FOKUS PIALA DUNIA REMAJA 2013


JURULATIH skuad hoki bawah 21 tahun negara Muhammad Dharma Raj Abdullah berharap anak buahnya tidak patah semangat selepas mencatat keputusan mengecewakan pada Piala Sultan Johor yang berakhir semalam.

Beliau berkata, setiap pemain perlu bangkit dan memberi fokus sepenuhnya  dalam menghadapi kejohanan lebih besar iaitu Piala Dunia Remaja 2013 yang
dijadual berlangsung di India dari 5 hingga 16 Disember.

Menyedari masih banyak ruang yang perlu diperbaiki skuad itu setelah menduduki tangga tercorot pada Piala Sultan Johor, beliau berkata skuad itu akan
terus menjalani latihan termasuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi menghadapi Piala Dunia Remaja.

"Pada 13 Disember ini, kita akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Universiti Sukan Kebangsaan Korea Selatan (KNSU) di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata skuad negara juga akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Bhopal, India bermula 15 Disember.

Muhammad Dharma Raj berkata skuad remaja negara turut dijadual mengadakan aksi persahabatan menentang skuad remaja Kanada pada Januari depan dan skuad remaja Australia pada Mei.

Mengenai pencapaian skuad remaja negara pada Piala Sultan Johor, beliau berkata sikap anak buahnya yang terlalu yakin telah memakan diri sehingga gagal mempertahankan piala itu.

"Skuad kita di tangga tercorot bukan kerana mereka tidak cukup bagus, hal ini terjadi kerana sikap terlalu yakin dapat mengalahkan pihak lawan menyebabkan mereka kecundang.

"Tidak salah untuk mempunyai keyakinan yang tinggi dalam sesuatu perlawanan tetapi jangan terlalu yakin sehingga memberi keputusan negatif kepada kita," katanya.

Muhammad Dharma Raj berharap prestasi mengecewakan itu menjadi pengajaran kepada skuad remaja negara untuk terus berusaha dan tidak memandang rendah kemampuan pihak lawan pada kejohanan akan datang. - Bernama




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SULTAN JOHOR CUP 2012 : ROLL OF HONOUR


Sultan Johor Cup 2012

Roll of Honour:

Champion: Germany

Runner Up: India


Third: Australia

Fourth: Pakistan

Fifth: New Zealand

Sixth: Malaysia

Fair Play: New Zealand

Best Goalkeeper: Sushant Tirkey (India)

Most Promising Player: Tom Grambusch (Germany)

Man of Match (Final): Niklas Wellen (Germany)

Top Goal Scorer: Kane Russel (New Zealand)









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PIALA SULTAN JOHOR 2012 MILIK JERMAN



PIALA Sultan Johor menjadi milik Jermanselepas pasukan itu menewaskan India 3-2 pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun di Stadium Hoki Taman Daya di Johor Bahru, hari ini.

India lebih menguasai permainan pada separuh masa pertama namun Jermanberjaya mendapatkan pukulan sudut penalti untuk menjaringkan gol yang pertama melalui Jonas Gomoll pada minit ke-11.

Gol tersebut bagaimanapun tidak melemahkan semangat India yang menjadi tuan rumah Piala Dunia Remaja pada tahun depan, pada minit ke-24, Satbir Singh yang menerima hantaran daripada ketua pasukan India Mampreet Singh menyamakan kedudukan. 

Namun pada minit ke-31 Jerman sekali lagi di hadapan apabila Joshua Delarber menyempurnakan pukulan sudut penalti bagi pasukannya yang merupakan juara lima kali Piala Dunia Remaja.

Anak-anak buah Jamilon Muelders melebarkan lagi jaringan apabila Florian Adrians yang menerima hantaran Niklas Wellen menewaskan Sushant Tirkey untuk gol ketiga pasukannya pada minit ke-49.

Apabila permainan berbaki tiga minit, Akashdeep Singh merapatkan jaringan untuk gol kedua pasukan India. 

Dalam perlawanan sebelum itu, Australia menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Pakistan 3-2. 

Pasukan yang dikenali sebagai 'Burras' itu beraksi cemerlang menguasai separuh masa pertama dengan menjaringkan dua gol. 

Namun, permainan pasukan itu semakin lemah pada separuh masa kedua dan menyaksikan Pakistan mengambil kesempatan itu untuk menyamakan kedudukan untuk mengikat Australia sehingga masa tamat.

Perlawanan diheret ke masa tambahan, namun, nasib Australia lebih baik apabila Jayshaan Randhawa menjaringkan gol kemenangan dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti. 

Piala kemenangan disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Iskandar. 

Turut hadir ialah Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. - Bernama

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, November 18, 2012

KEJOHAHAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN : PERAK MENANG BUAT KALI KE-TIGA BERTURUT-TURUT


KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Keputusan 18/11/2012

Kumpulan A

Selangor (3) Johor  (1)
Kelantan  (0) Pahang (0)

Kumpulan B

Pulau Pinang (6)  Sabah (2)
Negeri Sembilan (4) Kedah (0)
Perak (2)  Terengganu (1)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MALAYSIA HUNI TEMPAT TERCOROT PIALA SULTAN JOHOR 2012


Malaysia menghuni tempat ke enam Kejohanan Hoki Antarabangsa bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor apabila tewas 1-2 kepada pasukan New Zealand menerusi "golden goal" apabila ke dua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa perlawanan.

Pasukan negara tewas melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Kane Russel pada masa tambahan yang hanya baru bermula. Untuk rekod, pada tahun pertama kejohanan iaitu tahun 2011, Malaysia muncul johan selepas menewaskan Australia.

Malaysia sepatut menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan 9 pukulan sudut penalti yang diperolehi. Mengulas perkembangan ini, Jurulatih negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah berkata pasukan negara tewas kerana kepenatan mental.

Dalam pada itu, Australia muncul pemenang tempat ke tiga apabila menewaskan Pakistan juga melalui "golden goal" 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa permainan sebenar.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

JADUAL PERLAWANAN KLASIFIKASI PIALA SULTAN JOHOR 2012

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012 telah menghampiri penghujungnya. Kejohanan yang memasuki edisi ke dua ini telah bermula pada 11 November 2012 dan semalam merupakan perlawanan terakhir liga. Berikut merupakan keputusan perlawanan ke lima  yang diadakan pada 17 November 2012 (sabtu) :

Malaysia vs India (3-3)
Australia vs New Zealand (5-1)
Germany vs Pakistan (3-0)

Kedudukan keseluruhan selepas lima perlawanan adalah seperti berikut


Team
Points
1India11
2Germany9
3Australia9
4Pakistan5
5Malaysia4
6New Zealand4

Jadual klasifikasi adalah seperti berikut :

Tarikh : 18 November 2012

Tempat ke 5/6 : Malaysia vs New Zealand (3.35 petang)
Tempat ke 3/4 : Australia vs Pakistan (6.05 petang)
Tempat 1/2     : India vs Germany (8.35 malam)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PIALA SULTAN JOHOR : MALAYSIA IKAT INDIA 3-3



Malaysia mempamerkan aksi menarik apabila mengikat India 3-3 pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2012 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini semalam.

Namun keputusan itu tidak mengubah kedudukan Skuad Projek 2013 yang terus menghuni tangga tercorot kejohanan, sekali gus menidakkan impian untuk beraksi dalam perlawanan klasifikasi merebut tempat ketiga.

Mengulas mengenai perlawanan semalam, jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, para pemain mempamerkan persembahan terbaik, apabila bangkit untuk mencipta keputusan seri.

"Kita harus menerima keputusan ini dengan hati terbuka sekurang-kurangnya ia dapat mengubat kedukaan selepas tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini.

"Pada perlawanan esok (hari ini) kita terus berusaha untuk mencipta kemenangan bagi menduduki tempat kelima kejohanan," katanya.

Perlawanan Malaysia dan India tertangguh selama dua jam akibat hujan lebat namun itu tidak menjejaskan rentak permainan mereka yang tetap bersungguh-sungguh mencari gol awal.

India hampir membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Akashdeep Singh yang berjaya menyambut hantaran kemas rakan sepasukan Prabhdeep Singh di dalam kawasan D namun sempat diselamatkan penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman.

Meskipun memperolehi tiga pukulan sudut penalti pada minit ke-16 tetapi India gagal memanfaatkan peluang tersebut bagi mencipta jaringan akibat kekentalan benteng pertahanan menafikan setiap percubaan mereka.
Benteng pertahanan negara yang pada mulanya ampuh akhirnya dibolosi pada minit ke-19 apabila Akashdeep Singh yang tidak dikawal kemas berjaya menolak masuk tolakan kemas Mandeep Singh.

India terus menambah jaringan pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti Gagandeep Singh yang menuju tepat ke penjuru kiri pintu gol negara.

Ketika separuh masa pertama berbaki tujuh minit, Muhammad Noor Faeez Ibrahim berjaya menjadikan kedudukan 2-1 selepas berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti tetapi kemudian terpaksa diusung keluar akibat mengalami kecederaan.

Pasukan negara bangkit semula menyamakan kedudukan pada minit ke-45 apabila Muhammad Firhan Ashari berjaya menolak bola yang gagal ditampan kemas penjaga gol Sushant Tirkey.
India terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mencipta satu lagi jaringan pada minit ke-58 menerusi Gumail Singh yang menolak masuk bola hasil hantaran Prabhdeep bagi.
Ketika perlawanan berbaki dua minit, Muhammad Noor Faeez muncul penyelamat maruah negara apabila berjaya menyamakan kedudukan bagi mengikat keputusan seri 3-3.

Sumber : UTUSAN




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, November 17, 2012

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN : GILIRAN JOHOR BERPESTA GOL



KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Keputusan 17/11/2012

Kumpulan A

Joho (6) Pahang (0)
Kuala Lumpur  (2) Perlis (1 )

Kumpulan B

Terengganu (2)  Sabah (1)
Perak (3) Kedah (1)
Melaka (1)  Negri Sembilan (3)







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MALAYSIA INTAI TEMPAT KE TIGA


Selepas gagal menempatkan diri ke pentas final untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, skuad Projek 2013 kini memburu tempat ketiga pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2012.

Meskipun bakal berdepan cabaran getir India, pasukan yang sudah mengesahkan tiket final hari ini, namun skuad muda negara tetap optimis mampu menempatkan diri pada kedudukan tiga terbaik dalam edisi kedua kejohanan di Stadium Hoki Taman Daya, di sini.

Pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi berkata, kegagalan untuk mempertahankan gelaran menunjukkan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki bagi meneruskan saingan.

Beliau berkata, pertemuan dengan Pakistan kelmarin menunjukkan anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah mengawal permainan dan memperoleh banyak peluang, termasuk beberapa pukulan sudut penalti, namun gagal manfaatkannya. Sebaliknya, Pakistan, yang dikendalikan Rana Mujahid Ali menggunakan serangan balas pantas untuk mencipta kemenangan.

"Dalam sesuatu pertandingan tidak semua yang dirancang akan menjadi tetapi kita masih ada harapan dan akan berusaha mencapai kedudukan setinggi yang boleh pada kejohanan kali ini.

"Perlawanan menentang India, Sabtu ini (hari ini) adalah demi maruah kita. Meskipun ia sukar namun kita percaya skuad negara mampu meraih tiga mata penuh seterusnya membolehkan kita bermain untuk tempat ketiga dan keempat," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan antara Malaysia dan Pakistan, di sini kelmarin.

Pada perlawanan kelmarin, Pakistan membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi Muhammad Dilber yang berjaya menyusup masuk ke kawasan D sebelum melepaskan pukulan deras menewaskan penjaga gol, Muhammad Hafizuddin Othman.

Pakistan menambah derita pasukan negara pada minit ke-39 menerusi gol padang Muhammad Irfan yang berjaya menolak kemas bola hantaran Dilber.

Dalam perkembangan lain, Mirnawan yakin Skuad Projek 2013 itu mampu menggalas misi pada Kejohanan Piala Dunia Remaja di New Delhi, tahun depan kerana masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan dan memantapkan jentera serangan.

sumber : UTUSAN





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN : KUALA LUMPUR MENANG BESAR



KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN

Keputusan 16/11/2012

Kumpulan A

Kuala Lumpur (5) Selangor (1)
Kelantan (1) Perlis( )0

Kumpulan B

Melaka (2)  Sabah (1)
Penang (3) Kedah (1)
Perak (3)  Negri Sembilan (1)

Jadual 17/11/2012

Group A
0800 pagi – Johor vs Pahang
1600 petang – Kuala Lumpur vs Perlis

Group B
0800 pagi  – Terengganu v Sabah
1630 petang – Perak v Kedah
1800 petang – Melaka v Negri Sembilan



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, November 15, 2012

PIALA SULTAN JOHOR 2012 : PAKISTAN TEWASKAN MALAYSIA 2-0



Malaysia ditunjukkan jalan keluar untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor oleh Pakistan sebentar tadi. Malaysia, sebelum perlawanan berada pada kedudukan ke-5 kejohanan yang diadakan secara liga ini dan masih berpeluang untuk ke akhir jika memenangi perlawanan.
Namun, akhirnya Pakistan menunjukkan Malaysia jalan keluar dengan kemenangan 2-0 ke atas Malaysia. Segala-galanya tidak menjadi buat Malaysia walaupun bermain di halaman dan hadapan penonton sendiri. Sebaliknya Pakistan bermain secara counter attack dengan hantaran jauh yang memerangkap malaysia dan akhirnya membuahkan hasil.
Muhammad Dilber meletakkan Pakistan di hadapan pada minit ke-21 apabila berjaya menolak masuk gol sewaktu berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Malaysia. Manakala gol ke-2 hadir pada minit ke39 di separuh masa ke dua melalui jaringan Muhammad Irfan.
Sabtu ini Malaysia akan melengkapkan jadual perlawanan bertemu India, pendahulu kejohanan setakat ini. Malaysia kini berada pada kedudukan terakhir liga.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN KEBANGSAAN 2012


Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan anjuran MHC-MILO-NSC-KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA kali ke-6 akan berlangsung pada 16-25 November 2012. Kejohanan ini akan melibatkan penyertaan 13 pasukan negeri kecuali Sarawak. Kejohanan sepuluh hari ini akan dilangsungkan di Stadium Hoki Seremban 2, Negeri Sembilan.

Berikut, pembahagian kumpulan kejohanan :

Kumpulan A

Kuala Lumpur
Kelantan
Pahang
Johor
Perlis
Selangor

Kumpulan B

Terengganu
Perak
Kedah
Sabah
Melaka
Pulau Pinang
Negeri Sembilan



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PIALA SULTAN JOHOR : MALAYSIA TEWAS 2-3 KEPADA AUSTRALIA



Malaysia memilih laluan sukar untuk ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2012 apabila tewas kepada Australia 3-2 semalam.
Jurulatih Malaysia, Muhammad Dharma Raj Abdullah yang kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun enggan menyerah kalah sebaliknya berjanji akan memastikan anak buahnya memberikan aksi terbaik apabila menentang Pakistan dan India pada dua aksi terakhir.

"Saya tidak mahu kata peluang untuk Malaysia sudah tertutup kerana masih ada baki dua perlawanan.
"Jika kita menang kedua-dua perlawanan, peluang untuk beraksi pada perlawanan akhir tetap ada," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Australia semalam, Muhammad Dharma berkata, dia kecewa apabila apabila pasukannya terpaksa bermain dengan sembilan pemain.
Ia berikutan kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim dan Irwan Nazli Shazrul dilayangkan kad kuning serentak pada minit ke-50 kerana membantah keputusan pengadil.

Beliau turut menyifatkan pengadil dari Belanda, Coen Bunge Van bertindak terlalu kejam terhadap anak buahnya.

"Bagi perlawanan bertaraf antarabangsa seperti ini, saya anggap beberapa keputusan dibuat pengadil tidak adil dan kejam.

"Sememangnya sukar apabila kapten pasukan terpaksa keluar padang ketika pasukan sedang mendahului 2-1.
"Namun, saya tidak menyalahkan pengadil secara keseluruhan. Pemain saya juga ada membuat beberapa kesilapan dan mereka (Australia) juga bermain dengan baik," ujarnya.

Pada perlawanan semalam, biarpun Australia mendahului menerusi jaringan pertama pada minit ke-23 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Blake Govers, namun pemain Malaysia tidak patah semangat dan memperoleh beberapa peluang gol.

Namun, gol penyamaan hanya hadir pada minit terakhir babak pertama setelah Muhammad Firhan Ashari menyempurnakan tolakan kemas sudut penalti kapten pasukan Muhammad Noor Faeez Ibrahim untuk kedudukan 1-1.

Malaysia terus mempamerkan permainan bertenaga pada separuh masa kedua apabila Amir Farid Ahmad Fuzi menjaringkan gol kedua negara sejurus perlawanan bermula pada minit ke-36 sekali gus mendahului 2-1.
Australia ternyata mempamerkan aksi menarik apabila menyumbat gol penyamaan menerusi Flynn Ogilvie pada minit ke-52 dan terus mengukuhkan kedudukan apabila gol kemenangan perlawanan dijaringkan Kane Posselt pada minit ke-60.

Sebelum itu, dalam perlawanan pertama yang bermula sejam lewat akibat hujan lebat menyaksikan juara lima kali Piala Remaja Dunia yang tewas dalam dua perlawanan dalam kejojanan ini, Jerman membelasah New Zealand 5 - 1.

sumber : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...