Powered by Blogger.

Saturday, August 6, 2011

HOKI INTERHOUSE

Buat julung kalinya Kelab Hoki STAR dibawah kendalian pengurusan baru dengan kerjasama  Rumah Merah telah menghidupkan semula kejohanan Hoki Interhouse 2011 setelah berhenti dalam tempoh yang agak lama. Kejohanan sehari ini telah diadakan pada 30 Julai 2011 bertempat di Stadium Azlan Shah, Ipoh. Dalam kejohanan ini, sebanyak enam rumah telah mengambil bahagian di mana setiap pasukan telah dibahagiakan kepada dua kumpulan. Mengetuai Kumpulan X ialah GREEN, BLUE dan WHITE, mankala RED mengetuai kumpulan Y disamping YELLOW dan BLACK. Perlawanan dijalankan melaui liga. Pasukan yang menduduki tempat teratas kumpulan X dan Y akan bertemu di peringkat akhir, manakal naib johan ke dua-dua pasukan akan bertemu bagi menentukan tempat ke tiga. Beikut keputusan perlawanan

KUMPULAN X

GREEN VS BLUE keputusannnya GREEN menang 1-0.
BLUE VS WHITE keputusannya BLUE menang 2-0
GREEN VS WHITE keputusannya GREEN menang 4-0

KUMPULAN Y

RED VS BLACK keputusannya RED menang 1-0
RED VS YELLOW keputusannya RED menang 4-0
YELLOW VS BLACK keputusannya YELLOW menang 2-0

Dengan ini RED dan GREEN berjaya melangkah ke final, manakala BLUE dan YELLOW akan bertemu bagi merebut tempat ke tiga. 

KEPUTUSAN TEMPAT KE TIGA/EMPAT

BLUE (2) VS YELLOW (0)

KEPUTUSAN FINAL

RED (1) VS GREEN (0)


GREEN HOUSE


BLUE HOUSE


RED HOUSE


YELLOW HOUSE


WHITE HOUSE


BLACK HOUSE




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KL JUARA PIALA RAZAK


MELAKA, (Bernama) - Juara bertahan Kuala Lumpur menewaskan Pahang 1-0 untuk muncul juara pada perlawanan akhir divisyen 1 Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-49 di Stadium Hoki, Bukit Serindit di sini malam ini.
Gol kemenangan Kuala Lumpur yang secara keseluruhan memenangi piala itu untuk kali ke-19, dihasilkan oleh Nabil Fiqri Mohd Noor pada minit ketiga separuh masa kedua tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat pada permainan sepenuh masa 70 minit.
Nabil Fiqri, 24, bijak membuat tolakan ke dalam menerusi jaringan gol padang setelah menerima umpanan Kelvinder Singh untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Khairul Nizam Ibrahim.
Kuala Lumpur memperoleh tujuh peluang menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti tetapi Khairul Nizam yang dipilih pemain terbaik perlawanan akhir, bertindak cemerlang mengawal pintu gol.
Pahang, juara Divisyen 2 pada kejohanan lepas dan muncul pada final kedua mereka selepas 1997, banyak bertahan dan sekali-sekala melakukan serangan balas.
Jurulatih Pahang, Izwan Suhardi Selamat ketika ditemui selepas perlawanan berkata beliau amat berpuashati dengan prestasi keseluruhan anak buahnya pada perlawanan akhir ini.
Dalam satu lagi perlawanan, Terengganu mengatasi Angkatan Tentera 4-3 untuk menduduki tempat ketiga.
Bagi perlawanan akhir Divisyen 2, Negeri Sembilan muncul juara mengatasi Selangor 1-0 menerusi jaringan Azraei Mohd Azizan.

SUMBER : ARENA.MY

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

PHLT BATAL ANJUR KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 KEBANGSAAN

KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Hasrat Terengganu untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan pada November ini mungkin tidak kesampaian berikutan masalah padang dan stadium. 

Setiausaha Persatuan Hoki Lelaki Negeri Terengganu (PHLNT) Sabri Salleh berkata masalah itu mungkin mengakibatkan kejohanan itu dipindahkan ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Selangor.

"Kita amat terkilan kerana tidak dapat menganjurkan kejohanan itu walaupun Persatuan Hoki Malaysia telah memberi mandat kepada kita untuk menjadi tuan rumah sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sabri berkata PHLNT amat berhasrat untuk menganjurkan kejohanan itu memandangkan ia belum pernah diadakan di Terengganu sebelum ini.

Beliau berkata Stadium Hoki Kuala Terengganu di Batu Buruk yang dicadangkan menjadi gelanggang utama menghadapi masalah lampu limpah manakala gelanggang kedua berhampiran Stadium Sultan Mizan di Gong Badak juga tidak boleh digunakan kerana masalah sistem semburan air di padang. SUMBER : ARENA.MY

Oleh itu, Sabri berkata PHLNT mengambil keputusan membatalkan hasrat menjadi tuan rumah dan menyerahkan kembali kepada PHM untuk menentukan lokasi baru kejohanan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...