Powered by Blogger.

Friday, July 26, 2013

PASUKAN REMAJA BELASAH POLAND 8-2 DALAM AKSI PERSAHABATAN

Malaysia menebus kehampaan tewas kepada skuad senior Poland kelmarin apabila mencatat kemenangan 8-2 ke atas skuad remaja Poland pada perlawanan persahabatan ketiga siri Jelajah Eropah di Stadium Hoki WFA, Poznan semalam.
Skuad hoki remaja negara bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah bermula baik apabila Haziq Syamsol menjaringkan gol pertama seawal minit kelima sebelum Poland menyamakan kedudukan seminit sebelum tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Azwar Rahman menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit iaitu pada minit ke-40 dan 41 tetapi Poland mengurangkan defisit pada minit ke-43 bagi kedudukan 3-2.

Tetapi skuad negara kekal fokus dan akhirnya menjaringkan lima gol berturut-turut menerusi Syamim Yusof pada minit ke-45, Nor Aqmal Ghaffar (gambar) (m-58 dan 63) serta Dangerous Lee (m-61 dan 65).
“Ini persembahan paling meyakinkan selepas tiga siri perlawanan persahabatan kerana kami menjaringkan tujuh gol menerusi jaringan padang dan hanya satu pukulan sudut penalti.

“Kami perlu lebih konsisten apabila mengambil pukulan sudut penalti kerana mensia-siakan tujuh peluang pada perlawanan ini,” kata pengurus pasukan Mirnawan Nawawi.

Skuad remaja negara akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang remaja Belgium di Antwerp bermula esok.

Sumber : METRO




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, July 21, 2013

KEJOHANAN HOKI PIALA DUNIA REMAJA 2013


KEJOHANAN PIALA DUNIA REMAJA 2013 akan dilangsungkan di New Delhi, India pada bulan Disember nanti. Malaysia, telah diundi dalam kumpulan D. Berikut merupoakan undian kumpulan Kejohanan Piala Dunia Remaja 2013. 

KUMPULAN A


Germany

Korea Selatan
Belgium
Mesir

KUMPULAN B


Australia

Sepanyol
Argentina
Perancis

KUMPULAN C


Belanda
New Zealand
India
Kanada

KUMPULAN D

England 
Pakistan
Afrika Selatan 
MALAYSIA







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, July 15, 2013

KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI REMAJA PERAK-MILO-MBI-MSN 2013


Keputusan Kejohanan Hoki Remaja Perak - MILO - MBI - MSN 2013

1) Bawah 12 Tahun Lelaki
Final : SK Cator Avenue, Ipoh (1) vs Bukit Bandaraya Boys, KL (0)
2) Bawah 12 Tahun Perempuan
Final : Bukit Bandaraya, KL (1) vs Maybank Juniors (0)
3) Bawah 15 Tahun Lelaki
Final : SMK Syed Hasan A, Perlis (1) vs SMK Syed Hassan B, Perlis (0)
                                                          4) Bawah 15 Tahun Perempuan
Final :  SSTMI Kucing (1) vs SSTMI Helang (0).
5) Bawah 18 Tahun Lelaki
Final : Bukit Jalil Sports School (1) vs  Anderson Tigers (0)
6) Bawah 18 Tahun Perempuan
Final :  SSTMI Jaguar (4) vs SSTMI Cobra (3)






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, July 10, 2013

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI 2013


Kejohanan Hoki Dewan UPSI Kali Ke-8 2013 akan berlangsung pada 24-27 Oktober 2013. Borang penyertaan kejohanan bolehlah ambil di sini.


Segala maklumat berkaitan yuran penyertaan dan hadiah kepada para pemenang ada di sni.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, July 7, 2013

MALAYSIA REBUT TEMPAT KE-5 TEWASKAN JEPUN


Skuad hoki Malaysia menumpaskan Jepun 4-3 menerusi penentuan penalti bagi merebut tempat kelima dalam saingan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, sebentar tadi. 

Penentuan penalti diambil selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa penuh permainan. 

Kemenangan itu memastikan skuad bimbingan Paul Revington memperbaiki kedudukan ranking dunia serta juga memberi keyakinan mempersiapkan diri menjelang saingan Piala Asia di Ipoh, hujung Ogos ini yang menjadi penentu untuk layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda. 







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HARIMAU TERLUKA : MALAYSIA TEWASKAN PAKISTAN 3-1


Aksi Malaysia pada penentuan tempat kelima hingga kelapan kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, semalam ibarat 'harimau terluka' apabila membenam Pakistan 3-1.

Kemenangan itu sekurang-kurangnya dapat meredakan kekecewaan gagal memburu slot ke Piala Dunia 2014 menerusi kejohanan di sini selepas tewas 0-6 kepada Jerman pada aksi suku akhir Khamis lalu.
Lebih manis ia adalah kemenangan pertama skuad Paul Revington ke atas pasukan terbaik Asia, Pakistan sejak mengendalikan skuad kebangsaan Ogos tahun lalu.

Revington berkata, perlawanan menentang Pakistan sentiasa sengit tetapi semalam pemain berjaya mengatasi lawan dengan baik.

"Menentang pasukan seperti Pakistan memerlukan pemain menjadi lebih bijak ketika melakukan serangan dan kami berjaya melakukannya hari ini (semalam)," katanya.

Malaysia meraih gol pada minit ke-14 hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim namun Pakistan kedudukan dan berjaya melakukannya pada minit ke-16 menerusi gol padang Shafqat Rasool.

Pakistan tertekan apabila Imran Butt menjadikan gol sendiri pada minit ke-19 untuk Malaysia mendahului 2-1 dan Malaysia menambah gol ketiga pada minit ke-38 hasil jaringan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, July 3, 2013

MALAYSIA JUMPA JERMAN SUKU AKHIR

Malaysia memilih laluan sukar pada saingan suku akhir pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia selepas tewas 1-2 kepada England di Stadium Taman Daya di sini, semalam.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia hanya mampu menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga dan akan menentang naib juara Kumpulan A, Jerman yang juga menduduki ranking No. 1 dunia dalam aksi suku akhir esok.

Malah, peluang Malaysia untuk melepasi saingan suku akhir juga bukan mudah kerana misi Jerman pada kejohanan tersebut adalah untuk memburu gelaran.

Ketua jurulatih kebangsaan, Paul Revington berkata, dia amat kecewa dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya pada perlawanan menentang England.

"Terlalu banyak bermain dalam corak permainan serangan dan bertahan ketika menentang Afrika Selatan pada Ahad lepas sedikit menjejaskan kualiti permainan kami hari ini (semalam). Ini juga bukan standard permainan yang kami mahukan.

"Menentang Jerman pada suku akhir nanti kami perlu buang perasaan takut meskipun kami amat menghormati pasukan lawan," kata Revington kepada pemberita pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan di sini, semalam.

Pada perlawanan tersebut, England terlebih dahulu meraih jaringan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti pemain Richard Smith.

Malaysia hanya mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi pukulan sudut penalti penyerang Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil. Bermula babak kedua menyaksikan lebih banyak serangan dalam kawasan D dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, jaringan hanya mampu diterjemahkan pada minit ke-57 yang menyaksikan England kembali mendahului jaringan menerusi gol padang Barry Middleton.
Malaysia terus berusaha memburu gol penyamaan menerusi serangan dari setiap sudut, namun gagal memperoleh jaringan sebelum terpaksa akur dengan kekalahan ke atas pasukan ranking keempat dunia England.

Sementara itu, keputusan lain dalam saingan Kumpulan B menyaksikan Pakistan meraih kemenangan 6-2 ke atas Afrika Selatan. Kemenangan Pakistan itu membolehkan mereka menamatkan saingan peringkat Kumpulan B sebagai pendahulu.

Pada perlawanan suku akhir esok Pakistan dijadual menentang pasukan di kedudukan keempat Kumpulan A, Korea Selatan manakala Afrika Selatan akan bertemu juara Kumpulan A, Argentina.










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, July 1, 2013

KEJOHANAN HOKI SEKOLAH PRIMIER ZON PERAK 2013


Kejohanan Hoki Sekolah Primier Zon Perak 2013



Tuan Rumah : THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

Tarikh : 5 - 7 September 2013


5 September 2013 : Peringkat awal/kumpulan

6 September 2013 : Separuh Akhir

7 September : Tempat ke 3/4 dan final.

Pusingan awal dan separuh akhir akan dilaksanakan di Stadium Hoki Azlan Shah,Ipoh manakala peringkat akhir akan berlangsung di Stadium Hoki KISDAR,Kuala Kangsar.




Kumpulan A



1. SMK ANDERSON (juara bertahan)

2. SMK ST ANTHONY TELUK INTAN

3. SMK CLIFFORD

4. SEK TUANKU ABDUL RAHMAN


Kumpulan B

1. MCKK (naib johan 2011) 

2. SMK SULTAN YUSUF, Batu Gajah

3. SMK ST MICHEAL

4. SMK METHODIST ACS IPOH










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...