Powered by Blogger.

Monday, May 24, 2010

KEJOHANAN HOKI SBP ZON UTARA




Pada 1-3 April 2010 telah berlangsung Kejohanan Hoki SBP Zon Utara di SM Sains Kepala Batas, Pulau Pinang. STAR telah menghantar pasukan bawah 16 tahun sebagai pendedahan untuk menyertai Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 21-24 Julai 2010 di Ipoh. Semua perlawanan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).

Sebanyak 15 pasukan telah mengambil bahagian dalam ketegori lelaki manakala kategori perempuan memperlihatkan 10 pasukan telah menyahut cabaran. STAR diletakkan satu kumpulan bersama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah dan SBPI Gopeng. Di peringkat Kumpulan STAR berjaya mengikat ke dua-dua pasukan dengan kadudukan seri 0-0.

STAR muncul naib johan kumpulan dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Di peringkat suku akhir STAR berjaya menewaskan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dengan jaringan 1-0. Seterusnya di peringkat akhir STAR telah bertemu musuh tradisi, Malay College Kuala Kangsar. Keputusannya, STAR tewas 0-1.

Maka, perjuangan STAR berakhir di peringkat separuh akhir sahaja. Namun begitu, STAR tetap berpeluang menebus kehampaan apabila layak ke peringkat kebangsaan atas tiket tuan rumah. Keputusan perlawanan akhir SM Sains Sultan Muhammad Jiwa menewaskan The Malay College Kuala Kangsar 3-1.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, May 17, 2010

KUALA LUMPUR JUARA HOKI PIALA RAZAK



Harvinder Singh menjadi wira Kuala Lumpur apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Perak pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Razak, semalam.

Pada perlawanan yang sengit itu, kedua-dua pasukan yang bersaing dalam saingan Divisyen 1 saling membalas serangan, namun pertahanan kedua-dua pasukan amat utuh sekali.

Usaha Kuala Lumpur untuk menembusi gawang berjaya dinafikan benteng pertahanan Perak.

Sementara serangan Perak yang garang pula beberapa kali berjaya dijinakkan Kuala Lumpur sehingga kedua-dua pasukan buntu mengatur strategi demi strategi.

Namun, kebuntuan berakhir apabila Kuala Lumpur menerusi Harvender Singh berjaya menghasilkan gol menerusi jaringan padang pada minit ke-70 yang mengesahkan kejuaraan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Melaka berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan Hoki Piala Razak apabila menumpaskan Johor 4-3.

Johor memulakan jaringan gol apabila Balit Singh membuat pukulan sudut penalti pada minit ke-14.

Johor menambah gol kedua menerusi Joel Samuel Van Huizen pada minit ke-20.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan Johor meraikan dua gol pertama tidak lama apabila Melaka menjaringkan gol pertama menerusi Chua Boon Huat pada minit ke-30.

Pada babak kedua pula, Melaka berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Boon Huat pada minit ke- 43.

Namun, Johor berjaya memintas Melaka dengan jaringan sudut penalti oleh Shaheeb Shah Halim Shah.

Melaka sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan apabila Amirrullah Zainul menjaringkan gol menerusi jaringan sudut penalti pada minit ke-65.

Boon Huat sekali lagi menjadi wira Melaka apabila berjaya menjaringkan gol hasil jaring padang sekali gus berjaya memenangi perlawanan ini.

Sementara itu, Pahang berjaya menduduki tempat pertama Divisyen 2 selepas mengalahkan Singapura 2-0 sekali gus melayakkan Pahang bersaing dalam Divisyen 1 pada tahun depan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STEPHEN VAN HUIZEN DILANTIK KETUA JURULATIH HOKI NEGARA


Tiada perasaan gembira ditunjukkan oleh jurulatih utama hoki negara yang baru dilantik, Stephen Van Huizen, apabila dikhabarkan mengambil alih jawatan tersebut daripada Tai Beng Hai pada Majlis Mesyuarat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), 3 April lepas.

Tanpa berselindung, Van Huizen mengakui masih mahu bekerja bersama Beng Hai sebagai jurulatih seperti mana sebelum ini.

Beliau menyifatkan pemberian jawatan itu sebenarnya tidak akan memberikan sebarang perbezaan buat dirinya dalam cara membimbing skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Selain berasa terkejut dengan keputusan yang diberikan oleh PHM, Van Huizen juga tidak menyangka secara tiba-tiba berada di atas kedudukan Beng Hai sedangkan rakannya itu telah bersusah payah membentuk sebuah pasukan mantap sepanjang tahun lalu.

''Sedangkan saya pada asalnya diserap untuk membantu Beng Hai menghadapi dua kejohanan dalam masa terdekat ini dan tidak sampai beberapa bulan, saya telah diangkat sebagai jurulatih utama sementara Beng Hai sebagai jurulatih kedua.

''Pada pendapat saya, Beng Hai sebenarnya berjaya membawa skuad hoki negara kita dengan baik jika melihat pencapaian pada kelayakan Piala Dunia di Invercargill, New Zealand walaupun gagal layak ke pusingan akhir.

''Bagaimanapun, saya perlu menerima keputusan PHM ini dengan rela hati tetapi dalam masa sama, saya dan Beng Hai akan terus amalkan perbincangan serta keputusan bersama daripada segi taktikal serta pemilihan pemain,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia.

Sabtu lalu, Presiden PHM, Tengku Abdullah Tengku Ahmad Shah bersama ahli jawatankuasanya memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat jurulatih asing seperti yang dirancang sebelum ini yang mana nama bekas jurulatih Belanda, Roelant Oltmans menjadi sebutan bakal memegang jawatan tersebut daripada Beng Hai serta Van Huizen.

Khidmat Van Huizen sebagai jurulatih utama dijangka akan berterusan sehingga Sukan Olimpik London 2012 memandangkan Tengku Abdullah mengeluarkan pandangan bahawa jurulatih tempatan akan memegang jawatan itu sehingga masa berkenaan.

Beng Hai, yang dilantik sebagai jurulatih pada 27 Disember 2008 berjaya membawa skuad kebangsaan muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah, April lalu, namun sekadar mampu meletakkan skuad negara di tempat keempat dalam kejohanan Piala Asia di Kuantan sebulan selepas itu.

Di Invercargill, skuad negara kecundang pada perlawanan terakhir ke atas New Zealand 1-2 dalam perebutan slot terakhir ke Piala Dunia.

Ditanya sasaran utamanya pada tahun ini, Van Huizen melihat Sukan Asia antara kejohanan paling penting kerana kedudukan sebagai juara mampu meletakkan Malaysia beraksi secara automatik di Sukan Olimpik.

''Namun, kedudukan kejohanan lain juga akan diambil serius oleh saya dan Beng Hai kerana Sukan Komanwel serta Piala Sultan Azlan Shah tidak kurang pentingnya kepada skuad kebangsaan, '' katanya.

Dia bersama Beng Hai telah menyerahkan beberapa nama pemain baru kepada PHM untuk proses kelulusan, namun enggan memberitahu nama-nama yang dipilih kerana masih belum mendapat lampu hijau daripada badan induk hoki negara itu.

''Dalam senarai pemain itu, ada pemain senior dan ada juga muka baru, maaf kerana saya tidak berikan nama-nama mereka kerana kuasa mengumumkannya terletak pada PHM, '' jelasnya.

Skuad kebangsaan akan memulakan latihan pusat hari ini di Stadium Hoki Tun Razak selepas menamatkan aksi pada kejohanan Piala Razak yang berlangsung di Kuantan, baru-baru ini.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, May 15, 2010

FUTSAL KELAB HOKI




Pada tanggal 27 Febuari 2009, bertempat di Xtreme Park, Bandar Baru Sunway, Tambun telah berlangsung perlawanan futsal kelab hoki. Setelah penat mengerah keringat di tengah padang, kami beralih pula ke gelanggang futsal bagi merehatkan minda pemain di samping menguatkan lagi tali persahabatan dan perpaduan antara pemain. Selain itu ,aktiviti ini juga dapat menguji ketahanan mental dan fizikal pemain. Terima kasih buat Cg Shahnun yang telah mengangkut kami sebanyak 5 kali.

Pemain dibahagikan kepada 3 pasukan iaitu Ball Side,BOD dan C-Run.Perlawanan telah diadakan selama 7 minit bagi setiap separuh masa. Semua pemain telah bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun masih kepenatan selepas latihan. Keriangan dan keseronokan jelas terpancar di wajah masing-masing menghadapi perlawanan futsal tersebut.

Berikut adalah keputusan perlawanan:

Ball Side 5 : 2 BOD
BOD 3 : 4 C-Run
C-Run 3 : 2 Ball Side
Ball Side 6 : 6 BOD
BOD 5 : 4 C-Run
C-Run 2 : 3 Ball Side

Pemenang telah jatuh kepada kumpulan Ball Side yang diketuai oleh Saudara Amirul Alimin dan Saudara Nasruddin telah muncul sebagai penjaring terbanyak dengan tujuh gol.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

SELAMAT HARI LAHIR



Pada 2 Mac 2010, Ahli Kelab Hoki telah mengadakan majlis ringkas untuk menyambut hari lahir Muhammad Amizal bin Mansor, iaitu kapten hoki bawah 16 tahun. Majlis diadakan pada jam 12.oo malam dengan dihadiri semua pemain bawah 18 tahun. Dengan cara ini, hubungan sesama ahli kelab dapat dieratkan dari semasa ke semasa. Walaupun dengan hanya berbekalkan sebiji kek dan sekeping kad ucapan, namun yang penting adalah ingatan yang tidak berbelah bahagi terhadap rakan sepasukan.  

Kepada Amizal, selamat menyambut hari lahir, semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Semoga berjaya memimpin pasukan bawah 16 tahun ke Kejohanan Hoki SBP Zon Utara dan Kebangsaan dengan sebaik mungkin.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, May 11, 2010

KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2010




Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tanggal 1-4 Mac 2010 telah berlangsung Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Sebanyak 9 buah sekolah telah mengesahkan untuk mengambil bahagian. Dalam kumpulan A menemukan SMK Anderson, SMK Tanjung Rambutan dan SMK St Michael. Dalam kumpulan B pula menemukan SMK Sungai Pari, SMK ACS Ipoh dan SMK Tambun, manakala STAR diletakkan dalam kumpulan C bersama SMK Bercham dan SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh.

Perlawanan pertama, STAR telah bertemu dengan SM Teknik Lebuh Cator. Dan keputusannya STAR berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0. Gol-gol hasil jaringan Aiman Shahir pada minit ke- 12, Nasruddin pada minit ke- 21 dan Alimin pada minit ke-40. Kemenangan ini berjaya menyuntik moral yang tinggi terhadap pasukan untuk bertemu SMK Bercham keesokan harinya.

Hari ke dua kejohanan menemukan STAR dengan SMK Bercham. Momentum kemenangan diteruskan oleh para pemain. Kali ini STAR berjaya merakamkan kemenangan bergaya ke atas SMK Bercham dengan keputusan 7-0. Sekali lagi Muhammad Nasruddin berjaya mencatatkan hatrik dengan tiga gol pada minit ke- 7, 14 dan 19. Al-Muazzin turut mencatatkan nama sebagai penjaring dengan satu gol pada minit ke-20 melengkapkan kedudukan 4-0 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua STAR semakin galak menambahkan gol apabila menambah tiga lagi gol pada minit ke-36 dan 44. Kedua-dua gol hasil jaringan Khalis. Manakala Faris Habeha berjaya melengkapkan kedudukan 7-0 pada minit-minit akhir perlawanan.

STAR berjaya mengungguli Kumpulan C dan melayakkan diri ke peringkat kalah mati iaitu X dan Y. Anderson, Tambun dan Teknik leboh Cator diletakkan dalam kumpulan X, manakala STAR bersama ACS Ipoh dan Tanjung Rambutan. Namun begitu, walaupun undian dilihat sedikit memihak kepada STAR, namun jadual perlawanan agak meresahkan.

STAR dijadualkan bermain dalam dua perlawanan dalam tempoh 3 jam. Dalam perlawanan pertama Alhamdulillah, STAR berjaya menewaskan pasukan yang agak kuat ACS Ipoh hasil jaringan Muhammad Alimin. Namun, seperti yang dijangka, STAR gagal mengekang kemaraan SMK Tanjung Rambutan, walaupun menang dalam perlawnan persahabatan sebelum ini. STAR tewas 0-1. STAR buntu untuk menjaringkan gol walaupun telah berjaya menguasai hampir 90 peratus permainan. Akhirnya, kami terkeluar daripada perebutan ke final apabila ACS muncul juara kumpulan Y setelah mengalahkan Tanjung Rambutan di sebelah petang 2-0.

Apapun, tahniah kepada semua pemain yang bertungkus lumus. Kami tetap berbangga apabila mencatat kemenangan bergaya di peringkat kumpulan. Mungkin nasib tidak menyebelahi STAR kali ini..Jumpa lagi tahun hadapan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR : SMK TANJUNG RAMBUTAN


Kemenangan pertama untuk tahun 2010. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan momentum yang baik untuk pasukan ini. Dalam perlawanan persahabatan kedua selepas dikecewakan oleh SMK Clifford, STAR berjaya menewaskan SMK Tanjung Rambutan dalam perlawanan persahabatan yang diatur. Perlawanan berlangsung pada 26 Februari 2010.

Perlawanan ini merupakan perlawanan yang signifikan sebagai suntikan moral untuk menghadapi Kejohanan MSSD Kinta Utara yang dijadualkan berlangsung pada 1-4 Mac 2010. Perlawanan berkesudahan 4-1 kemenangan kepada STAR. Gol-gol hasil jaringan Muhammad Nasruddin yang mencatatkan hatrik,manakala satu gol lagi disumbangkan oleh Muhammad Al Muazzin, ketua pasukan. Sekalung tahniah buat pasukan, semoga berjaya dengan cemerlang dalam Kejohanan MSSD Kinta Utara nanti.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, May 9, 2010

LATIHAN INTENSIF






Pada 19-21 Februari 2010 pasukan hoki STAR telah mengadakan program latihan intensif selama tiga hari. Program ini dijalankan sewaktu cuti Tahun Baru Cina di mana para pemain hoki diminta pulang awal ke sekolah bagi menjalani latihan intensif sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara. Selama tiga hari, para pemain menjalani latihan di padang sekolah dan juga di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Untuk sesi di Stadium Sultan Azlan Shah, dengan bantuan dari PK HEM, Encik Zakaria, kami telah berjaya mendapatkan khidmat Cikgu Nizam, iaitu jurulatih pasukan SMK Clifford, Kuala Kangsar yang sememangnya terkenal sebagai jurulatih hoki di peringkat negeri.


Al-hamdulillah para pemain mendapat manfaat yang banyak daripada program tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara yang dijangkakan pada 1-4 Mac 2010. Walaupun dalam serba kekurangan dan dilihat sebagai pasukan underdog, team ANACONDA berharap untuk terus berjuang dan seterusnya membaiki kedudukan tempat ke-3 pada tahun 2009.








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

HIKAYAT MEMILUKAN DI KUALA KANGSAR





Perlawanan pertama sebagai pemanas badan sememangnya sangat ditungu-tunggu. Lalu satu perlawanan persahabatan untuk pasukan bawah 18 tahun telah diatur dengan SMK Clifford, pasukan yang sangat digeruni lawan mahupun kawan. berbekalkan dengan kemampuan pasukan yang tidak seberapa, kami bergerak ke Kuala Kangsar. SMK Clifford di bawah bimbingan Cikgu Nizam iaitu jurulatih negeri amat cemerlang dalam sukan hoki.

Perlawanan diadakan di Padang kolej Islam Darul Ridzuan dalam keadaan hujan lebat. Natijahnya dalam tempoh sejam, gawang kami bolos dua belas kali. Sesuatu yang sungguh menyedihkan. Perlawanan pertama sebagai pengurus berakhir dengan hikayat memilukan. Namun kami akur dengan reputasi pihak lawan yang memiliki seribu banyak kelebihan berbanding kami. kami mendapat satu gol sagu hati melalui jaringan Aiman Syahir.

Kami pulang ke Ipoh dengan perasaan berbaur..malu dan sedih.Apapun itulah pengajaran terbaik kepada para pemain agar terus berusaha gigih menjaga maruah pasukan. Sesuatu harus dilakukan.

Tiga tahun lagi segalanya pasti berubah, INSYAALLAH.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, May 8, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN





Pada 27 Januari 2010 berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Hoki STAR. Tahun ini saya dan Cik Helmi Fazlin telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru penasihat merangkap pengurus pasukan hoki sekolah. Bertukar-tukar pula jawatan. Kalau dulu sebagai pengurus olahraga, kemudian bola tampar dan diikuti tenis, tahun ini hoki pula menjadi sukan terbaru saya. Walaupun tiada kemahiran khusus sebagai pemain mahupun jurulatih, saya dan Cik Helmi Fazlin bertekad untuk memastikan kelangsungan sukan hoki di STAR akan berterusan kejayaannya.

AGM pada hari tersebut sebulat suara memilih saudara Amirul Alimin sebagai Presiden, manakala Al-Muazzin pula menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan. Antara program yang telah dirancang adalah klinik hoki untuk ahli kelab, latihan insentif di Stadium Hoki Ipoh, perlawanan persahabatan bersama sekolah-sekolah sekitar ipoh, tour ke Zon tengah selain aktiviti lain seperti membuat T-shirt kelab serta jamuan akhir tahun.

Berikut senarai AJK Kelab Hoki untuk tahun 2010 :

Guru penasihat :
Encik Shahnun bin Abdul Ghani
Cik Helmi Fazlin binti Baharim

Pengerusi :
Muhammad Amirul Alimin bin Razali

Naib Pengerusi :
Zahrul Lail bin Mat Salleh

Setiausaha 1 :
Mohd Aiman bin Sanudin

Setiausaha 2 :
Mohamad Nasrudin bin Abdul Rahman

Bendahari :
Aizudin Akmal bin Azahli

Kapten :
Muhammad Al Muazzin bin Ibrahim

AJK :
Muhammad Adam bin Samsudin
Muhammad Amizal bin Mansor
Muhammad Faris bin Mat Habeha





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

BERMULA KISAH


Salam buat semua. Guru Penasihat Kelab Hoki? Menarik juga..maka tahun ini bermulalah pengalaman baru buat saya sebagai pembimbing pasukan hoki. Agak malang, tanpa asas permainan hoki, saya diberi tanggungjawab ini bersama Cik Helmi Fazlin. Namun, kalau memang begitu tugas guru, beri apapun pasti akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Melihat kepada keadaan pasukan dan kelab hoki yang hidup segan mati tak mahu, maka saya berazam untuk mencalitkan sedikit kejayaan buat pasukan ini. Walau permainan hoki di STAR tidaklah sepopular sukan olahraga, ragbi dan bola sepak. Namun, sesuatu harus dibuktikan..

Kepada pemain-pemain, tunggu!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...