Powered by Blogger.

Sunday, November 13, 2016

STAR ANACONDA CEMERLANG DI UPSI

Kejohanan Hoki Dewan UPSI Kali ke-10 telah diadakan pada 11-12 November 2016 bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Tanjung Malim. Seperti biasa STAR Hockey telah menghantar sebuah pasukan untuk memeriahkan kejohanan. Pada edisi kali ini beberapa buah pasukan ternama seperti Sekolah Sukan Malaysia Sabah, penang Free School dan MBPJ turut menghantar penyeraan. 

STAR telah diletakkan dalam kumpulan A bersama Bukit Sentoasa Eagles, MVPJ Tigers dan Baracuda. Alhamdulillah STAR berjaya muncul Johan Kumpulan dan diperingkat suku akhir STAR bertemu pasukan Khir Johari. Alhamdulillah kemenangan 1-0 telah membawa STAR ke separuh akhir.

Beradu tenaga bersama SERATAS VENOM bukanlah mudah. Perlawanan terpaksa diputuskan melalui pukulan penalti strok. Akhirnya STAR menang 2-1. STAR layak ke final dan bertemu Penang Free School. Walaupun cuba memberi tentangan sebaik mungkin, namun STAR terpaksa akur apabila tewas 0-2. Apapun inilah kali pertama STAR layak ke final. Tahniah buat semua pemain dan jurulatih.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR ANACONDA RAIH TEMPAT KE DUA KEJOHANAN TERBUKA IPOH LADS

Pada 4-5 November 2016 STAR telah menyertai Kejohanan Hoki Terbuka Ipoh Lads bertempat di Stadium Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan selama dua hari ini telah menerima penyertan sebanyak 100 pasukan melibatkan 1000 pemain. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Bawah 12, 14 dan 16 tahun. STAR telah menghantar 4 pasukan iaitu 2 pasukan bawah 14 tahun dan dua pasukan bawah 16 tahun. Walau bagaimanapun dalam kategori Bawah 14 tahun, STAR terkandas di peringkat suku akhir.

Dalam kategori Bawah 16 tahun, pasukan STAR BLUE melayakan diri ke peringkat separuh akhir tetapi tewas kepada pasukan SMSS Muhammad Jiwa 1-0. Berbeza dengan pasukan STAR RED yang berjaya mengorak langkah hingga ke peringkat akhir. Dalam aksi final STAR RED  telah bertemu dengan pasukan Bangsar Boys. Namun, sayang walaupun cuba memberi tentangan yang sengit, STAR tewas 0-1. Walau bagaimanapun, kejayaan layak ke final adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Tahniah STAR ANACONDA.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR JUARA SULUNG KEJOHANAN ANACONDA CHALLENGE TROPHY U15 SBP

Menyedari betapa program pembangunan adalah sangat penting, maka STAR telah menganjurkan satu kejohanan di peringkat pembangunan iatu Anaconda Challenge Trophy Inter SBP Bawah 15 Tahun. Sebanyak 12 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari tersebut. Alhamdulillah, kejohanan telah berjalan dengan lancar. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SERATAS, MCKK, SBPI Gopeng, SMS Rembau, Sekolah Sultan Alam Shah, SMS Sultan Muhammad Jiwa, SMS Kubang Pasu, SMS Kepala Batas, SMS Batu Pahat dan SM Sains Johor. 

Kejohanan yang pertama kali diadakan ini telah menemukan STAR dan SMS Johor di perlawanan akhir. Alhamdulillah, STAR berada pada kedudukan yang tersendiri apabila muncul johan menewaskan SMS Johor 7-0. Muhammad Syahmi Syahir muncul Penjaring Terbanyak, Muhammad Zulhilmi bin Yusri pula dinobatkan pemain terbaik kejohanan. Anugerah Penjaga Gol terbaik diberikan kepada penjaga gol MCKK.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, October 3, 2016

KEJOHANAN HOKI PIALA NAIB CANSELOR USAS 2016


Pada 24 September 2016, pasukan hoki STAR telah menyertai Kejohanan Hoki Piala Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2016 bertempat di Stadium Hoki USAS, Bukit Chandan Kuala Kangsar. Kejohanan sehari ini  merupakan kejohanan yang telah memasuki edisi ke dua penganjuran. Dalam kejohanan ini, STAR berjaya muncul Naib Johan apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada PBHIC yang rata-rata diwakili oleh pemain dari Sekolah Sukan Pulau Pinang. Apapun, tahniah kepada semua pemain dan jurulatih. Sebuah lagi pasukan SBP. The Malay College Kuala Kangsar berada di tempat ke tiga.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, April 6, 2016

STAR IPOH JUARA KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN KALI KE-4 BERTURUT-TURUT

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2016 pastinya menjanjikan kenangan terbaik buat pasukan Hoki STAR ANACONDA apabila berjaya muncul Johan buat kali keempat berturut-turut. Berbekalkan reputasi selaku juara bertahan untuk tahun 2013, 2014 dan 2015, keazaman yang tinggi ditunjukkan oleh anak-anak buah Encik Shahnun Abdul Ghani untuk sekali lagi menakluki Kejohannan Hoki SBP Kebangsaan.


STAR Anaconda diletakkan dalam kumpulan D bersama pasukan SM Sains dungun, SM Sains batu Pahat dan Sekolah Sultan Alam Shah. di peringkat kumpulan STAR menewaskan SMS Dungun (2-0), SM Sains Batu Pahat (3-0) dan Sekolah Sultan Alam Shah (2-0). Kejayaan ini meletakkan STAR sebagai johan kumpulan dan layak ke suku akhir. Di peringkat suku akhir, STAR menewaskan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah dengan jaringan 2-0.

STAR layak ke separuh akhir bertemu The Malay College Kuala kangsar. Dalam aksi yang cukup mendebarkan, jaringan tunggal Ariff Fikri berjaya membawa STAR ke final dan menentang SM Sains Selangor.  dalam aksi final, STAR akhirnya muncul pemenang menewaskan SMSS 1-0.

Keputusan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2016 : 
Lelaki
Johan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Naib Johan : SM Saisn Selangor
ketiga bersama : MCKK dan SBPI Sabak Bernam
Perempuan: 
Johan : SBPI Sabak Bernam
naib Johan : Sekolah Tun Fatimah
Ketiga bersama : SMS Selangor dan SMS Sultan Muhammad Jiwa





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, March 19, 2016

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN HOKI ANTARABANGSA PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2016





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, March 11, 2016

SENARAI PASUKAN YANG LAYAK KE KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2016

Lelaki :
1. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (Pahang)

2. SM Sains Selangor (KL)

3. Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)

4. SBPI Sabak Bernam (Selangor)

5. Kolej Islam Sultan alam Shah (Tuan Rumah)
6. SM Sains Batu Pahat (Johor)
7. SM Sains Lahad Datu (SQL)
8. Sekolah Dato' Abdul Razak (Negeri Sembilan)
9. SM Sains Rembau (Negeri Sembilan)
10. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Perak)
11. The Malay college Kuala Kangsar (Perak)
12. SM Sains Dungun (Terengganu)
13. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa (Kedah)
14. SMS Kubang Pasu (Kedah)
15. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan)


Perempuan :
1. SMS Raja Tun Azlan Shah (Perak)
2. Sekolah Tun Fatimah (Johor)
3. SMS Lahad Datu (SQL)
4. Kolej Tunku Kurshiah (Negeri Sembilan)
5. SM Sains Muzaffar Shah (Melaka)
6. SBPI Sabak Bernam (Selangor)
7. SM Sains Selangor (Kuala Lumpur)
8. Sekolah Seri Puteri (Selangor)
9. SM Sains Setiu (Terengganu)
10. SBPI Kuantan (Pahang)
11. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. (Pahang)
12. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa (Kedah)
13. SM Sains Kepala Batas (Pulau Pinang)
 14. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan)


SHAH PEKAN

SBPI KUANTAN

SBPI SABAK BERNAM

SBPI SABAK BERNAM

SMS KUBANG PASU

THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

SMS MUZAFFAR SHAH

SMS SETIU

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK 

SM S KEPALA BATAS

KOLEJ  TUNKU KURSHIAH

 
SMS BATU PAHAT 

SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA

SEKOLAH SERI PUTERI 

 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH

SEKOLAH TUN FATIMAH 

SMS DUNGUN

SMS SELANGOR


SMS RAJA TUN AZLAN SHAH


SHAH PEKAN 

SMS LAHAD DATU

SMS LAHAD DATU 

















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR BENAM CABARAN MCKK DALAM FINAL HOKI SBP PERAK

Pada 5-6 mac 2016 telah berlangsung Kejohanna Hoki Inter-SBP Perak 2016. Sebanyak tujuh buah SBP di negeri perak telah menyertai kejohanna selama dua hari tersebut. Sekolah Tuanku Abdul rahman telah diberi tanggungjawab untuk mengelolakan kejohanan yang diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh ini. Alhamdulillah, STAR Anaconda telah muncul sebagai JOHAN dalam kejohanan tersebut. STAR dan The Malay College Kuala Kangsar akan mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Berikut merupkan keputusan perlawanan melibatkan STAR :
Kumpulan A
STAR (8) vs SBPI gopeng (0)
STAR (1) vs SERATAS (0)
STAR (3) vs MCKK (2)
Separuh Akhir : 
STAR (8) vs SMS Bagan Datoh (0)
Final :
STAR (3) vs MCKK (0)
Penjaring Terbanyak : Muhammad Haris Iskandar bin Habibi (STAR)
Pemain Terbaik : Muhammad Darwish bin Ayob (STAR) 
Penjaga Gol Terbaik : Muhammad Zharif  (MCKK)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...