Powered by Blogger.

Wednesday, December 6, 2017

PENUTUP 2017 ; NAIB JOHAN LIGA HOKI TNB PERAK

Penutup tahun 2017, Anaconda U16 telah menyertai Liga Hoki TNB Perak kategori Super. Liga ini menghimpunkan sekolah-sekolah dan psukan daerah yang tidak asing lagi di Perak. Alhamdulillah STAR layak ke pusingan X Y. Dalam aksi X Y, STAR menewaskan Anderson Panther 2-1 dan  Sekolah Sukan Perak 2-0 untuk layak ke pentas final. Sayangnya, kejayaan mengikat Anderson Puma  2-2 di peringkat kumpulan gagal dipertahankan apabila tewas 3 -0 dalam perlawanan akhir. Tahniah Anaconda U16.

KEPUTUSAN LIGA HOKI TNB PERAK

JOHAN : ANDERSON PUMA
NAIB JOHAN : STAR IPOH
KETIGA : ANDERSON PANTHER
KEEMPAT : MANJUNG BOYS 

















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR GAGAL PERTAHANKAN KEJUARAAN HOKI JEMPUTAN PIALA PENGETUA SMS KEPALA BATAS

Hasrat untuk muncul johan kali ke-6 tersekat apabila pasukan hoki yanmg rata-rata dibarisi oleh para pemain bawah 14 tahun tewas kepada SMS Tun Syed Sheh Shahabudin dalam aksi final. Dalam aksi final yang mendebatkan itu, STAR tewas 1-2 dalam penentuan Penalti Shoot Out apabila kedua –dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa permainan. Apa yang menarik STAR tidak menghantar pasukan utama sebaliknya pasukan junior sebagai pendedahan. Alhamdulillah gelaran Naib Johan berjaya digapai.


Keputusan Kejohanan Hoki Piala Pengetua SMS Kepala Batas U16

Lelaki
Johan : SMS Tun Syed Sheh Shahabudin
Naib Johan : STAR Ipoh
Ketiga : SERATAS dan SMS Sultan Mohamad Jiwa


Perempuan
Johan : SMS Kepala Batas
Nain Johan : SERATAS 
Ketiga : SMS Sultan Mohamad Jiwa dan SMS Tun Syed Sheh Shahabudin










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR PERTAHANKAN KEJUARAAN ANACONDA CHALLENGE TROPHY 2017

Penganjuran tahun ke dua Anaconda Challenge Trophy berjaya mencapai objektifnya. Sebagai tuan rumah, STAR mensasarkan penyertaan sebanyak 12 pasukan dan Alhamdulillah sebanyak 14 pasukan telah mengambil bahagian. Dalam kejohanan yang dilangsungkan di Stadium KTMB Batu Gajah ini, STAR berjaya mengekalkan kejuaraan apabila menewaskan SMS Kubang Pasu 4-0 dalam perlawanan akhir. Ilhami Mohd  Idris dipilih pemain terbaik kejohanan manakala Muhammad Haris Farhanbin Fadhlurrahman  pula dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Tahniah Anaconda U15. 

Keputusan Kejohanan Hoki Anaconda Challenge Trophy Bawah 15 Tahun
Johan :
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

Naib Johan :
SMS Kubang Pasu (KUPSIS)

Ketiga bersama : 
SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) & SMS Gua Musang (GUAMSS)

Johan Silver Pool :
SMS Johor (SCORE)

Naib Johan Silver Pool :
SMS Muzafar Shah (MOZAC)

Penjaring Terbanyak : 
Muhammad Haris Farhan bin Fadhlurrahman (STAR ) & Muhammad Fikri bin Sharunazim ( MOZAC)

Penjaga Gol Terbaik :
Muhammad Nor Helmi bin Nor Fuadi (SERATAS)

Pemain Terbaik Kejohanan :
Ilhami bin Mohd Idris (STAR)









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR RAIH NAIB JOHAN UPSI INTERNATIONAL INDOOR TOURNAMENT 2017

Hajat untuk muncul juara Kejohanan Hoki Dewan Antarabangsa Terbuka UPSI terbantut apabila tewas dalam perlawanan akhir kepada SMK Penang Free, Pulau Pinang.  STAR tewas 0-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Sport Arena, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Sesungguhnya penyertaan di peringkat antarabangsa memberikan kenanagan dan pengalaman yang berguna kepada para pemain dan jurulatih. Semoga tahun 2018 STAR Anaconda akan muncul juara. 

Keputusan UPSI International Indoor Hockey
 Championship U16
Boys
Johan : Penang Free School 
Naib Johan : STAR Ipoh

Ketiga : Putera & Friends 
Keempat : SSN Johor


Girls
Johan : Bangsar Girls 
Naib Johan : RPS Bravo 
Ketiga : KLSS 
Keempat : SSN Perak









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

KUANTAN 7's CHALLENGE PENDEDAHAN BERMAKNA

Penyertaa buat pertama kali dalam kejohanan hoki terbesar di Malaysia ini turut membuahkan hasil. Melihat kepada senarai pasukan yang bertanding melibatkan sekolah-sekolah sukan dan sekolah projek hoki di Malaysia. Alhamdulillah STAR berjaya menjadi Johan Silver Pool dalam kejohanan yang diadakan di Stadium Hoki Wisma Belia ini. Dalam aksi final,. STAR Berjaya menewaskan  SMK Sultan Iskandar, Melaka 3-0. Teruskan belitan Anaconda !!

Keputusan Kejohanan Kuantan 7's Hockey Challenge
 Kategori Sekolah Menengah Silver Pool.

Johan : STAR Ipoh
Naib Johan : SIS (Melaka)
Ketiga bersama : MATRI Juniors (Perlis) dan ISMAILIAN TIGERS (Terengganu)










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

STAR JUARAI KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA KISAS BUAT KALI PERTAMA

Kesedihan tewas dalam Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan Berjaya ditebus apabila STAR muncul JOHAN Kejohanan Hoki Dewan Terbuka KISAS yang telah diadakan di Real Sport Arean, Klang. Pasukan yang dianggotai oleh pemain Bawah 16 tahun ini menewaskan musuh tradisi The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Dalam aksi final. Muhammad Syahmi Syahir telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan manakala Muhammad Aznan Syam pula sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.


Keputusan Kejohanan Hoki Dewan Terbuka KISAS 2017

Lelaki

Johan STAR

Naib Johan MCKK
Ketiga SMS Johor
Keempat SBPI Sabak Bernam

Perempuan

Johan SMS Johor
Naib Johan SMK Puteri
Ketiga SMK Raja Perempuan
Keempat SMS Selangor







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Friday, March 17, 2017

STAR SEKADAR RAIH NAIB JOHAN MSSD KINTA UTARA

Hasrat pasukan hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR Hockey) untuk merampas kejuaraan di peringkat Daerah Kinta Utara sekali lagi tidak kesampaian apabila hanya mampu muncul Naib Johan. Sekali lagi pasukan power house hoki Perak, SMK Anderson menjadi penghalang untuk STAR mencipta sejarah.  Dalam perlawanan peringkat kumpulan, STAR tidak menghadapi masalah menewaskan SMK Bercham 5-0 dan SMK Sungai Pari 7-0.
STAR layak ke perlawanan separuh akhir dan diundi bertemu SMK Methodist ACS . Dalam perlawanan tersebut, STAR mendapat tentangan yang sengit apabila menang dengan keputusan 2-0 . Kejayaan di peringkat separuh akhir membolehkan STAR layak ke perlawanan akhir. Alhamdulillah, STAR menentang SMK Anderson, Ipoh.
Dalam perlawanan akhir, STAR cuba memberi tentangan yang terbaik. Namun, pengalaman membezakan antara STAR dan SMK Anderson. STAR akur tewas 0-2 kepada Anderson. Tahniah dan syabas buat pasukan hoki STAR.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

TNB TAJA PERALATAN HOKI STAR IPOH

Dalam usaha meluaskan jaringan dengan  pihak swasta , STAR Hockey telah mengorak langkah dengan mengadakan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad. Tenaga Nasional Berhad telah bersetuju menyumbang peralatan hoki untuk pasukan hoki STAR Ipoh. Satu majlis penyerahan sumbangan peralatan telah diadakan pada 11 Mac 2017 bertempat di Mini Turf STAR Ipoh.
Pada hari yang sama juga, pihak TNB telah mengadakan Klinik Hoki kepada para pemain hoki STAR. Klinik hoki telah dilaksanakan oleh panel kejurulatihan TNB yang diketuai oleh bekas pemain negara Nor Saiful Zaini dan Mohamad Amin Rahim. Alhamdulilah para pemain hoki STAR telah mendapat manfaat daripada Klinik Hoki yang telah diadakan.
Terima kasih diucapkan kepada TNB atas sumbangan tersebut. diharapkan kerjasama ini akan dapat diadakan pada tahun-tahun yang mendatang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...