Hasrat pasukan hoki Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR Hockey)
untuk merampas kejuaraan di peringkat Daerah Kinta Utara sekali lagi tidak
kesampaian apabila hanya mampu muncul Naib Johan. Sekali lagi pasukan power
house hoki Perak, SMK Anderson menjadi penghalang untuk STAR mencipta sejarah.
Dalam perlawanan peringkat kumpulan, STAR tidak menghadapi masalah
menewaskan SMK Bercham 5-0 dan SMK Sungai Pari 7-0.
STAR layak ke perlawanan separuh akhir dan diundi bertemu SMK
Methodist ACS . Dalam perlawanan tersebut, STAR mendapat tentangan yang sengit
apabila menang dengan keputusan 2-0 . Kejayaan di peringkat separuh akhir
membolehkan STAR layak ke perlawanan akhir. Alhamdulillah, STAR menentang SMK
Anderson, Ipoh.
Dalam
perlawanan akhir, STAR cuba memberi tentangan yang terbaik. Namun, pengalaman
membezakan antara STAR dan SMK Anderson. STAR akur tewas 0-2 kepada Anderson.
Tahniah dan syabas buat pasukan hoki STAR.