Powered by Blogger.

Monday, September 19, 2011

KEJOHANAN HOKI SEKOLAH-SEKOLAH PRIMIER ZON PERAK 2011


Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Primier akan peringkat Zon Perak akan dijalankan pada 26, 27, 28 September 2011 bagi peringkat kumpulan dan separuh akhir. Manakala tanggal 8 Oktober 2011 dipilih untuk pertandingan akhir. Sebanyak sembilan buah sekolah primier Perak telah mengesahkan akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sekolah Menengah Kebangsaan St Micheal Ipoh (SMI) telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengelola kepada pertandingan tersebut. Sekolah-sekolah tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B. Berikut merupakan pembahagian kumpulan :

Kumpulan A

SMK Anderson, Ipoh
SMK ACS Ipoh
SMK Holly Methodist, Teluk Intan
SMK Sultan Yusoff, Batu Gajah

Kumpulan B

SMK St Michael, Ipoh
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
Malay College Kuala Kangsar
SMK Clifford, Kuala Kangsar
SMK King Edward, Taiping

STAR pada kali ini diletakkan dalam kumpulan maut bersama dua pasukan kuat dalam permainan hoki sekolah primier iaitu SMKClifford dan MCKK. Setelah mencuba beberapa kali untuk melangkah ke final, kini harapan sepenuhnya terletak di bahu para pemain untuk memahat nama dalam kejohanan sekolah-sekolah primier nanti. Semoga kejayaan milik bersama. Doakan kami..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...